Najib Bayar Firma Guaman Hafarizam Wan Aisha Mubarak Rm3 5 Juta


KUALA LUMPUR: Seorang pengurus kanan Ambank mengesahkan Datuk Seri Najib Razak membuat pembayaran sebanyak RM3.5 juta kepada firma guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak.

Pengurus Kanan Bahagian Pemprosesan Cek, Ambank Sdn Bhd, Badrul Hisam Mohamad, dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, berkata bayaran kepada firma guaman itu dibuat pada 21 Januari 2015 menerusi cek bernombor 000303.

Pada sesi pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Badrul turut memberitahu mahkamah yang pembayaran menerusi cek itu dibuat melalui akaun Ambank bernombor 2022011898 milik Najib.
Ketika ditanya sama ada beliau mengetahui berlaku kesalahan input sebanyak RM3,500 pada cek bernombor 000303, Badrul menjawab: “Ya”

Badrul berkata, bank penerima menghubungi Ambank dan memaklumkan tarikh kesilapan pemproses cek.

Beliau berkata, Ambank pula melakukan siasatan dan memaklumkan kepada cawangan untuk tindakan selanjutnya.

“Kami kemudian akan hubungi pelanggan bagi mengesahkan perkara itu. Sekiranya betul kami akan minta pelanggan untuk menyediakan wang secukupnya bagi pembayaran balik kepada penerima.

“Pada 6 Februari 2015, pihak kami menerima faks memaklumkan jumlah yang sepatutnya diterima adalah RM3.5 juta, bagaimanapun bank penerima iaitu CIMB cawangan PWTC memasukkan jumlah sebanyak RM3,500.

“Kami panjangkan perkara itu kepada cawangan dan memberitahu pelanggan supaya menyediakan wang secukupnya untuk didebit serta dibayar kepada akaun penerima,” katanya.

Ditanya Muhammad Saifuddin bila jumlah kekurangan dibayar, Badrul berkata baki bayaran itu dibuat melalui Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS) oleh pelanggan bernama Datuk Seri Najib Razak.

Terdahulu pada perbicaraan itu, Badrul turut mengesahkan dua transaksi dilakukan kepada UMNO Pulau Pinang dan Johor Bahru berjumlah masing-masing RM1 juta dan RM300,000 pada 26 Februari 2015.

“Pada 12 Februari 2015, satu cek berjumlah RM400,000 turut dijelaskan kepada Rumah Penyayang Tun Abdul Razak menerusi akaun bernombor 2022011906,” katanya.

Badrul turut mengesahkan syarikat Ihsan Perdana Sdn Bhd menerima wang berjumlah RM20 juta daripada syarikat SRC International Sdn Bhd menerusi cek pada 12 Disember 2014.

Cek itu mengandungi berapa tandatangan?

Badrul: Terdapat dua tandatangan, yang bermaksud cek itu dikeluarkan oleh syarikat.

Muhammad Saifuddin: Syarikat apa?

Badrul: SRC International Sdn Bhd.

Muhammad Saifuddin; Boleh sahkan RM20 juta dijelaskan.

Badrul: Ya, sudah dijelaskan

Muhammad Saifuddin: Boleh sahkan cek Ambank ini?

Badrul: Cek bernombor 004836, akaun 0211600100, penerima Ihsan Perdana Sdn Bhd, jumlah RM130,361.17 pada 9 Mac 2015.

Muhammad Saifuddin: Ada berapa tanda tangan?

Badrul: Ada dua, dalam kes ini cek dikeluarkan oleh bank atas arahan pelanggan untuk akaun didebit dan diberikan kepada penerima.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.-BERITA HARIANMedia Shah Alam Kini di Tukar Kepada www.suarabiru.com (https://mediashahalam.blogspot.com)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mediashahalam.blogspot.com/2019/04/najib-bayar-firma-guaman-hafarizam-wan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+SuaraBiru+%28SUARA+BIRU%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Bayar Rm3 49 Juta Selepas Bank Silap Proses Cek Kata Saksi

Najib Bayar Rm3 49 Juta Selepas Bank Silap Proses Cek Kata Saksi

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 655 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak telah membuat bayaran berjumlah RM3 49 juta kepada Firma Guaman Hafarizam Wan Aisha Mubarak selepas berlaku kesilapan ketika pemprosesan cek yang menyebabkan firma itu hanya memperoleh wang sebanyak RM3 500...
Najib Bayar Peguam Rm3 49 Juta Bukan Rm3 500

Najib Bayar Peguam Rm3 49 Juta Bukan Rm3 500

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 452 hits
Foto sumber internetKUALA LUMPUR 18 April Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak telah membuat bayaran berjumlah RM3 49 juta kepada Firma Guaman Hafarizam Wan Aisha Mubarak selepas berlaku kesilapan ketika pemprosesan cek yang menyeba...
Tokoh Korporat Terkemuka Guna Firma Guaman Terima Cek Rm2 5 Juta Saksi

Tokoh Korporat Terkemuka Guna Firma Guaman Terima Cek Rm2 5 Juta Saksi

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 373 hits
foto sumber internet Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa seorang tokoh korporat terkemuka yang rapat dengan Najib Razak menggunakan sebuah firma guaman untuk menerima pembayaran cek berjumlah RM2 5 juta pada 2015 daripa...
Penasihat Najib Habibul Rahman Dapat Rm2 5 Juta Dari Bosskur

Penasihat Najib Habibul Rahman Dapat Rm2 5 Juta Dari Bosskur

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 1184 hits
Saksi pendakwaan Ke 18 itu berkata setelah cek tersebut didepositkannya Habibul Rahman telah mengarahkannya mengeluarkan cek kepada isteri anak anaknya dan beberapa individu lain yang ditentukan tokoh korporat itu PENEROKA Felda ahli Umno d...
Pak Ya Tidak Puas Hati Lan Pet Pet Didenda Rm2 000 Saman Rm3 Juta Tetap Jalan

Pak Ya Tidak Puas Hati Lan Pet Pet Didenda Rm2 000 Saman Rm3 Juta Tetap Jalan

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 503 hits
Gara gara memukul seorang pengawal keselamatan warga emas pada 6 April lalu pelawak terkenal Lan Pet Pet mengaku bersalah dan didenda sebanyak RM2 000 oleh Mahkamah Majistret Seremban awal pagi tadi Namun pengawal keselamatan tersebut Yahya...
Kes Src Najib Saksi Kata Terima Kontrak Pertahanan Bernilai Rm2 5 Juta

Kes Src Najib Saksi Kata Terima Kontrak Pertahanan Bernilai Rm2 5 Juta

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 493 hits
Perbicaraan hari ke 8 bermula dengan bekas perdana menteri Najib Razak itu memasuki kandang tertuduh Dengan bersut berwarna coklat pudar beliau tampak tenang ketika melangkah masuk ke mahkamah Saksi ke 18 hari yang merupakan seorang peguam ...
Boleh Jual Nfc Tapi Kena Bayar Pinjaman Rm250 Juta Dulu

Boleh Jual Nfc Tapi Kena Bayar Pinjaman Rm250 Juta Dulu

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 405 hits
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub memaklumkan sebuah syarikat tempatan berminat membeli dan mengambil alih syarikat National Feedlot Corporation bagi membangunkan semula projek ternakan lembu yang gagal ketika pentadb...
Najib Ada 5 Akaun Ambank Dengan Baki Rm12 Juta

Najib Ada 5 Akaun Ambank Dengan Baki Rm12 Juta

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 352 hits
Apr 24 2019 0 Comments KUALA LUMPUR Pengurus Cawangan AmBank Jalan Raja Chulan R Umadevi mendedahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai lima akaun bank Ambank antara tahun 2011 sehingga tahun 2015 Kata Uma Devi yang j
Bicara Najib Src Pegawai Bank Sahkan Rm50 Juta Dikreditkan Ke Ihsan Perdana

Bicara Najib Src Pegawai Bank Sahkan Rm50 Juta Dikreditkan Ke Ihsan Perdana

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 586 hits
foto sumber internetKUALA LUMPUR Seorang Pegawai Pemprosesan Affin Bank mengesahkan bank tersebut telah mengkreditkan wang tunai ke akaun pelanggannya Ihsan Perdana Sdn Bhd daripada akaun AmIslamic Bank Syarikat Gandingan Mentari Sdn Bhd se...
Inquest Zara Qairina Landed On Her Feet Says Pathologist

Anwar Should Donate Rm1 Mil Of His Rm11 Mil Personal Wealth To Gaza

Wabak Di Indonesia Dan Nepal Boleh Merebak Ke Malaysia

Doa Perjalanan Pulang Dalam Hujan

Johari Ghani Tegas Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru Untuk Melayu Sahaja

Tunggang Isu Kaum Dan Agama Apakah Kita Mahu Keadaan Jadi Huru Hara Seperti Di Indonesia Atau Nepal

Kg Sg Baru Redevelopment Must Be For Malays Only Johari

Pengusiran Dan Perobohan Rumah Kampung Sungai Baru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Malaysia Super League Round 6 Jdt Lwn Penang Fc 11 September 2025

Sambutan Hari Merdeka Di Sekolah Si Bongsu 11 September 2025

Justice For Zara Qairina Kampung Sungai Baru

Say Aspire Edisi Ke 6 Melonjakkan Generasi Usahawan Muda Selangor Ke Pentas Dunia

Rendang Daging Menggunakan Pes Rendang Azie Kitchen

Antivirus Vs Internet Security Suite Which Do You Really Need