Apa Motif Najib Tergesa Gesa Bayar Rm10 Bilion Kepada Cccc Soal Daim


Daim Zainuddin menjawab hujahan Najib Razak mengenai projek ECRL China. – Foto Free Malaysia Today
Tun Daim Zainuddin mempersoalkan sama ada wakil khas bekas perdana menteri, yang bertindak secara sendirian telah terlibat dalam perbincangan dan rundingan terus bagi kontrak Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang lama.
“Adakah wakil peribadi bekas PM atau adakah wakil rasmi Kerajaan, seperti yang sepatutnya dalam kes ini,” katanya.
Daim bertanya sama ada wakil peribadi berunding secara terus dengan China dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC), menyebabkan perjanjian ECRL yang lama ditandatangani pada kos amat tinggi dan tanpa ketelusan dan akauntabiliti kepada rakyat.
“Adakah ia disediakan oleh EPU seperti sepatutnya dalam kes ini, atau adakah EPU hanya diarahkan untuk menerima kertas cadangan yang disediakan oleh agensi lain?” soalnya.
Daim, yang juga duta khas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke China untuk merundingkan semula kontrak ECRL yang lama, membangkitkan persoalan ini sebagai respons kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang jelas amat aktif di laman sosial dalam mempertahankan perjanjian yang ditandatangani oleh pentadbirannya.
Bekas perdana menteri telah “mengabaikan nasihat baik” daripada agensi kerajaannya sendiri — iaitu EPU — dengan mempertaruhkan rakyat dalam mendesak bagi projek ECRL yang lama pada kos amat tinggi iaitu RM65.5 bilion, kata Daim dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.
“Apakah EPU tidak menyatakan dengan jelas bantahan dan kebimbangannya berhubung kertas yang dibentangkan kepada Kabinet, dan kenapa bantahan dan kebimbangan berkenaan diabaikan — mungkin bekas perdana menteri dan menteri bertanggungjawab ke atas EPU dapat memberi pencerahan kepada kita.
“Bekas PM [Najib Razak] berkata beliau ada ‘keraguan’ mengenai perjanjian ECRL yang baharu.
“Saya ingin mengingatkan beliau bahawa seluruh Malaysia mempunyai lebih banyak “keraguan” mengenai perjanjian ECRL yang lama – konsepnya yang kabur, kurang ketelusan, kurang integriti, kelulusan tergesa-gesa, butiran tidak jelas, kos amat tinggi, tiada akuantabiliti kepada rakyat, lain-lain lagi,” katanya.
Daim berkata terdapat beberapa cubaan untuk menjustifikasikan perjanjian ECRL yang lama sepertimana yang dicadangkan oleh kajian McKinsey yang dibentangkan kepada Majlis Ekonomi pada 2015 dan 2016.
“Saya telah dimaklumkan oleh pihak yang boleh dipercayai bahawa kajian yang mencadangkan jajaran ECRL dari Tumpat ke Gombak dan projek itu akan dilaksanakan secara berfasa dalam tempoh 18 tahun dengan kos RM47 bilion.
“Ini sudah tentu membabitkan pulangan ekonomi yang rendah dan oleh itu laporan mencadangkan fasa 1 adalah dari Mentakab ke Dungun dan dibina untuk trafik penghantaran sahaja.
“Namun, kita semua tahu apa yang berlaku. Bekas PM sebaliknya menandatangani perjanjian ECRL dengan kos RM66.7 bilion dan memutuskan untuk melaksanakannya sekali gus,” katanya.
Lagipun, dalam dapatan dan cadangan bagi kajian pasaran ECRL yang dilaksanakan oleh SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) pada Jun 2016, responden telah meminta tempoh 24 bulan untuk menyediakan hujahan bidaan, katanya.
“Namun, kerajaan BN memilih untuk memberikan projek itu dalam masa hanya dua bulan kemudiannya pada Ogos 2016 menerusi pemberian terus (dan) ini juga disebalik minat yang ditunjukkan beberapa pembida lain.
“Kenapakan Menteri Kewangan ketika itu – yang juga merupakan bekas PM – bersetuju kepada bayaran pendahuluan 15 peratus kepada CCCC untuk projek ECRL kerana ini tidak pernah berlaku sebelum ini berikutan kerajaan sentiasa menetapkan bayaran pendahuluan sebanyak 5-10 peratus, yang biasanya dihadkan kepada kontrak melibatkan penyediaan bekalan.
“Malah syarikat-syarikat Bumiputera tidak diberikan keistimewaan seumpama itu. Kenapa tergesa-gesa di pihak bekas PM untuk membayar lebih RM10 bilion kepada CCCC?
“Kita perlu bertanya kepada beliau apa motif beliau di sebalik semua perkara ini,” katanya.
Daim, selepas sembilan bulan berusaha keras, berjaya merundingkan semula perjanjian tambahan bagi ECRL dengan harga dikurangkan agak banyak iaitu RM44 bilion, kurang 32.8 peratus atau RM21.5 bilion berbanding harga lama RM65.5 bilion.
Beliau berkata ada kemungkinan harga dapat dikurangkan lagi pada perbincangan teknikal di masa depan antara pemilik projek Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan CCCC.
Daim berkata: “Apa yang kita ada sekarang dengan perjanjian ECRL yang baharu adalah ianya telus, bertanggungjawab dan boleh dipercayai dengan semua fakta dan angka disediakan untuk pengetahuan orang ramai.”
ECRL tidak lagi diselubungi rahsia, dipenuhi kontroversi atau diliputi elemen tidak perlu dan amat mahal, tegasnya.
“Ia kini projek yang berfungsi pada kadar lebih mampu untuk berkhidmat kepada rakyat, yang kepentingan mereka menjadi keutamaan apabila mengusahakan dan meluluskan sebarang inisiatif Kerajaan,”katanya.
Bagi menjawab tuduhan bahawa perjanjian ECRL yang ditambah baik itu bukan perkara besar sebenarnya, Daim berkata:
“Saya mendapati tidak berbaloi untuk berhujah dengan mereka yang tidak bercakap secara munasabah dan sebaliknya lebih suka menyebarkan berita palsu, sepertimana yang dilakukan bekas PM kebelakangan ini. Saya lebih suka mendengar pendapat pakar dan berhujah secara logik.” – Bernama | Majalah Review Malaysia
KLIK BACA: Pegawai Najib – Isham Jalil pelik kenapa PH takut rakyat tengok video perbicaraan BOSSKU?
KLIK BACA: Najib takut media dikawal kerajaan tak lapor tepat bicara
KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta
KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah
KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?
KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar
The post Apa motif Najib tergesa-gesa bayar RM10 bilion kepada CCCC, soal Daim appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/191686/apa-motif-najib-tergesa-gesa-bayar-rm10-bilion-kepada-cccc-soal-daim/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Bela Najib Soal Pegawai Bank Mana Hilang Rm8 Juta

Peguam Bela Najib Soal Pegawai Bank Mana Hilang Rm8 Juta

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 274 hits
Pihak peguam bela sebelum ini telah berjaya mendapatkan kebenaran mahkamah agar saksi pendakwaan ke 20 Rosaiah Mohamed Rosli yang juga pegawai Affin Bank mendapatkan imej cek bernilai RM8 juta dipercayai dikeluarkan Ihsan Perdana Sdn Bhd ke...
Najib Tuduh Kerajaan Ph Bayar Tentera Siber

Najib Tuduh Kerajaan Ph Bayar Tentera Siber

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 303 hits
Najib Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan telah meluluskan peruntukan untuk melatih lebih ramai tentera siber berikutan kekalahan dalam PRK Rantau Dalam hantaran Facebook pagi tadi Najib yang memetik sumber mendakwa PH memutuskan untuk ...
Epu Cautioned Najib About Old Ecrl Deal But Was Ignored Daim

Epu Cautioned Najib About Old Ecrl Deal But Was Ignored Daim

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 290 hits
Daim Zainuddin has questioned whether it was a personal emissary of the former prime minister who working on his own was involved in direct discussions and negotiations on the old East Coast Rail Link contract Was it a personal emissary of ...
Pnb Bayar Dividen Terkumpul Rm187 1 Bilion Sejak 40 Tahun Kata Pm

Pnb Bayar Dividen Terkumpul Rm187 1 Bilion Sejak 40 Tahun Kata Pm

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 231 hits
PNB bayar dividen terkumpul RM187 1 bilion sejak 40 tahun kata PM Dikemas kini 27 minit yang lalu Diterbitkan pada 21 Apr 20
Najib Abaikan Nasihat Epu Tentang Ecrl Tun Daim

Najib Abaikan Nasihat Epu Tentang Ecrl Tun Daim

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 373 hits
Tun Daim Zainuddin mempersoalkan sama ada wakil khas bekas perdana menteri yang bertindak secara sendirian telah terlibat dalam perbincangan dan rundingan terus bagi kontrak Laluan Rel Pantai Timur yang lama Adakah wakil peribadi bekas PM a...
Daim Kata Kabinet Najib Tak Tahu Hujung Pangkal Projek Ecrl

Daim Kata Kabinet Najib Tak Tahu Hujung Pangkal Projek Ecrl

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 403 hits
Foto oleh The StarPengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin dalam wawancara bersama nbsp Bernama News Channel nbsp membayangkan kabinet era Najib Razak tidak tahu hujung pangkal butiran perincian mengenai projek Landasan Keretapi P...
Malaysia Kenapa Takut Sangat Rakyat Lihat Video Perbicaraan Najib Soal Isham Jalil

Malaysia Kenapa Takut Sangat Rakyat Lihat Video Perbicaraan Najib Soal Isham Jalil

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 305 hits
Bekas pegawai khas Najib Razak Isham Jalil yang memuat naik rakaman transkrip video perbicaraan bossnya dikecam peguam Tun Dr Mahathir Haniff Khatri Abdulla Bekas pegawai khas Najib itu hari ini berkata beliau dimaklumkan peguam berkenaan a...
Felda Najib Guna Rm2 7 Bilion Raih Sokongan Politik Azmin

Felda Najib Guna Rm2 7 Bilion Raih Sokongan Politik Azmin

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 376 hits
Felda Najib guna RM2 7 bilion raih sokongan politik AzminPosted By on April 11 2019Pembentangan kertas putih ke arah kelestarian Felda mendedahkan kepincangan pengurusan pentadbiran lama termasuk pembabitkan bekas Perdana Menteri Najib Raza...
Isham Rumah Najib Bukan Seperti Tun Mahathir Daim Dan Anak Anak

Isham Rumah Najib Bukan Seperti Tun Mahathir Daim Dan Anak Anak

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 748 hits
Bekas pegawai khas Isham Jalil dalam mempertahankan Najib Razak memberi contoh kesederhanaan hidup bossnya berbanding Tun Mahathir dan Tun Daim Foto AbuLeman Blog oleh Isham Jalil Tempohari beberapa orang saksi pendakwaraya telah dipanggil ...
Ngo Kebajikan Banyak Membantu Rakyat Malaysia

Pakw Calculator

Remaja Malaysia Dipenjara Seumur Hidup Di Uk Taksub Alat Penukul Dan Pembunuhan

Using Predictive Analytics To Enhance Forex Market Timing For Malaysian Traders

Got Back Pain Time To Straighten Up

Banjir Rakyat Asing Di M Sia Apa Teruk Sangat K Jaan Ni

Speed Read The New Royal Enfield Bear 650 Scrambler And More

Tips Memasak Sayur Supaya Lebih Sedap Dan Berkhasiat


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Petua Tradisional Kawal Kolestrol Dan Kencing Manis Dengan Minum Air Rebusan Daun Pandan

7 Sunnah Bayi Baru Lahir Hingga Usia 7 Hari

Kips Bay Decorator Show House Dallas 2024 An Exquisite Showcase Of Design

China S President To Host Official Dinner For Anwar

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle Azira Shafinaz