Najib Akui Lebih Suka Riza Terus Proses Mahkamah Rungkai Fakta Sebenar




PETALING JAYA: Najib Razak tidak menafikan bahawa beliau lebih suka anak tirinya Riza Aziz meneruskan proses perbicaraan di mahkamah.
Bekas perdana menteri itu berkata, ia dapat memberi peluang kepada Riza dan ahli keluarga merungkai fakta sebenar berhubung pertuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta (RM1.08 bilion).
“Kalau tanya saya, saya lebih suka Riza teruskan proses di mahkamah. Kalau dia teruskan di mahkamah akan timbulkan fakta sebenar.
“Pertama, fakta yang kita perlu faham ialah Riza tidak didakwa kerana mencuri wang. Ia (tuduhan) tidak dibuat di bawah Akta SPRM dan tidak di bawah Kanun Keseksaan. Dia didakwa di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA). Maknanya dia menerima, bukan mencuri wang.
“Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) pun tak saman Riza atas mencuri, tapi menerima wang. Dia (Riza) menerima (wang) sebab ada pelaburan daripada Aabar Investment yang diarah keluarga diraja UAE.
“Mereka nak melabur dalam produksi filem Riza. Aabar ini syarikat ‘triple A’. Bila dapat pelaburan, dia (Riza) merasakan ini duit daripada Aabar. Tak ada orang tegur bahawa wang itu ada kaitan dengan 1MDB,” katanya ketika wanwancara bersama The Outlook Asia malam tadi.
Najib berkata, selepas Riza menyedari pelaburan Aabar adalah daripada sumber yang diragui, maka beliau bersetuju untuk menyerahkan kembali dana yang diterimanya, termasuk menyelesaikan kes pendakwaan di mahkamah dengan persetujuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan peguam negara.
“Bila dapat tahu (sumber pelaburan) Riza kata, ‘tak apa, saya sanggup serah aset untuk diselesaikan’ dengan pihak SPRM serta peguam negara, Tommy Thomas, pada waktu itu.
“Mereka tahu kes ini susah. Berat bagi mereka sebab semua berlaku di luar negara. Jadi kalau dibicara pun ada kemungkinan mereka tidak boleh menang. Jadi kalau nak dapat (semula) aset lambat.
“Malah dari segi Riza pula, kalau sekarang sudah 5 tahun menghadapi keadaan begini, dia tidak boleh buat apa-apa benda baru.
“Kalau dia (Riza) teruskan kes mahkamah, ia akan makan masa mungkin 4 tahun lagi. Jadi ‘total’ dekat 10 tahun, hampir 1 dekad hidup dia.
“Jadi dia (Riza) kata ‘tak apa’, beliau serah balik semua aset dalam penyelesaian ini. Beliau nak kebebasan untuk memulakan hidup baru, malah SPRM juga dapat aset lebih awal,” katanya.
Najib berkata, ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH), Tommy sebagai peguam negara ketika itu secara prinsipnya bersetuju untuk memberikan pelepasan tanpa pembebasan kepada Riza.
Pada masa sama, beliau menolak dakwaan ahli politik pro-PH kononnya aset yang diserahkan oleh Riza bukan pada jumlah yang sebenar daripada yang beliau dapat.
“Saya nak jelaskan, ada orang politik kata kononnya, (Riza) ibarat curi 10 ekor ayam bagi balik satu ekor. Ini semua mengarut dengan fakta tak betul,” katanya.
Katanya, jika pihak pendakwaan kalah di mahkamah apabila kes diteruskan, kerajaan tidak akan dapat balik aset dan banyak kos dan masa akan terbuang.
Najib juga menolak dakwaan bahawa kes melibatkan Riza itu diselesaikan dengan cepat hasil bantuan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Beliau berkata, kerajaan tidak mencampuri urusan kes tersebut kerana ia dibuat pada masa pentadbiran PH.
Riza baru-baru ini dilepas tanpa dibebaskan daripada 5 pertuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta (RM1.08 bilion).
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Azman Ahmad membenarkan permohonan penyelesaian itu selepas pendakwa raya ad hoc, Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah bahawa penyelesaian tersebut adalah tertakluk kepada tertuduh memenuhi perjanjian yang dibuat dengan pihak pendakwaan sebelum itu.
Pada 18 November 2019, peguam Riza menghantar surat representasi memohon semua pertuduhan terhadap beliau dikaji semula.
Surat itu antara lain mencadangkan untuk menyerahkan hak beliau ke atas 3 hartanah yang disita oleh DOJ AS.
Riza juga akan memberi kerjasama untuk mengembalikan harta tersebut atau nilainya kepada kerajaan Malaysia.
Pada 5 Julai 2019 beliau dituduh di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang memperuntukkan hukuman dendan tidak lebih RM5 juta atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Kerajaan dijangka menerima aset bernilai RM465.3 juta berikutan keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan penerbit filem Hollywood itu.
MR :  Banyak perkara tak terungkai...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/najib-akui-lebih-suka-riza-terus-proses.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aku Lebih Suka Mereka Tewas Kerana Mereka Adalah Penceroboh Dan Pengganas Sebenar 10277

Aku Lebih Suka Mereka Tewas Kerana Mereka Adalah Penceroboh Dan Pengganas Sebenar 10277

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 391 hits
Kisah Perang Vietnam Saat Pasukan Tikus Terowongan Bersenjata M1917 Berhadapan dengan RanjauSelasa 19 Mei 2020 23 01War History OnlineKisah Perang Vietnam Saat Pasukan Tikus Terowongan Bersenjata M1917 Berhadapan dengan Ranjau SERAMBINEWS C...
Akui Tidak Suka Dap Anwar Lagi Audio Mesyuarat Bersatu Tersebar

Akui Tidak Suka Dap Anwar Lagi Audio Mesyuarat Bersatu Tersebar

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 290 hits
Sebahagian lagi rakaman audio Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Bersatu pada jam 11 pagi 23 Februari lalu yang berdurasi 56 saat tersebar lagi hari ini Dipercayai suara Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad mesyuarat ketika itu membincangkan...
Najib Disalahkan Parlimen 18 Mei Audio Bocor Riza Aziz

Najib Disalahkan Parlimen 18 Mei Audio Bocor Riza Aziz

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 514 hits
Dua tiga hari ini puak DAP PH dalam attacking mode Seronok mereka kerana ada beberapa isu yang mereka dapat jadikan modal Sejak kerajaan DAP PH gugur automatik disebabkan oleh Mahathir sendiri yang meletakkan jawatan PM puak DAP PH hanya ma...
Muhyiddin Lebih Teruk Dari Najib

Muhyiddin Lebih Teruk Dari Najib

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 340 hits
Trend mengikat Ahli Ahli Parlimen dengan menawarkan mereka jawatan lumayan menerajui GLC untuk menjamin sokongan dalam usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen sebagaimana dilakukan secara berleluasa sekarang oleh Muhyiddi...
Fakta Atau Hoaks Benarkah Bupati Konawe Akui Disuap Menko Luhut Soal 500 Tka Cina

Fakta Atau Hoaks Benarkah Bupati Konawe Akui Disuap Menko Luhut Soal 500 Tka Cina

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 328 hits
Narasi bahwa Bupati Konawe Sulawesi Tenggara Kery Saiful Konggoasa mengaku disuap oleh Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Luhut Binsar Pandjaitan soal tenaga kerja asing asal Cina beredar di media sosial Narasi itu terdapa...
Mahkamah Lepas Riza Aziz Dengan Syarat Pulangkan Jutaan Ringgit

Mahkamah Lepas Riza Aziz Dengan Syarat Pulangkan Jutaan Ringgit

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 347 hits
Keputusan mahkamah hari ini melepas tanpa membebaskan penerbit filem Hollywood Riza Aziz bergantung kepada pematuhannya terhadap persetujuan yang dicapai bersama pendakwaan untuk memulangkan jutaan ringgit wang kerajaan yang didakwa berkait...
Video Najib Dedah Pengakuan Mahathir Tak Suka Dap Anwar

Video Najib Dedah Pengakuan Mahathir Tak Suka Dap Anwar

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 365 hits
Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razsk sekali lagi mencuri perhatian apabila mendedahkan rakaman mesyuarat MPT Bersatu yang diadakan pada pukul 11 pagi 23 Februari lalu Najib melalui laman Facebook sebentar tadi memuatnai...
The Truth Helped Riza S Case And It Can Help Najib Too Shafee

The Truth Helped Riza S Case And It Can Help Najib Too Shafee

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 430 hits
Senior lawyer Muhammad Shafee Abdullah who is defending former prime minister Najib Abdul Razak in his RM2 28 billion 1MDB trial is unfazed by the prosecution mulling over to call Riza Shahriz Abdul Aziz as a witness Shafee said it was the ...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri