Naib Presiden Mic Pula Kritik Umno




PETALING JAYA: Naib Presiden MIC Sivarraajh Chandran mendakwa Umno kini mahu mengambil kerusi tradisi rakan-rakan komponen Barisan Nasional (BN) selepas perbincangan kerusi dengan PAS dan PPBM tidak menepati kemahuan parti Melayu itu.
Beliau mengulas laporan memetik Ketua Puteri Umno Sungai Siput Norazura Abdul Karim yang berkata, sudah sampai masanya MIC beri laluan kepada Umno untuk bertanding di Parlimen Sungai Siput, susulan kegagalan parti India itu merampas kerusi itu selepas tiga pilihan raya umum.
Sivarraajh mengingatkan kepimpinan tertinggi Umno jangan menyombong dengan MIC dan MCA yang setia bersama Umno sejak penubuhan BN dan tidak lari apabila parti itu susah.
“Bukan main lagi puji rakan-rakan komponen di Persidangan Agung Umno atas kesetiaan dan sebagainya tapi tak sampai dua hari kemudian, kamu hendak ‘tikam’ rakan komponen sebegini?” kata beliau dalam kenyataan.
Sivarraajh berkata, Umno tidak patut mengetepikan mereka apabila keadaan tidak menepati kemahuannya.
“Pada asalnya, kamu yang mahu berkerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional dan PPBM melalui Perikatan Nasional. Kemudian apabila kerjasama itu tidak menepati kemahuan kamu, kamu bergaduh pula dengan mereka tanpa berbincang dengan kami.
“Bila perbincangan kerusi dengan mereka tidak menepati kemahuan kamu, kini kamu mahu ambil kerusi-kerusi tradisi rakan komponen pula,” kata beliau.
Sivarraajh menepis kalau ada dakwaan yang mengatakan mereka tidak bertolak-ansur dengan Umno, sambil mengingatkan bahawa MIC “meminjamkan” kerusi Parlimen Cameron Highlands kepada Umno untuk menyelamatkan kerajaan BN di Pahang.
“Umno harus menghargai pengorbanan kami, walaupun semasa pembentukan Jemaah Menteri bawah PN tahun lalu, presiden Umno tidak membawa nama MIC untuk timbalan menteri dan senator, dan hanya mencadangkan pemimpin Umno untuk dilantik sebagai ahli Jemaah Menteri dan senator,” kata beliau.
Sivarraajh menggesa Umno supaya tidak menganggap semua perkara perlu dan akan berlaku berdasarkan kemahuan parti itu semata-mata.
“Jika Umno merasakan Umno terlalu kuat dan tidak memerlukan sokongan rakan-rakan komponen, baik Umno bertanding PRU15 (pilihan raya umum ke-15) nanti pakai lambang Umno sahaja. Tak perlu lagi bertanding sebagai BN,” kata beliau.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/03/naib-presiden-mic-pula-kritik-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Presiden Mic Pula Bidas Pemimpin Umno Jawab Dulu Isu Surat Sokongan Pada Anwar

Panas Presiden Mic Pula Bidas Pemimpin Umno Jawab Dulu Isu Surat Sokongan Pada Anwar

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 248 hits
April 6 2021 Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran mencabar Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Puad Zarkashi untuk menyoal Presiden UMNO berhubung isu surat sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Tegasny...
Bila Mca Mic Mula Kritik Umno Pemuda Umno Tuduh Bersatu Cuba Tarik Mereka Sokong Pn

Bila Mca Mic Mula Kritik Umno Pemuda Umno Tuduh Bersatu Cuba Tarik Mereka Sokong Pn

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 313 hits
Seorang pemimpin Pemuda Umno mendakwa Bersatu secara rahsia cuba menarik MCA dan MIC untuk menyertai Perikatan Nasional Apabila kita telah bersama membentuk kerajaan PN pada satu ketika mereka menarik di belakang Umno Untuk menarik MIC ke k...
Ika Umno Kerjasama Pas Kenapa Mic Tak Boleh Kerjasama Bersatu Soal Mic

Ika Umno Kerjasama Pas Kenapa Mic Tak Boleh Kerjasama Bersatu Soal Mic

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 322 hits
Presiden MIC SA Vigneswaran hari ini menegaskan parti itu berhak menentukan keputusan sendiri berhubung kerjasama politik demi kepentingan masyarakat India Dia mengulangi pendirian MIC yang akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional y...
Tun Faisal Digantung 6 Tahun Dari Umno Kerana Tak Setuju Presiden Umno Bekerjasama Dengan Pkr Dap

Tun Faisal Digantung 6 Tahun Dari Umno Kerana Tak Setuju Presiden Umno Bekerjasama Dengan Pkr Dap

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 431 hits
Bekas pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Tun Faisal Ismail Aziz digantung dari Umno selama enam tahun Surat penggantungan itu dikeluarkan semalam selepas Majlis Kerja Tertinggi Umno mengesahkan keputusan yang dibuat oleh lembaga disiplin parti...
Presiden Gostan Timbalan Kata Tunggu Gajah Mengawan Bulan Ogos Pula

Presiden Gostan Timbalan Kata Tunggu Gajah Mengawan Bulan Ogos Pula

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 264 hits
KL UMNO luluskan Presiden MKT tentukan masa tarik diri dpd PNPresiden kata pendirian akan dibuat sekiranya PN masih tiada indikasi tarikh PRUkemungkinan mereka akan memanjangkan PRU hingga cukup penggalKalau inilah keputusan mereka parti ak...
Selepas Mic Mca Pula Tegur Fuad Kenyataan Di Buat Beliau Itu Hancurkan Setia Kawan Bn

Selepas Mic Mca Pula Tegur Fuad Kenyataan Di Buat Beliau Itu Hancurkan Setia Kawan Bn

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 256 hits
KUALA LUMPUR Selepas MIC pemimpin MCA pula menegur nasihat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Puad Zarkashi berhubung kerjasama politik dengan pihak selain Barisan Nasional Setiausaha Agungnya Chong Sin Woon berkata kenyataan oleh Puad dan pe...
Presiden Umno Mesti Berani Pecat Dua Ahli Mt Yang Durjana Ini

Presiden Umno Mesti Berani Pecat Dua Ahli Mt Yang Durjana Ini

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 316 hits
UMNO mengenal pasti dua ahlinya yang sering membocorkan segala maklumat setiap kali mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu kepada pihak tidak bertanggungjawab Perkara tersebut dimaklumkan oleh Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sewa...
Muqharabbin Pula Kritik Tajuddin

Muqharabbin Pula Kritik Tajuddin

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 250 hits
SHAH ALAM Exco Pemuda UMNO Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin meminta agar Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ditukar segera Beliau mendakwa Tajuddin tidak tahu langsung mengemudi gerakan jentera PRU...
Selepas Tun Faisal Kluster Menteri Yang Derhaka Presiden Umno Juga Wajib Diambil Tindakan

Selepas Tun Faisal Kluster Menteri Yang Derhaka Presiden Umno Juga Wajib Diambil Tindakan

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 296 hits
Mesyuarat MT UMNO malam tadi mengambil keputusan menggantung keahlian Tun Faisal Ismail Aziz selama enam tahun atau dua kali pemilihan atas kesalahan mengkritik Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi Tun Faisal adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord