Ika Umno Kerjasama Pas Kenapa Mic Tak Boleh Kerjasama Bersatu Soal Mic
Presiden MIC SA Vigneswaran hari ini menegaskan parti itu berhak menentukan keputusan sendiri berhubung kerjasama politik demi kepentingan masyarakat India.
Dia mengulangi pendirian MIC yang akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sementara menunggu keputusan muktamad dibuat Majlis Tertinggi BN.
"Kalau Umno boleh bekerjasama dengan PAS yang merupakan komponen PN. Kenapa kami tidak boleh bekerjasama dengan Bersatu?
"Seperti saya kata sebelum ini, kami menghormati keputusan Umno tidak kerjasama dengan Bersatu.
"Tetapi, MIC akan meneruskan gabungan dengan Bersatu di Kerajaan PN sebelum sebarang keputusan muktamad di ambil di peringkat BN," katanya pada sidang media petang tadi sempena Perhimpunan Agung Tahunan ke-74 parti itu di Klang
Dalam pada itu, perwakilan MIC petang tadi sebulat suara meluluskan usul yang memberi mandat kepada jawatakuasa kerja pusat (CWC) parti itu untuk membuat sebarang keputusan berhubung PRU15 termasuk memilih gabungan parti politik.
Usul itu - yang merupakan satu-satunya usul pada mesyuarat hari ini - dicadangkan Timbalan Presiden MIC M Saravanan.
Katanya, usul tersebut dibentangkan berdasarkan Artikel 48 perlembagaan parti bahawa CWC perlu di bawah kuasa dan menerima arahan daripada perhimpunan agung.
Tambahnya, usul tersebut dibuat bersesuaian dengan Artikel 6.3 perlembagaan parti di mana melindungi dan mempromosikan kepentingan politik, ekonomi, pendidikan, budaya dan sosial orang India di Malaysia.
Bagaimanapun, katanya MIC tidak akan tergesa-gesa dengan mandat yang diberikan.
"Mandat yang diberikan hari ini adalah kuasa kepada CWC menentukan hala tuju parti pada masa depan.
"Kami akan menentukan pendirian partinya hanya selepas sebarang keputusan muktamad di peringkat BN," katanya kepada sidang media bersama presiden parti SA Vigneswaran.
Terdahulu hari ini, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin memenuhi undangan MIC menyampaikan ucapan khas pada mesyuarat agung tahunan parti itu yang ke-74 hari ini.
Muhyiddin yang menyampaikan ucapan melalui telesidang menyifatkan MIC membuat keputusan yang "tepat dan rasional" dengan menyokong Perikatan Nasional (PN).
Untuk rekod, Umno dalam perhimpunan agung tahunan minggu lepas, meluluskan usul supaya Presiden parti dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) diberi mandat menentukan bila-bila masa untuk menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mindarakyat.net/2021/04/ika-umno-kerjasama-pas-kenapa-mic-tak.html