Mytnb Cara Semak Bil Elektrik Online


Dengan aplikasi myTNB (mytnb.com.my), segala pembayaran bil telefon, bil air, langganan internet dan semakan bil elektrik boleh dilakukan secara online.
myTNB juga merupakan portal yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai kemudahan lain antaranya mendaftar meter secara online, menyemak status permohonan dan pelbagai lagi kemudahan lain.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai myTNB, cara login, fungsi dan sebagainya.
Apa Itu myTNB? myTNB ialah platform digital yang disediakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memudahkan pengguna menguruskan bil elektrik dan perkhidmatan berkaitan secara dalam talian.
Melalui portal rasmi di www.mytnb.com.my dan aplikasi mudah alih myTNB, pengguna boleh menyemak bil elektrik, membuat pembayaran, memantau penggunaan tenaga, serta mengurus akaun bekalan elektrik mereka dengan pantas dan selamat pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa perlu ke kaunter fizikal.
myTNB Antara ciri utama myTNB termasuk:
Semakan dan pembayaran bil elektrik secara online dengan mudah. Pengurusan akaun bekalan elektrik di satu tempat. Penjejakan penggunaan tenaga elektrik. Permohonan perkhidmatan baru serta pengurusan akaun sedia ada secara digital. Sokongan melalui aplikasi mudah alih yang mesra pengguna dan sentiasa dikemas kini. myTNB menjadikan urusan bil elektrik lebih efisien dan mudah dengan paparan dan transaksi yang pantas serta privasi dan keselamatan data pengguna terjamin.
Fungsi myTNB Melalui aplikasi myTNB, pengguna juga boleh mengakses kemudahan-kemudahan berikut:
Semak dan bayar bil elektrik secara dalam talian dengan cepat dan selamat tanpa perlu ke kaunter. Memantau penggunaan tenaga elektrik bagi tempoh masa tertentu (hingga 6 bulan ke belakang) untuk memahami corak penggunaan tenaga. Urus semua akaun bekalan elektrik anda dalam satu aplikasi, termasuk menambah dan mengurus akaun baru dengan mudah. Terima notifikasi dan pengingat terkini tentang bil, tarikh pembayaran, dan maklumat penting berkaitan akaun. Hantar maklum balas dan pertanyaan terus melalui aplikasi kepada pihak TNB. Integrasi dengan Meter Pintar bagi pelanggan yang dipasang meter pintar, membolehkan penjejakan penggunaan tenaga secara harian dan maklumat bil yang lebih tepat. Pemantauan penggunaan dan belanjawan tenaga untuk membantu pengguna merancang penggunaan tenaga dengan lebih berhemah dan jimat. Menyediakan paparan interaktif dan dashboard yang intuitif untuk gambaran jelas tentang status akaun dan penggunaan elektrik. Menyimpan maklumat pembayaran untuk memudahkan transaksi berulang. Kesemua fungsi ini menjadikan myTNB satu platform yang lengkap dan mudah digunakan bagi pengguna yang ingin menguruskan bil dan penggunaan elektrik mereka secara moden dan digital tanpa perlu berurusan secara manual
Cara Daftar Akaun Di Portal myTNB Sebelum menggunakan dan mengakses segala kemudahan yang ada dalam portal myTNB, anda perlulah mendaftarkan akaun di portal ini terlebih dahulu dengan mengikuti langkah mudah di bawah:
Berikut adalah langkah demi langkah cara daftar akaun di portal myTNB secara terperinci:
LANGKAH 1: Layari laman rasmi myTNB
Pergi ke laman web rasmi myTNB di www.mytnb.com.my.
LANGKAH 2: Klik “New Here? Register Now!”
Pada halaman utama myTNB, cari dan klik pautan untuk mendaftar akaun baru.
myTNB portal LANGKAH 3: Masukkan alamat email dan cipta kata laluan
Isi alamat email yang aktif dan buat kata laluan untuk akaun anda. Kemudian klik butang “Register”.
myTNB portal LANGKAH 4: Isi maklumat diri
Masukkan nama penuh, jenis pengenalan diri (MyKad, Passport, atau lain-lain), nombor pengenalan, dan nombor telefon bimbit yang sah.
LANGKAH 5: Setuju dengan terma dan syarat
Tandakan kotak persetujuan yang menyatakan anda telah membaca dan bersetuju dengan terma dan syarat penggunaan portal myTNB.
LANGKAH 6: Cipta akaun
Klik “Create my Account” untuk lanjut ke proses seterusnya.
LANGKAH 7: Sahkan nombor telefon dengan OTP
Anda akan menerima kod OTP (One-Time Password) yang dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan. Masukkan kod OTP untuk pengesahan.
LANGKAH 8: Sahkan email anda
Selepas akaun berjaya dibuat dan OTP disahkan, anda akan menerima email pengesahan. Klik pautan “Verify Email Address” dalam email tersebut untuk mengaktifkan akaun myTNB anda.
LANGKAH 9: Tambah akaun TNB
Log masuk ke akaun myTNB anda, klik pada butang “Add Account” pada halaman utama. Isi maklumat akaun TNB yang terdapat pada bil elektrik, termasuk nombor akaun TNB dan nombor kad pengenalan pemilik akaun.
Tambah akaun TNB Selesai pendaftaran
Setelah akaun TNB ditambah, akaun myTNB anda sudah siap digunakan untuk semakan bil elektrik, pembayaran dan lain-lain kemudahan yang disediakan.
Cara Login myTNB Setelah selesai melakukan segala langkah-langkah di atas, anda kini boleh log masuk ke dalam akaun anda.
LANGKAH 1: Layari laman rasmi myTNB:
Layari web myTNB di: https://www.mytnb.com.my.
LANGKAH 2: Klik butang “Login”
Pada halaman utama, cari dan klik butang “Login”.
LANGKAH 3: Masukkan maklumat login
Isi emel dan kata laluan yang anda daftarkan semasa pendaftaran akaun myTNB.
LANGKAH 4:
Klik “Sign In” untuk mengakses akaun anda.
Jika terlupa kata laluan:
Klik pautan “Forgot Password” untuk menetapkan semula kata laluan melalui emel atau OTP yang dihantar ke nombor telefon anda.
Setelah berjaya login, anda boleh mengakses pelbagai perkhidmatan seperti semak bil elektrik, buat pembayaran, tambah akaun elektrik dan lain-lain.
Anda juga boleh menggunakan aplikasi mudah alih myTNB yang boleh dimuat turun dari Google Play Store, Apple App Store, atau Huawei App Gallery untuk log masuk dan mengurus akaun dengan lebih mudah di telefon bimbit anda menggunakan ID dan kata laluan yang sama.
Jika ada masalah log masuk seperti salah ID atau kata laluan, sistem membenarkan anda cuba semula sehingga 5 kali sebelum mengarahkan anda ke proses reset kata laluan melalui “Forgot Password”.
Muat Turun Aplikasi myTNB Aplikasi myTNB merupakan aplikasi mudah alih untuk anda menguruskan akaun-akaun bekalan elektrik TNB anda pada satu tempat.
Semak dan bayar bil elektrik anda bila-bila masa, di mana sahaja serta uruskan akaun-akaun TNB secara ‘on the go’!
KENAPA SAYA PATUT DAPATKAN APLIKASI myTNB?
Ketahui berapa banyak tenaga elektrik yang telah anda gunakan Semak jumlah keseluruhan bil tenaga elektrik anda untuk semua akaun Bayar bil elektrik anda bila-bila masa di mana sahaja Hantarkan maklum balas berkaitan mana-mana bil dengan cepat Aplikasi ini hanya tersedia secara percuma hanya pada Android v5.0 dan ke atas, juga IOS v9 dan ke atas.
MUAT TURUN APLIKASI myTNB:
Google Play KLIK SINI AppStore KLIK SINI AppGallery KLIK SINI Cara Semak Bil Elektrik Online Guna Aplikasi myTNB Untuk membuat semakan bil elektrik TNB menggunakan aplikasi myTNB, anda perlu memuat turun terlebih dahulu aplikasi in di telefon pintar anda.
Daftar akaun myTNB jika anda belum mempunyai akaun, dengan memasukkan maklumat peribadi dan nombor akaun TNB anda. Setelah itu, log masuk ke dalam aplikasi myTNB menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan. Pada halaman utama aplikasi, tekan butang “View My Bill”. Bil elektrik terkini akan dipaparkan bersama butiran seperti jumlah bil, penggunaan tenaga elektrik, dan tarikh bil. Anda boleh menyimpan atau berkongsi bil elektrik tersebut dalam format PDF dengan menekan butang kongsi (share) yang terdapat pada aplikasi. Sekiranya mahu, buat pembayaran bil elektrik terus dalam aplikasi melalui kaedah pembayaran yang tersedia seperti kad debit, kad kredit, atau perbankan internet.`
Di halaman Dashboard, anda boleh melihat dengan jelas bil dan jumlah penggunaan tenaga elektrik bagi setiap bulan. Terdapat graf perbandingan bil untuk beberapa bulan sebelum itu. Lebih menarik, anda juga boleh membuat perbandingan bil elektrik hari ini dengan bil elektrik bulan-bulan sebelumnya.
Perbandingan bil letrik Dengan cara ini, anda dapat memantau penggunaan elektrik dan mengawal penjimatan dengan lebih berkesan.
Oh ya, pastikan nombor akaun yang dinyatakan dalam akaun anda adalah sama dengan nombor akaun dalam bil penyata TNB anda untuk mengelakkan anda kerugian kerana terbayarkan bil orang lain.
Cara Bayar Bil Eletrik TNB Online Untuk membayar bil TNB anda secara online, sila ikuti langkah-langkah berikut:
Log masuk ke myTNB Portal atau aplikasi myTNB menggunakan ID dan kata laluan anda. Pilih akaun TNB yang ingin dibayar bilnya, kemudian klik pada butang “Pay” atau “Bayar”. Semak jumlah bil yang tertera dan tandakan pilihan untuk bil yang hendak dibayar jika anda mempunyai lebih dari satu akaun. Klik “Pay Bill” atau “Bayar Bil” Pilih kaedah pembayaran yang disediakan seperti kad debit/kredit, perbankan internet (FPX), e-wallet seperti Touch ‘n Go, dan lain-lain. Masukkan butiran pembayaran mengikut arahan sistem seperti nombor kad dan pengesahan transaksi. Sahkan pembayaran, dan selepas pembayaran berjaya, anda akan menerima notifikasi pengesahan yang menunjukkan bil telah dijelaskan. Cetak atau simpan resit pembayaran untuk rekod peribadi anda sekiranya perlu. Sebagai tambahan, anda juga boleh menggunakan fungsi Express Payment di portal myTNB untuk pembayaran bil kurang daripada RM250 tanpa perlu log masuk akaun.
Bayar melalui aplikasi myTNB Sila rujuk video berikut untuk melihat video tutorial cara pembayaran bil melalui Portal TNB online.
Video Tutorial myTNB Sila rujuk video tutorial di bawah untuk mengetahui cara menggunakan aplikasi myTNB dengan mudah:
CARA DAFTAR AKAUN myTNB CARA TAMBAH AKAUN DALAM APLIKASI myTNB CARA MENYEMAK BIL ELEKTRIK CARA BAYAR BIL ELEKTRIK ONLINE Pengguna Android – Google Play Pengguna iOS – App Store Pengguna Huawei – App Gallery Panduan Manual (PDF)
Muat turun panduan manual PDF di bawah untuk maklumat lebih terperinci:
Guide_FAQ_for_Non-Smart_Meter_Customers_V11MUAT TURUN Guide_FAQ_for_Smart_Meter_Customers_V11MUAT TURUN Terlupa Kata Laluan Jika anda terlupa kata laluan myTNB, berikut adalah cara untuk mereset atau menukar kata laluan anda:
Pada halaman login portal atau aplikasi myTNB, klik pautan “Forgot Password”. Masukkan alamat emel yang anda gunakan untuk mendaftar akaun myTNB. Pilih sama ada mahu reset kata laluan melalui emel atau SMS (kod OTP). Jika memilih reset melalui emel, anda akan menerima pautan untuk menetapkan kata laluan baru di emel yang didaftarkan. Klik pautan tersebut dan ikut arahan untuk cipta kata laluan baru. Jika memilih reset melalui SMS, anda akan menerima kod OTP di nombor telefon yang didaftarkan. Masukkan kod OTP tersebut di portal/aplikasi dan ikut arahan seterusnya untuk cipta kata laluan baru. Setelah berjaya menetapkan kata laluan baru, anda boleh log masuk menggunakan kata laluan terbaru tersebut. Jika anda tidak menerima emel atau SMS untuk reset, atau ada masalah lain, anda disarankan untuk menghubungi TNB Careline di 1300-88-5454 bagi mendapatkan bantuan lanjut.
Maklumat Lanjut Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi TNB CareLine via Facebook @ TNBCareline or Call 1-300-88-5454
Isnin-Jumaat: 8.00 pagi – 7.00 malam Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 8.00 pagi – 5.00 petang Hantar e-mel ke: [email protected]
BACA JUGA: Air Selangor: Pembayaran Bil Online, Daftar e-Bil & Semakan Gangguan Air
Soalan Lazim myTNB 1. Adakah saya perlu daftar semula jika sudah ada aplikasi myTNB dan ingin gunakan portal myTNB? Tidak perlu. Anda boleh gunakan ID pengguna dan kata laluan yang sama untuk kedua-dua portal dan aplikasi.
2. Bagaimana cara daftar akaun baru di myTNB? Boleh daftar melalui portal myTNB (www.mytnb.com.my) atau aplikasi mudah alih myTNB. Lengkapkan maklumat peribadi seperti nama, no IC, emel dan telefon, kemudian sahkan dengan PIN OTP yang dihantar.
3. Bagaimana cara semak bil elektrik online tanpa daftar? myTNB memerlukan pendaftaran akaun untuk semak bil. Untuk pengesahan dan keselamatan, semakan tanpa daftar tidak disediakan.
4. Apa yang perlu dibuat jika terlupa kata laluan? Gunakan fungsi “Forgot Password” di halaman login portal atau aplikasi untuk reset kata laluan via emel atau SMS OTP. Jika tidak menerima OTP, hubungi TNB CareLine di 1300-88-5454.
5. Bagaimana cara bayar bil elektrik TNB online? Log masuk ke myTNB, pilih akaun, semak bil dan pilih kaedah pembayaran. Pembayaran boleh dibuat menggunakan debit/kredit kad, perbankan internet, atau e-wallet.
6. Bolehkah saya tambahkan akaun baru TNB ke dalam myTNB? Ya, selepas log masuk, pilih “Add Account” dan masukkan nombor akaun TNB yang ingin ditambah. Anda juga boleh imbas kod bar pada bil untuk tambah akaun lebih cepat.
7. Adakah ID pengguna portal myTNB boleh digunakan berulang? Tidak, ID pengguna portal hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh didaftarkan semula oleh pengguna yang sama.
8. Bagaimana untuk hubungi TNB CareLine untuk pertanyaan lanjut? Anda boleh hubungi TNB CareLine di talian 1300-88-5454 (waktu operasi 8 pagi hingga 7 malam hari bekerja) atau layari Facebook rasmi @TNBCareline untuk sokongan.
9. Bagaimana cara untuk melihat penggunaan tenaga elektrik terkini? Aplikasi myTNB menyediakan paparan penggunaan tenaga elektrik selama 6 bulan lepas untuk pengguna memantau dan merancang penggunaan tenaga mereka.
10. Apakah kelebihan aplikasi myTNB? Ia membolehkan pengguna urus semua akaun elektrik dalam satu aplikasi, bayar bil, dapat notifikasi bil, dan pantau penggunaan tenaga dengan paparan interaktif yang mudah digunakan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/portal-mytnb/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=portal-mytnb

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Check Scammer Online Melalui Semak Mule Pdrm

Cara Check Scammer Online Melalui Semak Mule Pdrm

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 107 hits
Cara Check Scammer Online di Malaysia Melalui Semak Mule PDRM Kes penipuan dalam talian di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun dan taktik mereka juga semakin licik Ada sahaja kisah individu yang menjadi mangsa Ada yang tertipu ke...
Cara Semak Status Kelayakan Sara Rm100 One Off

Cara Semak Status Kelayakan Sara Rm100 One Off

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 86 hits
Original Content Bermula 21 Ogos 2025 seramai 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia boleh mula menyemak status kelayakan untuk menerima Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah RM100 one off Seperti diumumkan oleh Perdana Menteri Dato Seri A...
Cara Semak Nombor Telefon Akaun Bank Scammer Dengan Mudah

Cara Semak Nombor Telefon Akaun Bank Scammer Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 120 hits
Cara Semak Nombor Telefon Akaun Bank Scammer Dengan Mudah Sejak kebelakangan ini kes penipuan dalam talian semakin menjadi jadi Hari hari ada sahaja kisah mangsa yang kehilangan duit beribu ringgit Lebih memilukan duit yang lesap itu kadang...
Cara Simpan Makanan Dalam Freezer Dengan Betul

Cara Simpan Makanan Dalam Freezer Dengan Betul

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 125 hits
Cara Simpan Makanan Dalam Freezer Dengan Betul Peti sejuk beku sememangnya menjadi satu keperluan penting dalam setiap rumah untuk memudahkan kita menyimpan pelbagai jenis makanan Tidak dinafikan kebanyakan orang menggunakannya untuk menyim...
Enjoying The Thrills Of Mahjong Ways Online

Enjoying The Thrills Of Mahjong Ways Online

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 89 hits
Mahjong ways gambling is more than just a game it s an exhilarating fusion of skill strategy and chance Picture this a table filled with colorful tiles friends gathered around the air buzzing with excitement as players vie for victory This ...
Resepi Ikan Belanak Masak Pindang Utara Cara Bonda Sedap Dihirup

Resepi Ikan Belanak Masak Pindang Utara Cara Bonda Sedap Dihirup

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 145 hits
Masak pindang ni memang masakan legend dan masakan penuh nostalgia sebab inilah antara lauk kegemaran Allahyarham abah Jadi bila jumpa ikan belanak kat pasar automatik menu untuk ikan ini pastilah masak pindang atau digoreng garing Resepi I...
Cara Menilai Harga Blog Panduan Lengkap Blogger Malaysia 2025

Cara Menilai Harga Blog Panduan Lengkap Blogger Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 180 hits
Cara Menilai Harga Blog Kadar Caj Artikel TajaanMenentukan harga blog adalah salah satu kemahiran penting bagi setiap blogger yang ingin menjana pendapatan secara konsisten Sama ada korang baru bermula atau sudah lama aktif menulis mengetah...
Rare Tapi Menjadi Ini 7 Cara Halau Lipas Dalam Kereta

Rare Tapi Menjadi Ini 7 Cara Halau Lipas Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 128 hits
Rare Tapi Menjadi Ini 7 Cara Halau Lipas Dalam Kereta Lipas dalam kereta memang antara mimpi ngeri kecil yang boleh mencetuskan panik besar terutama jika ia muncul secara tiba tiba sewaktu memandu Bau makanan tempat tersembunyi dan suasana ...
Pesakit Jantung Meninggal Dunia Kerana Gangguan Bekalan Elektrik

Pesakit Jantung Meninggal Dunia Kerana Gangguan Bekalan Elektrik

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 64 hits
AgensiScunthorpe United Kingdom Seorang pesakit wanita meninggal dunia akibat kegagalan bekalan elektrik secara tiba tiba semasa menjalani pembedahan jantung menurut satu laporan koroner Memetik laporan BBC News Jean Dye 77 sedang menjalani...
Sekatan Israel Cetus Kebuluran Di Gaza Who Beri Amaran Kematian Akibat Malnutrisi Harian Metro

Schizzo Redux Walzwerk S Made To Order Bmw R 12 Caf Racer

Kenapa Bisnes Anda Perlu Pilih Syarikat Design Printing Profesional Jimat Masa Kos Hasil Lebih Berkualiti

Kelantan Cuba Rempuh Polis Lepas Tembakan

Indonesia Siasat Kemungkinan Terdapat Kesan Radioaktif Dalam Udang Eksport Harian Metro

Zii Jia Kembali Mahu Akhiri Kempen Di Paris Tanpa Kecederaan

Pertama Kali Join Group Tadabbur Bersama Ustazah Wan Jah

Murid Kejar Kereta Ibu Tular Polis Buka Kertas Siasatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anwar Rasmi Fasiliti Kenderaan Perisai Mildef Bernilai Rm2 Bilion

Usung Kereta Naik Tangga Ramai Kagum Tengok Kegigihan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal

Isu Bendera Kena Matang Jangan Jejas Kerjasama Umno Dap Kata Nur Jazlan

Mujahid Using Non Muslim Firms In Th S Rebranding Is Permissible

Prs Chief To Make Way For Vice President John Sikie Tayai

Jadwal Al Nassr Vs Al Ahli Di Final Saudi Super Cup 2025 Malam Ini Penentuan Juara