Cara Check Scammer Online Melalui Semak Mule Pdrm


Cara Check “Scammer Online” di Malaysia Melalui Semak Mule PDRM
Kes penipuan dalam talian di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun dan taktik mereka juga semakin licik. Ada sahaja kisah individu yang menjadi mangsa.
Ada yang tertipu ketika membeli barang secara dalam talian, ada yang diperdaya dengan pelaburan palsu yang menjanjikan pulangan lumayan dan tidak kurang juga yang terjerat dalam perangkap love scam yang memanipulasi emosi.
Lebih membimbangkan, ramai mangsa hanya menyedari mereka ditipu selepas wang dipindahkan ke akaun penipu.
Namun kini, orang ramai mempunyai pilihan untuk melindungi diri lebih awal dengan membuat semakan sebelum melakukan sebarang transaksi iaitu melalui portal rasmi Semak Mule yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Apa itu Semak Mule PDRM? Semak Mule ialah sebuah portal rasmi yang dibangunkan oleh PDRM khusus untuk membantu orang awam mengesan maklumat yang berpotensi digunakan oleh scammer.
Portal ini membolehkan anda menyemak sama ada nombor akaun bank atau nombor telefon yang diberikan oleh seseorang pernah dilaporkan terlibat dalam kes penipuan.
Maklumat dalam pangkalan data ini disediakan dan dikemas kini oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM.
Dengan hanya memasukkan nombor yang ingin disemak, anda boleh mendapatkan maklumat penting yang mungkin menyelamatkan anda daripada menjadi mangsa seterusnya.

Tujuan platform Semak Mule PDRM Tujuan utama platform Semak Mule ini diwujudkan oleh PDRM adalah untuk memerangi jenayah komersial dengan memberi peluang kepada orang ramai mengenal pasti akaun bank atau nombor telefon yang pernah digunakan dalam kes penipuan.
Ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran awam mengenai kewujudan akaun “mule”, iaitu akaun bank yang digunakan oleh sindiket untuk menerima atau memindahkan wang hasil penipuan.
Selain itu, platform ini menggalakkan masyarakat membuat semakan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.
Melalui platform ini, PDRM berharap dapat mengurangkan jumlah mangsa penipuan dalam talian dan pada masa yang sama memudahkan siasatan terhadap sindiket yang semakin licik.
Menariknya, Semak Mule boleh diakses secara percuma oleh semua pihak termasuk orang awam, peniaga dan institusi kewangan.
Antara fungsi utamanya ialah membolehkan pengguna menyemak nama syarikat bagi memastikan kesahihan entiti perniagaan, memeriksa nombor akaun bank untuk mengetahui sama ada ia pernah terlibat dalam laporan penipuan serta mengesan nombor telefon yang dikaitkan dengan aktiviti scam.
Hal ini penting kerana banyak laporan polis telah dibuat berkaitan penipuan dalam talian seperti jual beli barang secara online, tempahan homestay melalui media sosial dan pelbagai lagi modus operandi yang digunakan oleh penjenayah.
Oleh itu, sebelum memindahkan wang atau membuat pembayaran, lakukan semakan terhadap nombor akaun dan nombor telefon yang diberikan.
Langkah mudah ini boleh menjadi benteng utama anda daripada terjerumus menjadi mangsa scammer yang semakin berani beroperasi di alam maya.
Cara menggunakan Semak Mule PDRM Layari laman rasmi
Buka pelayar internet seperti Google Chrome, Safari, atau Microsoft Edge, dan pergi ke pautan rasmi Portal Semak Mule.
Pilih kategori semakan
Anda boleh memilih untuk menyemak nombor akaun bank atau nombor telefon yang diberikan oleh individu, penjual atau mana-mana pihak yang ingin berurusan dengan anda.
Masukkan maklumat
Taip nombor akaun bank atau nombor telefon tersebut di ruang carian yang disediakan. Pastikan anda memasukkannya dengan tepat untuk mendapatkan hasil semakan yang betul.
Klik ‘Search’ atau ‘Semak’
Portal akan memaparkan hasil carian.
Jika nombor tersebut pernah dilaporkan terlibat dalam kes penipuan, maklumat kes serta laporan berkaitan akan dipaparkan untuk rujukan anda.
Buat tindakan lanjut
Jika hasil semakan menunjukkan maklumat yang mencurigakan atau pernah terlibat dalam kes penipuan, elakkan daripada membuat sebarang pembayaran. Segera laporkan kepada pihak polis. Anda boleh berbuat demikian di balai polis berdekatan atau melalui CCID Scam Response Centre untuk tindakan lanjut.
Kelebihan menggunakan Semak Mule PDRM Percuma dan mudah diakses. Tiada bayaran dikenakan dan boleh digunakan pada bila-bila masa, 24 jam sehari. Maklumat yang dipercayai. Semua data diperoleh terus daripada PDRM dan bukannya daripada sumber tidak rasmi. Langkah pencegahan awal. Ianya dapat membantu anda mengelakkan diri daripada menjadi mangsa sebelum memindahkan wang atau berkongsi maklumat peribadi. Dalam dunia digital yang serba pantas ini, penipuan juga semakin canggih dan susah dikesan. Scammer boleh berpura-pura menjadi penjual yang mesra, pelabur yang berwibawa, atau malah rakan lama yang kononnya memerlukan bantuan segera.
Dengan kewujudan Semak Mule, kita mempunyai alat yang sangat berguna untuk melindungi diri dan wang ringgit daripada terjerumus dalam penipuan.
BACA : Beli iPhone “Secondhand?” Ini Tip Untuk Pembeli Bijak
BACA : Pilihan Warna Cat Rumah Yang Popular Untuk 2025
The post Cara Check “Scammer Online” Melalui Semak Mule PDRM appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/18/cara-check-scammer-online-melalui-semak-mule-pdrm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Semak Nombor Telefon Akaun Bank Scammer Dengan Mudah

Cara Semak Nombor Telefon Akaun Bank Scammer Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 568 hits
Cara Semak Nombor Telefon Akaun Bank Scammer Dengan Mudah Sejak kebelakangan ini kes penipuan dalam talian semakin menjadi jadi Hari hari ada sahaja kisah mangsa yang kehilangan duit beribu ringgit Lebih memilukan duit yang lesap itu kadang...
Mytnb Cara Semak Bil Elektrik Online

Mytnb Cara Semak Bil Elektrik Online

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 1905 hits
Dengan aplikasi myTNB segala pembayaran bil telefon bil air langganan internet dan semakan bil elektrik boleh dilakukan secara online myTNB juga merupakan portal yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai kemudahan lain antaranya mendafta...
Cara Semak Status Kelayakan Sara Rm100 One Off

Cara Semak Status Kelayakan Sara Rm100 One Off

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 130 hits
Original Content Bermula 21 Ogos 2025 seramai 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia boleh mula menyemak status kelayakan untuk menerima Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah RM100 one off Seperti diumumkan oleh Perdana Menteri Dato Seri A...
Ini Cara Tukar Tarif Tou Melalui Portal Mytnb

Ini Cara Tukar Tarif Tou Melalui Portal Mytnb

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 222 hits
Seperti diketahui Tenaga Nasional Berhad telah melaksanakan jadual elektrik baharu berkuat kuasa 1 Julai 2025 Sebagai sebahagian daripada Penstrukturan Semula Tarif Elektrik TNB telah memperkenalkan skim Time of Use kepada pengguna Voltan R
Cara Spa Memilih Calon Lulus Melalui Ujian Psikometrik

Cara Spa Memilih Calon Lulus Melalui Ujian Psikometrik

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 460 hits
Cara SPA Memilih Calon Melalui Ujian Psikometrik SPA menggunakan ujian psikometrik untuk menilai kesesuaian personaliti nilai dan sikap calon bukan sekadar pengetahuan akademik Berikut cara SPA memilih calon melalui ujian psikometrik Tujuan...
Remaja Perempuan Jual Kekasih Kepada Sindiket Scammer

Remaja Perempuan Jual Kekasih Kepada Sindiket Scammer

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 273 hits
KOSMO BEIJING Seorang remaja lelaki dari wilayah Guangdong China mendakwa bahawa dia dikhianati dan dijual oleh teman wanitanya yang berusia 17 tahun lapor laman berita MS News hari ini Mangsa yang berusia 19 tahun dilaporkan dijual kepada ...
Dia Ni Scammer Ka

Dia Ni Scammer Ka

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 130 hits
Ustaz AsriRupanya Mokhtar Senik ada 11 org pelajar je
Local Hillbilly Gains Online Infamy Threatening Store Keeper For Not Accepting Debt

Local Hillbilly Gains Online Infamy Threatening Store Keeper For Not Accepting Debt

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 639 hits
POLITENESS goes a long way towards opening the doors of opportunity But for one man threatening others was seen as a more viable approach In a recent video a man in a helmet could be seen scolding a store keeper who happened to be recording...
Moe S We Hate Bullies Campaign Mercilessly Mocked Online For Perceived Complete Waste Of Time

Moe S We Hate Bullies Campaign Mercilessly Mocked Online For Perceived Complete Waste Of Time

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 318 hits
WITH the topic of bullying the current political hot potato the Education Ministry s considered response of a rallying call to mark the beginning and end of the school day was mercilessly trolled online As reported by Astro Awani on X the M...
Doa 13 September 2025

How To Start Amazon Fba With Low Investment And High Potential

Tujuh Suspek Ditahan Kes Kekecohan Di Kampung Sungai Baru

Bukti Anak Selamat

Buat Demonstrasi Di Kampung Sg Baru Menteri Tegur Tindakan Rafidah Nak Negara Kita Ini Tidak Aman

Cerita 2 Penduduk Kampung Sg Baru Kl Diusir

Mursyidul Am Pas Setakat Macam Anwar Pas Boleh Cari Tiga Empat Lori Calon Pm

Kes Zara Qairina Peguam Ibu Arwah Mohon Tangguh Perhimpunan Aman Justice For Zara Hingga Inkues Selesai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Camden Market Dengan Nellisa

Masa Itu Hanya Fikir Biarlah Mati Berpelukan Mangsa Tanah Runtuh

10 Website Paling Kerap Dilayari Rakyat Malaysia Pada Bulan Ogos

Laluan Ke Pantai Timur Meriah Pengguna Kongsi Situasi Pulang Ke Kampung Halaman

Mala Agatha Plin Plan Chord

Le Chemin Du Bois Harel By Alta A New Urban Vision In Timber Architecture