Resepi Ikan Belanak Masak Pindang Utara Cara Bonda Sedap Dihirup


Masak pindang ni memang masakan legend dan masakan penuh nostalgia sebab inilah antara lauk kegemaran Allahyarham abah. Jadi bila jumpa ikan belanak kat pasar, automatik menu untuk ikan ini pastilah masak pindang atau digoreng garing.


Resepi Ikan Belanak Masak Pindang Utara Masakan simple tapi sedap dengan rasa masam pedas-pedas buat makan nasi bertambah. Paling seronok tengok abah makan nasi sambil menghirup baki kuah yang diletakkan di atas nasi. Nasi habis dimakan dan baki kuah tu hirup dari pinggan. 
Ada banyak versi masak pindang ni tapi rasanya ikut citarasa si tukang masak malah masak pindang ni juga seakan masak singgang. 
Apa pun resepi bonda ni paling umi suka sangat terutama bila rasa tak sihat tu, hirup kuah ni slurp slurpp, rasa lega selesemanya

Ikan belanak ni dah makin susah nak dapat kat pasar yang umi pergi, kalau ikan belanak masin tu memang banyak, jadi kalau nampak dijual memang mesti dibeli

Bahan- bahan3 ekor ikan belanak
4 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 batang serai, dititik
2 keping asam gelugur
3 batang cili kering, dikerat 2 atau 3
cili api - kalau suka nak lebih pedas
serbuk kunyit 
Air secukupnya
Garam secukup rasa


Cara memasak
Letakkan periuk berisi air (ukuran dalam 1/2 periuk, bergantung bilangan ikan). Masukkan bawang merah, bawang putih, serai yang telah dititik, asam gelugur, cili kering (kalau nak guna cili api thai pun boleh) dan serbuk kunyit. Masak dengan api sederhana hingga kuah mendidih,Bila kuah dah mendidih, masukkan ikan belanak (ikan tongkol atau ikan tenggiri pun boleh) dan perlahankan api. Bila nampak ikan dah agak masak, balikkan ikan supaya ianya dimasak kedua belah dengan sempurna.

Akhir sekali masukkan garam secukupnya dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas.Dah boleh dihidang dengan nasi panas-panas dan lembut pastu boleh hirup kuah yang pedas-pedas masam tu. 


Resipi Menarik
Resipi Masak Pindang Ikan Susu20 Resipi Masakan IkanIkan Tongok Masak Cuka Utara




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2025/08/resepi-ikan-belanak-masak-pindang-utara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masak Kicap Ikan Bawal Emas Dan Bab Rezeki

Masak Kicap Ikan Bawal Emas Dan Bab Rezeki

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 323 hits
Alhamdulillah selepas selesai entri percutian ke Canterbury di saya kembali dengan entri resipi dan masakan Sebelum itu jangan lupa klik follow blog dan klik iklan yang keluar di bahagian atas blog juga tau Kerjasama anda didahului dengan u...
Resipi Ikan Bawal Hitam Masak Kicap Lauk Tengah Hari Yang Buat Anak Angkat Ibu Jari

Resipi Ikan Bawal Hitam Masak Kicap Lauk Tengah Hari Yang Buat Anak Angkat Ibu Jari

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 329 hits
Resipi ikan bawal hitam masak kicap ini memang ringkas tapi boleh jadi kegemaran keluarga Dengan kombinasi rasa manis pedas dan masin yang seimbang selain tumisan bawang dan halia yang menggoda selera bila dimakan dengan nasi memang masing ...
Telur Ikan Tenggiri Papan Masak Gulai Cili Api

Telur Ikan Tenggiri Papan Masak Gulai Cili Api

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 330 hits
Selalunya telur ikan tenggiri dengan warna kecoklatan ni memang mudah didapati kat pasar dan telur tu memang agak keras dan bila dimasak pun kekal keras Tapi baru baru ni umi jumpa telur tenggiri papan yang cukup cantik dan memang rasa meny...
Nasi Ayam Claypot Masak Dalam Periuk Biasa Tetap Sedap Ini Caranya

Nasi Ayam Claypot Masak Dalam Periuk Biasa Tetap Sedap Ini Caranya

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 410 hits
Nasi ayam claypot tiba tiba teringat dan teringin nak makan Tapi tak rajin pula nak keluar untuk beli Kalau dah begini buat sajalah sendiri di rumah Tak perlu claypot masak dalam periuk biasa pun boleh Lebih praktikal sebenarnya sekali masa...
Sotong Kembang Masak Kari Buat Pekat Pekat Lagi Sedap

Sotong Kembang Masak Kari Buat Pekat Pekat Lagi Sedap

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 366 hits
Sotong kembang masak kari memang jarang kita dengar Selalunya sotong jenis ini dimasak sambal Tapi jangan tak tahu bila dimasak kari rasanya memang padu Lagi lagi kalau karinya pekat Bagi yang nak cuba boleh gunakan resipi Nordiana Mohamad ...
Resipi Gulai Kurma Ayam Terlajak Sedap Ikut Cara Ni Gerenti Jadi

Resipi Gulai Kurma Ayam Terlajak Sedap Ikut Cara Ni Gerenti Jadi

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 408 hits
Hidangan Gulai Kurma Ayam ni memang popular di kalangan orang kita Memang sedap bila masak kuahnya pekat dan bau harum Tambah pula dengan gabungan lauk lain lagi bertambah makan Dan kali ini kita kongsikan resipi gulai kurma ayam Kelantan y...
Wanita Ini Ajar Cara Proses Lemak Ayam Jadi Minyak Masak Terpakai

Wanita Ini Ajar Cara Proses Lemak Ayam Jadi Minyak Masak Terpakai

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 188 hits
Wanita Ini Ajar Cara Proses Lemak Ayam Jadi Minyak Masak Terpakai Setiap kali memasak ayam ramai antara kita yang akan membuang bahagian lemaknya kerana menganggap ia tidak elok untuk dimakan Namun tahukah anda bahawa lemak ayam yang sering...
Hero Lunch Sa Hari Ini Masak Lemak Cili Api Ikan Keli

Hero Lunch Sa Hari Ini Masak Lemak Cili Api Ikan Keli

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 438 hits
Assalamualaikum Dah makan ke tu Ada tak rasa macam ni tengah hari perut mula berbunyi buka bekas makan terus semerbak bau lauk kegemaran Itulah moment bahagia SA hari ini Hari ni bekal SA simple je tapi cukup buat hati rasa gembira ecehhhhh...
Cara Masak Telur Rebus

Cara Masak Telur Rebus

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 592 hits
Ahaaa tajuk bukan main kan semua orang tahu cara merebus telur kan tapi bagi anak remaja yang tak pandai dan tidak yakin boleh tiru cara acik ni insyaAllah mudah dan tidak pecah cara cuci bersih telur dan ketepikan didihkan air masukkan gar...
Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Maulidur Rasul Jom Throwback Sirah Nabi Dalam Hidup Kita

Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani

Momen Pakcik Pakcik Lepak Sambut Hari Lahir Bersama Rakan Runtun Hati Ramai

Hujan Demi Lencana Di Dada Chord

Jojo Ends Skid With Brutal Two Minute Tko In Bangkok

Bersatu Is Most Inclusive Party In Malaysian Political History Not Just For Malays Says Hamzah Zainudin