Kemaskini Str Cara Tempoh Semakan Status
Kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) & permohonan baru tahun 2026 dijangka akan dibuka selepas pembentangan Belanjawan 2026 selesai di Dewan Rakyat. Untuk maklumat terkini mengenai STR, layari www.bantuantunai.hasil.gov.my
Belanjawan 2026 telah mula dibentang di Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Oktober 2025.
Berita baik untuk penerima STR, kesemua 9 juta penerima STR turut menerima SARA sehingga RM100 sebulan atau RM1,200 setahun!
Manakala bagi seramai 1 juta penerima STR di bawah program eKasih, bantuan SARA yang diberikan sehingga RM200 sebulan atau RM2,400 setahun.
Bagi memastikan anda layak untuk mendapat semua manfaat yang dinyatakan, pastikan anda membuat permohonan dan kemaskini STR untuk tahun 2026. Jangan lupa ya!
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Tunai Rakyat (Sumbangan Tunai Rahmah) dan cara membuat PERMOHONAN BARU, KEMASKINI MAKLUMAT STR dan semakan status.
BACA JUGA: STR & SARA 2026 – Belanjawan 2026
Pengenalan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah dan sederhana di seluruh negara.
Melalui STR, bantuan kewangan secara tunai disalurkan kepada keluarga dan individu yang layak, khususnya mereka yang menghadapi kesukaran ekonomi, untuk membantu mereka memenuhi keperluan harian.
Dalam pembentangan Belanjawan 2026, Kerajaan telah mengumumkan peningkatan peruntukan bagi STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM15 bilion, berbanding RM13 bilion pada tahun 2025.
Peruntukan yang lebih tinggi ini adalah hasil daripada penjimatan yang diperoleh melalui penyasaran subsidi seperti diesel dan bahan api RON95. Usaha ini bertujuan memastikan bantuan tersebut dapat diagihkan lebih meluas dan berkesan dalam meringankan beban rakyat.
Antara intipati utama berkaitan STR dalam Belanjawan 2026 termasuklah:
Seramai 9 juta penerima STR akan terus menikmati faedah bantuan ini, dengan tambahan SARA sehingga RM100 sebulan atau RM1,200 setahun.
Penerima yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih akan menerima bantuan SARA lebih tinggi, sehingga RM200 sebulan.
Isi rumah berpendapatan kurang dari RM2,500 sebulan dan mempunyai lima anak boleh menerima bantuan maksimum sehingga RM4,600 setahun melalui gabungan STR dan SARA.
STR fasa terakhir yang bernilai RM2 bilion akan dibayar lebih awal sempena perayaan Deepavali 2025, sebagai tanda pengiktirafan terhadap beban kos perayaan.
Kerajaan juga menyediakan RM1 bilion bagi menangani kos sara hidup, termasuk RM600 juta khusus untuk memperluaskan program Jualan Payung RAHMAH di seluruh Dewan Undangan Negeri

Pemberian Penghargaan SARA
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, inisiatif ini menunjukkan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus menjaga kesejahteraan rakyat walaupun menghadapi cabaran ekonomi global.
Dengan pelan peruntukan dan bantuan yang diperhebatkan dalam Belanjawan 2026, STR diharapkan dapat terus menjadi benteng penting dalam mengurangkan tekanan kewangan dan meningkatkan kualiti hidup golongan yang memerlukan.
Siapa Yang Perlu Buat Permohonan Baru / Kemaskini STR?
Ramai yang tertanya-tanya, sama ada mereka perlu membuat kemaskini sekiranya TIADA PERUBAHAN maklumat berbanding sebelum ini.
Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:
Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiadapasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:
Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut.
Penerima STR yang mempunyai perubahan maklumat terkini seperti sudah berkahwin, bilangan anak sudah bertambah, atau perubahan pendapatan isi rumah.
Pemohon yang ingin menambah atau mengubah maklumat akaun bank, alamat surat-menyurat, nombor telefon pemohon dan pasangan, serta maklumat waris juga digalakkan untuk mengemaskini bagi menjamin kelancaran pembayaran bantuan.
Mereka yang sudah lulus permohonan STR tetapi terdapat perubahan status perkahwinan seperti cerai atau kematian pasangan, boleh mengemaskini maklumat setelah tarikh kemaskini dibuka.
Individu yang memohon STR dan belum mendaftar akaun bank semasa permohonan awal juga boleh menambah maklumat ini sewaktu kemaskini permohonan.
Syarat Kelayakan STR
Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
i. Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
ii. Warga Emas Tiada Pasangan
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
iii. Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Cara Kemaskini STR
1. Lawati portal rasmi STR LHDNM di https://bantuantunai.hasil.gov.my dan log masuk ke akaun MySTR anda menggunakan ID pengguna (No. MyKad) dan kata laluan yang telah didaftarkan.
2. Setelah berjaya log masuk, klik pada menu “Kemas Kini Permohonan” untuk mengemas kini maklumat asas seperti nombor telefon rumah, nombor telefon bimbit, alamat surat menyurat, alamat emel, nombor telefon pasangan, maklumat akaun bank pemohon atau pasangan, serta maklumat waris.

Kemaskini STR
3. Sekiranya belum ada akaun MySTR, pendaftaran boleh dibuat di portal tersebut mengikut panduan yang disediakan.
Selain kemas kini secara dalam talian, pemohon juga boleh mengemukakan kemas kini melalui penghantaran borang kemas kini permohonan STR ke Pejabat LHDN atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) terdekat.
Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan terkini agar bantuan dapat diproses dan dikreditkan dengan lancar ke akaun bank.
Tarikh permohonan baru dan proses kemaskini STR bagi tahun 2026 akan dikemaskini secara terperinci lagi selepas pengumuman rasmi dibuat.
Rujuk panduan kemaskini STR (pdf) dibawah untuk mengetahui Cara Kemaskini STR lebih terperinci:
PANDUAN KEMASKINI STR 2025 (PDF)
PanduanPenggunaSTR_Kemaskini_V2Download
BACA JUGA: MySTR – Login & Semakan Status Bayaran STR 2025
Tempoh Kemaskini STR
Tempoh kemaskini STR bagi tahun 2026 belum diumumkan secara rasmi oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Namun, berdasarkan pengalaman kemaskini STR 2025, tempoh kemaskini biasanya dibuka selepas pembentangan belanjawan dan sebelum fasa bayaran mula dijalankan.
Dijangka kemaskini STR 2026 akan dibuka selepas kelulusan rasmi Belanjawan 2026, kemungkinan pada akhir November atau awal Disember 2025, dan berterusan sehingga awal tahun 2026 sebelum pembayaran mula diagihkan.
Pemohon boleh membuat kemaskini secara manual dengan menghantar borang kemaskini ke pejabat LHDNM, Pejabat Satelit, atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) berhampiran.
Pengguna dinasihatkan sentiasa memantau portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my serta pengumuman media rasmi untuk maklumat tempoh kemaskini terkini supaya tidak terlepas tarikh penting ini.
Maklumat lebih tepat akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh pihak LHDN.
STR FASA 4
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 tahun 2025 dijadualkan disalurkan lebih awal pada 18 Oktober 2025, bersempena sambutan Deepavali.

STR FASA 4
Bayaran Fasa 4 ini merupakan pembayaran terakhir bagi tahun 2025 dan bernilai sekitar RM2 bilion. Semakan status pembayaran boleh dibuat melalui portal rasmi STR di bantuantunai.hasil.gov.my.
Tarikh tutup permohonan dan kemaskini maklumat untuk Fasa 4 adalah pada 30 September 2025, 5 petang.
Cara Semakan Status STR

Portal MySTR
Semakan statu permohonan anda boleh dibuat secara online melalui Portal STR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
Klik pada menu “Log Masuk MySTR”.
Masukkan nombor Kad Pengenalan (MyKad) anda yang 12 digit dan tekan butang Log Masuk.
Jika permohonan STR anda telah didaftarkan, maklumat permohonan akan dipaparkan.
Klik pada menu “Semakan Permohonan” untuk melihat status kelulusan permohonan dan status bayaran bantuan tunai.
Dalam bahagian “Maklumat Pembayaran”, anda boleh melihat jumlah bayaran serta status pengkreditan bayaran bagi setiap fasa bantuan STR.
Jika anda belum mendaftar akaun MySTR, pendaftaran boleh dilakukan di portal yang sama dengan mengikuti arahan yang disediakan.
Bayaran STR akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan. Jika anda tiada akaun bank, pembayaran boleh dituntut tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Untuk pengguna BSN, anda boleh membuat pendaftaran online banking mengikut langkah-langkah yang diterangkan dalam artikel ini: myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time Use
Lupa Kata Laluan STR
Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Bayaran STR & SARA 2026
Berikut adalah maklumat terkini tentang bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2026:
Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM15 bilion untuk STR dan SARA bagi tahun 2026 sebagai usaha meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia.
Semua penerima STR akan menerima bantuan SARA bulanan sebanyak RM100, iaitu sebanyak RM1,200 setahun.
Penerima yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih layak menerima bantuan SARA yang lebih tinggi, sehingga RM200 sebulan atau RM2,400 setahun.
Untuk golongan bujang, bantuan SARA disediakan sebanyak RM600 setahun, bersamaan RM50 sebulan.
Jumlah maksimum bantuan yang boleh diterima oleh isi rumah berpendapatan di bawah RM2,500 sebulan dengan lima anak adalah RM4,600 setahun yang merangkumi STR sebanyak RM2,200 dan SARA sebanyak RM2,400.
Bayaran STR Fasa 4 untuk tahun 2025, yang merupakan fasa terakhir sebelum 2026, akan disalurkan lebih awal pada 18 Oktober 2025 sempena sambutan Deepavali. Ia melibatkan bayaran antara RM100 hingga RM700 mengikut kategori penerima.
Bayaran STR dan SARA 2026 dijangka akan mula disalurkan pada awal tahun 2026, selepas kelulusan rasmi Belanjawan 2026 dan pengumuman tarikh rasmi oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Semua bayaran STR akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan. Bagi penerima yang tiada akaun bank, bayaran tunai boleh dituntut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Kerajaan menekankan bahawa bantuan ini adalah hasil penjimatan subsidi seperti diesel dan bahan api RON95 dan bertujuan untuk memperkukuh kebajikan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.
Maklumat ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2026, 10 Oktober 2025.
BACA JUGA: Belanjawan 2026 Madani [ LIVE ] Tema & Senarai Inisiatif Rakyat
Soalan Lazim Kemaskini STR
Apakah tujuan kemaskini STR? Kemaskini STR bertujuan memastikan maklumat pemohon terkini supaya bantuan kewangan dapat disalurkan dengan tepat dan tidak terganggu.
Siapa yang perlu membuat kemaskini STR? Mereka yang tidak mengemas kini permohonan selama tiga tahun berturut-turut, penerima STR yang ada perubahan maklumat seperti status perkahwinan, bilangan anak atau pendapatan isi rumah.
Bagaimana cara membuat kemaskini STR? Bagaimana cara membuat kemaskini STR?
Pemohon boleh kemaskini secara dalam talian di portal rasmi STR (https://bantuantunai.hasil.gov.my) dengan log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
Perlukah kemukakan dokumen sokongan ketika kemaskini? Jika tiada perubahan maklumat yang kritikal, dokumen sokongan tidak perlu dikemukakan semula. Jika ada perubahan penting, dokumen sokongan perlu dimuat naik semasa kemaskini.
Bilakah tempoh kemaskini maklumat STR dibuka? Dijangka kemaskini STR 2026 akan dibuka selepas kelulusan rasmi Belanjawan 2026, kemungkinan pada akhir November atau awal Disember 2025.
Apa akan berlaku jika tidak membuat kemaskini? Pemohon berisiko tidak layak menerima bantuan STR pada tahun berikutnya kerana maklumat lama mungkin tidak mencerminkan status semasa.
Bagaimana membuat permohonan STR 2025 online? Permohonan STR 2025 boleh dibuat secara online melalui portal rasmi yang sama dengan kemaskini permohonan. Daftar akaun baru dan lengkapkan maklumat yang diperlukan untuk pemohon baru.
Bagaimana untuk melakukan semakan STR fasa 4? Semakan STR Fasa 4 boleh dibuat melalui portal rasmi STR dengan login menggunakan ID MyKad. Status kelulusan dan tarikh bayaran akan dipaparkan di akaun pengguna.
Bagaimana cara semakan SARA 2025? Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 boleh disemak di https://sara.gov.my.
Apa kaitan kemaskini STR dengan MyKasih 2025? Penerima STR yang layak juga boleh menerima manfaat dari program MyKasih 2025 melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan dalam bentuk kredit pembelian barangan keperluan asas menggunakan MyKad. Semakan dan maklumat MyKasih diselaraskan dengan sistem STR.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/kemaskini-str/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kemaskini-str