Musim Batuk Dan Selsema Menyerang
Musim batuk dan selsema menyerang! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Umum dah tahu, hujung tahun di Malaysia adalah musim tengkujuh. Hujan turun tak berhenti dalam beberapa hari ini. Ada sesetengah negeri dalam Malaysia di landa banjir dan rakan rakan kita ramai yang ditempatkan di pusat penempatan sementara. Alhamdulilah, untuk kawasan rumah aku dan daerah tempat aku tinggal ini masih bebas banjir. Alhamdulilah. Dan biasanya, dalam musim hujan lebat ini, ramailah yang kena batuk dan selsema termasuklah aku dan keluarga aku.
Alhamdulilah, rumah yang aku tinggal sekarang ni terletak atas bukit. Cumanya, dalam beberapa hari ini, memang kami tak pasang kipas langsung! Sejuknya tu mencucuk cucuk. Belum cerita nak mandi lagi. Boleh rasa sampai ke tulang lah sejuknya tu. Kesian dekat anak anak la. Tapi memang ada sediakan air panas jugalah pada mereka (Cuma kadang kadang, suruh juga mereka mandi air sejuk tu sebab air dekat kampung, lagi sejuk daripada ini).
Biasa hujan turun tak berhenti ni,antara penyakit yang mudah kena memang batuk dan selsema. Anak anak aku rasanya dalam beberapa hari ini, selsema tak berhenti. Belum kira badan kejap ok, kejap kang panas. Kemudian ok balik.
Jadi, memang kena lebihkan pemantauan lebih daripada biasa bila keadaan macam ini berlaku. Anak anak memang tak boleh sejuk sangat. Kalau tidak memang cepat selsema. Kena sentiasa pastikan mereka pakai baju tebal. Pakai stokin sebab kalau kaki sejuk, memang mudah betul kena sakit. Kemudian isteri pula selalu sapukan minyak pada mereka (sebab nak tubuh sentiasa panas).
Kalau boleh, kena elakkan berada dekat kawasan luar. Sebab bila kita bercampur dengan ramai orang. Kemungkinan untuk kena sakit demam itu lagi tinggi (mungkin dalam ramai ramai itu, ada yang batuk & selsema).
Cumanya, dalam musim hujan ini, kami sekeluarga memang banyak makan sup sahaja. Makan nasi panas dengan sup daging ke sup ayam ke. Itu pun bagus untuk badan sentiasa panas. Dan waktu waktu inilah terbayang, teringin nak ada rumah yang ada tempat bakar kayu untuk haba panas tu. Memang sangat sangat berguna betul waktu ini. Hehehe.
Apa pun, kita kena sama sama jaga kesihatan diri dan keluarga. Sebab memang kita dah tahu kan, hujung tahun negara kita memang musim hujan. Jadi kena siapkan apa yang patut. Pakaian , ubat ubatan dan diri. Aku doakan semua sihat sihatlah hendaknya dan dijauhkan daripada segala macam perkara yang tidak diingini. insyaAllah. Aminn.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2019/12/musim-batuk-dan-selsema-menyerang.html