Stok Makanan Pada Musim Banjir
As salam. Musim banjir tiba lagi. Sejak hari Rabu, 27 November 2019 lalu hujan turun mencurah-curah di bumi Kelantan, Negeri Serambi Mekah yang tercinta ini. Setiap kali tiba musim monsun, hati ini dirundung resah kerana bah bakal terjadi. Trauma bah kuning 2014 masih lagi segar dalam ingatan. Tragedi itu melumpuhkan negeri Kelantan hampir 2 minggu.
Semasa abam kie menulis pos ini hujan masih lagi berterusan. Sekejap2 ia berhenti. Tapi yg hujan tu lama la. Rumah jiran di belakang cuma sejengkal lagi paras air dari lantai. Rumah yang dibina pada tahun 1984 itu memang dibina di atas bekas tanah bendang. Memang tak ditambun tanah pun. Manakala tapak rumah abam kie ini ditambun tanah setinggi 3 kaki dari paras asal tanah. Lepas tu ada tangga lagi. Syukur Alhamdulillah, rumah abam kie ini selamat daripada dinaiki air melainkan tragedi bah kuning tu je. Abam Kie mula menetap di rumah ini sejak 2007
Jika banjir, jalan masuk ke rumah abam kie pasti ditakungi air. Dalam plak tu. Jadi rumah abam kie ni menjadi seperti pulau. Sebab tu la bila air naik, malas nak mengharung air keluar pekan. Jadi Abam Kie akan bersiap sedia dengan barangan makanan seperti roti, tepung gandum, mee segera, telur, sardin, ayam, ikan, makanan sejuk beku, biskut tawar dan sebagainya sebagai bekalan sementara menunggu banjir surut.
Semoga banjir tahun ini biasa2 saja. Susah nak menjalankan urusan seharian jika jalan dipenuhi air ni. Mujurlah banjir ni biasanya berlaku pada musim cuti sekolah akhir tahun. Jika berlaku semasa hari persekolahan memang azab la jawabnya. Apa2 pun kita hanya berdoa kepada Allah Yang Maha Kuasa agar dihindari daripada bencana alam sebegini. Aamiin..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.zukidin.com/2019/12/stok-makanan-pada-musim-banjir.html