Di Kelantan Barang Dalam Kain Sangat Laku Di Musim Tengkujuh


Setiap kali tibanya musim tengkujuh masyarakat di negeri Kelantan tidak akan terlepas untuk mendapatkan ‘barang dalam kain’ yang menjadi fenomena tahunan.
‘Barang dalam kain’ lazimnya muncul semasa musim tengkujuh kerana ia merupakan benda yang sangat lazat untuk dinikmati.
Jangan sesekali ada yang salah faham dengan ‘barang dalam kain’ ini.
Yang dimaksudkan dengan terma berkenaan adalah merujuk pada juadah tempatan yang sangat enak untuk dinikmati ketika musim hujan.
‘Benda dalam kain’ atau putu halba merupakan kuih tradisi yang dijual di pinggir-pinggir jalan.
Putu halba kuih yang sangat istimewa sering mendapat permintaan rakyat Kelantan kerana keenakan rasanya yang diperbuat daripada ubi kayu.
Keenakan putu halba dirasai daripada manisan di tengahnya dan dibalut dengan ubi kayu parut serta dimasak menggunakan wap panas menjadikan ‘barang dalam kain’ ini mendapat tempat di hati masyarakat tempatan.
Bagi peniaga Faziman Hasan, 30, yang mengusahakan perniaagaan putu halba bersama isterinya, Syafika Raja Ab Razak, 28, berkata, putu halba menjadi pilihan pelanggan kerana rasanya yang sedap dimakan ketika masih panas selain mengenyangkan.
“Putu halba jadi pilihan di musim hujan, kalau musim kemarau kurang laku. (Musim) hujan dengan ubi kayu sangat sinonim dengan orang Melayu sejak dulu lagi.
“Putu halba ini menggunakan campuran ubi, jadi memang sesuai dengan selera di musim hujan tambahan pula ubi kurang elok kalau musim kemarau,” kata Faziman.

Seorang lagi peniaga, Siti Fadlina Ahmad pula berkata, putu halba juga popular kerana mengingatkan sebilangan generasi warga emas dengan makanan tradisi ketika Jepun menjajah tanah air berdekad lalu.
Ubi kayu adalah antara bahan asas masakan yang sangat dekat dengan generasi terdahulu yang pernah membesar di zaman penjajah kerana itulah satu-satunya sumber yang mudah untuk diperoleh dan tidak perlu dibeli.
Populariti putu halba atau ‘barang dalam kain’ menyebabkan jualan Siti Fadlina mendapat smabutan luar biasa lebih-lebih lagi di musim tengkujuh.
“Sehari saya jual dalam 10 kilogram dan semalam sudah jual 20 kilogram tapi lambat sikit habis.. Alhhamdulillah rezeki Allah beri dalam RM200 (hasil) jual putu saja,” kata Siti Fadlina Ahmad lagi.
Dia yang baru membuka gerainya dua minggu lalu mengakui, tidak menang tangan kerana permintaan yang diterima daripada pelanggan kali ini sangat tinggi.
Kata Siti Fadlina, ramuan putu habla disediakan sendiri sementara ubi kayu pula ditanam sendiri oleh keluarganya.
Secara purata, seorang peniaga putu halba mampu menjual kira-kira 30 hingga 60 kilogram dengan pendapatan yang boleh diperoleh mencecah sehingga RM600 sehari.
Sementara itu, bagi peminat putu halba pula, mereka tidak melepaskan peluang untuk mencari putu halba di musim tengkujuh.
“Kalau balik jarang-jarang (sesekali) terasa nak bawa (putu halba) bagi pada kawan-kawan sebab (putu halba) sangat terkenal terutama semasa musim hujan
“Benda ini memang orang cari sebab di Raub tak ada (dijual) dan balik ke sini (Kelantan) semata-mata nak makan (putu halba) ini,” kata Rozaini Fauzi.
Kepada masyarakat Kelantan, apabila disebut sahaja ‘barang dalam kain’ atau putu halba, mereka tentu lebih arif mengenai nikmat dan keenakannya.
sumber : awani
The post Di Kelantan, ‘barang dalam kain’ sangat laku di musim tengkujuh appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/di-kelantan-barang-dalam-kain-sangat-laku-di-musim-tengkujuh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berkhatan Di Musim Tengkujuh Meriah

Berkhatan Di Musim Tengkujuh Meriah

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 518 hits
Oleh AminjiKEMAMAN 5 Disember Kemeriahan dirasai apabila seramai 30 orang peserta kanak kanak di Perasing Jaya telah selamat dikhatankan baru baru ini sempena Program Berkhatan yang berjalan dalam suasana cuti persekolahan dan musim tengkuj...
Awas Hujan Sangat Lebat Tahap Bahaya Dijangka Landa Kelantan Terengganu Hingga Esok

Awas Hujan Sangat Lebat Tahap Bahaya Dijangka Landa Kelantan Terengganu Hingga Esok

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 614 hits
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan notis amaran cuaca peringkat bahaya di Kelantan dan Terengganu yang dijangka berterusan sehingga esok MET Malaysia dalam kenyataan hari ini mengeluarkan amaran bahaya iaitu hujan sangat lebat ...
Cara Semak Bantuan Musim Tengkujuh Secara Online

Cara Semak Bantuan Musim Tengkujuh Secara Online

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 854 hits
CARA SEMAK BANTUAN MUSIM TENGKUJUH SECARA ONLINE Rasanya dah masuk musim tengkujuh ada yang masih belum kemaskini Bantuan Musim Tengkujuh Rata rata kebanyakkan ada yang datang ke Ibu Pejabat RISDA untuk dapatkan borang permohonan Bantuan Mu...
Pelajar Malaysia Di Maghribi Selamat Dikebum1 Apa Yang Dilakukan Penduduk Sangat Menyentuh Hati

Pelajar Malaysia Di Maghribi Selamat Dikebum1 Apa Yang Dilakukan Penduduk Sangat Menyentuh Hati

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 684 hits
Terdahulu media pernah melaporkan mengenai kemat1an seorang pelajar Malaysia Allahy rham Mohd Hafizuddin bin Hazrul yang menuntut di sebuah universiti di Maghribi yang mender1ta penyak1t Leukim1a Baru baru ini salah seorang sahabat rwah men...
Rupanya Ahli Parlimen Kita Sangat Menderita Duduk Dalam Parlimen

Rupanya Ahli Parlimen Kita Sangat Menderita Duduk Dalam Parlimen

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 368 hits
Jika Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul menjadikan keletihan sebagai alasan kenapa kekurangan kehadiran Ahli Parlimen Pakatan Harapan di Dewan Rakyat Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin pula menjadikan kesejukan dewan menjadi penyebab...
Doa Pendinding Penggerak Sangat Wajar Diamalkan Di Zaman Ini

Doa Pendinding Penggerak Sangat Wajar Diamalkan Di Zaman Ini

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 675 hits
Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s a w seperti berikut Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga Mudarat membawa maksud se...
Takderlah Hebat Sangat Uec Ni Ternyata Kalah Dengan Stpm Di German

Takderlah Hebat Sangat Uec Ni Ternyata Kalah Dengan Stpm Di German

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 306 hits
Foto Brad HarnainPerkongsian daripada FB Td aku terbaca kat page pasal sambung belajar kat german ni tetiba nak tergelak bila ada org tanye pasal UEC sambung jek la belajar kat China sampai dpt phd lps tu keje jek la kat China Sebagai rakya...
Pernah Cuba Ini 20 Bendera Negara Yang Sangat Susah Untuk Dilukis

Pernah Cuba Ini 20 Bendera Negara Yang Sangat Susah Untuk Dilukis

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 1441 hits
Bendera sesebuah negara merupakan lambang serta identiti bagi sesebuah negara tersebut Jalur Gemilang iaitu bendera kebanggaan Malaysia antara bendera yang mudah untuk diikuti atau dilukis semula jika hendak dibandingkan dengan beberapa neg...
Gopeng Saji Tempat Eco Pelancong Yang Sangat Ohsem

Gopeng Saji Tempat Eco Pelancong Yang Sangat Ohsem

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 836 hits
Assalammualaikum dan Salam SejahteraCuti sekolah dah mula dah ada ke plan nak bawa anak jalan ke mana Tak kan hanya jalan kat shopping mall kot bosan lah korang ni Malaysia ni banyak tempat yang sangat ohsem korang boleh pergi sama ada di b...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Iftar Satu Ramadhan

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Finalis Piala Malaysia 2024 Sri Pahang Fc Tewas 0 2 Kepada Kuching City Fc Di Temerloh Malam Tadi