Mungkinkah Pn Berubah Wajah Selepas Nenggiri


 

Apabila Perikatan Nasional menamakan calonnya untuk PRK Nenggiri, saya melihat implikasi mendalam dan boleh membuka kemungkinan PN berubah wajah. Dalam lain perkataan ubah komposisi.
Kerusi DUN Nenggiri pada PRN tahun lalu diperuntukkan kepada Bersatu. Nenggiri merupakan satu daripada enam kerusi yang diserahkan PAS kepada rakan mereka dalam PN.
Lalu bertandinglah Mohd Azizi Abu Naim menggunakan logo PAS yang sinonim dengan pengundi Kelantan. Strategi tepat. Azizi menang. Namun tidak lama kemudian beliau menyatakan sokongan kepada kerajaan perpaduan dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Ini diikuti perisytiharan Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah bahawa kerusi Nenggiri kosong bermula 19 Jun lalu. Keputusan itu susulan DUN Kelantan menerima notis bertulis daripada Bersatu yang memaklumkan Azizi hilang keahlian Bersatu lalu berlaku kekosongan luar jangka.
Apabila kekosongan terjadi pilihan raya kecil mesti diadakan. Pemimpin PAS Kelantan mahu mendapatkan semula kerusi Nenggiri. Pada pandangan saya tidak mustahil PAS pusat dalam diam sependapat kerana kemenangan di Nenggiri lebih cerah jika PAS yang bertanding.
Kalau calon Bersatu boleh menang tahun lalu dengan lambang PAS, apa lagi kalau PAS ori yang bertanding.
Namun pemimpin tertinggi PAS terikat dengan keputusan awal yang memberi Nenggiri kepada Bersatu. Maka PN di mana PAS menjadi tulang belakang memutuskan Nenggiri tetap ditandingi Bersatu. Nampak gentleman PAS berpegang pada janji walaupun mungkin dalam hati mahukan kerusi itu semula.
Bagaimanapun langkah bijak dilaksanakan PAS. Pemimpin Pemuda PAS Gua Musang Mohd Rizwadi Ismail keluar PAS dan menyertai Bersatu sekali gus dinamakan calon Bersatu untuk PRK Nenggiri.
Kita diingatkan oleh Ahli Jawatankuasa Pusat Amanah (musuh ketat PAS) Ridzwan Abu Bakar bahawa sebelum ini PAS 
menghukum tindakan keluar parti sebagai haram. Di Facebook beliau menegaskan ketika kami keluar dari PAS kami dianggap meninggalkan jamaah Islam lalu dibaca hadith ‘sesiapa yang keluar jamaah Islam walaupun sejengkal maka tertanggallah islam dari tengkoknya’ lalu dihukumlah dengan pelbagai hukum.
Kali ini berbeza. Rizwadi keluar PAS dengan restu kepimpinan parti. Surat mengizinkan beliau keluar parti dikatakan ditandatangani sendiri oleh Setiausaha Agung Takiyuddin Hasan. Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man dipetik Malaysiakini berkata keputusan supaya Rizwadi menyertai Bersatu satu ‘taktik strategik’.
Rizwadi mendedahkan pemimpinnya yang bertanggungjawab membawa beliau ‘berhijrah’ ke Bersatu. Beliau dipetik Harakahdaily berkata beliau akur selepas diminta berkali-kali oleh pihak atasan PAS, termasuk dalam kalangan pemimpin tertinggi parti.

Ekoran itu saya mendapat kepastian daripada Mursyidul Am Hashim Jasin, Pesuruhjaya PAS Kelantan Ahmad Yakob dan Presiden Hadi Awang memandangkan saya diminta menyertai Bersatu.
Hakikatnya Rizwadi diminta ‘berkorban’ dengan berhijrah. Saya ulangi itu strategi bijak. Sama ada its morally right soal lain. Dalam politik lazimnya matlamat menghalalkan cara.
Kata Ketua Penyelidik Yusri Ibrahim di Ilham Centre, 
calon Bersatu PRN 2023 melompat selepas menang, calon Bersatu PRK 2024 melompat untuk jadi calon. Itu kata beliau dalam istilah atau lelucon kedai kopi untuk berbunyi lebih akademik saya namakan sebagai calon hibrid.
Menurut Yusri, hibrid istilah kejuruteraan generik. Bahasa awamnya adalah kacuk — dengan kata lain calon PN untuk PRK Nenggiri kacukan PAS-Bersatu.
Kesimpulannya Bersatu nampak macam dapat jadi calon tetapi tidak. PAS nampak macam terlepas peluang bertanding tetapi tidak. Kerana yang bertanding orang PAS walaupun atas kertas Bersatu.
Adakah Bersatu tidak punyai orang sendiri yang layak untuk dijadikan calon? Kata Takiyuddin 
PAS adalah kakak manakala Bersatu adalah adik. Situasi yang berlaku apabila si adik mempunyai ladang, kebun getah yang luas namun kekurangan anak lelaki menyebabkan dia meminta bantuan anak kakaknya.
Maksudnya Bersatu tidak cukup anak lelaki (anak jantan dalam istilah lazim orang Melayu) untuk mengerjakan ‘ladang’?
Berbalik tajuk penulisan ini. Apa pun yang berlaku di Nenggiri membuka pelbagai kemungkinan. Kata Ketua PAS Gua Musang Azman Ahmad kepada FMT 
Kita adik-beradik boleh pergi mari. Bersatu boleh ke PAS, PAS boleh pergi ke Bersatu.
Ertinya PAS dan Bersatu boleh merentasi parti. Tidak ada sempadan. Adakah ini akan jadi amalan di seluruh negara bagi PAS dan Bersatu? Saya tidak dapat pastikan sama ada Takiyuddin ada bercakap senada ketua Gua Musang.
Cuma ingin bertanya mungkinkah amalan itu akan akhirnya membawa kepada penubuhan hanya satu parti Melayu-Islam dalam PN? Jika boleh ‘pergi mari’ atau seberang-menyeberang berdasarkan persamaan, mungkinkah kelak difikirkan PAS dan Bersatu wajar dijadikan satu entiti? Kerana PAS dan Bersatu dilihat sebagai satu maka wajar disatukan tetapi at the expense of Bersatu?
Memandangkan PAS kuat dan dominan dalam PN, adakah mungkin difikirkan lebih afdal Bersatu dibubarkan, ahlinya masuk PAS, dan PAS menjadi parti Melayu-Islam tunggal dalam PN?
Imbau kembali catatan Ridzwan di Facebook yang disebut tadi. Selain yang ditulis di perenggan terdahulu, beliau juga menegaskan: 
Bila kami isytiharkan Parti Amanah Negara adalah parti berteraskan Islam, PAS pun kata ‘tak boleh ada jamaah Islam kedua’, dibacakan hadith ‘apabila dibaiah khalifah yang kedua,maka perangilah yang berbaiah’. - FMTArtikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/08/a_52.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Nenggiri Selepas Seminggu Kempen Mood Ketika Ini Memihak Bn Penganalisis Politik

Prk Nenggiri Selepas Seminggu Kempen Mood Ketika Ini Memihak Bn Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 127 hits
bharian com myOleh Ogos 13 2024 GUA MUSANG 10 OGOS 2024 Bendera parti politik yang bertanding iaitu Barisan Nasional dan Perikatan Nasional mula dipasang di sekitar kawasan jalan besar yang memasuki kampung Sungai Terah dan Bertam Lama ssem...
Prk Nenggiri Bersatu Berkubur Di Nenggiri Selepas 480 Ahlinya Sokong Umno

Prk Nenggiri Bersatu Berkubur Di Nenggiri Selepas 480 Ahlinya Sokong Umno

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 115 hits
bharian com myOleh Ogos 3 2024 6 23pmBekas Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Gua Musang Che Ariffin Hussin menyerahkan borang keahlian 480 bekas ahli BERSATU DUN Nenggiri kepada Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub di Kampung ...
Sejarah Satun Yang Berubah Selepas Perjanjian British Siam 1909

Sejarah Satun Yang Berubah Selepas Perjanjian British Siam 1909

papar berkaitan - pada 9/8/2024 - jumlah : 187 hits
Satun merupakan sebuah wilayah di Thailand memiliki sejarah yang kaya dan kompleks terutama berkaitan dengan akar Melayu dan perubahannya melalui pengaruh kolonial nbsp Sejarah Awal nbsp Sebelum tahun 1813 Satun dikenali sebagai Mukim Setul...
Bersatu Tidak Cukup Jantan Letak Calon Nenggiri Pas Tidak Cukup Jantan Jadi Pengerusi Pn

Bersatu Tidak Cukup Jantan Letak Calon Nenggiri Pas Tidak Cukup Jantan Jadi Pengerusi Pn

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 140 hits
Oleh Adam MalikBersatu tidak cukup jantan letak calon Nenggiri PAS tidak cukup jantan jadi Pengerusi PN Ini lah yang diperkatakan banyak pihak termasuk penyokong PAS 1Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PAS semalam Takiyu...
Tuan Ibrahim Dakwa Bekas Adun Nenggiri Tamak Sekali Tuan Badan Buka Cerita Sebenar

Tuan Ibrahim Dakwa Bekas Adun Nenggiri Tamak Sekali Tuan Badan Buka Cerita Sebenar

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 71 hits
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim mendakwa beliau dinafikan haknya semasa memegang jawatan ADUN di kawasan tersebut dan tidak pernah menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri Beliau yang diisytiharkan...
Nenggiri Blog Pas Says Funding Given To All Kelantan Reps

Nenggiri Blog Pas Says Funding Given To All Kelantan Reps

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 240 hits
DAY 4 Campaigning for the Nenggiri by election enters the fourth day today BN candidate Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani and Perikatan Nasional s Mohd Rizwadi Ismail are battling it out for the state seat Malaysiakini reports live from the gro...
No Need For Dap With Only 35 Chinese Voters In Nenggiri Says Ahmad Maslan

No Need For Dap With Only 35 Chinese Voters In Nenggiri Says Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 106 hits
Umno Supreme Council member Ahmad Maslan said DAP and MCA were not compelled to campaign but were welcome to do so GUA MUSANG With only 35 Chinese voters in the Nenggiri constituency there is no necessity for DAP to campaign for Barisan Nas...
Prove Kelantan Govt Gave Me Allocations Ex Nenggiri Rep Tells Pas

Prove Kelantan Govt Gave Me Allocations Ex Nenggiri Rep Tells Pas

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 101 hits
I did not receive a single sen in allocation from any executive council even though I know that each assemblyman gets an allocation of up to RM1 2 million annually Former Nenggiri assemblyman Mohd Azizi Abu Naim has claimed that he was deni...
Sanusi Yakin Pn Menang Nenggiri Majoriti 2 000 Undi

Sanusi Yakin Pn Menang Nenggiri Majoriti 2 000 Undi

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 108 hits
freemalaysiatoday com 04 Aug 2024 12 43 PMKetua pengarah pilihan raya PN itu berkata soal calon bukan jadi isu memandangkan gelombang PN sudah masuk ke kawasan Orang Asli Sanusi Nor berkata PN akan menumpukan kempennya di kawasan Orang Asli...
Tpm Dedah Draf Mou Peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang

Dpm Fadillah Reveals Drafts Of Government Opposition Mou

Ayien Rahman Ale Ale Chord

Future Directions For Sabah And Sarawak

Tindakan Penguatkuasaan Yang Sesuai Akan Diambil Terhadap Gisbh

Punctuality And Professionalism The Hallmarks Of Second City Livery Chauffeurs

Lelaki Meninggal Dunia Tunggu Ambulans Empat Jam

Berjayakah Sesuatu Hubungan Tanpa Ada Kepercayaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Info Dan Sinopsis Filem How To Make Millions Before Grandma Dies 2024 Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Buasir Otak Tv Roblox Sambutan Hari Malaysia Di Dataran Putrajaya Live

Bukan Hanya Kacang Parang Sahaja Yang Perlu Dielakkan Oleh Pesakit G6pd

Tiga Hari Berturut Turut Makan Kenduri Kahwin

Restoran Dapor Che Lah Port Lepak Makan Sedap Di Shah Alam

Cerita Tuala Jer Pun

Hentian Sebelah Pedas Linggi