Muhyiddin Wajar Letak Jawatan


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Pembatalan Ordinan Darurat tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ialah penderhakaan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dengan segera kerana melanggar sumpah jawatan untuk sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong dan mempertahan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, Pemuda UMNO mendesak Ahli Parlimen parti itu menzahirkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 7 Julai lalu, untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

"Pemuda UMNO memandang serius titah Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan rasa amat dukacita mengenai kekeliruan disengajakan, berkenaan pembatalan semua Ordinan Darurat melalui kenyataan media dikeluarkan Istana Negara.

"Ternyata pembatalan Ordinan Darurat sebagaimana diumumkan Menteri Undang-Undang (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan) di Parlimen pada Isnin lalu, amat mengelirukan kerana hakikatnya belum lagi mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Malah, kenyataan media Istana Negara juga mendedahkan kerajaan sengaja ingkar dan melanggar titah Yang di-Pertuan Agong yang jelas mahu cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen, bagi tujuan diungkaikan (pengundian) sejajar Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

"Sebagai parti menjadi benteng utama membela institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana Fasal 3 Perlembagaan UMNO, kita tidak boleh berkompromi dengan sikap biadap kerajaan dipimpin Muhyiddin terhadap Yang di-Pertuan Agong," katanya dalam kenyataan, hari ini.

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. - Foto BERNAMA Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, menzahirkan rasa amat dukacita dengan pengumuman kerajaan berkenaan pembatalan semua Ordinan Darurat kerana belum diperkenan baginda.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, dipetik berkata, baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana yang diperkenan dan dititahkan kepada Takiyuddin dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan, tidak dilaksanakan.

Dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, Isnin lalu, Takiyuddin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan tamat pada 1 Ogos ini.

Takiyuddin dipetik berkata, kerajaan juga memutuskan berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat dibatalkan berkuat kuasa 21 Julai lalu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/07/muhyiddin-wajar-letak-jawatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Wajar Letak Jawatan Zahid Berita Harianmuhyiddin Wajar Dengar Nasihat Zahid

Muhyiddin Wajar Letak Jawatan Zahid Berita Harianmuhyiddin Wajar Dengar Nasihat Zahid

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 299 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar meletakkan jawatan kerana mengingkari titah Yang di Pertuan Agong yang mahu semua Ordinan Darurat dibahas dan diungkaikan di Parlimen seiring dengan Perkara 150 Perlembagaan Persek...
Muhyiddin Tak Wajib Letak Jawatan Hanya Kerana Kenyataan Agong

Muhyiddin Tak Wajib Letak Jawatan Hanya Kerana Kenyataan Agong

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 324 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak wajib meletak jawatan Perdana Menteri hanya kerana kenyataan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berhubung pembata...
Majlis Kerja Tertinggi Umno Tarik Sokongan Mahu Muhyiddin Letak Jawatan Sebagai Pm

Majlis Kerja Tertinggi Umno Tarik Sokongan Mahu Muhyiddin Letak Jawatan Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 558 hits
KUALA LUMPUR Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk berpihak kepada Yang di Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid...
Tiada Alasan Buat Muhyiddin Tangguh Letak Jawatan

Tiada Alasan Buat Muhyiddin Tangguh Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 263 hits
Tiada alasan buat Muhyiddin tangguh letak jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh terus menangguhkan hasrat meletak jawatan pada saat negara berdepan krisis pandemik Covid 19 yang boleh mengheret...
Mahathir Desak Muhyiddin Letak Jawatan Dakwa Kerajaan Terbubar

Mahathir Desak Muhyiddin Letak Jawatan Dakwa Kerajaan Terbubar

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 300 hits
Mahathir Desak Muhyiddin Letak Jawatan Dakwa Kerajaan Terbubar Kegagalan mencapai persefahaman antara Institusi Diraja dan Kabinet Persekutuan menyebabkan kerajaan itu terbubar secara automatik dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad Bekas Perdana Me...
Agong Dukacita Muhyiddin Takiyuddin Harus Letak Jawatan Secara Terhormat Kit Siang

Agong Dukacita Muhyiddin Takiyuddin Harus Letak Jawatan Secara Terhormat Kit Siang

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 312 hits
Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat 29 Julai 2021 Penentuan sama ada Muhyiddin Yassin masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen harus menjadi aturan mesyuarat pertama d...
Lagi Gesaan Gesa Muhyiddin Azhar Dan Idrus Letak Jawatan

Lagi Gesaan Gesa Muhyiddin Azhar Dan Idrus Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 414 hits
Lagi gesaan gesa Muhyiddin Azhar dan Idrus letak jawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun perlu meletak jawatan kerana didakwa gagal mematuhi perint...
Zahid Pertahan Keputusan Gesa Muhyiddin Letak Jawatan Kekal Sokong Pn

Zahid Pertahan Keputusan Gesa Muhyiddin Letak Jawatan Kekal Sokong Pn

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 485 hits
malaysiakini comDiterbitkan 31 Jul 2021 11 48 amDikemaskini 11 49 amPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan pendirian partinya mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berundur dan pada masa sama tetap menyokong Perikatan Nasional ...
Muhyiddin Tidak Wajib Letak Jawatan

Muhyiddin Tidak Wajib Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 340 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak wajib meletak jawatan hanya semata mata kenyataan murka Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berhubung pembatalan Ordinan Darurat dengan membelakangkan S...
Consider Sarawak S Special Grant Formula In Next Budget Says Sim

Madani Government Pledges More Affordable Homes Under Rumah Mesra Rakyat Initiative To Ease Burden On B40 Families

Macc Chief Points To Nepal In Warning Against Graft

Perbezaan Takaful Dan Insurans Biasa Mana Sesuai Untuk Anda

The Seamless Path From Cryptocurrency To Amazon Purchases

Mic And Mca Remain Core Bn Partners Despite Overtures From Pn Zahid

Ffc X Tmtg 9 Aktivis Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air

Imagine Rightist Akmal S Reaction If This Israeli Flag Display In Kelantan Is Re Enacted In Dap State


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengenal Dunia Dominoqq Tips Dan Trik Menjadi Bandar Kuat

Mak Kena Warded

Drama Satu Dua Dia

Sumud Flotilla Berlakon Di Perairan Sabah Jebat Suka Kenyataan Ni Hahahaha

Resipi Nasi Ayam Bakar Sedap Dan Mudah Butter Minyak Bijan Rahsia Buat Ayam Juicy

Xau Usd Analisis Harga Unjuran Emas Melonjak Berikutan Kelemahan Dolar A S