Agong Dukacita Muhyiddin Takiyuddin Harus Letak Jawatan Secara Terhormat Kit Siang


 

Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 29 Julai 2021:
Penentuan sama ada Muhyiddin Yassin masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen harus menjadi aturan mesyuarat pertama dalam sidang khas Parlimen pada Isnin hadapan
Pada Isnin lalu, saya berkata bahawa hari pertama sidang khas Parlimen selama lima hari, bermula dengan bencana dan berakhir dengan malapetaka. Namun, pada hari keempat, situasi di Parlimen berubah dan diselubungi sandiwara dengan menyaksikan Parlimen ditutup sementara dan sidang Parlimen ditangguhkan untuk beberapa kali.
Kenyataan Menteri yang disampaikan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berhubung Pelan Pemulihan Negara boleh disifatkan sebagai suatu bencana.
Tiada usaha yang jujur untuk mengakui bahawa kerajaan hari ini, menerusi kepercayaan membuta tuli terhadap strategi “lockdown”, telah melakukan kesilapan dalam mengendalikan wabak Covid-19; darurat selama enam bulan yang menyaksikan jumlah kumulatif kes Covid-19 meningkat hampir lapan kali ganda daripada 135,992 kes pada 10 Januari kepada 1,027,954 kes pada 26 Julai dan angka korban akibat wabak itu meningkat hampir 15 kali ganda daripada 551 orang kepada 8,201 orang; dan Pelan Pemulihan Negara adalah suatu kegagalan, kerana negara tidak mampu untuk beralih dari Fasa 1 ke Fasa 2 menjelang hujung Jun seperti yang dirancang.
Menjelang sidang khas Parlimen, Malaysia mencipta satu lagi rekod baharu kes Covid-19 — 17,045 kes — dan pada hari pertama sidang berkenaan, Malaysia mencipta satu lagi rekod baharu untuk kematian akibat wabak itu iaitu seramai 207 orang.
Pun begitu, bencana maha dahsyat sebenarnya adalah berkenaan rahsia besar yang disimpan kerajaan daripada pengetahuan pelbagai pihak — selama lima hari, Kabinet mendakwa bahawa mereka telah membatalkan enam Ordinan Darurat, sekaligus menjadikan Malaysia salah satu negara yang mungkin mempunyai Proklamasi Darurat tanpa sebarang Ordinan Darurat.
Namun, tiada siapa yang mengetahui sama ada enam Ordinan Darurat tersebut telah dibatalkan menerusi proses yang sah pada 21 Julai 2021 — suatu persoalan perundangan yang sepatutnya menjadi tugas Peguam Negara, Idris Harun untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Kabinet dan rakyat Malaysia.
Isu ini mengalihkan perhatian Parlimen daripada krisis Covid-19 yang membelenggu negara ketika ini. Empat hari sidang khas Parlimen dibazirkan begitu sahaja untuk membincangkan isu Ordinan Darurat ini.
Sepanjang empat hari pertama sidang khas Parlimen, negara berdepan dengan masalah berganda, krisis perlembagaan terbesar selain situasi penularan Covid-19 yang semakin memburuk — mencatat rekod baru untuk kes harian baru Covid-19; memecahkan rekod satu juta kes menjelang sidang khas Parlimen dan mencatat rekod baru untuk mencapai 100,000 kes yang ke-11 dalam masa enam hari sedangkan kita mengambil masa selama 12 bulan untuk mencapai 100,000 kes Covid-19 pertama di Malaysia. Dari segi jumlah kematian, kita mengambil masa 14 bulan untuk mencapai 1,000 kematian pertama, namun idak lama lagi kita akan mencapai 1,000 kematian kesembilan semasa berlangsungnya sidang khas Parlimen selama lima hari.
Kenyataan daripada Istana Negara dan kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) menunjukkan bahawa kenyataan Istana Negara itu benar dan kenyataan daripada PMO salah.
Ia juga menunjukkan bahawa Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen), Takiyuddin Hassan, telah mengelirukan Parlimen dengan mendakwa bahawa enam Ordinan Darurat telah dibatalkan pada 21 Julai 2021 dan bahawa Speaker Parlimen, Azhar Azizan Harun telah melakukan kesilapan dalam menolak usul Ahli Parlimen DAP Bruas, Ngeh Koo Ham, untuk membatalkan Perisytiharan dan Ordinan Darurat.
Muhyiddin dan Takiyuddin harus dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mengelirukan Parlimen. Azhar juga harus meletakkan jawatan sebagai Speaker kerana jelas beliau tidak layak untuk menjadi Ketua Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat.
Saya bersetuju dengan Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim bahawa penutupan sementara Parlimen adalah tipu muslihat bagi kerajaan untuk menghalang persidangan Dewan Rakyat semalam kerana usul tidak percaya terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri telah diajukan berikutan teguran Istana Negara terhadap Kerajaan Perikatan Nasional kerana melakukan perkara yang tidak selari dengan perlembagaan.
Semua perkembangan ini berpunca daripada hakikat bahawa kerajaan Muhyiddin tidak memiliki sokongan majoriti Ahli Parlimen sehingga sanggup mempergunakan parlimen untuk melaksanakan agenda “tipu muslihat” mereka.
Takiyuddin dan Muhyiddin harus meletakkan jawatan secara terhormat.
Sekiranya Perdana Menteri tidak bersedia untuk mengundurkan diri, maka penentuan sama ada Muhyiddin Yassin masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen harus menjadi aturan mesyuarat pertama dalam sidang khas Parlimen pada Isnin hadapan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/08/agong-dukacita-muhyiddin-takiyuddin.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Tak Wajib Letak Jawatan Hanya Kerana Kenyataan Agong

Muhyiddin Tak Wajib Letak Jawatan Hanya Kerana Kenyataan Agong

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 188 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak wajib meletak jawatan Perdana Menteri hanya kerana kenyataan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berhubung pembata...
Derhaka Kepada Agong Pemuda Umno Desak Muhyiddin Letak Jawatan Segera

Derhaka Kepada Agong Pemuda Umno Desak Muhyiddin Letak Jawatan Segera

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 276 hits
Derhaka kepada Agong Pemuda Umno desak Muhyiddin letak jawatan segera Pemuda Umno mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin segera meletak jawatan kerana jelas melanggar sumpah untuk sentiasa taat kepada Yang di Pertuan Agong dan mempertaha...
Agong Dukacita Ketua Pembangkang Tuntut Pm Letak Jawatan

Agong Dukacita Ketua Pembangkang Tuntut Pm Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 223 hits
KUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan susulan kenyataan dikeluarkan Istana Negara berhubung isu Proklamasi Darurat Ini menunjukkan Kabinet yang diketuai Tan...
Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Agong Pm Perlu Letak Jawatan

Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Agong Pm Perlu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 271 hits
Pembatalan Ordinan Darurat yang mengejutkan Dewan Rakyat semalam yang diumumkan oleh Menteri Undang undang Datuk Seri Takiyuddin Hassan merupakan satu kesilapan prosedur dan pentadbiran yang amat besar Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Has...
Zahid Wajar Letak Jawatan Secara Terhormat Tumpu Kes Mahkamah Prnganalisis Politik

Zahid Wajar Letak Jawatan Secara Terhormat Tumpu Kes Mahkamah Prnganalisis Politik

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 322 hits
nbsp Profesor Dr Kartini Aboo Talib nbsp Penganalisis politik UKMKUALA LUMPUR Tidak wajar untuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu mengenakan tindakan ke atas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas tuduhan melanggar mana mana peraturan yang...
Media Lapor Azhar Takiyuddin Tawar Diri Letak Jawatan

Media Lapor Azhar Takiyuddin Tawar Diri Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 265 hits
Pada Rabu Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan kerajaan berhubung pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen sedangkan perkara itu belum mendapat perkenan Seri P...
Parliament Debates Let Pm And Takiyuddin Deliver Their Promise Says Kit Siang

Parliament Debates Let Pm And Takiyuddin Deliver Their Promise Says Kit Siang

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 223 hits
Iskandar Puteri MP Lim Kit Siang said he will hold Prime Minister Muhyiddin Yassin and de facto Law Minister Takiyuddin Hassan to their word that debates would be held when Parliament convenes We do not want double talk to duplicity Let Muh...
Laungan Derhaka Letak Jawatan Ketika Anwar Baca Kenyataan Agong

Laungan Derhaka Letak Jawatan Ketika Anwar Baca Kenyataan Agong

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 207 hits
Laungan derhaka letak jawatan ketika Anwar baca kenyataan Agong Dewan Rakyat kecoh dengan laungan derhaka dan gesaan supaya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletak jawatan selepas Yang di Pertuan Agong mendedahkan kerajaan membatalkan Ordi...
Bn Perak Pahang Gesa Muhyiddin Takiyuddin Mohon Ampun Agong

Bn Perak Pahang Gesa Muhyiddin Takiyuddin Mohon Ampun Agong

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 201 hits
BN Perak Pahang gesa Muhyiddin Takiyuddin mohon ampun Agong Barisan Nasional Perak menyarankan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri Undang Undang Takiyuddin Hassan supaya berjiwa besar memohon ampun kepada Yang di Pertuan Agong Sult...
Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Patut Tak Boleh Daftar

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Welcome 2024

Akhirnya Berjaya Cara Betulkan Kalendar Hijrah Ramadan Di Iphone Untuk Tahun 2024

Pengalaman Masuk Hospital Kpj

Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo