Muhyiddin Tidak Boleh Hentikan Peranan Parlimen





Baru-baru ini barisan pemimpin Pakatan Harapan, WARISAN dan Pengerusi BERSATU telah mengeluarkan kenyataan bersama yang meminta Parlimen bersidang sekurang-kurangnya dua minggu, dan bukan hanya satu hari pada 18 Mei 2020.

Mengapa Pembangkang konsisten memperjuangkan hal ini terutamanya ketika Covid-19 masih menghantui kita?  Bukankah rakyat sudah bosan dengan "politik"?

Ekonomi telah dibuka semula, dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijenamakan semula sebagai "PKP Bersyarat (PKPB)".

Ada kontroversi berkenaan pelaksanaan PKPB, tetapi nampaknya ekonomi kita sedang dalam proses pembukaan semula.

Sekiranya perniagaan dapat beroperasi semula sepenuhnya - dengan mematuhi SOP yang ketat - mengapa tidak Parlimen? Parlimen pada mulanya dijadualkan bersidang mulai 9 Mac — 16 April 2020, kemudian setelah kejatuhan Kerajaan PH, ditangguhkan ke 18 Mei — 23 Jun.

Apa yang lebih menyedihkan, kini sidang Parlimen hanya ingin dilakukan sehari, iaitu upacara pembukaan pada 18 Mei 2020. Ahli Parlimen juga tidak berpeluang untuk menghantar pertanyaan kepada Menteri.

Semasa krisis ini, kita telah melihat penjawat awam yang mampu dan berwibawa untuk memastikan negara terus berjalan. Bagaimanapun, dalam sistem demokrasi berparlimen, Perdana Menteri dan kabinetnya bertanggungjawab kepada Parlimen.

Ini bermaksud perbahasan dan undang-undang yang mungkin diperlukan untuk mengatasi kegawatan ekonomi kesan Covid hanya akan berlaku pada sesi Julai.

Malaysia tidak boleh menunggu begitu lama.

Ini bermakna PM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaannya tidak akan disemak imbang berkenaan tindakan apa pun yang diputuskannya sejak pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional selama empat bulan.

Mereka pada dasarnya akan dapat menggunakan sumber pemerintah dan membelanjakan wang rakyat secara bebas. Muhyiddin mendakwa bahawa rakyat muak dengan "berpolitik".

Itu mungkin benar. Tetapi tindakannya melantik Ahli Parlimen PN yang tak terhitung jumlahnya di dalam GLC dan badan awam lain, sering mengorbankan teknokrat - bukankah ini kelihatan janggal dengan dakwaan "rakyat muak dengan politik" yang sering beliau jaja ke sana dan ke sini?

Ini bukan alasan untuk menolak alasan institusi demokrasi kita. Pada dasarnya, pemerintah PN tidak memiliki mandat rakyat, atau tidak ada sebarang rencana atau manifesto jangka panjangnya setakat ini.

Malah, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz baru-baru ini telah memberi amaran bahawa ekonomi Malaysia boleh menyusut ke tahap yang belum pernah kita alami dalam sejarah kerana pemanjangan PKP

Walaupun dengan keadaan yang semakin mendesak, pakej rangsangan ekonomi PRIHATIN masih belum diluluskan oleh Parlimen - dan ia mesti segera dilakukan.

Ada keperluan mendesak bagi anggota Parlimen untuk mengkaji dan membincangkan pakej ekonomi, serta kemungkinan langkah-langkah lain yang harus dilakukan oleh pemerintah bagi menyelamatkan pekerjaan rakyat Malaysia.

Mengapa Kerajaan PN bersikap seperti ini?

Pekerjaan, perniagaan malah nyawa sedang menjadi pertaruhan.

Sebagai Ahli Parlimen, kami bersedia untuk menerima apa sahaja SOP yang dikenakan bagi membolehkan Parlimen berfungsi. Untuk menghadiri pembukaan Parlimen, semua Ahli Parlimen sudahpun diwajibkan  menjalani pemeriksaan Covid-19 terlebih dahulu.

Negara lain telah menggunakan demokrasi untuk badan perundangan mereka berfungsi bagi menghadapi pandemik Covid-19. Korea Selatan bahkan mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh ini.

Oleh itu, apa lagi alasan yang mahu diberikan oleh pentadbiran PN?

Dari segi sejarah, para pemimpin yang telah menangguhkan siding Parlimen untuk menghindari proses semak imbang telah dikecam hebat. 

Ini berlaku kepada bekas Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper pada tahun 2008 dan Boris Johnson dari UK pada tahun 2019. Tindakan Boris diputuskan tidak sah oleh Mahkamah Agung UK.

Munyhiddin harus mempertimbangkan perkara ini. Niat kami hanya untuk melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat untuk membantu menyelamatkan Malaysia, rakyat dan ekonominya.

Kerajaan harus memanggil Parlimen untuk bersidang secepat mungkin dan membiarkannya bersidang sekurang-kurangnya 2 minggu.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/muhyiddin-tidak-boleh-hentikan-peranan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kit Siang Bimbang Muhyiddin Guna Covid 19 Untuk Lemahkan Parlimen

Kit Siang Bimbang Muhyiddin Guna Covid 19 Untuk Lemahkan Parlimen

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 275 hits
KERAJAAN diingatkan supaya tidak menjadikan wabak Covid 19 ketika ini sebagai alasan untuk melemahkan dan meminggirkan fungsi Parlimen Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang berkata untuk itu kerajaan diseru menubuhkan sebuah pusat kaj...
Kedudukan Muhyiddin Makin Tidak Menentu Bila Bila Masa Boleh Dijatuhkan

Kedudukan Muhyiddin Makin Tidak Menentu Bila Bila Masa Boleh Dijatuhkan

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 219 hits
Kedudukan PN sebagai kerajaan yang meletakkan Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dari sehari ke sehari jelas menunjukkan ia semakin kucar kacir dan tidak menentu Berbeza dengan mana mana kerajaan sebelum ini yang biasanya diasak oleh p...
Mengapa Sidang Parlimen Perlu Diadakan Lebih Sehari Saifuddin Nasution Jelaskan Isu Yang Dibawa Dsai Kepada Muhyiddin

Mengapa Sidang Parlimen Perlu Diadakan Lebih Sehari Saifuddin Nasution Jelaskan Isu Yang Dibawa Dsai Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 298 hits
Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berpandangan sidang Parlimen perlu diadakan lebih daripada sehari bagi memastikan isu COVID 19 dapat ditangani dengan lebih berkesan Katanya tindakan kerajaan Perikatan Nasional...
Hina Demokrasi Jogging Boleh Parlimen Tak Boleh Bersidang Lama

Hina Demokrasi Jogging Boleh Parlimen Tak Boleh Bersidang Lama

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 306 hits
Semakin banyak pihak mempertikaikan langkah kerajaan ultra Melayu Perikatan Nasional yang menggunakan alasan wabak Covid 19 sebagai dalih tidak membenarkan sesi Perlimen bulan Mei bersidang lebih daripada sehari Terbaharu Persatuan Kebangsa...
Boleh Tahan Muhyiddin Dan Menteri Kewangan Temberang

Boleh Tahan Muhyiddin Dan Menteri Kewangan Temberang

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 622 hits
No one left behind Makcik kiah dah mula tepuk dahi Harap sangat PRU15 dipercepatkan sikit
Covid 19 Serlahkan Peranan Parlimen

Covid 19 Serlahkan Peranan Parlimen

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 193 hits
Pada 24 April 2020Pojok oleh LanggakKetika berlaku krisis seperti pandemik Covid 19 Institusi itu perlu menjalankan tanggungjawabnya untuk meneliti usaha kerajaan dalam menangani impak kesihatan awam dan ekonomi disebabkan wabak itu Parlime...
Nikah Boleh Online Mengapa Sidang Parlimen Tak Boleh

Nikah Boleh Online Mengapa Sidang Parlimen Tak Boleh

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 231 hits
Keengganan Purtajaya melaksanakan sidang Parlimen secara maya dipertikaikan Hal ini kerana sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan meluasnya wabak Covid 19 hal yang penting seperti nikah boleh dilakukan secara atas talian Oleh itu ...
Boleh Keluar Berdua Tapi Kekalkan Sop

Boleh Keluar Berdua Tapi Kekalkan Sop

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 597 hits
Menteri Kanan hari ini menegaskan prosedur operasi standard perlu dikekalkan walaupun dua ahli keluarga dibenarkan keluar bersama untuk membeli barangan keperluan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian pada sidang media selepas mem...
Masalah Dengan Umno Johor Boleh Tular Ke Negeri Lain Kata Pemimpin Bersatu

Masalah Dengan Umno Johor Boleh Tular Ke Negeri Lain Kata Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 519 hits
Mohd Farhan Darwis PERTELINGKAHAN dengan Umno di Johor perlu diselesaikan segera untuk mengelakkan masalah itu merebak ke negeri lain kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan Katanya masalah itu boleh menular memandang...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba