Nikah Boleh Online Mengapa Sidang Parlimen Tak Boleh



Keengganan Purtajaya melaksanakan sidang Parlimen secara maya dipertikaikan. Hal ini kerana sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan meluasnya wabak Covid 19, hal yang penting seperti nikah boleh dilakukan secara atas talian.
Oleh itu, selepas kerajaan menetapkan sidang Parlimen hanya sehari pada 18 Mei ini, beberapa tokoh masyarakat dan NGO mula mengerakkan kempen agar wakil rakyat supaya mendesak kerajaan menjalankan sidang Parlimen di platform maya.
Setakat laporan ini ditulis, lebih 3,800 orang menyokong petisyen itu yang dimulakan oleh bekas ahli Parlimen Benut, Mohamed Tawfik Ismail.
Menurut Tawfik, parlimen maya boleh bersidang dengan ahli Parlimen terus patuh kepada perintah kawalan pergerakan (PKP).
“Parlimen ada untuk berbahas mengenai perbelanjaan dan cadangan undang-undang,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight.
“Inilah kebiasaan baharu. Ahli Parlimen dilarang di bawah peraturan semasa untuk bergerak ke kawasan yang mereka wakili. Dalam perniagaan, orang berurusan dalam talian tanpa hadir semuka,” katanya dipetik.
Pada persidangan sehari pada 18 Me ini, selain titah Yang di-Pertuan Agong, sidang Dewan Rakyat juga tidak akan ada sesi soal jawab bersama menteri atau sebarang usul.
Sidang itu hanya akan membahaskan rang undang-undang kerajaan melibatkan perbelanjaan berhubung langkah menangani ekonomi bagi menampung kesan Covid-19.
Setiausaha Dewan Rakyat Riduan Rahmat dalam surat kepada ahli Parlimen awal bulan ini berkata sidang sehari itu selaras dengan peraturan menjaga jarak di bawah PKP.
Langkah itu bagaimanapun dibantah oleh ahli Parlimen pembangkang dan badan masyarakat. Mereka menyifatkannya meremehkan kedudukan Parlimen, ketika sidang di negara lain boleh menyesuaikan diri dengan keadaan dan teknologi.
Tawfik memberi contoh bagaimana ahli Parlimen di United Kingdom menyokong cadangan bersidang secara maya, yang diadakan buat julung kali dalam 700 tahun sejarahnya.
“Kalau perkahwinan yang suci pun boleh dibuat dalam talian, apa yang wajib perlu hadir sendiri?
“Kalau PM di ruang tamu ketika beliau berucap kepada kita di televisyen, adakah arahan dan nasihatnya tidak boleh dipakai?
“Saya difahamkan Agong pun buat sidang video,” katanya, merujuk mesyuarat pra Kabinet antara Seri Paduka dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini.
Tawfik adalah anak bekas timbalan perdana menteri Dr Ismail Abdul Rahman.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27344

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Manfaatkan Kepesatan Teknologi Dengan Adakan Sidang Parlimen Dalam Talian

Manfaatkan Kepesatan Teknologi Dengan Adakan Sidang Parlimen Dalam Talian

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 230 hits
Pada 28 April 2020Oleh LanggakKepesatan teknologi ketika ini terutama dalam bidang IT membawa 1001 kebaikan kepada kehidupan seharian kita Ia mempertingkatkan keupayaan dalam mendepani permasalahan terutama pada masa krisis Sehubungan itu k...
Anwar Sidang Parlimen Sehari 18 Mei Pn Ada Alasan Tersembunyi

Anwar Sidang Parlimen Sehari 18 Mei Pn Ada Alasan Tersembunyi

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 349 hits
Presiden Parti Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap Perikatan Nasional mempunyai alasan tersembunyi kerana enggan mengadakan Sidang Parlimen Khas mengenai COVID 19 Katanya kerajaan tidak berani melakukan sidang khas itu kerana tidak...
Sidang Parlimen Secara Maya Ganti Pembukaan Sehari 18 Mei

Sidang Parlimen Secara Maya Ganti Pembukaan Sehari 18 Mei

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 268 hits
Supremo DAP Lim Kit Siang mahu sidang Parlimen dilaksanakan secara maya bagi tempoh lebih lama dan berfungsi sepenuhnya bagi perbahasan dan sesi soal jawab Beliau membuat gesaan itu agar sesi mesyuarat kabinet pagi ini tidak meneruskan cada...
Sidang Parlimen Sehari Membuang Masa Anwar

Sidang Parlimen Sehari Membuang Masa Anwar

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 296 hits
Kerajaan Perikatan Nasional didesak menarik balik idea sidang parlimen sehari pada 18 Mei ini Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sidang yang terlalu singkat tanpa sesi soal jawab dan perbahasan itu tidak memenuhi tujuan dan ...
Hina Demokrasi Jogging Boleh Parlimen Tak Boleh Bersidang Lama

Hina Demokrasi Jogging Boleh Parlimen Tak Boleh Bersidang Lama

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 306 hits
Semakin banyak pihak mempertikaikan langkah kerajaan ultra Melayu Perikatan Nasional yang menggunakan alasan wabak Covid 19 sebagai dalih tidak membenarkan sesi Perlimen bulan Mei bersidang lebih daripada sehari Terbaharu Persatuan Kebangsa...
Ph Mahu Jumpa Speaker Desak Lanjut Sidang Parlimen

Ph Mahu Jumpa Speaker Desak Lanjut Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 196 hits
April 23 2020 2 56 PMPH mencadangkan sidang Parlimen diadakan selama 2 hari bagi membahaskan isu semasa khususnya Covid 19 PETALING JAYA Pakatan Harapan akan bertemu Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof bagi menyuarakan pandangan mer...
Pertemuan Bersama Muhyiddin Tuntut Sidang Parlimen Disegerakan

Pertemuan Bersama Muhyiddin Tuntut Sidang Parlimen Disegerakan

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 285 hits
Menjelaskan pertemuan DS Anwar Ibrahim dan PM Tan Sri Muhyiddin Yasin Sebelum pertemuan pemimpin PH dimaklumkan selepas mesyuarat juga dimaklumkan Tidak timbul mengiktiraf kerajaan pintu belakang Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini tel...
Pakatan Harapan Tuntut Muhyiddin Panggil Sidang Khas Parlimen

Pakatan Harapan Tuntut Muhyiddin Panggil Sidang Khas Parlimen

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 229 hits
Pakatan Harapan menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memanggil sidang khas Parlimen minggu ini bagi merangka pendekatan dwipartisan dalam memerangi wabak Covid 19 Dalam kenyataan dikeluarkan petang ini Majlis Presiden PH berkata langka...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities