Kit Siang Bimbang Muhyiddin Guna Covid 19 Untuk Lemahkan Parlimen



(Suara Merdeka) – KERAJAAN diingatkan supaya tidak menjadikan wabak Covid-19 ketika ini sebagai alasan untuk melemahkan dan meminggirkan fungsi Parlimen.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, untuk itu kerajaan diseru menubuhkan sebuah pusat kajian pandemik Covid-19 bagi mengambil pengajaran daripada kejayaan serta mengkaji kesilapan negara-negara lain.
Pusat itu juga katanya, untuk memastikan Malaysia tidak dilihat di mata dunia sebagai negara yang menjadikan wabak tersebut sebagai alasan untuk melemahkan fungsi dan meminggirkan Parlimen
“Perutusan yang disampaikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara siaran langsung semalam mengundang kekecewaan.
“Harapan untuk melihat Parlimen dan Badan Kehakiman diletakkan sebagai perkhidmatan penting di tengah-tengah krisis pandemik Covid-19 tidak kesampaian.
“Langkah ini menunjukkan kerajaan masih belum serius untuk merangka pelan bagi memulihkan semula ekonomi yang terjejas akibat Covid-19,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam blognya .
Katanya, meskipun Malaysia telah menunjukkan prestasi yang cukup baik di pentas antarabangsa dalam perang melawan Covid-19 — setelah mengalami penurunan dari kedudukan ke-18 negara teratas di dunia dari segi jumlah kes positif Covid-19 kepada kedudukan ke-43 dan dari kedudukan ke-33 kepada kedudukan ke-49 dari segi angka kematian akibat Covid-19 —  tetapi ia masih harus terus belajar daripada kejayaan dan kesilapan negara-negara lain.
“Sebagai contoh, ketika Malaysia menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac, negara kita mencatatkan 790 kes positif Covid-19 dan dua kematian. Pada hari yang sama, Amerika Syarikat mencatatkan 9,269 kes dengan 116 kematian sementara Perancis mencatatkan 9,034 kes dan 264 kematian.
“Lima minggu kemudian, Malaysia mencatatkan 5,603 kes dengan 95 kematian, sementara Amerika Syarikat mencatatkan 876,174 kes dengan 49,651 kematian dan Perancis pula mencatatkan 158,183 kes dan 21,856 kematian.
“Kita sudah melepasi kemuncak lengkungan penyebaran gelombang Covid-19 dan kini sedang melihat corak penurunan, tidak terlalu optimis untuk kita jangkakan bahawa peningkatan kes baharu Covid-19 akan kekal sekitar kadar dua angka, malah mungkin menurun menjadi satu angka dan seterusnya menjadi sifar.
“Amerika Syarikat, masih belum mencapai kemuncak penularan Covid-19, manakala Perancis pula masih terus berharap ia telah mencapai puncaknya.
“Pun begitu, Presiden Perancis baru saja mengumumkan bahawa negara itu akan melancarkan rancangan keluar negara tersebut pada minggu hadapan.
“Perancis menguatkuasakan kawalan pergerakan pada waktu yang hampir sama dengan Malaysia melaksanakan PKP; pada pertengahan bulan Mac,” katanya.
Kenapa Muhyiddin takut panggil sidang khas Parlimen?
Pada masa sama kata Kit Siang, terdapat negara lain yang berada dalam situasi yang lebih baik daripada Malaysia.
Vietnam misalnya, kata beliau, mempunyai 76 kes dengan sifar kematian pada 18 Mac dan kini, mempunyai 268 kes dan kekal dengan sifar kematian, sementara Taiwan mencatatkan 100 kes dengan satu kematian pada 19 Mac lalu dan kini 427 kes dengan enam kematian.
‘Kita harus belajar daripada kejayaan dan kesilapan semua negara, khususnya 10 negara teratas dengan jumlah kes Covid-19 terbanyak iaitu Amerika Syarikat (876,174 kes), Sepanyol (213,024 kes), Itali (189,973), Perancis (158,183), Jerman (151,784), United Kingdom (138,078), Turki (101,790), Iran (87,026), China (82,798) dan Rusia (62,773).
“Tetapi, kita juga harus belajar daripada semua negara lain, termasuk Korea Selatan, Jepun, Hong Kong, Singapura, Indonesia, Australia, New Zealand, bahkan Brazil dan Mexico, kerana wabak ini bersifat global dan menyerang semua negara. Tidak ada satu pun negara yang akan dapat bertahan dengan sekatan pergerakan selama-lamanya.
“Adakah ini jalan yang akan diambil oleh Malaysia?
“Setiap negara sedang bergelut mencari kaedah terbaik bagi mengekang penyebaran Covid-19 di negara masing-masing, dan pada dalam masa yang sama berusaha mengurangkan kesan wabak tersebut terhadap kesihatan, masyarakat dan ekonomi,” katanya.
Katanya, Malaysia harus mengambil berat amaran Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Antonio Guterres, bahawa pandemik Covid-19 ini tidak boleh dijadikan alasan untuk negara-negara demokratik bertindak autokratik dan menafikan hak asasi manusia atau mengekang penyaluran maklumat yang benar.
Menurut beliau, situasi yang pada mulanya dilihat sebagai ancaman kepada sistem kesihatan awam kini tiba-tiba bertukar menjadi krisis hak asasi manusia.
“Inilah sebabnya mengapa Muhyiddin harus mengadakan Sidang Parlimen Khas berkaitan pandemik Covid-19 pada bulan April dan ia harus bersidang lebih daripada sehari bermula 18 Mei ini, kerana kita tidak mahu dilihat dunia sebagai sebuah negara yang menggunakan alasan pandemik untuk melemahkan dan meminggirkan fungsi Parlimen, apatah lagi mengetepikan Perlembagaan Persekutuan.
“Muhyiddin perlu membuktikan bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia, yang bersedia untuk mempertahankan semua kumpulan terpinggir yang telah menghadapi kesusahan akibat pelaksanaan PKP dan juga bersedia untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di atas prinsip kedaulatan undang-undang dan Parlimen.
Katanya Kit Siang, Mahkamah Rayuan menunjukkan contoh yang baik dan terpuji dengan mengadakan sesi pendengaran secara “maya”.
Oleh itu katanya, Perdana Menteri harus mengambil iktibar daripada tindakan Mahkamah Rayuan tersebut dengan memberikan sokongannya kepada Parlimen untuk mengadakan persidangan Dewan Rakyat dan mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas secara maya, selain memastikan institusi tersebut memainkan peranannya sebagai ejen semak dan imbang dalam pentadbirannya, lebih-lebih lagi ketika negara berdepan krisis sebegini.
“Muhyiddin juga harus memastikan bahawa Parlimen dan masyarakat Malaysia diajak untuk sama-sama berunding bagi merangka pelan keluar dan strategi terbaik untuk membendung Covid-19, memulihkan semula ekonomi dan membangun kembali Malaysia — dan yang paling utama sekali, memastikan unsur penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang dikecam pengundi Malaysia menerusi peti undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 lalu, tidak membuat kemunculan semula dan seterusnya merosakkan negara ini,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/04/24/kit-siang-bimbang-muhyiddin-guna-covid-19-untuk-lemahkan-parlimen/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentasan 670 Panas Ini Amaran Kit Siang Terhadap Muhyiddin Yassin

Rentasan 670 Panas Ini Amaran Kit Siang Terhadap Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 332 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 670 1 LANTIKAN POLITIK DULU BISING SEKARANG BISU 2 BENARKAH BANTUAN RM100 HANYA BERNILAI RM35 3 MAMPUKAH EKONOMI GIG MELONJAK TANPA KEHENDAK POLITIK 4 KERAJAAN TEBUK ATAP ITU KIRA REZEKIKAH
Kami Hanya Nasihat Kerajaan Tentang Perkembangan Covid 19 Kp Kesihatan Jawab Kit Siang

Kami Hanya Nasihat Kerajaan Tentang Perkembangan Covid 19 Kp Kesihatan Jawab Kit Siang

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 326 hits
Kementerian Kesihatan berkata ia hanya menasihati kerajaan berhubung perkembangan jangkitan Covid 19 bukannya urusan lain seperti persidangan Parlimen Ini susulan pertanyaan ahli Parlimen veteran Lim Kit Siang sama ada KKM menasihatkan perd...
Pertemuan Bersama Muhyiddin Tuntut Sidang Parlimen Disegerakan

Pertemuan Bersama Muhyiddin Tuntut Sidang Parlimen Disegerakan

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 285 hits
Menjelaskan pertemuan DS Anwar Ibrahim dan PM Tan Sri Muhyiddin Yasin Sebelum pertemuan pemimpin PH dimaklumkan selepas mesyuarat juga dimaklumkan Tidak timbul mengiktiraf kerajaan pintu belakang Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini tel...
Covid 19 Serlahkan Peranan Parlimen

Covid 19 Serlahkan Peranan Parlimen

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 192 hits
Pada 24 April 2020Pojok oleh LanggakKetika berlaku krisis seperti pandemik Covid 19 Institusi itu perlu menjalankan tanggungjawabnya untuk meneliti usaha kerajaan dalam menangani impak kesihatan awam dan ekonomi disebabkan wabak itu Parlime...
Bomoh Di Indonesia Guna Penyapu Lidi Untuk Halau Covid 19 Dari Muka Bumi

Bomoh Di Indonesia Guna Penyapu Lidi Untuk Halau Covid 19 Dari Muka Bumi

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 612 hits
Wabak COVID 19 telah menyerang seluruh pelusuk dunia Sehingga hari ini lebih 2 juta orang sudah dijangkiti dengan wabak yang lahir di Wuhan China dan lebih 150 000 orang telah terbunuh Terbaharu bomoh dari Indonesia iaitu Mbah Suwardi dan s...
Pakatan Harapan Tuntut Muhyiddin Panggil Sidang Khas Parlimen

Pakatan Harapan Tuntut Muhyiddin Panggil Sidang Khas Parlimen

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 229 hits
Pakatan Harapan menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memanggil sidang khas Parlimen minggu ini bagi merangka pendekatan dwipartisan dalam memerangi wabak Covid 19 Dalam kenyataan dikeluarkan petang ini Majlis Presiden PH berkata langka...
Muhyiddin I M Focusing On Covid 19 Because Rakyat Sick Of Politics

Muhyiddin I M Focusing On Covid 19 Because Rakyat Sick Of Politics

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 311 hits
Prime Minister Muhyiddin Yassin has declined to comment on the legitimacy of his Perikatan Nasional government He said he is focused on dealing with the Covid 19 crisis and not on politics Since the first days that I ve been prime minister ...
Siapa Tekan Muhyiddin Lantikan Ahli Parlimen Umno Jadi Pengerusi Glc

Siapa Tekan Muhyiddin Lantikan Ahli Parlimen Umno Jadi Pengerusi Glc

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 689 hits
APABILA melihat poster ucapan TAHNIAH kepada Mahdzir Khalid di atas perlantikan sebagai Pengerusi Telekom Malaysia terkenang kepada perbicaraan kes SOLAR di mahkamah apabila Mahdzir di soal oleh Peguam Rosmah Mansor Jagjit Singh Ia seperti ...
Pm Muhyiddin Sertai Pemimpin Dunia Gesa Kolaborasi Global Hasilkan Vaksin Covid 19

Pm Muhyiddin Sertai Pemimpin Dunia Gesa Kolaborasi Global Hasilkan Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 275 hits
KUALA LUMPUR 24 April Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini menyertai beberapa pemimpin dunia dalam menggesa kolaborasi global untuk menyegerakan usaha dalam penghasilan vaksin untuk COVID 19 yang telah menjejaskan dunia dengan...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya