Muhyiddin Tak Kata Akan Iktiraf Uec Pelaporan Malaysiakini Tak Tepat

Perdana  Menteri Muhyiddin Yassin tidak menyatakan yang kerajaan akan mengiktiraf  Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ketika pertemuannya dengan pemimpin  Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Huazong) 16 Julai lalu.
Pejabat  perdana menteri (PMO) berkata dalam pertemuan itu, Muhyiddin hanya  menyebut bahawa UEC telah mendapat pengiktirafan sebahagian (partial recognition) daripada kerajaan pada masa lalu.
"Berhubung  isu pengiktirafan UEC yang dibangkitkan dalam pertemuan pimpinan  Huazhong bersama perdana menteri pada 16 Julai 2020, ingin dijelaskan  bahawa perdana menteri tidak menyatakan kerajaan akan mengiktiraf sijil  UEC.
"Perdana menteri menyebut bahawa UEC telah mendapat  pengiktirafan sebahagian (partial recognition) apabila kerajaan pada  masa lalu telah menerima lepasan UEC untuk mengikuti Program Ijazah  Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dalam bidang pengkhususan Bahasa Cina di  Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). 
"Kerajaan  pada tahun 2012 telah menerima lepasan UEC untuk mengikuti program  PISMP dalam bidang Bahasa Cina dengan syarat mereka lulus Sijil  Pelajaran Malaysia (SPM) dan memperolehi sekurang-kurangnya gred  kepujian dalam Bahasa Melayu," kata kenyataan itu hari ini.
Semalam  Huazong dalam satu kenyataan mendakwa perdana menteri secara peribadi  berharap pada suatu hari nanti kerajaan akan mengiktiraf UEC.
Menurut pertubuhan itu Muhyiddin menyatakan harapan tersebut semasa mereka mengadakan pertemuan di bangunan parlimen.
Dalam  kenyataan dikeluarkan persatuan itu, Huazong berkata Muhyiddin  menyatakan kesanggupan kerajaan berunding dengan mereka serta pertubuhan  lain mengenai isu UEC.
Bagaimanapun, kata Huazong, perdana menteri meminta semua pihak agar memahami dasar dan keadaan dalam negara.
Dalam  pertemuan itu, kata Huazong, perdana menteri mencadangkan agar kerajaan  dan kumpulan masyarakat sivil Cina dapat menggunakan dasar-dasar negara  serta keadaan semasa sebagai asas untuk rundingan lanjut dan ia akan  menghasilkan penyelesaian menang-menang untuk semua pihak.
Sementara itu kenyataan PMO menjelaskan bahawa UEC perlu mengikut dasar pendidikan kebangsaan jika mahu pertimbangan kerajaan.
"Perdana  menteri juga menegaskan UEC perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan  sekiranya mahu dipertimbangkan penyelesaiannya oleh kerajaan pada masa  hadapan," kata kenyataan itu lagi.
MR :  malaysiakini nak kencing macanm ph juga
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/muhyiddin-tak-kata-akan-iktiraf-uec.html