Muhyiddin Penting Politik Berbanding Prinsip Kata Dr M


Dr Mahathir Mohamad mendakwa Muhyiddin Yassin ada memberitahu bahawa beliau sanggup bekerjasama dengan musuhnya, Najib Razak dan sekutu untuk tujuan politik yang membolehkannya dilantik perdana menteri.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Muhyiddin menawarkan diri untuk menjadi pengganti beliau apabila menyedari dirinya tidak berminat menjalin kerjasama dengan Umno dan PAS yang dianggotai pemimpin seperti Najib bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Saya tanya Muhyiddin berkali-kali, ‘adakah awak sanggup (bekerjasama dengan musuh)? Dulu awak berperang dengan mereka. Dia jawab saya sanggup kerana bagi saya politik lebih utama berbanding prinsip’.
“Perjuangan lama boleh lupa kerana (melalui) politik, kita ada peluang jadi PM,” katanya ketika berucap pada program “Bersatu Blackout” di Alor Setar, Kedah yang turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook malam tadi.
Ia diadakan sebagai tanda protes terhadap pengguguran keahlian Mahathir, Mukhriz Mahathir, Amiruddin Hamzah, Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berikutan keengganan mereka duduk di blok kerajaan ketika persidangan Parlimen pada 18 Mei lalu.
Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-8 pada 1 Mac lalu selepas negara berdepan kemelut kepemimpinan politik susulan peletakkan jawatan Mahathir pada 24 Februari yang turut menyaksikan kerajaan PH hilang kuasa dan digantikan oleh gabungan politik baru, Perikatan Nasional (PN).
Mahathir turut mengambil peluang pada platform itu untuk menjelaskan bahawa beliau terpaksa meletak jawatan perdana menteri selepas PPBM mengambil keputusan untuk keluar daripada gabungan PH.
“Ia bermakna kami semua tidak lagi menjadi anggota kerajaan. Saya terpaksa menulis kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa saya bukan lagi PM, saya minta izin untuk lepaskan, namun Agong minta saya jadi PM sementara.
“Tidak benar saya letak jawatan, saya terpaksa digugurkan kerana PPBM keluar PH dan PH tidak lagi jadi kerajaan,” katanya.
Beliau juga mendakwa rakyat kini tidak senang dengan pentadbiran Muhyiddin sebagai perdana menteri, terutama ketika negara berdepan pandemik Covid-19 yang menyaksikan banyak pihak menerima kesan, antaranya kehilangan pekerjaan dan pendapatan.
Beliau berkata, Malaysia bernasib baik kerana pengurusan pandemik itu dan kesannya kepada persekitaran dibuat oleh golongan profesional, bukan sepenuhnya oleh ahli politik.
“Apabila kita halang orang keluar rumah, mereka tidak dapat bekerja dan berniaga. Kadang-kala kebuluran. Ramai daripada kita ini cari makan secara harian, iaitu kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.
“Ini berlaku sekarang, ramai rakyat jadi miskin dan segala bidang kerja tidak boleh dilakukan. Untuk mengatasinya, kita perlu pakar bijak dalam bidang ini,” katanya. FMT
The post Muhyiddin penting politik berbanding prinsip, kata Dr M appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/19/muhyiddin-penting-politik-berbanding-prinsip-kata-dr-m/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politik Sekarang Perlu Banyak Wang Kata Rosmah Mansor

Politik Sekarang Perlu Banyak Wang Kata Rosmah Mansor

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 583 hits
Seorang rakan perniagaan Jepak Holdings Sdn Bhd mendakwa Rosmah Mansor pada awal 2016 memberitahu bahawa keadaan politik sekarang memang memerlukan banyak wang Rayyan Radzwill Abdullah yang merupakan saksi pendakwaan ke 15 kes rasuah Rosmah...
Kes Solar Saksi Kata Rizal Mansor Yang Minta Sumbangan Politik

Kes Solar Saksi Kata Rizal Mansor Yang Minta Sumbangan Politik

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 348 hits
Saksi ke 15 kes rasuah membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar hibrid bernilai RM1 25 bilion yang dikaitkan dengan Datin Rosmah Mansor membuat pendedahan ketika soal balas pembelaan sebentar tadi Saksi Rayyan Radzwill Abdu...
Mahathir Lupa Cermin Diri Bila Dakwa Muhyiddin Tiada Prinsip

Mahathir Lupa Cermin Diri Bila Dakwa Muhyiddin Tiada Prinsip

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 332 hits
Dr Mahathir Mohamad semalam mendakwa bahawa Muhyiddin Yassin tiada prinsip dan lebih pentingkan politik Saya tanya Muhyiddin berkali kali adakah awak sanggup Dulu awak berperang dengan mereka Dia jawab saya sanggup kerana bagi saya politik ...
Muhyiddin Tak Kata Akan Iktiraf Uec Pelaporan Malaysiakini Tak Tepat

Muhyiddin Tak Kata Akan Iktiraf Uec Pelaporan Malaysiakini Tak Tepat

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 349 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak menyatakan yang kerajaan akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu ketika pertemuannya dengan pemimpin Persekutuan Persatuan Cina Malaysia 16 Julai lalu Pejabat perdana menteri berkata dalam pertemu...
Gambar Mural Agong Dr Noor Hisham Muhyiddin Diconteng Kata Kata Kesat

Gambar Mural Agong Dr Noor Hisham Muhyiddin Diconteng Kata Kata Kesat

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 1149 hits
Gambar grafiti atau mural ini viral selepas malaysia dikatakan hampir berjaya menangani covid19 daripada tersebar dengan luasnya Sebagai simbolik jasa mereka yang terlibat pelukis telah membuat satu murah wajah wajah mereka yang menjadi fro...
Agak Agak La Pas Kata Mereka Berperanan Bantu Wujudkan Kestabilan Politik

Agak Agak La Pas Kata Mereka Berperanan Bantu Wujudkan Kestabilan Politik

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 345 hits
Kestabilan politik dan kemampuan Perikatan Nasional memimpin kerajaan ketika ini tidak dapat dinafikan antaranya terhasil dari peranan yang dijayakan PAS sebagai salah satu gabungan komponen tersebut Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Perak U...
Tabung Haji Tidak Dikuasai Bukan Islam Muhyiddin Siapa Kata Saya Lelong Aset Th Mujahid

Tabung Haji Tidak Dikuasai Bukan Islam Muhyiddin Siapa Kata Saya Lelong Aset Th Mujahid

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 503 hits
KUALA LUMPUR Lembaga Tabung Haji kini mempunyai lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM1 9 bilion dan tidak dikuasai orang bukan Islam kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
Mufakat Nasional Menyokong Muhyiddin Pm Semula Selepas Pru 15 Adalah Kenang Jasa Kata Penganalisis

Mufakat Nasional Menyokong Muhyiddin Pm Semula Selepas Pru 15 Adalah Kenang Jasa Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 551 hits
Sokongan Umno dan PAS terhadap Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri dalam pilihan raya umum ke 15 nanti mengundang pandangan tidak senang di kalangan beberapa pemimpin dan veteran di dalam Umno Ada yang beranggapan Umno tidak perl...
Sokong Muhyiddin Tetapi Isu Daftar Pn Belum Capai Kata Sepakat

Sokong Muhyiddin Tetapi Isu Daftar Pn Belum Capai Kata Sepakat

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 508 hits
Ahli Parlimen BN dalam mesyuarat hari ini kekal komited untuk mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional Bagaimanapun isu mendaftarkan gabungan itu secara rasmi itu masih belum dapat mencapai kata sepakat Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Ten...
Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Hiburan Kita Fikir Orang Belakang Kalau Kereta Tu Mampuh Mu Lah Menyusahkan Orang Pemandu Treler

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Hari Bonus 2025 30 12 25

Resipi Kari Ayam Mamak Padu Ala Nasi Kandar Pekat Berempah Berlemak


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Keterasingan Integriti Dan Kuasa Pembeza

Last Supper In 2025 Hello 2026

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Analisis Ekonomi Musang King Potensi Dan Cabaran Dalam Pasaran Durian

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut