Muhyiddin Mesti Jadi Berani Selesaikan Segera Isu Sokongan Majoriti Yang Dimilikinya




Sekarang ini semua sudah tahu usul percaya terhadap Tun Mahathir Mohamad yang mahu dikemukakan oleh Ahli Parlimen Semporna, Shafie Apdal pada sidang Parlimen 18 Mei nanti sudah pun ditolak oleh Speaker.

Dalam jawapannya, Mohamad Arif Md Yusof mengatakan, beliau menolak usul bertarikh 1 Mei tersebut disebabkan ia tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana ia mempertikai kuasa Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dalam urusan perlantikan jawatan Perdana Menteri.

Bermakna, tiadalah usul tersebut dapat dibentangkan nanti.

Tetapi, sebenarnya ada satu lagi usul yang dihantar kepada Speaker bertarikh 4 Mei di mana ia dikemukakan oleh Tun Mahathir sendiri.

Usul Tun Mahathir selaku Ahli Parlimen Langkawi itu adalah untuk membuat ketetapan bahawa Muhyiddin Yassin selaku Ahli Parlimen Pagoh tidak mempunyai keyakinan majoriti Ahli-Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri.

Dalam erti kata lain, usul Tun Mahathir ini adalah untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin yang mana ia akan ditentukan oleh 222 Ahlo Parlimen seluruh negara.

Sementara usul Shafie sudah ditolak, sebaliknya usul Tun Mahathir ini belum lagi mendapat apa-apa maklum balas daripada Speaker.

Meskipun ternampak kemungkinan usul ini juga bakal ditolak, mungkin esok atau lusa, tetapi Tun Mahathir tentu tidak berhenti daripada berusaha untuk memastikan soal sokongan majoriti Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dapat dimuktamadkan pada sidang Parlimen 18 Mei ini.

Mengikut jadualnya, selepas titah perasmian oleh Yang Dipertuan Agong pada 18 Mei nanti, sidang Parlimen selama sehari itu hanya untuk membincangkan rang undang-undang dan usul kerajaan sahaja.

Tiada sebarang usul, pertanyaan lisan atau sessi soal jawab dibenarkan dalam sidang itu nanti.

Namun, dengan suara pembangkang yang ramai dalam Parlimen, macam-macam boleh berlaku pada 18 Mei nanti.

Sebab itu, dalam hal ini Muhyiddin mesti menjadi seorang yang berani dan tidak takut berdepan apa jua cabaran.

Beliau mesti segera menyelesaikan isu ketidakpastian sokongan majoriti yang dimilikinya dengan tidak takut membenarkan sebarang usul berkaitan perkara itu dibentangkan di Parlimen.

Hanya dengan segera menyelesaikannya saja barulah beliau dapaf berfungsi dengan berkesan sebagai ketua kerajaan dan seterusnya mendapat keyakinan pelabur serta negara luar dalam tempoh yang mendatangnya sebagai Perdana Menteri.

Selagi tidak diselesikan, selagi itulah usaha menggoncang kedudukannya berterusan sampai bila-bila dan akhirnya tiada apa yang dapat dilakukannya untuk memajukan negara dan memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Lagi pula, jika beliau mengelak usul tidak percaya terhadapnya pada sidang Parlimen pada 18 Mei ini, apakah beliau dapat juga mengelaknya pada sidang Parlimen Julai dan November akan datang?

Bukankah lebih baik diselesaikan “once and for all” dan selepas itu tidak ada lagi ganggu-gugat terhadap kedudukannya sebagai Perdana Menteri?

Tambahan lagi, jika benar ada sokongan majoriti di belakangnya, apa perlu Muhyiddin takut dengan usul tidak percaya terhadapnya?

Sebagai anak ulama, pandai pula membaca doa, Muhyiddin mesti bertawakal kepada Tuhan dalam soal ini.

Lagi pun, jika tewas dalam usul undi tidak percaya itu, beliau harus menerima sebagai ada hikmah di sebaliknya dan mungkin Tuhan inginkan beliau lebih banyak berehat kerana dengan wabak Covid-19 yang sedang melanda ini serta kesannya kepada rakyat dan ekonomi negara, ia bukanlah sesuatu yang mudah dipikul bagi seseorang yang tidak berapa sihat akibat derita kanser sepertinya.

Kalau menang pula, maka ia barangkali bermakna Tuhan sedang melorongkan laluan yang lebih mudah untuknya mentadbir negara ini.

Tetapi, petunjuk Tuhan itu hanya akan muncul jika Muhyiddin tidak takut untuk menjadi berani dalam mendepani cabaran yang ada di depannya pada 18 Mei ini.

Selagi menjadi penakut, petunjuk Tuhan akan terus tersimpan di langit sana. (ShahbudinHusin 07/05/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/muhyiddin-mesti-jadi-berani-selesaikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Hilang Sokongan Majoriti Jika Usul Undi Tak Percaya Gagal

Ph Hilang Sokongan Majoriti Jika Usul Undi Tak Percaya Gagal

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 431 hits
Dunia berperang COVID 19 ahli politik Malaysia pula sibuk catur kuasa BANGI Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menghadapi ujian untuk mendapat keyakinan Ahli Parlimen negara ini sekiranya usul undi tidak percaya dikemukakan Tun ...
Isu Covid 19 Antara Perbincangan Muhyiddin Dengan Trump

Isu Covid 19 Antara Perbincangan Muhyiddin Dengan Trump

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 305 hits
KUALA LUMPUR 8 Mei Isu pandemik COVID 19 yang melanda dunia ketika ini menjadi antara topik yang dibincangkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Amerika Syarikat Donald J Trump malam ini Muhyiddin yang menerima pangg...
Muhyiddin Takut Sah Tiada Majoriti

Muhyiddin Takut Sah Tiada Majoriti

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 581 hits
Speaker Parlimen Mohamad Ariff Md Yusof memaklumkan Sidang Parlimen pada 18 Mei ini hanya untuk istiadat pembukaan dan Titah Diraja oleh Yang Dipertuan Agong saja Tiada sama sekali sidang Parlimen selepas Titah Diraja selesai dilangsungkan ...
Mengapa Sidang Parlimen Perlu Diadakan Lebih Sehari Saifuddin Nasution Jelaskan Isu Yang Dibawa Dsai Kepada Muhyiddin

Mengapa Sidang Parlimen Perlu Diadakan Lebih Sehari Saifuddin Nasution Jelaskan Isu Yang Dibawa Dsai Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 305 hits
Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berpandangan sidang Parlimen perlu diadakan lebih daripada sehari bagi memastikan isu COVID 19 dapat ditangani dengan lebih berkesan Katanya tindakan kerajaan Perikatan Nasional...
Malaysia Tak Boleh Selesaikan Isu Rohingya Sendirian

Malaysia Tak Boleh Selesaikan Isu Rohingya Sendirian

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 411 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Jadi tanggungjawab Wisma Putra bawa isu ke ASEAN antarabangsaBANGI Malaysia tidak boleh menyelesaikan isu pelarian etnik Rohingya yang berlaku ketika ini secara bersendirian kata Amir Ikatan Muslimin Malaysia Ustaz A...
Usul Tun M Sebenarnya Untuk Uji Kekuatan Sokongan Terhadap Muhyiddin

Usul Tun M Sebenarnya Untuk Uji Kekuatan Sokongan Terhadap Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 317 hits
Baik Tun Dr Mahathir Mohamad mahupun Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu merendahkan diri masing masing bagi menangani segera kemelut dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang dilihat semakin serius Percakaran antara pemimpin besar Bersatu mel...
Yang Pelik Tak Ada Isu Nak Masuk Semula Ph Tapi Pemuda Pkr Tolak Idea Terima Semula Bersatu

Yang Pelik Tak Ada Isu Nak Masuk Semula Ph Tapi Pemuda Pkr Tolak Idea Terima Semula Bersatu

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 404 hits
Tiada isu atau gosip berkenaan BERSATU akan kembali semula ke PH Tapi isu ini dimainkan seolah olah BERSATU akan kembali semula kepada PH Ada banyak pendapat idea nak cetus perkara ini datangnya daripada Anwar sendiri setelah gagal usaha me...
Kritik Isu Rohingya Tapi Lambakan Warga China India Kenapa Diam

Kritik Isu Rohingya Tapi Lambakan Warga China India Kenapa Diam

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 306 hits
Kumpulan hak asasi terlalu terikut ikut dasar peringkat antarabangsa BANGI Tindakan segelintir kumpulan hak asasi manusia mengkritik langkah Putrajaya menyekat kemasukan baharu pelarian Rohingya ketika Malaysia berdepan penularan pandemik C...
Security Alert Verify Unusual Activity In Your Wallet

The Benefits Of Exercising Before Breakfast

Hati Saya Hancur Sedih Lihat Suami Disepak Heret Dan Curah Mi Goreng Di Kepala Isteri Oku Dipukul

Sungai Sibuga Rep Mohamad Hamsan Dies At 65

Rahasia Panjang Umur Dan Hidup Berkah Menurut Al Qur An Dan Hadits

Why Malaysians Are Stuck With Religious And Racial Syndrome And How To Overcome This Conundrum

Misi Jiwa Prihatin Mcm Ke Syria Bermula Harian Metro 19 01 2025

Perak Mca Alcohol Sale Already Banned In Manjoi Beware Of Expansion


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Enhancing Literary Learning With Music Videos In Esl Classroom

Pati Air Katira

Puri Durian Belanda

Sticker Air Balang Pvc Kalis Air 12 12 Inci

Tahun Baru Yang Menduka Citakan

Rezeki Puasa Semalam