Muhyiddin Takut Sah Tiada Majoriti




Speaker Parlimen, Mohamad Ariff Md Yusof memaklumkan Sidang Parlimen pada 18 Mei ini hanya untuk istiadat pembukaan dan Titah Diraja oleh Yang Dipertuan Agong saja.Tiada sama sekali sidang Parlimen selepas Titah Diraja selesai dilangsungkan.Sebelum ini, selepas Titah Diraja, Parlimen dijadualkan akan bersidang selama sehari yang antara lain untuk pembentangan rang undang-undang dan menyelesaikan usul-usul kerajaan.Tetapi, minggu lalu Mohamad Ariff turut menerima usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin yang akan dibawa oleh Tun Mahathir Mohamad.Turut diterima ialah usul daripada Liew Vui Keong, Ahli Parlimen Batu Sapi yang memohon Sidang Parlimen selama sehari itu dilanjutkan kepada lapan hari.Mohamad Ariff memaklumkan perubahan terbaru ini selepas menerima surat daripada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin selaku Ketua Majlis Dewan Rakyat yang menegaskan Sidang Parlimen 18 Mei ini dipendekkan berikutan ancaman wabak Covid-19 masih lagi belum reda.Sebenarnya apakah sebab Muhyiddin berbuat demikian, sedangkan baru semalam beliau mendapat jaminan sokongan secara en-bloc daripada Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi?Adakah beliau tidak percaya dengan sokongan 43 Ahli Parlimen BN sebagaimana diumumkan Zahid Hamidi itu?Atau benarkah ancaman Covid-19 masih lagi berbahaya?Jawapan yang tepat tidak lain ialah kerana Muhyiddin masih belum mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen untuk berlawan dengan usul undi tidak percaya yang dibawa oleh Tun Mahathir terhadapnya.Jika sudah ada sokongan yang cukup, tidak ada sebab beliau perlu membatalkan sessi Parlimen di saat-saat akhir, sebaliknya hanya membenarkan acara pembukaan dan Titah Diraja saja.Ini bermakna Sidang Parlimen seterusnya ialah pada bulan Julai dan bererti usul tidak percaya terhadapnya juga dapat ditangguhkan selama dua bulan lagi.Dalam tempoh dua bulan ini, pasti saja macam-macam usaha boleh dilakukan oleh Muhyiddin untuk mencukupkan sokongan kepadanya.Dalam erti kata lain, Muhyiddin sebetulnya takut kehilangan jawatannya sebagai Perdana Menteri.Walaupun tidak boleh ke mana-mana, tidak boleh ke saja ke sini dan tiada rumah terbuka akan diadakannya, setidak-tidaknya Muhyiddin mahu juga merasai nikmat menyambut Hari Raya sebagai seorang Perdana Menteri.Sebaliknya, kalau Sidang Parlimen diteruskan pada 18 Mei nanti dan beliau kalah dalam usul undi percaya itu, Hari Raya tahun ini tentu akan disambutnya dengan muram sebagai seorang yang baru kalah dalam perang. (ShahbudinHusin 13/05/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/muhyiddin-takutsah-tiada-majoriti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Dedahkan Muhyiddin Dapat Kepercayaan Majoriti Kerajaan Sah Bukan Pintu Belakang

Agong Dedahkan Muhyiddin Dapat Kepercayaan Majoriti Kerajaan Sah Bukan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 410 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong hari ini mendedahkan baginda telah meminta Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri semasa pertemuan yang berlangsung pada jam 5 petang 24 Februari lalu Bagaimanapu...
Muhyiddin Pm Kerajaan Minoriti Bukan Majoriti

Muhyiddin Pm Kerajaan Minoriti Bukan Majoriti

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 432 hits
1 Esok Isnin 18 haribulan Mei 2020 adalah satu tarikh yang penting Majlis Istiadat Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas akan dilakukan oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong 2 Parlimen adalah s...
Selepas Lebih 30 Lantikan Glc Takkan Muhyiddin Masih Takut Lagi Dengan Usul Tun M

Selepas Lebih 30 Lantikan Glc Takkan Muhyiddin Masih Takut Lagi Dengan Usul Tun M

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 393 hits
Meneliti kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berhubung sidang Parlimen pada 18 Mei nanti ternampak semacam kerajaan enggan memberi ruang kepada pembentangan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyidd...
Muhyiddin Ada Majoriti 3 Kerusi

Muhyiddin Ada Majoriti 3 Kerusi

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 493 hits
Andrew Ong Susunan tempat duduk untuk persidangan Dewan Rakyat hari ini menunjukkan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti anggota parlimen Plan oleh staf Parlimen menunjukkan bahawa terdapat 114 anggota parlime...
Muhyiddin Mungkin Takut Orang Kelilingnya Khianat

Muhyiddin Mungkin Takut Orang Kelilingnya Khianat

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 400 hits
Perdana Menteri selaku Ketua Eksekutif Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat berada dalam keadaan tidak yakin dengan sejumlah Ahli Parlimen kerajaan yang konon menyokongnya Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata kelemahan kerajaan Perikata...
Sidang Parlimen Sudah Umpan Jawatan Takut Apa Lagi Muhyiddin

Sidang Parlimen Sudah Umpan Jawatan Takut Apa Lagi Muhyiddin

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 378 hits
Tamrin Tun Ghafar 6 hari lepas iaitu pada 9hb Mei 2020 genap 2 tahun Pakatan Harapan atau PH mengingati HARI KEMENANGAN RAKYAT Tarikh itu 2 tahun yang lepas buat pertama kali dalam sejarah negara rakyat telah menggunakan kuasa mereka menuka...
Mujahid Dakwa Muhyiddin Takut Dengan Usul Mahathir

Mujahid Dakwa Muhyiddin Takut Dengan Usul Mahathir

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 761 hits
Takut usul Dr Mahathir Muhyiddin gadai usul k jaan Mujahid Kerajaan Perikatan Nasional lebih mengutamakan usaha mempertahankan Langkah Sheraton daripada membahaskan krisis Covid 19 secara bersama di Parlimen Bekas menteri di jabatan perdana...
How To Fully Secure Your Cloud Accounts And Prevent Data Leaks

Bulan Pembersihan Hutang Ukraine Ambil Langkah Berani Menuju Kestabilan Kewangan

Our November Floods Prove That We Need Stronger Sustainability Governance

Sesi Temu Ramah Aysar Hadi Shapri Persiapan Dan Harapan Menjelang Aksi Penuh Cabaran

Perodua Jelaskan Klausa Bateri Ev Patuh Syariah Susulan Kekeliruan Di Media Sosial

Sebelum Musibah Menimpa

Roti Telur Tuna Resipi Paling Mudah Sedap Untuk Sarapan Cepat

Cara Pilih Cermin Mata Ikut Bentuk Muka Panduan Lengkap Untuk Lelaki Wanita


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jbl Bandbox Amplifier Dan Pembesar Suara Berkuasa Ai Yang Serba Baharu

Satu Tabiat Yang Selamatkan Aku

Panas Dari Cambodia Bongkar Realiti Hitam Perangkap Kerja Mewah Sidang Media Ppim 03 12 2025

Drama Perempuan Tidak Ternikah

Bolehkah Senator Mengusulkan Untuk Menggantung Ahli Dewan Rakyat

Mencendol Di Chicken Ball Ball Rice Restaurant