Muhyiddin Dakwa Jika Kerana Dedah Skandal 1mdb Itu Di Anggap Pengkhianat Biarkanlah




KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menterim Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jika kerana mendedahkan skandal 1MDB yang memalukan negara suatu ketika dulu maka dia dilabel oleh UMNO sebagai pengkhianat, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tetap rela.
Katanya kerana skandal yang melibatkan Datuk Sri Najib Razak itu orang Melayu dan Malaysia diaibkan serta dipandang hina di seluruh dunia.
"Apakah orang UMNO tidak tahu bahawa punca mereka kalah adalah kerana Najib menyeret parti dalam skandal beliau?
"Jika saya dianggap pengkhianat kerana mendedahkan skandal 1MDB dan menubuhkan BERSATU untuk menentang kumpulan kleptokrat dalam UMNO, saya rela dengan gelaran tersebut," katanya dalam kenyataan umum hari ini.
Kata Ahli Parlimen Pagoh itu lagi UMNO sebenarnya cuba menutup hakikat bahawa parti itu sudah dikhianati oleh bekas Presiden mereka sendiri, iaitu Najib.
Najib, kata Muhyiddin, membiarkan skandal 1MDB menjadi terlalu besar dan buruk sehingga majoriti rakyat membenci UMNO.
Muhyiddin yang sempat menjadi perdana menteri selepas meninggalkan Pakatan Harapan (PH) dan bekerjasama dengan UMNO serta PAS untuk membentuk kerajaan baru di luar pilihan raya menambah sebelum ini dia dipecat kerana menyarankan skandal 1MDB disiasat secara telus.
Minta campur tangan
Kini, katanya, terbukti perjuangannya adalah "benar".
"Mahkamah telah menjatuhkan hukuman ke atas Najib atas kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International yang ada hubung kait dengan 1MDB.
“Jelas skandal 1MDB bukan satu fitnah. Bukan satu rekaan,” katanya lagi.
Muhyiddin merupakan Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri di bawah pentadbiran Najib tetapi dipecat kerana lantang bersuara mengenai isu 1MDB.
Dia kemudian mengasaskan BERSATU bersama beberapa bekas pemimpin UMNO, dan bekerjasama bersama PKR, DAP dan Amanah bagi menumbangkan UMNO-BN pada pilihan raya umum 2018.
Muhyiddin kemudian membawa BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dan bekerjasama dengan UMNO dan PAS bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajuinya.
Namun dia juga ditumbangkan juga pada Ogos tahun lalu melalui langkah yang digerakkan UMNO.
Tempat Muhyiddin selaku Perdana Menteri kemudian digantikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengasaskan kerajaan Keluarga Malaysia.
Di sebalik ketegangan hubungan di antara UMNO dan BERSATU-PN, kedua-dua parti kekal bekerjasama.
Muhyiddin turut menempelak kluster mahkamah di dalam Umno yang dakwanya cuba meminta dia campur tangannya dalam kes mereka agar dibebaskan.
Siapa pengkhianat sebenar
Kejadian itu katanya berlaku seawal beberapa hari dia dilantik menjadi Perdana Menteri.
Setelah cubaan itu tidak berjaya, dakwa Muhyiddin, pemimpin UMNO cuba menjatuhkannya supaya mereka dapat berkuasa, dan kini mahu menyingkirkan PN daripada kerajaan agar kerajaan dikuasai sepenuhnya parti UMNO, yang dikuasai oleh kluster mahkamah.
Katanya, pilihan raya negeri (PRN) - termasuk di Johor nanti - merupakan cara kluster terbabit untuk kembali berkuasa.
Jika memenangi PRN Johor nanti, kata Pengerusi PN itu, UMNO akan mendesak Perdana Menteri membubarkan parlimen.
“Jika parti mereka menang dalam pilihan raya, lazimnya yang akan diangkat menjadi Perdana Menteri adalah Presiden parti.
“Jika ini berlaku, maka lengkaplah perancangan kluster mahkamah. Mereka akan kembali berkuasa dan selesailah masalah mereka, na’uzubillah.
“Jadi siapa sebenarnya pengkhianat? Saya atau mereka?” soalnya lagi. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/02/muhyiddin-dakwa-jika-kerana-dedahkam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Luna Maya Kena Tipu Mengaku Sudah Ikhlas Dan Anggap Itu Teguran

Luna Maya Kena Tipu Mengaku Sudah Ikhlas Dan Anggap Itu Teguran

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 160 hits
Mengaku sudah ikhlas Luna menganggap ini adalah teguran untuknya karena kurang sedekah
Muhyiddin Dedah Zahid Hamidi Najib Datang Temuinya Minta Selesai Kes Mahkamah

Muhyiddin Dedah Zahid Hamidi Najib Datang Temuinya Minta Selesai Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 183 hits
Pemimpin UMNO didakwa mempunyai agenda tersendiri ketika menyokong pembentukan kerajaan campuran antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional pada Mac 2020 kata Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu berkata ...
Tuduh Saya Pengkhianat Tapi Najib Yang Dijatuh Hukuman Curi Duit Rakyat Muhyiddin

Tuduh Saya Pengkhianat Tapi Najib Yang Dijatuh Hukuman Curi Duit Rakyat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 314 hits
agendaily com12 2 2022Bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta pada Julai 2020 selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan berkaitan dana RM42 jut...
Poda Kalau Masih Anggap Johor Kubu Kuat Umno Kata Muhyiddin

Poda Kalau Masih Anggap Johor Kubu Kuat Umno Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 239 hits
freemalaysiatoday com February 17 2022 12 09 AMMuhyiddin Yassin menyifatkan Johor bukan lagi kubu kuat Umno dan Barisan Nasional kerana parti itu telah tumbang dalam pilihan raya umum lalu termasuk hilang kuasa di Putrajaya PETALING JAYA Pe...
Razlan Pula Dedah Muhyiddin Mungkir Janji Lepaskan Zahid Jika Umno Terus Sokong Jadi Pm

Razlan Pula Dedah Muhyiddin Mungkir Janji Lepaskan Zahid Jika Umno Terus Sokong Jadi Pm

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 154 hits
February 18 2022TAN Sri Muhyiddin Yassin didakwa pernah berjanji untuk melepaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada kes mahkamah yang dihadapinya sekiranya Presiden Umno itu terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri Perkara itu...
Najib Adalah Pengkhianat Umno Sebenar Punca Majoriti Rakyat Benci Umno Muhyiddin

Najib Adalah Pengkhianat Umno Sebenar Punca Majoriti Rakyat Benci Umno Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 218 hits
Najib adalah pengkhianat UMNO sebenar punca majoriti rakyat benci UMNO MuhyiddinTan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pengkhianat UMNO yang sebenar kerana membiarkan skandal 1Malaysia Development Berha...
Siti Mariam Itu Nama Yang Baik Tetapi Mummy Jerung Merah Ded4h Sebab Guna Nama Sofiaa Marieylla

Siti Mariam Itu Nama Yang Baik Tetapi Mummy Jerung Merah Ded4h Sebab Guna Nama Sofiaa Marieylla

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 306 hits
Dua minggu lalu kecoh di laman sosial apabila peserta Big Stage 2022 Sofiaa Marieylla mended4hkan yang nama sebenarnya ialah Siti Mariam Menerusi temu bual yang viral tersebut ramai netizen mempertikaikan kenapa nama asalnya begitu jauh jik...
Indra Kenz Akui Pernah Sebut Binomo Legal Itu Salah Dan Keliru

Indra Kenz Akui Pernah Sebut Binomo Legal Itu Salah Dan Keliru

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 175 hits
Dirtipideksus Bareskrim Polri Brigjen Whisnu Hermawan mengungkap saat periksa pelapor Indra Kenz terungkap jika ia menjanjikan keuntungan 80 85 persen bermain trading Binomo
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran