Tuduh Saya Pengkhianat Tapi Najib Yang Dijatuh Hukuman Curi Duit Rakyat Muhyiddin


agendaily.com12/2/2022
Bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, pada Julai 2020 selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan berkaitan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Datuk Seri Najib Razak sepatutnya sedar diri kerana sudah dijatuhkan hukuman bersalah di mahkamah atas pertuduhan mencuri jutaan wang rakyat, malah dianggap sebagai satu ‘keaiban negara’.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas Najib yang menuduhnya sebagai pengkhianat walhal dirinya sendiri adalah pengkhianat sebenar kepada negara dan rakyat kerana sudah disabitkan hukuman atas pertuduhan jenayah terhadapnya.

Jelasnya lagi, sepanjang mentadbir negara tidak ada satu sen yang masuk ke dalam poket sendiri tetapi Najib seperti yang diputuskan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan didapati membelanjakan wang rakyat sesuka hatinya.

“Najib berulang kali tuduh saya khianat. Tapi tak ada satu mahkamah pun menjatuhi hukuman bersalah ke atas saya. Dia juga tanya saya berapa wang yang saya belanjakan untuk rakyat?

“Sepanjang saya jadi PM, RM530 bilion saya sediakan untuk rakyat dalam macam-macam bentuk pakej bantuan dan rangsangan ekonomi. Satu sen pun tak masuk akaun saya.

“Bukan macam dia, berbilion masuk akaun sendiri. Itulah dia boss awak,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Untuk rekod Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sudah mendapati Najib bersalah dalam mencuri wang syarikat SRC International Sdn Bhd daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), iaitu wang rakyat, wang orang pencen.

Pada 8 Disember 2021, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dalam kes SRC mengekalkan hukuman bersalah terhadap Najib dan membuat penghakiman seperti dibawah:

“Hence, we agree with the learned trial judge that the all important element of misappropriation of entrusted property by the Appellant had been clearly established. The evidence clearly shows that the appellant not only misappropriated RM42 million, the subject of the 3 CBT charges, but also converted to his own use that which he had dishonestly misappropriated. The RM42 million, contrary to the appellant’s assertion that he used it for corporate social responsibility (CSR) programs of the company, had in fact been used for his personal benefit and for his political purposes”.

[Terjemahan: “Oleh yang demikian, kami bersetuju dengan Yang Arif hakim perbicaraan bahawa semua elemen penting penyalahgunaan harta yang diamanahkan oleh Perayu (Najib) telah dibuktikan. Bukti menunjukkan dengan jelas bahawa perayu bukan hanya menyalahgunakan RM42 juta, iaitu mauduk 3 dakwaan jenayah pecah amanah, tetapi juga telah memindahkan kepada kegunaan dirinya sendiri harta yang dia telah salah guna secara tidak jujur. RM42 juta itu, berlawanan dengan dakwaan perayu bahawa dia menggunakannya untuk tujuan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat, telah sebenarnya digunakan untuk manfaat peribadinya dan untuk tujuan politiknya.”]

Kata hakim Mahkamah Rayuan lagi:

“This is definitely not something that can be said to have been done in the national interest. There is no national interest here, just national embarrassment”.

[Terjemahan: Ini bukanlah sesuatu yang boleh dikatakan sebagai telah dilakukan demi kepentingan negara. Tiada kepentingan negara di sini, (yang ada) hanyalah keaiban negara]

Dalam hantaran di Facebooknya lagi, Muhyiddin juga berkongsi dengan bukti-bukti sahih yang dikemukakan di mahkamah melibatkan kes SRC yang dihadapi Najib.

“​Mari kita lihat bukti-bukti sahih tentang penggunaan duit ini yang telah dikemukakan di mahkamah.

“Antaranya: RM449,586.95 untuk bayar Kad Kredit Visa Platinum Najib; RM2,833,147.21 untuk bayar kad kredit Mastercard Platinum Najib; RM240,000 dibayar kepada Vital Spire Sdn Bhd milik seorang ADUN Umno Johor untuk mengendalikan sebuah portal online; RM2.5 juta dibayar kepada sebuah firma guaman untuk kerja-kerja “political intelligence”; RM238,914 dibayar kepada seorang Tan Sri untuk kerja-kerja mempromosi Ah Jib Gor kepada masyarakat Cina; RM100,000 dibayar kepada seorang kontraktor untuk membina bilik stor kediaman peribadinya di Kuala Lumpur; RM56,500 dibayar kepada sebuah syarikat plumbing untuk kerja-kerja pemasangan tangki air di kediaman peribadinya di Kuala Lumpur; RM77,300 dibayar kepada seorang kontraktor untuk membaiki kediaman peribadinya di Pekan; dan ​Puluhan juta ringgit lagi untuk lain-lain kegunaan peribadi dan politik.”

Berbanding wang yang dibelanjakan untuk rakyat, Muhyiddin berkata Najib lebih banyak menghabiskan wang untuk tujuan peribadinya dan akhirnya kerajaan terpaksa menanggung hutang yang banyak.

“​Ya, adalah juga duit yang diberi kepada anak-anak yatim. Tetapi jumlahnya tak seberapa jika dibandingkan untuk kegunaan peribadi dan politik.

“Ini tak termasuk RM4 bilion duit Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang dipinjamkan kepada SRC yang lesap entah ke mana.

“Akhirnya, kerajaan terpaksa membayar hutang SRC kepada KWAP kerana hutang ini dijamin oleh kerajaan ketika Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan,” katanya lagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/02/tuduh-saya-pengkhianat-tapi-najib-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Adalah Pengkhianat Umno Sebenar Punca Majoriti Rakyat Benci Umno Muhyiddin

Najib Adalah Pengkhianat Umno Sebenar Punca Majoriti Rakyat Benci Umno Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 219 hits
Najib adalah pengkhianat UMNO sebenar punca majoriti rakyat benci UMNO MuhyiddinTan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pengkhianat UMNO yang sebenar kerana membiarkan skandal 1Malaysia Development Berha...
Tuduh Najib Tak Malu Mahathir Kecewa Kes Rekaannya Terhadap Najib Tidak Di Peduli Rakyat

Tuduh Najib Tak Malu Mahathir Kecewa Kes Rekaannya Terhadap Najib Tidak Di Peduli Rakyat

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 294 hits
Oleh Sirajuddin AhmadSebaik sahaja Mahathir sihat dan boleh bercakap terus dia tidak tunggu masa lagi untuk serang Najib Lim Guan Eng ada Lim Kit Siang ada Muhyiddin ada Anwar ada Ismail Sabri pun ada tapi Mahathir pilih Najib juga Bukan su...
Muhyiddin Menipu Lagi Internet Tidak Pernah Lupa Najib

Muhyiddin Menipu Lagi Internet Tidak Pernah Lupa Najib

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 155 hits
Nak tipu pun perlu tahu bahawa internet tak lupa Dia dipecat bukan sebab dia soal 1MDB Melainkan Mukhriz menipu mahkamah Muhyiddin dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Julai 2015 sebab dia sudah berkomplot bersama Mahathir dan Mukh...
Najib Is The Real Traitor Not Me Muhyiddin

Najib Is The Real Traitor Not Me Muhyiddin

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 186 hits
Former Prime Minister Muhyiddin Yassin today lambasted a certain Umno leader for trying to paint him as a traitor of the Malays In a statement the Bersatu president claimed that the real traitor is one of its own Najib Abdul Razak who used ...
Isu Syarikat Glc Bayar Gaji Juta Juta Dengan Guna Duit Rakyat

Isu Syarikat Glc Bayar Gaji Juta Juta Dengan Guna Duit Rakyat

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 233 hits
Yang berikut ini adalah screenshot salinan semuka surat daripada Laporan Tahunan atau Annual Report Maybank 2020 Muka surat ini senaraikan bayaran gaji yuran benefits emoluments etc kepada CEO serta Ahli ahli Lembaga Pengarah Maybank Mengik...
Pakar Dwi Standard Kalau Kena Kat Rakyat Seberat Berat Hukuman

Pakar Dwi Standard Kalau Kena Kat Rakyat Seberat Berat Hukuman

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 144 hits
Mohd MuklisKena kat Menteri dia boleh tolong coverkan Kalau langgar SOP bukan jenayah buat la balik semakan kehakiman pulang semua denda dan bayar ganti rugi siapa yang kena penjara akibat langgar SOP Bak kata mopti serba tahu Demikianlah k...
Csr Najib Ialah Merampok Wang Rakyat

Csr Najib Ialah Merampok Wang Rakyat

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 173 hits
1 Najib kata RM42 juta duit SRC yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya digunakan untuk tujuan sedekah dan Corporate Social Responsibility 2 Mari kita lihat bukti bukti sahih tentang penggunaan duit ini yang telah dikemukakan di mahkamah...
Muhyiddin Takut Populariti Najib Mampu Tarik Undi Kepada Umno Kata Noh

Muhyiddin Takut Populariti Najib Mampu Tarik Undi Kepada Umno Kata Noh

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 163 hits
freemalaysiatoday com February 12 2022 4 00 PMNoh Omar berkata Muhyiddin Yassin tiada hak menghalang mana mana pemimpin Umno turun berkempen di Johor melainkan Bersatu sendiri takut dengan bayang bayang pemimpin Umno khususnya Najib Razak K...
Najib Bermati Matian Cuba Mempersepsi Dirinya Kepada Rakyat Sebagai Tidak Bersalah Suci Dan Difitnah

Najib Bermati Matian Cuba Mempersepsi Dirinya Kepada Rakyat Sebagai Tidak Bersalah Suci Dan Difitnah

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 208 hits
Itulah yang sedang dilakukan samada melalui kata perbuatan dan tingkah laku Najib melawan dirinya sendiri Well done selamat terus mencuba Untuk doakan KEJAYAAN tidaklah juga takut subahat
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco