Mudah Cara Pemilikan Tanah Kebun Kelapa Sawit Orang Asli



ROMPIN - Kementerian Industri Utama memohon supaya Menteri Besar dan Ketua Menteri dapat memudah cara pemilikan tanah yang diusahakan oleh masyarakat Orang Asli dengan tanaman kelapa sawit.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata ini kerana pemilikan tanah merupakan syarat utama dalam pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO) kelapa sawit, yang wajib dipatuhi menjelang hujung tahun ini.

"Kerajaan telah menetapkan pensijilan MSPO yang melibatkan penyertaan semua pihak dalam industri kelapa sawit termasuk pekebun kecil, pengusaha ladang dan pihak pengilang bagi memastikan minyak sawit negara kita dihasilkan melalui pengeluaran mampan.

"Kami menghadapi beberapa cabaran untuk membantu pekebun Orang Asli mendapatkan pensijilan MSPO tapi isu yang paling mencabar ialah dalam isu pemilikan tanah dan berharap mendapat kerjasama Ketua Menteri dan Menteri Besar untuk menyelesaikannya" katanya kepada Bernama di sini, hari ini.



Shamsul Iskandar ditemui selepas merasmikan Program Jom MSPO Pekebun Kecil Orang Asli Pahang di Dewan Besar DARA, Muadzam Shah di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Pahang Johari Alwi.

Pada majlis itu, Shamsul Iskandar juga menyampaikan pensijilan MSPO kepada 26 pekebun kelapa sawit Orang Asli dari Jerantut dan Pahang serta dana RM10,000 setiap satu kepada Koperasi Penanaman Sawit Mampan (KPSM) daerah Bera dan Maran.

Beliau berkata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga mengambil inisiatif menyatukan pekebun kecil melalui penubuhan Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) dalam usaha membantu mereka memperoleh pensijilan MSPO.

"Pekebun kecil yang menyertai SPOC dan pensijilan MSPO berpeluang menikmati pelbagai faedah untuk meningkatkan produktiviti malalui amalan pertanian yang baik, seterusnya membantu menghasilkan pendapatan lebih tinggi," katanya.

Beliau berkata setakat 31 Mac lalu, sebanyak 115 daripada 162 SPOC di seluruh negara telah mendapat pensijilan MSPO yang melibatkan penyertaan 8,561 pekebun kecil persendirian dengan keluasan kebun sebanyak 33,008 hektar.

Sembilan SPOC yang sedang menjalani proses audit dijangka menerima pensijilan mereka pada hujung bulan ini dan baki 38 SPOC sedang dalam proses pensijilan yang dijadualkan selesai pada November ini.

Shamsul Iskandar juga memaklumkan KPSM Bera dan Maran merupakan penerima terawal dana Skim Pinjaman Mudah Tanpa Faedah yang secara keseluruhan akan melibatkan 10 KPSM, terdiri daripada empat penerima di Semenanjung dan masing-masing tiga di Sabah serta Sarawak, melibatkan peruntukan sebanyak RM1 juta.

"Dana ini yang disediakan kerajaan adalah untuk membantu KPSM mengembangkan aktiviti perniagaan. Kami membuka mana-mana KPSM untuk memohon, namun mereka akan disaring supaya memenuhi kriteria seperti aktif dan berpotensi besar," katanya. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/05/mudah-cara-pemilikan-tanah-kebun-kelapa.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guna Cara Ini Jadikan Membuat Tart Nenas Kerang Semakin Mudah

Guna Cara Ini Jadikan Membuat Tart Nenas Kerang Semakin Mudah

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 890 hits
Guna Cara Ini Jadikan Membuat Tart Nenas Kerang Semakin MudahTART NENAS KERANG
Cara Daftar Cimb Click Online 2019 Buat Akaun Cimbclicks Mudah Saja

Cara Daftar Cimb Click Online 2019 Buat Akaun Cimbclicks Mudah Saja

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 1551 hits
Cara Daftar Cimb Click Online 2019 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Semalam umi minta tolong saya buat akaun cimb clicks untuk beliau Saya pun okay serius kakcik tak ingat macam mana nak buat akaun cimb click HAHAHA Yela mana tak...
Cara Mudah Buat Murtabak Ayam Mini Guna Kulit Popia

Cara Mudah Buat Murtabak Ayam Mini Guna Kulit Popia

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 895 hits
Jom cuba buat Murtabak Ayam Mini secara homemade Maklumlah bila tiba Ramadan murtabak antara hidangan ringan yang digemari ramai Jika ahli keluarga ramai boleh tahan juga harganya kalau dibeli Jadi apa kata cuba buat sendiri guna resipi per...
Cara Buat Stok Pati Kurma Untuk Sahur Mudah Cepat Mengenyangkan

Cara Buat Stok Pati Kurma Untuk Sahur Mudah Cepat Mengenyangkan

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 501 hits
Jika anda suka minum susu kurma pati kurma homemade ni pasti memudahkan anda bersahur Campur dengan susu dan ia boleh terus boleh minum Nampak simple tetapi minuman ni boleh buat perut anda rasa kenyang dan mampu bertahan sampai waktu berbu...
Rahsia Buat Duit Cloud 10k Sebulan Cara Paling Mudah Secara Online

Rahsia Buat Duit Cloud 10k Sebulan Cara Paling Mudah Secara Online

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 761 hits
Adakah anda sedang buntu memikirkan masalah kewangan Sudah cuba pelbagai cara buat side income tetapi tiada hasil JOM SERTAI DUIT CLOUD Tak perlu runsing dan sakit kepala lagi Anda sebenarnya boleh menjana pendapatan sehingga RM2000 RM5000 ...
Cara Mudah Step By Step Buat Semperit Klasik Gold Resepi Azlina Ina

Cara Mudah Step By Step Buat Semperit Klasik Gold Resepi Azlina Ina

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 2679 hits
As Salam Cara Mudah Step By Step Buat Semperit klasik Gold Resepi Azlina Ina Kali ini sempena Hari Raya yang bakal menjelang dalam beberapa hari lagi saya tahu ramai yang sedang mencari resepi cookies sebagai salah satu persiapan raya Yup k...
Kasihan Anak Merengek Gatal Ini Cara Paling Mudah Elak Ekzema Pada Anak

Kasihan Anak Merengek Gatal Ini Cara Paling Mudah Elak Ekzema Pada Anak

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 599 hits
Ekzema ialah keadaan kulit yang kering dan gatal serta mengakibatkan lebih kurang 15 hingga 20 peratus kanak kanak mengalaminya Ekzema biasanya berlaku sebelum anak berusia dua tahun Bagaimanapun kebanyakan kanak kanak ekzema akan beransur ...
5 Cara Mudah Dan Sederhana Cegah Dan Hilangkan Munculnya Rasa Mengantuk Di Siang Hari

5 Cara Mudah Dan Sederhana Cegah Dan Hilangkan Munculnya Rasa Mengantuk Di Siang Hari

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 321 hits
Perasaan ngantuk merupakan salah satu hal yang sering dialami ketika orang yang berpuasa Kurangnya asupan nutrisi dan air menyebabkan munculnya rasa lemas yang membuat tubuh selalu mengantuk
Ketupat Cara Saya Paling Senang Paling Mudah

Ketupat Cara Saya Paling Senang Paling Mudah

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 652 hits
Ketupat Cara Saya Paling Senang Paling MudahBoleh buat hari raya nanti ni
Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Anak Buah Terpaling Kecil

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Alim Kris Kunjungan Terakhir Chord

The Impatient Sisters Galok Raya Chord

Hokuto A Kinetic Moto Guzzi Sp3 1000 Caf Racer From Monza