Kasihan Anak Merengek Gatal Ini Cara Paling Mudah Elak Ekzema Pada Anak


Ekzema ialah keadaan kulit yang kering dan gatal serta mengakibatkan lebih kurang 15 hingga 20 peratus kanak-kanak mengalaminya. Ekzema biasanya berlaku sebelum anak berusia dua tahun.
Bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak ekzema akan beransur baik apabila berumur belasan tahun bergantung pada tahap antibodinya. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.
Terdapat beberapa jenis ekzema seperti Dyshidrotic eczema , Eczema herpeticum, Nummular eczema, Seborrheic eczema serta Atopic eczema. Atopic eczema atau dematitis adalah jenis ekzema yang paling biasa dihidapi bayi dan kanak-kanak.
Pencetus Ekzema
Ekzema berkait rapat dengan keturunan dan gen. Sesetengah gen akan menyebabkan kulit individu bertambah sensitif. Sistem keimunan yang terlalu aktif juga menjadi pendorong di samping ciri tidak normal pada kulit yang menyebabkan kelembapan terbebas dan membiarkan kuman masuk.
Antara faktor yang mencetuskan ekzema pada anak ialah:
-Pendedahan kepada bulu binatang
-Penggunaan bahan kimia pada kulit
-Pemakaian fabrik sintetik-Panas dan berpeluh
-Cuaca kering dan sejuk
-Kulit terlalu kering

Menurut Pakar Pediatrik (Dermatologi), Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur, Dr Leong Kin Fon bila anak ada ekzema ibu bapa jangan mudah terpedaya kerana tiada krim mujarab untuk menyembuhkan masalah ekzema seperti yang banyak dijual di laman sosial.
“Bagaimanapun langkah pencegahan boleh dilakukan dengan mendapat rawatan awal dari pakar kulit, menggunakan pelembap dan menjaga pemakanan supaya keadaan lebih terkawal.
“Biasanya anak yang mengalami masalah ini, kulit mereka adalah kering, bersisik dan gatal. Bukan sahaja gatal tapi amat gatal. Mereka akan mengosok dan menggaru. Apabila asyik menggaru masalah radang akan semakin serius lagi. Paling buatkan anak ekzema jadi tak selesa apabila kulit sudah luka, jangkitan bakteria berlaku dan menganggu kualiti hidup anak.
“Bila dalam keadaan ini, waktu tidur anak pasti terganggu dan akan menyebabkan seluruh ahli keluarga tak boleh nak tidur selesa. Selain itu, jika anak dah bersekolah dia mungkin tak boleh nak fokus belajar kerana ketidakselesaan yang dialami,” katanya.

BAGAIMANA MENGAWALNYA? PASTIKAN BUAT PERKARA INI!
Bila anak disahkan ekzema, ibu bapa perlu tahu ia bukan sahaja menyebabkan kegatalan pada kulit, tetapi akan mengganggu tidur, pergaulan dan menggugat emosi si kecil. Ekzema tidak boleh dihilangkan begitu sahaja kerana ia mempunyai perkaitan dengan gen dalam badan yang tidak mungkin boleh diubah sama sekali.
Walaupun tidak mampu menyembuhkan sepenuhnya, namun sebagai langkah awal rawatan, ubat-ubatan, produk penjagaan diri dan peralihan gaya hidup perlu untuk mengawal ekzema yang dihidapi si manja daripada menjadi lebih teruk.
Bagi memastikan keadaan ekzema anak terkawal, ibu bapa kena pastikan beberapa faktor ini perlu dilakukan bagi memberi keselesaan pada anak.
Jauhkan anak daripada faktor pencetus ekzema seperti fabrik, hama, debu, asap, produk wangi, dan haiwan peliharaan. Faktor ini paling utama yang menyebabkan ekzema anak makin teruk. Ibu bapa kena pastikan persekitaran rumah sentiasa bersih dan bebas dari masalah tersebut.
Jika perlu elakkan memelihara haiwan peliharaan. Bagi penggunaan produk pewangi, disarankan menggunakan yang berasaskan sumber semulajadi.

Peluh adalah musuh anak ekzema. Jangan biarkan anak sering berpeluh. Anak ekzema yang berpeluh biasanya akan berasa gatal terutama ketika cuaca panas dan mereka sangat sensitif. Ibu bapa kena jadi lebih cerewet. Jika tak dijaga betul-betul anak akan berpeluh terutama di bahagian pelipat seperti di leher, belakang lutut, telinga dan siku.
Keadaan yang tak selesa ini akan buat anak lagi kerap menggaru dan sampai satu tahap boleh berdarah. Kalau boleh elakkan dari terdedah kepada persekitaran luar yang panas.
Kalau anak merengek gatal, gosok bahagian tersebut dan elakkan anak daripada kerap menggaru. Bagi mengelakkan keradangan kulit jadi semakin serius, bila anak merengek gatal dan asyik nak menggaru, ibu bapa boleh menggosok secara perlahan-lahan di kawasan ekzema anak.
Walaupun tak dapat nak hilangkan rasa gatal sepenuhnya, sekurang-kurangnya beri sedikit keselesaan pada anak.
Tuam bahagian gatal menggunakan pek ais untuk beri kelegaan. Pek ais juga salah satu alternatif untuk beri kelegaan pada anak jika keadaan terdesak. Ia boleh membantu legakan anak yang asyik nak menggaru sepanjang masa. Mungkin cara ini lebih mudah dilakukan di rumah.

Gunakan produk mesra kulit seperti CetaphilPRO AD Derma Skin Restoring Wash. Semasa anak mandi, gunakan Cetaphil PRO AD Derma Skin Restoring Wash. Teksturnya yang bukan berasaskan sabun tidak akan merengsakan kulit. Malah ia menjadikan kulit lebih lembut.Elak lap badan anak dengan cara menggosok setiap kali lepas mandi.

Sentiasa sapukan pelembap pada badan anak setiap kali selepas mandi. Pakar dermatologi menyarankan individu yang ada masalah ekzema, supaya melindungi kulit mereka daripada terdedah kepada faktor penyebab penyakit itu dengan menggunakan pelembap yang sesuai. Ini bagi mengelakkan kulit menjadi kering, pedih dan gatal.
Pelembap Cetaphil PRO AD Derma Skin Restoring Moisturizer sangat membantu kulit anak! Contohnya selepas mandi, sapukan Cetaphil PRO AD Derma Skin Restoring Moisturizer supaya kulit anak menjadi lebih lembap sepanjang hari. Secara tidak langsung, ia membantu mengurangkan simptom-simptom ekzema seperti gatal-gatal, kulit merah dan kering.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk ini, mama boleh layari laman web Cetaphil di cetaphil.com.my ,Facebook: cetaphilmalaysia dan Youtube: cetaphilmalaysia
 


The post Kasihan Anak Merengek Gatal, Ini Cara Paling Mudah Elak Ekzema Pada Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kasihan-anak-merengek-gatal-ini-cara-paling-mudah-elak-ekzema-pada-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semudah Abc Tak Perlu Guna Oven Inilah Cara Nak Buat Choco Ball Paling Mudah Dan Sedap Untuk Santapan Hari Raya

Semudah Abc Tak Perlu Guna Oven Inilah Cara Nak Buat Choco Ball Paling Mudah Dan Sedap Untuk Santapan Hari Raya

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 819 hits
Pejam celik lagi 3 minggu saja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri Pasti anda sudah membuat persiapan baju raya kan Selain baju raya mesti ada dalam kalangan anda yang tengah sibuk selongkar resepi kuih muih untuk dijadikan hidang...
Rahsia Buat Duit Cloud 10k Sebulan Cara Paling Mudah Secara Online

Rahsia Buat Duit Cloud 10k Sebulan Cara Paling Mudah Secara Online

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 734 hits
Adakah anda sedang buntu memikirkan masalah kewangan Sudah cuba pelbagai cara buat side income tetapi tiada hasil JOM SERTAI DUIT CLOUD Tak perlu runsing dan sakit kepala lagi Anda sebenarnya boleh menjana pendapatan sehingga RM2000 RM5000 ...
Ini Cara Mudah Simpan Bahan Makanan Anak Kekal Fresh Jimat Ruang Dalam Peti Sejuk

Ini Cara Mudah Simpan Bahan Makanan Anak Kekal Fresh Jimat Ruang Dalam Peti Sejuk

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 497 hits
Bekas simpan sayur sebenarnya akan membuatkan ruang di dalam peti sejuk sempit dan menyukarkan ibu ibu untuk mengeluarkan bahan yang ingin digunakan Tambah pula bila si kecil sudah boleh makan Tentu stok makanan untuk si kecil lebih banyak ...
Ketupat Cara Saya Paling Senang Paling Mudah

Ketupat Cara Saya Paling Senang Paling Mudah

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 628 hits
Ketupat Cara Saya Paling Senang Paling MudahBoleh buat hari raya nanti ni
Cara Mudah Buat Sambal Goreng Jawa Asli Yang Simple Dan Sedap

Cara Mudah Buat Sambal Goreng Jawa Asli Yang Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 1446 hits
As Salam Cara Mudah Buat Sambal Goreng Jawa Asli Yang Simple dan Sedap Yeahh Akhirnya impian anak jawa yang seorang ni terkabul jugak sempena penghujung Syaaban ini heh Kemain Sebenarnya dah lama saya nak kongsi cara family saya buat dan ma...
Kekoknya Mandikan Anak Baru Lahir Rasa Mudah Kalau Caranya Betul Tip Mandikan Bayi Wajib Tahu

Kekoknya Mandikan Anak Baru Lahir Rasa Mudah Kalau Caranya Betul Tip Mandikan Bayi Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 1043 hits
Memandikan bayi buat kali pertama sememangnya pengalaman yang cukup mendebarkan bagi semua ibu Rasa kekok Mana tidaknya bayi yang terlalu kecil menyukarkan untuk dipegang Namun bila rutin ini dilakukan setiap hari pastinya ibu sudah mula te...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash