Mtem Mahu Politik Naungan Ekonomi Melayu Dihentikan



MTEM mahu politik naungan ekonomi Melayu dihentikanPosted By: Pentadbiron: January 04, 2019 Print EmailMajlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menyeru agar sistem politik naungan yang berleluasa dalam budaya politik Malaysia ditamatkan dan dikuatkuasakan segera Akta Sabotaj Ekonomi.Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Ahmad Yazid Othman berkata akta itu perlu dibentangkan di Parlimen secepat mungkin sebagai satu langkah untuk memastikan kedudukan parti tidak akan mempengaruhi pemberian kontrak kerajaan kepada usahawan Bumiputera.“Akta Sabotaj Ekonomi dapat dibentangkan dengan secepat mungkin agar hanya usahawan Bumiputera yang tulen dan layak sahaja mendapat kontrak kerajaan tanpa mengambil kira jawatan-jawatan politik mereka.“Jika tidak, perkembangan ekonomi Bumiputera akan kekal lesu dan keadaan politik negara pula akan terus bergolak akibat kekecewaan seluruh rakyat khususnya pengundi Bumiputera.Yazid menambah akta itu juga akan mencegah penyalahgunaan dasar kerajaan yang bertujuan untuk membantu Bumiputera.Beliau berkata MTEM menyokong Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada mesyuarat agung tahunan parti baru-baru ini untuk menolak amalan politik naungan.Syed Saddiq berkata demikian selepas ucapan Naib Presiden Bersatu Abdul Rashid Ab Rahmad pada majlis sama yang menggesa penguatkuasaan semula Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri-negeri, supaya projek kerajaan dapat disalurkan kepada pemimpin akar umbi yang akan membantu program parti dan pembiayaan pada tahap itu.“Amalan politik naungan perlulah dihentikan kerana ia akan menggalakkan pula kegiatan sabotaj ekonomi kerana ia akan menggalakkan mereka yang mendapat kontrak kerajaan atas sebab jawatan yang dipegang dalam parti politik tertentu.“Tidak salah untuk memberi kontrak kerajaan kepada seseorang ketua bahagian tetapi pemberian ini mestilah berasaskan kelayakan dan prosedur yang ditetapkan.“Politik Bumiputera perlu berubah selari dengan kehendak rakyat khususnya rakyat Bumiputera yang mahukan pembaharuan dan budaya politik naungan tidak harus menjadi budaya politik mana-mana parti politik.”Yazid berkata politik negara tidak hanya ditentukan oleh mereka yang memiliki kekayaan dan modal, kerana mereka ini akhirnya akan mengejar agenda sendiri.Jentera parti seharusnya memastikan cara untuk berkhidmat kepada akar umbi tanpa menggayakan pemimpin dan keluarga mereka.Beliau berkata akta sabotaj ekonomi dicadangkan di Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 pada September lalu dan juga dibangkitkan dalam laporan mengenai masa depan Malaysia yang dilancarkan pada mesyuarat tahunan Bersatu baru-baru ini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/01/mtem-mahu-politik-naungan-ekonomi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hina Raja Melayu Cabaran Pemimpin Ph Agar Tmj Masuk Politik Itu Biadap

Hina Raja Melayu Cabaran Pemimpin Ph Agar Tmj Masuk Politik Itu Biadap

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 687 hits
Baru baru ini Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mencabar Tunku Makhota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk turun dari singgahsana dan sertai politik sepenuhnya kerana tindakan baginda lantang menyuarakan suara hati rakyat dan menegur ker...
Pengakuan Tun M Bukti Politik Bangsat Melayu Pasca Pru14

Pengakuan Tun M Bukti Politik Bangsat Melayu Pasca Pru14

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 474 hits
2 Jamadilawal 1440H Selasa Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa DAP yang memilih siapa bakal menduduki kerusi dalam pentadbiran termasuk jawatan perdana menteri membuktikan betapa bangsatnya politik Melayu sekarang ini Dalam ucapannya d...
Amalan Parti Politik Miliki Syarikat Media Perlu Dihentikan Kata Guan Eng

Amalan Parti Politik Miliki Syarikat Media Perlu Dihentikan Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 287 hits
Amalan parti politik miliki syarikat media perlu dihentikan kata Guan Eng nbsp Dikemas kini 21 minit yang lalu middot Diter
Video Terkini Kecoh Melayu India Bergaduh Di Flat Sri Johor

Video Terkini Kecoh Melayu India Bergaduh Di Flat Sri Johor

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 920 hits
Dua buah video yang dikongsi melalui group WhatsApp lewat petang tadi dikatakan berlaku perselisihan faham antara seorang individu berbangsa India dalam keadaan mabuk dengan sekumpulan lelaki di kawasan kejiranan tersebut Bagaimanapun video...
Ensiklopedia Pas 2019 Melayu Islam Dalam Pemikiran Pas

Ensiklopedia Pas 2019 Melayu Islam Dalam Pemikiran Pas

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 274 hits
ENSIKLOPEDIA PAS 2019MELAYU ISLAM DALAM PEMIKIRAN PASKONSEP Melayu Islam adalah konsep terawal tentang pemikiran Islam yang dibawa oleh PAS dalam memperjuangkan tertegaknya sebuah daulah Islam di negara ini selepas dijajah oleh kuasa kuasa ...
Sekampung Bangkitkan Melayu Di Nostalgia Kampungku

Sekampung Bangkitkan Melayu Di Nostalgia Kampungku

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 683 hits
Assalamualaikum tak ada apa yg bezanya tahun baru yg membezakan adalah kita bagi teman dan orang kampung kali ini mengambil kesempatan cuti tahun baru berpakat sekampung berhimpun dan menjadikan kamping era 40an dizaman perjuangan tok moyan...
Peraturan Undang Undang Termasuk Untuk Raja Raja Melayu Tun M

Peraturan Undang Undang Termasuk Untuk Raja Raja Melayu Tun M

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 352 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap kepada media pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 20 Muzium Kesenian Islam di Muzium Kesenian Islam Jalan Lembah Perdana Tasik Perdana Kuala Lumpur foto AFFAN FAUZI KUALA LUMPUR Perdana Menter...
Pengiktirafan Uec Perlu Pertimbangkan Perasaan Orang Melayu Dr Mahathir

Pengiktirafan Uec Perlu Pertimbangkan Perasaan Orang Melayu Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 498 hits
KUALA LUMPUR 2 Jan Beberapa media tempatan hari ini yang memetik laporan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily melaporkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu perasaan orang Melayu turut dipertimbangkan sebelum Sijil Peperiksaan Bers...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza