Nabi Benarkan Untuk Kita Mengambil Keuntungan Maksimun Dalam Bisnes




Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat sehingga beliau digelar al-Amin Gelaran ini nabi dapat kerana amanahnya beliau dalam berniaga. Dari perniagaan jugalah nabi boleh berdakwah dan bantu ramai orang.
 Pada suatu ketika duhulu di waktu berniaga, Rasulullah telah memperoleh keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama.
Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan, Baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul) ketika berumur 25 tahun.
 9 Rahsia Rasulullah SAW dalam berniaga  :
 1. Keuntungan Maksimum Adalah Mungkin
Walaupun ada penceramah agama yang mengatakan untung hanya boleh diambil sekitar 30% sahaja, namun kata-kata Rasulullah SAW lebih utama untuk kita jadikan pegangan.
Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan, seorang sahabat Nabi membeli dua ekor kambing dengan 1 dinar. Kemudian, sahabat itu tadi menjual salah seekor kambing itu dengan harga 1 dinar.
Bermaksud, di tangannya ada seekor lagi kambing dan wang sejumlah 1 dinar. Sahabat itu datang kepada Rasulullah dan kemudian menyatakan apa yang telah beliau lakukan (menjual dengan cara begitu).
Rasulullah tidak berkata apa-apa melainkan mendoakan agar sahabatnya itu mendapat keberkatan dalam perniagaan yang dilakukannya.
Ada lagi hadis sahih lain riwayat Abu Daud di mana Rasulullah ditanya mengapa tidak ditetapkan keuntungan maksimum (kawal kadar keuntungan). Lantas Rasulullah menyatakan, itu adalah satu ‘kezaliman’ untuk para peniaga.
Daripada 2 contoh di atas berasaskan dalil yang sahih, kita dapati tidak mengapa kita menaikkan keuntungan sesuatu jualan produk sehingga 100%.
Cuma yang dilarang adalah menyorokkan barangan keperluan asasi manusia pada ketika permintaan mendadak, dan dijual kembali apabila harganya dinaikkan.
Ataupun apabila pihak pemimpin (kerajaan) menetapkan sesuatu perkara, maka kita wajib mematuhinya.
 2. Sentiasa senyum...

Satu lagi daya penarik yang luar biasa yang telah memukau para pembeli untuk mendekati barang perniagaan Nabi ialah sikap dan wajah baginda semasa menjalankan proses jual beli itu.
Selaku seorang insan yang sedia dijadikan Allah berwajah kacak menawan dan gemar melemparkan senyuman kepada orang, maka Nabi telah menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada baginda dengan wajah yang manis dan menawan dihiasi pula dengan senyuman.
Di sini kita dapat belajar bahawa daya tarik utama untuk menarik pelanggan ialah SENYUMAN atau riak wajah yang berbeza. Pelanggan akan mudah jatuh cinta pada penjual yang peramah dan mudah didekati dalam urusan jual beli.
   3. JUJUR
Baginda bersabda, “Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi).
 Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan. Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seorang Muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan. Hal ini tidak boleh dicapai jika berlakunya dusta dan penipuan dalam berniaga.
 Pada suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan.
Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan. Kemudian Rasulullah menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu. “Apa ini saudara ?” tanya Rasulullah.
 “Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu. “Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Rasulullah. Kemudian Baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”
 Ilmu yang kita boleh pelajari di sini ialah wajib untuk berlaku jujur dalam berniaga. Kerana apa? Jika sekali anda dah biasa menipu, maka akan jadi amalan yang tidak baik pada masa akan datang . Dan cuba muhasabah diri semula jika perniagaan anda dilanda masalah.


 4. TEKNIK MENJUAL YANG UNIK
Mengikut riwayat, Nabi menjual barang-barang baginda tidak seperti diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau pun bukan Arab.
Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan meletakkan harga yang setinggi mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan cara memberitahu harga pokok dan meminta para pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki.
Dengan cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. Lalu mereka membeli dengan larisnya sehingga barang-barang Nabi paling laku dan cepat habis berbanding rakan-rakan baginda yang lain.
Selain itu Nabi juga mengambil sikap menjual pada harga modal apabila si pembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi sangat memerlukan barang itu.
Baginda amat bertimbang rasa dan amat berbelas kasihan kepada sesama manusia. Dengan wajah yang manis, pastilah keindahan dan keelokan yang terpancar di wajah seseorang itu semakin bertambah. Walaupun tutur kata tidak seberapa, tetapi para pelanggan tetap menggemari orang yang berwajah manis dan selalu memberi senyuman kepada orang.


 5. TIDAK BUAT JANJI PALSU
Dengan tegas, Rasulullah SAW mengecam amalan perdagangan yang dipenuhi tipu daya syaitan.


Apatah lagi bila  sampai bersumpah palsu, mengandungi unsur riba atau berbisnes di pasar gelap. Sebab sepanjang  perjalanan bisnes seperti itu bukan  sahaja merugikan orang lain, tapi juga membuatkan  perniagaan yang dijalankan tidak berkat. Hal itu sebagaimana ditegaskan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis, “Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama belum berpisah.
 Apabila mereka jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang), mereka akan mendapat berkat dalam jual-beli mereka. Dan jika mereka bohong dan menutupi (cacat barang) akan dihapuskan keberkatan jual-beli mereka.” (HR. Muslim). Rasulullah SAW mengajarkan kepada para sahabat untuk tidak melakukan sumpah, selain mengakibatkan kehilangan berkatnya. 


Jadi amatlah penting untuk tidak mewujudkan sebarang ketidakpastian dalam berniaga. Jauhilah unsur riba, janji palsu, menipu pelanggan dan sebagainya.
6. FASIH DALAM TUTUR KATA
Rasulullah SAW merupakan seorang yang mempunyai kefasihan dalam tutur katanya. Tutur katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah berbohong dan sentiasa jujur.Oleh itu, tidak hairanlah apabila baginda mengendalikan perniagaan harta Khadijah, baginda memperoleh keuntungan yang banyak.
 Terdapat sebuah hadis yang menceritakan kefasihan Baginda yang telah diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dari Syaidatina Aishah, bermaksud:
“Adalah Rasulullah berkata-kata dengan perkataan yang terang serta jelas lagi tegas, dapat difahami oleh setiap orang yang mendengarnya (duduk bersama baginda).
 7. Lemah Lembut
Baginda Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut ketika menjalankan perniagaan.
Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat tuntutan.”
8. Bukan Mengejar Harta Semata-mata
Rasulullah SAW bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Baginda menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan Baginda tetapi juga untuk mengukuhkan potensi Baginda agar orang yang kaya tampil ke hadapan untuk menghulur modal mereka untuk digunakan oleh Baginda bagi tujuan perniagaan.
Muamalah seperti ini amat digalakkan oleh Islam kerana terdapatnya unsur bantu membantu di kalangan mereka yang berada dan tidak berada.
Firman Allah SWT dalam surah Al Ma’idah ayat 2: Bermaksud: “Dan hendaklah kamu bantu membantu dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu membantu dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan.”
9. TIDAK PERNAH BERDEBAT
Zaman dahulu, rasullullah tidak pernah menyakiti hati peniaga lain ketika berniaga. Semua yang pernah berbisnes atau berurusan dengan Baginda SAW juga kagum dengan sifat beliau sebelum baginda diangkat menjadi rasul lagi.
 Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Rasulullah berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Rasulullah.
Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”
 Dari sini kita dapat ambil teladan bahawa bagaimana konsep Rasulullah berniaga sehingga disenangi orang ramai.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ustazcyber.com/2025/12/nabi-benarkan-untuk-kita-mengambil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 155 hits
Dalam dunia perniagaan hari ini packaging bukan lagi sekadar pembalut produk Ia adalah elemen penting dalam strategi pemasaran dan pembinaan jenama Sebab itu peranan syarikat packaging profesional sangat besar dalam membantu bisnes berkemba...
Ejen Hartanah Dedah Tanah Belakang Rembayung Dijual Dengan Harga Rm1 9 Juta Boleh Untung Jika Buat Bisnes Parkir

Ejen Hartanah Dedah Tanah Belakang Rembayung Dijual Dengan Harga Rm1 9 Juta Boleh Untung Jika Buat Bisnes Parkir

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 192 hits
Sejak awal minggu ini restoran Rembayung menjadi bualan ramai selepas pempengaruh terkenal Khairul Aming mendedahkan dirinya merupakan pemilik perniagaan makanan itu yang dijadualkan dibuka pada tahun hadapan Restoran berkonsepkan suasana k...
Konsistensi Content Kunci Bisnes Kecil Terus Hidup Di Media Sosial

Konsistensi Content Kunci Bisnes Kecil Terus Hidup Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 143 hits
Dalam dunia keusahawanan hari ini poster bukan lagi masalah utama Template boleh dicari di mana mana dan kecerdasan buatan kini mampu menghasilkan ratusan idea dalam beberapa saat Namun satu perkara yang tidak dapat digantikan oleh teknolog...
Nak Cari Bisnes Modal Bawah Rm200 Cuba Buat Sabun Handmade Sendiri

Nak Cari Bisnes Modal Bawah Rm200 Cuba Buat Sabun Handmade Sendiri

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 181 hits
Masih tercari cari bisnes modal kecil tapi berpotensi besar Ramai orang sekarang mula cari idea bisnes dari rumah yang mudah dijalankan tanpa perlu sewa kedai atau kos besar Salah satu pilihan terbaik buat sabun handmade Kenapa Bisnes Sabun...
Pasaran Bersedia Untuk Mengambil Risiko

Pasaran Bersedia Untuk Mengambil Risiko

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 161 hits
Sukar untuk tidak bersikap optimis apabila S P 500 memasuki tempoh yang kuat secara bermusim dan Fed bersiap sedia untuk menurunkan kadar faedah Indeks saham yang luas ini telah meningkat ke tahap tertinggi sejak akhir Oktober Walau bagaima...
Boikot Pusat Beli Belah Benarkan Bawa Masuk Haiwan Peliharaan Sinar Harian 17 12 2025

Boikot Pusat Beli Belah Benarkan Bawa Masuk Haiwan Peliharaan Sinar Harian 17 12 2025

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 101 hits
SHAH ALAM Umat Islam digesa supaya memboikot sebuah pusat beli belah yang membenarkan pengunjung membawa haiwan peliharaan ke dalam premis kerana tindakan tersebut jelas tidak menghormati kaum majoriti di negara ini Ketua Aktivis Persatuan ...
Teringin Tahu Kemajuan Bangunan Semasa Era Zaman Nabi Muhammad Saw Ini Jawapannya

Teringin Tahu Kemajuan Bangunan Semasa Era Zaman Nabi Muhammad Saw Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 125 hits
Kemajuan Bangunan Semasa Era Zaman Nabi Muhammad SAWMenjelang 18 12 2025 hari Khamis Apabila pola tidur berubah inilah keadaannya Kemaskinikan blog pada pagi sekitar jam 1 00 pagi hingga jam 3 00 pagi membuat kesempatan pembacaan beberapa b...
Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 161 hits
Pertanyaan Ketika Nabi kita Muhammad Shallallahu Alaihi Wa Sallam mengikatkan batu ke perutnya dan mengatakan kepada para sahabatnya bahwa beliau sama sekali belum melihat roti putih Lantas mengapa para sahabat tidak meminta kepada Nabi Sha...
Fakta Menarik Tentang Banjir Nabi Nuh As

Fakta Menarik Tentang Banjir Nabi Nuh As

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 116 hits
Fakta Menarik Tentang Banjir Nabi Nuh AS Peristiwa banjir Nabi Nuh AS adalah salah satu tanda besar kekuasaan Allah dan peringatan buat manusia sepanjang zaman Tempoh Waktu Kejadian Al Quran tidak menyebut tarikh tepat kejadian banjir Berla...
Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Yis Hidup Tapi Roti Jadi Keras Ini Punca Sebenar Ramai Tak Sedar

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Resipi Snek Homemade Sihat Paling Digemari Anak Anak Ketika Cuti Sekolah

Boleh Ke Oven Rumah Buat Roti Macam Kedai Ini Jawapan Sebenar


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Penduduk Resah Diganggu Misteri Ketukan Pintu

Kopratasa Ke Pintu Asar Chord

Budak 2 Tahun Cedera Kereta Sorong Terbalik Di Eskalator Pusat Beli Belah

Chinese Voters Did Not Reject Grs In Sabah State Polls Says Armizan

Selamat Tinggal Sukan Sea 2025

Nabi Benarkan Untuk Kita Mengambil Keuntungan Maksimun Dalam Bisnes