Hina Raja Melayu Cabaran Pemimpin Ph Agar Tmj Masuk Politik Itu Biadap




Baru-baru ini Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mencabar Tunku Makhota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk turun dari singgahsana dan sertai politik sepenuhnya kerana tindakan baginda lantang menyuarakan suara hati rakyat dan menegur kerajaan Pakatan Harapan (PH).Cabaran tersebut adalah satu tindakan yang tak bertempat dan tidak munasabah kerana beliau yang berasal dari Pulau Pinang tentunya tidak memahami sejarah keluarga diraja Johor, peranan serta tanggungjawab institusi diraja di Johor.Secara umumnya, bangsa Johor tidak mempunyai masalah, malah berbangga dengan adanya Undang-Undang Tubuh Negeri yang jelas menyatakan kewujudan dan peranan insitusi diraja Johor.Bangsa Johor sentiasa menyambut baik pembabitan sultan atau TMJ dalam pentadbiran negeri, kehidupan atau suasana kemasyarakatan di Johor. Sebagai contoh, saranan TMJ untuk penambahan biasiswa pendidikan bagi mahasiswa Johor disambut baik oleh kerajaan negeri dan diambil kira dalam pembentangan bajet negeri.Keluarga diraja tersebut turut memberi sumbangan biasiswa dan pinjaman kepada mahasiswa Johor melalui Yayasan Sultan Iskandar Johor bagi memastikan kepentingan masa depan anak-anak Johor terbela.Keluarga diraja Johor amat prihatin akan isu keamanan dan keharmonian kaum. Perkara yang boleh mencacatkan keamanan masyarakat seperti dobi untuk orang Islam sahaja diarah untuk menjadi lebih terbuka.Menurut kajian Institut ISEAS-Yusof Ishak pada 2017, 87% responden berpuas hati dengan prestasi keluarga diraja Johor dan 75% responden bersetuju jika Sultan Johor campur tangan dalam isu politik jika situasi memerlukan.Tindakan Khairuddin yang mencabar TMJ untuk turun singgahsana ternyata satu tindakan yang tidak masuk akal kerana TMJ dan keluarga memainkan peranan yang amat penting dalam menyelesaikan masalah rakyat seperti membina rumah mampu milik, memberikan biasiswa atau pun memastikan kualiti penjagaan kesihatan yang terbaik buat Johor.Semua ini dilaksanakan bukan untuk keluarga diraja Johor berpolitik tetapi bagi memastikan nasib rakyat Johor terus terbela.Khairuddin sebagai seorang pemimpin politik dan ahli jawatankuasa komunikasi dan mobiliti PH seharusnya meletakkan fokus beliau untuk selesaikan masalah rakyat, isu kebajikan masyarakat, kos sara hidup, kualiti pendidikan dan janji manifesto PH yang masih tidak dilaksanakan.Kekhilafan beliau dalam mencabar TMJ untuk turun dari singgahsana dan sertai politik sepenuh masa hanya menunjukkan kecetekkan pengalaman beliau dalam hal ehwal pentadbiran Johor.Ia turut mempersoalkan prinsip PH dalam mempertahankan institusi diraja dan pemerkasaan orang Melayu di era Malaysia Baru. Pendapat beliau sebagai ahli jawatankuasa komunikasi dan mobiliti PH tentunya mendapat persetujuan secara langsung atau tidak langsung daripada kepimpinan tinggi PH. Perkara ini amat membimbangkan dan tidak boleh diambil ringan.Hak orang Melayu hampir dicabar kerajaan PH melalui ratifikasi perjanjian Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan kini perkara sama mungkin akan berulang jika kita tidak mempertahankan institusi diraja.Sesungguhnya, rakyat Johor sudah hilang sabar dengan kerenah pemimpin yang tidak berhenti berpolitik.Rakyat tidak mahu lebih ramai ahli politik, tetapi perlukan pemimpin masyarakat yang ikhlas berjuang, menepati janji dan mengutamakan kebajikan rakyat, bukannya kepentingan politik masing-masing.OLEH: Firdaus Muhammad* Firdaus Muhammad ialah pembaca FMT.TMJ tak sama dengan Ku Li, kata Aziz Bari
Abdul Aziz Bari berkata status Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak boleh disamakan dengan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dalam isu penglibatan kerabat diraja dalam politik
Beliau mengulas cadangan bekas pemimpin Umno Khairuddin Abu Hassan agar Tunku Ismail "turun singgahsana" dan menjadi ahli politik sepenuh masa - seperti yang dilakukan oleh Tengku Razaleigh dan bekas Timbalan Menteri Pengangkutan Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar yang merupakan adik Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah
Abdul Aziz berkata perbandingan itu tidak tepat memandangkan Tengku Razaleigh dan Tengku Azlan hanya kerabat diraja dan bukan pewaris takhta seperti Tunku Ismail
Baginya, pewaris takhta tidak sepatutnya menjadi ahli politik
Walaupun Tunku Ismail belum menjadi raja, katanya, kedudukannya sebagai seorang yang bakal menaiki takhta menghalangnya daripada berbuat demikian
"Tak boleh (jadi ahli politik). Kalau nak jadi ahli politik, tak boleh jadi raja. Sebab raja kebal manakala orang politik mana boleh ada imuniti," katanya kepada Malaysiakini
Apabila ditanya sama ada ia termaktub dalam undang-undang, beliau berkata tiada peraturan khusus mengenai penglibatan raja mahupun pewaris takhta dalam politik
Bagaimanapun beliau berkata secara etika mereka perlu berhati-hati dalam menyatakan pandangan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2019/01/hina-raja-melayu-cabaran-pemimpin-ph.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tmj Dicabar Masuk Politik

Tmj Dicabar Masuk Politik

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 413 hits
Tentunya TMJ boleh menyumbang lebih besar bakti kepada BANGSA Johor Secara langsung Parti Mana agaknya pilihan TMJ
Suami Raja Ilya Masuk Islam Ke Belum

Suami Raja Ilya Masuk Islam Ke Belum

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 2030 hits
Sehari selepas pelakon Raja Ilya memuatnaik gambar perkahwinan beliau ramai mula mempersoalkan dan meragui status perkahwinan beliau bersama jejaka dari Australia tersebut The post appeared first on
10 Si Comel Selebriti Malaysia Lahir Tahun 2018 Yang Akhir Itu Anak Dah Masuk Lima Tapi Mantain Nampak Muda Remaja

10 Si Comel Selebriti Malaysia Lahir Tahun 2018 Yang Akhir Itu Anak Dah Masuk Lima Tapi Mantain Nampak Muda Remaja

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 521 hits
SEPANJANG 2018 industri hiburan tanah air menyaksikan ramai pasangan selebriti popular dikurniakan cahaya mata sekali gus melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangga yang dibina Paling mencuri perhatian peminat pastinya berita kelahiran bayi...
Apakah Perlu Halang Percaturan Politik Tun Membina Semula Kuasa Melayu

Apakah Perlu Halang Percaturan Politik Tun Membina Semula Kuasa Melayu

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 409 hits
Tun lebih AWAL bersedia Kuasa POLITIK dominan Melayu lebih menstabilkan Negara dan memberi keadilan sosial daripada kuasa campuran pelbagai kaum yang banyak pertikaian tuntutan melampau dan drastik
Video Benarkah Kriteria Jadi Pemimpin Dap Mesti Biadap

Video Benarkah Kriteria Jadi Pemimpin Dap Mesti Biadap

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 297 hits
RAKYAT SENDIRI BOLEH MENILAI BEGINIKAH SIKAP PEMIMPIN DAP Sikap terhadap undang undang negara tiada budi bahasa dan tingkah laku tak ubah seperti komunis Pihak berkenaan perlulah juru ukur untuk sahkan sempadanan tanah Pertengkaran mulut li...
Kemasukan Bekas Pemimpin Umno Beri Kelebihan Undi Melayu Kepada Bersatu

Kemasukan Bekas Pemimpin Umno Beri Kelebihan Undi Melayu Kepada Bersatu

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 328 hits
KUALA LUMPUR Kemasukan bekas Ahli Parlimen UMNO dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan mengukuhkan lagi kedudukan parti itu di kawasan luar bandar Perkara itu ditegaskan Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad yang percaya Ahli Parlime...
Raja Raja Melayu Dilaporkan Bersidang Di Istana Negara Agong Berikutnya Dari Pahang Johor Atau Perak

Raja Raja Melayu Dilaporkan Bersidang Di Istana Negara Agong Berikutnya Dari Pahang Johor Atau Perak

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 521 hits
Raja raja Melayu dilaporkan sedang bersidang di Istana Negara di Kuala Lumpur Adalah dipercayai ini susulan selepas Sultan Muhammad V bertindak turun takhta sebagai Yang di Pertuan Agong Sultan Muhammad V dipilih oleh Persidangan Raja raja ...
Biadap Kutuk Hotel Patuh Syariah Pemimpin Islam Ph Tiada Taring

Biadap Kutuk Hotel Patuh Syariah Pemimpin Islam Ph Tiada Taring

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 531 hits
1 APABILA kerajaan Terengganu mengumumkan bahawa hotel Paya Bunga milik kerajaan negeri akan mengamalkan prinsip patuh Syariah respon yang diterima dari bukan Muslim agak mengejutkan 2 Kebanyakan mereka melontarkan kutukan dan perlian terha...
Saya Tidak Masuk Politik Untuk Play Safe Syed Saddiq Sekolahkan Timb Ketua Menteri Ii Pulau Pinang

Saya Tidak Masuk Politik Untuk Play Safe Syed Saddiq Sekolahkan Timb Ketua Menteri Ii Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 407 hits
Saya tidak masuk politik untuk play safe Syed Saddiq sekolahkan Timb Ketua Menteri II Pulau PinangKhamis lalu Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy membidas Ketua ARMADA BERSATU Syed Saddiq susulan tindakan syap parti itu yang m...
Ramadan Buffet 2025 Johor Bahru Desaru Hotel Deals You Can T Miss

Pengasas 99 Speedmart Lee Thiam Wah Kini Muncul Sebagai Orang Ketujuh Individu Paling Kaya Di Malaysia

Enaknya Berbuka Puasa Dengan Santapan Rasa Paragon Buffet Ramadan Grand Paragon Hotel Johor Bahru

Cops Probing Sosma Detainees Families Gathering Outside Sg Buloh Prison

Kpah Sherman Pacu Sri Pahang Fc Ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia Tewaskan Sabah F C Agregat 3 2

Lirik Lagu Melangitkanmu Tyok Satrio

Inovasi Terbaru Dalam Teknologi Forklift Untuk Efisiensi Energi Di Industri

Den Manjo Fendi Kenali Eddie Hamid Fadil Turbo Indahnya Kelantan Chord


echo '';
Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang


Kenaikan Pangkat Sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa

Explosan Worm Hunt Chrismas Reward

Apa Nak Buat Bila Orang Kata Korang Dah Gemuk

Ransomware And Medical Devices The Growing Threat And How To Mitigate Risks

Empat Imam Tak Baca Khutbah Jumaat Jaipk Isu Fitnah Digantung Tugas

Nak Hapuskan Melayu Kata Pengepos Namun Hakikatnya Negara Berjaya Pecahkan Monop