Sekampung Bangkitkan Melayu Di Nostalgia Kampungku



Assalamualaikum, tak ada apa yg bezanya tahun baru, yg membezakan adalah kita  bagi teman dan orang kampung kali ini mengambil kesempatan cuti tahun baru berpakat sekampung berhimpun dan menjadikan kamping era 40an dizaman perjuangan tok moyang teman. Setidak-tidaknya anak-anak teman dan orang kampung dapat merasakan bagaimana suasana dahulu kala dan mengenali bangsa MELAYU dengan lebih bangga dan berani.


Ini kali pertama kami adakan, dengan berbaju busana, bertanjak, bersampin bagi lelaki, Bagi kaum perempuan pula mereka berbaju kurung kedah, songket, bertudung kain batik. Bukan para ibu bapa sahaja yg nampak ghairah nak berpakaian dahulu, anak-anak pun teman nampak kesungguhan mereka yg mula mencari baju lama atau kurung kedah merata tempat. Majlis juga diserikam dengan lagu-lagu deli atau lama. Boleh bayangkan betapa suasana ketika bersantap ketika itu laksana orang dulu jadinya.





Suasana tambah Meriah bila ada menu lama yg dijamu kepada semua, jenis kuih muih, ubi kayu dan beberapa menu diselitkan antara hidangan. Malah hadiah cabutan juga dibuat dan hadiahnya tidaklah semahal beg perwakilan tetapi memadai barangan lama seperti sabun kapak, bedak botol, asam ketong, asam duit, sikat kutu, penyapu lidi, Beg raga, roti lutut dan banyak lagi barangan yg menjadi ruji bagi nenek moyang kita satu ketika dahulu.

Satu sudut dibuat utk semua tetamu utk bergambar, diletakan gambar-gambar asykar Melayu, British Army dan barangan kama sepeeti streka arang, Jala, buku-buku, keris dan senjata pendek, pelbagai jenis kliwang atau parang. Tambah menarik tuan punya mencatatkan sedikit nota di senjata yg dipamerkan. Teman terbaca ada satu kokri dan paarang pedang yg tertera senjata ini digunakan oleh datuknya semasa peristiwa 13 Mei dan satu lagi dikatakan bahawa kokri ini adalah milik orang kampung semasa menjadi asykar British mementang komunis dan digunakan semasa operasi sebelum Merdeka.

Lebih membanggakan ianya semua dibuat oleh anak-anak remaja kampung dan bukan golongan usia seperti teman. Nampaknya mereka mula belajar dan bangga dengan bangsa MELAYU mereka. Nampaknya majlis kecil sebegini besar ertinya bagi penduduk kampung ditambah malam sambutan tahun baru zaman sekarang yg kebiasaanya menjadi pilihan bersama atau trend meraikan diluar dengan pelbagai majlis sambutan dan bunga api yg dibuat besar-besaran, majlis dapat juga sambutan.

Apa lagi dengan kehadiran Dato Azian Osman kampung cukup berbangga dan berbesar hati. Manakan tidak, kebiasaannya kita dapat lihat ramai VIP yg akan bersama menyambut bersama Rakyat dengan pelbagai aktiviti sambutan besar atau pesta yg diringi dengan pelbagai persembahan nyanyian, tarian dan ledakan bunga api. Begitu pun nampaknya kampung kami jadi pilihannya.

Semuanya kerana memikirkan betapa kekeliruan, kerosakan, perpecahan bangsa Melayu ketika ini akibat dari anak muda yg terpengaruh dgn zaman moden dan perang saraf agenda Komunis yg masih lagi hidup dan semakin berjaya memecah belahkan bangsa kita ketika ini. Jadi kami sekampung berusaha mengadakan majlis seperti begini supaya warisan kita nanti tau sebenarnya bangsa Melayu sebenarnya Pejuang, berani, cerdik dan akan bangkit bersatu menentang pengkhianatan.

Alhamdulillah semua berjalan baik walaupun semasa persiapan tergendala agak lewat sedikit akibat hujan lebat. Majlis dimulai dengan Majlis Tahlil dan doa serta LIVE Streaming berkisah kisar tentang asal usul kampung dan peristiwa didalam kampung yg didedahkan kepada generasi baru di kampung.

In sha Allah akan kami teruskan majlis berbentuk begini bagi fokus kepada menguatkan ukuwah dan saliturrahim sepertimana teman pernah katakan kepada kamping semasa menjawat Ketua Kampung bahawa kita mesti sematkan semua penduduk kampung sebagai 'SEKAMPUNG KITA BERSAUDARA' untuk semua penduduk kampung supaya ada tanggung jawab sebagai salah seorang KELUARGA BESAR didalam kampung.

Pesan teman kepada semua, BANGKITLAH MELAYU, Sedarlah bangsaku, Kita sedang dimusnahkan dan dihancurkan sehingga Melayu sudah berani dan bangga melakukan pengkhianatan terhadap BANGSA MELAYU dan ISLAM, Wallahualam.... 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sekupangduas.blogspot.com/2019/01/sekampung-bangkitkan-melayu-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Bersatu Perlu Kekal Identiti Melayu Islam

Kenapa Bersatu Perlu Kekal Identiti Melayu Islam

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 537 hits
Diterbitkan Hari ini 2 30 tengahariAGM BERSATU Keputusan Bersatu untuk menjadi parti Melayu Islam sebagai alternatif kepada Umno tidak disenangi oleh penyokong tradisi Pakatan Harapan Sejak mula penubuhannya PH sering berkempen atas nama ke...
Bolehkah Melayu Berfikiran Kritis

Bolehkah Melayu Berfikiran Kritis

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 250 hits
Setelah menganalisa beberapa berita yang disebar di WhatsApp saya dan isteri dalam kumpulan saudara mara dan rakan handai yang berjumlah lebih dari 10 group saya membuat kesimpulan orang Melayu tidak boleh berfikiran waras tidak tahu menila...
Patani Hilangnya Sebuah Negeri Islam Melayu

Patani Hilangnya Sebuah Negeri Islam Melayu

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 630 hits
Bagi sebagian umat Patani mungkin hanya sebuah nostalgia negeri Melayu Orang orang yang memperhatikan peta Asia Tenggara sekarang akan mengetahui bahwa sebuah negeri Islam yang dulu berjaya kini telah hilang dan tinggal kenangan Berbeda den...
Bersatu Akan Lindungi Kepentingan Melayu Dr Mahathir

Bersatu Akan Lindungi Kepentingan Melayu Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 375 hits
Diterbitkan Hari ini 7 24 pagiKewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai parti Melayu adalah kerana orang Melayu di negara ini masih percaya mereka memerlukan parti Melayu untuk melindungi mereka dan kepentingan masyarakat itu kata Pe...
Melayu Dengan Kurang Ajarnya

Melayu Dengan Kurang Ajarnya

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 290 hits
Azwanddin Hamzah presiden NGO Jaringan Melayu Malaysia atau JMM dipetik media sebagai berkata umat Melayu Islam perlu juga menjadi kurang ajar Di mana dan ketikanya beliau berkata demikian tidak perlu dihuraikan kerana ramai rasanya sudah m...
Mereka Teruja Diminta Jadi Pengapit Sahabat Melayu Anggap Ane Seperti Abang

Mereka Teruja Diminta Jadi Pengapit Sahabat Melayu Anggap Ane Seperti Abang

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 410 hits
Mereka Teruja Diminta Jadi Pengapit Sahabat Melayu Anggap Ane Seperti Abang Perkahwinan pasangan ini bukan sekadar sebuah majlis menjalin ikatan dua hati sebaliknya ia turut menjadi inspirasi kepada semangat perpaduan rakyat Malaysia Pada S...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Understand Your Target Audience

Sinopsis Filem Mantera


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Zahnita Wilson Akui Burnout Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga Tuntut Keadilan Di Mahkama

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Bantuan Tunai Rm300 Ke Dalam Mykad Melalui Pautan Palsu

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal