Ensiklopedia Pas 2019 Melayu Islam Dalam Pemikiran Pas


ENSIKLOPEDIA PAS 2019MELAYU ISLAM DALAM PEMIKIRAN PASKONSEP Melayu Islam adalah konsep terawal tentang pemikiran Islam yang dibawa oleh PAS dalam memperjuangkan tertegaknya sebuah daulah Islam di negara ini selepas dijajah oleh kuasa-kuasa Barat sejak 1511M. Kedatangan penjajah Portugis (1511-1641), Belanda (1641-1824) dan Inggeris (1786-1957, selain Jepun (1942-1945), telah menyebabkan kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang wujud sejak abad kesembilan Masehi di Nusantara telah runtuh. Dalam mengembalikan kuasa politik Islam inilah, PAS telah menggerakkan perjuangan Melayu Islam sebagai terasnya.
Apakah PAS bersemangat perkauman Melayu dengan pemikiran dan perjuangan ini? Tidak! Ia adalah suatu konsep yang berbeza dengan perjuangan kebangsaan Melayu yang didukung oleh parti-parti seperti Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Umno, Partai Melayu Semenanjung (PMS), Partai Rakyat Malaya (PRM) dan lain-lain ketika itu. PAS melihat asas pemikiran ini kepada hakikat bahawa orang Melayu adalah bangsa yang beragama Islam, dan ia adalah bangsa asal rantau ini, selain menjadi bangsa yang paling besar populasinya di Nusantara. Bangsa Melayu menjadi lemah kerana dijajah, dipecah perintah, diperas dan ditindas oleh penjajah, yang mengakibatkan kekuatan umat Islam turut melemah. Perjuangan Melayu Islam ini dianggap sebagai proses untuk mengembalikan kekuatan umat dengan memerdeka dan memperkasakan bangsa Melayu.Hubbul Wathan Minal ImanKonsep kecintaan kepada tanah air sebagai sebahagian daripada iman telah diperjelaskan oleh Dr Burhanuddin al-Helmy lebih awal, setelah beliau menggerakan perjuangan politik Islam di Gunung Semanggol pada 1947M, dan memimpin PAS kemudiannya. Menurut Dr Burhanuddin al-Helmy, konsep kasihkan tanah air sebagai sebahagian daripada iman (hubbul wathan minal iman) adalah satu falsafah yang sangat mendalam maknanya bagi orang Melayu, sebagai bangsa yang beriman kepada Allah, sedangkan buminya dikuasai oleh orang kafir.Hubbul wathan minal iman, apabila dipandang dari sudut falsafah, menurut Dr Burhanuddin adalah tersusun seperti berikut:i) Iman (nyawa)
ii) Tubuh diri (orang Melayu)
iii) Bangsa (Melayu)
iv) Watan (tanah air)Empat serangkai ini dalam binaan iman. Iman berdiri di atas tubuh. Tubuh berdiri di atas bangsa, bangsa berdiri di atas watan. Salah satu dari yang empat ini tiada boleh terpisah dari susunan binaannya dan watan adalah sebagai pokok. Ada watan ialah dengan kuat bangsa. Kuat bangsa keluar itu dari tubuh diri yang sihat dan perkasa seperti pekerja, pahlawan, perajurit dan seluruh para pejuang kebangsaan. Maka dalam jiwa para pejuang inilah letaknya iman. Jika seluruh bangsa itu lemah dan hina, maka agamanya juga akan turut lemah dan hina. Sebaliknya, jika suatu bangsa itu bebas dan merdeka, maka agamanya juga menjadi bebas dan merdeka ( Dr Burhanuddin al-Helmy, 1955, Perjuangan Kita, hal. 35).Dr Burhanudin al-Helmy turut mempertegaskan bahawa kesedaran kebangsaan di kalangan para pejuang Islam adalah dipelopori oleh rasa keimanan bangsa Melayu sebagai bangsa yang beragama Islam, iaitu agama yang mengajar agar hidup merdeka, dan hanya mesti tunduk dan bertaqwa kepada Allah Yang Maha Esa semata-mata. Disebabkan orang Melayu telah menjadi bangsa yang beragama Islam sedemikian lama, maka perjuangan PAS untuk memerdekakan orang Melayu dan menegakkan Islam di atas runtuhan penjajah, maka itulah yang dikatakan perjuangan dan pemikiran Melayu Islam dalam perjuangan PAS.Melayu dan Islam berpisah tiadaPemikiran yang diungkap oleh Dr Burhanuddin al-Helmy ini telah terpahat lebih awal dalam perjuangan PAS yang menolak asobiyah qaumiyah (semangat bangsa), tetapi memperjuangkan konsep kebangsaan Melayu yang tidak bercanggah dengan Islam, sehingga Melayu menjadi sebahagian daripada perjuangan Islam. PAS melihat perjuangan Melayu dari sudur pandang yang berbeza meliputi empat aspek iaitu konsep Melayi Islam, kebangsaan bulat, hak ketuanan Melayu dan Melayu Raya. Atas asas ini, Dr Safie Ibrahim (1981) mengatakan, “Even if Islam is regarded from a purely religious aspect, the party’s Malay nationalism has its own meaning and definition which falls within the scope of an ideology.”Dalam hal ini, PAS mengulas dengan menyebutkan, “Kerana orang Melayu tuan punya negeri ini pada keseluruhannya beragama Islam, maka PAS pun menekankan perjuangannya pada peringkat ini atas nama kebangsaan, atas nama orang Melayu. Jika kedudukan, taraf, hak atau kepentingan orang Melayu dalam negeri ini dapat dipertahankan dan diselamatkan, maka dengan sendirinya taraf dan kedudukan Islam dalam negeri ini juga dapat dipertahankan dan diselamatkan, sebab Islam dan orang Melayu itu adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan; Melayu pada PAS adalah modal yang besar, bahkan terlalu besar, yang harus diperjuangkan dan dipertahankan hingga daya dan tenaga yang penghabisan (Suara Islam, 15 Mei 1957).Melayu Islam bukan asobiyah qaumiyahAsobiyah adalah perkauman yang fanatik sehingga sanggup melakukan kezaliman dalam membela kaum sendiri. Hal ini ditolak oleh Islam, dan PAS menganggapnya sebagai perjuangan yang terkeluar daripada Islam. Tetapi konsep yang dibawa oleh PAS adalah kebangsaan yang tidak membawa kepada makna “taksub” atau “fanatik,” iaitu perasaan membuta tuli dan kebangsaan yang sempit atau semata-mata rasa perkauman. Sebaliknya, PAS meletakkan ia sebagai rasa kebangsaan yang luas berdasarkan kepada tanah air dan kewatanan.Menurut Dr Burhanuddin al-Helmy, ia adalah kebangsaan Melayu di atas dasar kebangsaan, menurut keadilan dan kemanusiaan yang luas, sama berhak dan adil. Ia tidak bermaksud untuk menyekat, menindas atau menzalimi kaum-kaum bukan Melayu. Ia lebih menekankan bagaimana untuk melahirkan sebuah negara toyyibah (negara yang baik) yang dapat melaksanakan keadilan kepada semua melalui penerapan hukum-hukum Allah dalam semua aspek kehidupan, sehingga mendapat rahmat dan pengampuan Allah (rabbun ghafur). Ia hanya dapat dicapai apabila PAS dapat memerdekakan negara ini dan menjadikan perjuangan kebangsaan Melayu sebagai tunggangan.MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources,
Pusat Penyelidikan PAS
24 Rabiul Akhir 1440 / 1 Januari2019#CelahGelegar 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://accounts.google.com/ServiceLogin?service=blogger&hl=ja&passive=true&continue=https://www.blogger.com/blogin.g?blogspotURL%3Dhttp://celahgelegar.blogspot.com/2019/01/ensiklopedia-pas-2019-melay

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanpa Umno Takdak Melayu Tanpa Pas Takdak Islam

Tanpa Umno Takdak Melayu Tanpa Pas Takdak Islam

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 401 hits
1 Saya memilih tarikh hari ini 1hb Januari 2019 bagi menulis artikel seperti tajuk di atas kerana keinginan melihat lembaran baru negara tercinta ini bermula 2 Tahun 2018 adalah tahun yang dipenuhi peristiwa bersejarah suka dan duka yang ti...
Sokong Produk Serbuk Kopi Keluaran Syarikat Melayu Islam

Sokong Produk Serbuk Kopi Keluaran Syarikat Melayu Islam

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 2231 hits
Antara produk serbuk kopi yang kaw dan legend sehingga kini keluaran syarikat Melayu Islam Bukan hanya kaw saat diminum sambil berehat seisi keluarga Malah dijamin halal dan bersih 1 Kopi Cap Gantang2 Kopi Che Nah3 Kopi Cap Lesong
Mahathir Vs Anwar Siapa Lebih Pertahankan Melayu Islam Agenda Sama Rata Dap

Mahathir Vs Anwar Siapa Lebih Pertahankan Melayu Islam Agenda Sama Rata Dap

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 356 hits
KONSPIRASI JATUHKAN ANWAR KALI 2Mahu tidak mahu saya terpaksa menulis hakikatnya yg berlaku dlm keluarga PH bahawa konspirasi utk menidakkan Anwar menjadi PM ke 8 benar2 berlaku di kalangan pasukan PH sendiri Mula2 saya hairan kenapa sebaha...
Kenapa Bersatu Perlu Kekal Identiti Melayu Islam

Kenapa Bersatu Perlu Kekal Identiti Melayu Islam

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 449 hits
Diterbitkan Hari ini 2 30 tengahariAGM BERSATU Keputusan Bersatu untuk menjadi parti Melayu Islam sebagai alternatif kepada Umno tidak disenangi oleh penyokong tradisi Pakatan Harapan Sejak mula penubuhannya PH sering berkempen atas nama ke...
Sokong Pasaraya Sabasun 100 Peratus Milik Melayu Islam

Sokong Pasaraya Sabasun 100 Peratus Milik Melayu Islam

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 913 hits
SABASUN HyperRuncit Sdn Bhd Official di GONG BADAK Ianya adalah hyper market milik org islam di Terengganu berlokasi di Bukit Kecik dan cawangan nya berhampiran dengan dataran Austin Gong Badak Ayuh support bisnes org islam Jika belanja dis...
Ia Bertentangan Dengan Pegangan Kita Dalam Islam Pemuda Pas Tegah Umat Islam Sambut Krismas

Ia Bertentangan Dengan Pegangan Kita Dalam Islam Pemuda Pas Tegah Umat Islam Sambut Krismas

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 364 hits
Ia bertentangan dengan pegangan kita dalam Islam Pemuda PAS tegah umat Islam sambut KrismasKetua Pemuda PAS yang juga ADUN Batu Buruk Muhammad Khalil Abdul Hadi memberi peringatan kepada umat Islam supaya tidak menyambut Hari Krismas esok k...
Pas Youth To Ring In 2019 With Hit Run Rally Against Pakatan

Pas Youth To Ring In 2019 With Hit Run Rally Against Pakatan

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 298 hits
PAS Youth is planning a nationwide protest against the Pakatan Harapan government on New Year s Eve next Monday In a statement on the Islamist party s mouthpiece Harakah the wing s chief Muhammad Khalil Abdul Hadi said the demonstration wil...
Pas Sedia Bersama Parti Lain Asalkan Umat Islam Memerintah

Pas Sedia Bersama Parti Lain Asalkan Umat Islam Memerintah

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 344 hits
ASALKAN ISLAM MEMERINTAH BUKAN DIPERINTAH17 Rabiulakhir 1440H Rabu PAS bersedia mendukung mana mana parti lain bagi membentuk kerajaan asalkan umat Islam terus memerintah Malaysia kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang Beliau berkata ...
Patani Hilangnya Sebuah Negeri Islam Melayu

Patani Hilangnya Sebuah Negeri Islam Melayu

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 598 hits
Bagi sebagian umat Patani mungkin hanya sebuah nostalgia negeri Melayu Orang orang yang memperhatikan peta Asia Tenggara sekarang akan mengetahui bahwa sebuah negeri Islam yang dulu berjaya kini telah hilang dan tinggal kenangan Berbeda den...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp