Ph Tidak Pernah Peralatkan Bersatu



Kredit: WFAUZDIN NS
Saya ingin merujuk kepada satu tulisan oleh Sdr Isham Jalil bertajuk “Cadangan Mukhriz adalah ‘Political Suicide’ Buat Bersatu” bertarikh 04 Mei 2020.
Bukan niat saya untuk mengulas berkali-kali tentang wajar atau tidak Bersatu kembali kepada PH atau kekal bersama kumpulan pengkhianat sekarang. Saya masih konsisten untuk menyatakan Bersatu tidak lagi diperlukan oleh PH, tetapi PH perlu kepada sokongan ahli-ahli akar umbi dari Bersatu yang menolak pengkhianatan kumpulan Muhyidin, Azmin dan Zuraidah.
Isham Jalil bermaksud untuk menyatakan bahawa Mukhriz cuba untuk membunuh Bersatu sekiranya bercadang untuk membawa Bersatu kembali ke dalam PH, atas hujah bahawa PH selama ini hanya untuk mempergunakan Bersatu sahaja. Sama juga dengan tulisan Tamrin Ghafar yang menyatakan kononnya PH yang merayu Tun M untuk mengetuai PH bagi menghadapi PRU14 dahulu. Kedua-dua mereka menulis tentang fakta yang jauh tersasar.
Semua tahu, seawal Tun M mula bergerak menentang Najib dengan mengusung ‘Deklarasi Rakyat’, PH sedikit pun tidak campur tangan, kecuali oleh beberapa individu di dalam PH sahaja. PH tidak mengiktiraf gerakan Tun M tetapi tidak pula menentang gerakan yang sekadar untuk memuaskan nafsu Tun M untuk menjatuhkan Najib sebagai PM semata-mata. PH punyai perjuangan lebih jauh dari itu, bukannya untuk menjatuhkan Najib semata-mata. Akhirnya, Deklarasi Rakyat gagal dan menjadi ‘hangat-hangat tahi ayam’ kerana tidak mendapat bantuan dari PH. Tun M dan balacinya Khairuddin Abu Hassan patut malu di atas kegagalan tersebut.
Menjawab tulisan Isham, sekaligus menjawab tulisan Tamrin Ghafar, hakikatnya PH tidak pernah merayu Bersatu atau Tun M untuk bersama PH jauh sekali merayu Tun M untuk mengetuai PH. Bersatu awalnya ditubuhkan atas nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tetapi gagal mendapat kelulusan dari ROS. Parti ini yang memohon untuk menyertai PH dan bersedia untuk menerima agenda reform yang menjadi asas perjuangan PH. Bersatu harus melupakan hasrat peribadi Tun M untuk menjatuhkan Najib semata-mata, sebaliknya Bersatu mesti selari dengan perjuangan PH iaitu menentang rejim Umno/Bn ketika itu. Akhirnya Bersatu setuju untuk menerima syarat-syarat tersebut. Fakta yang mahu disebut di sini adalah Bersatu yang memohon untuk menyertai PH.
Benarkah PH memperalatkan Bersatu? Jawapannya jelas, iaitu Bersatu yang memperalatkan PH. Buktinya di hadapan kita sekarang. Setelah PH berjaya menjadi kerajaan selepas PRU14 yang lalu, tidak cukup dengan jawatan PM yang diberikan kepada Bersatu walaupun mendapat kerusi paling sedikit iaitu 13 Kerusi Parlimen daripada kerusi terbanyak yang diberikan kepada Bersatu iaitu 52 kerusi, Bersatu memilih untuk khianat kepada PH. Siapa peralat siapa untuk berkuasa?
Adakah PH atau Dap memperalatkan Bersatu apabila kesemua kehendak Tun M dipenuhi oleh PH walaupun jelas melanggari persefahaman dan perjanjian sebelum ini? Tun M mahu menjadi PM sehingga selesai APEC telah dipersetujui oleh Majlis Presiden PH bahkan Anwar sendiri cadangkan Tun M sendiri meletakkan tarikh bila beliau mahu menyerahkan jawatan itu kepada Anwar. PH sanggup melupakan seketika janji untuk mengangkat Anwar sebagai PM ke 8 selepas beliau diberi pengampunan diraja serta melepasi sekatan politik. Tun M juga buat-buat lupa janji beliau untuk menjadi PM selama dua tahun sahaja dan menyerahkan jawatan tersebut kepada Anwar. Pengorbanan yang dibuat oleh PH terhadap Tun M dan Bersatu ini bukan sedikit walaupun mendapat cemuhan dari para penyokong di bawah. Apa balasan Bersatu terhadap pengorbanan ini? Siapa peralat siapa sebenarnya?
Hujah yang menyatakan kononnya rakyat mula menolak PH apabila dalam 5 PRK selepas PRU14 PH telah kalah. Tetapi mereka lupa, awal-awal PRK selepas PRU14 dulu, PH turut menang dalam 5 PRK juga. Bahkan, kemenangan besar diperolehi oleh PH melalui Keadilan di Parlimen Port Dickson di kawasan pengundi campuran dan kem tentera. Hujah PH tewas di dalam 5 PRK bukan satu hujah menyatakan rakyat telah menolak PH dan kembali menyokong Umno/Bn.
Kita tewas di beberapa PRK adalah di antara lain kerana sentimen agama dan perkauman yang begitu kuat dimainkan oleh Umno dan Pas waktu itu. PH pula gagal memainkan peranan untuk menjawab segala fitnah Umno dan Pas melalui media yang dikawal oleh kerajaan sendiri. PH masih berharap kepada Cyber Troopers PH untuk menangkis fitnah Umno dan Pas, sedangkan PH telah pun menjadi kerajaan waktu itu.
Faktor utama PH tewas besar di PRK Tg Piai adalah kerana rakyat terutamanya kaum Cina dan India mula bosan dengan karenah Tun M dan Bersatu. Beberapa minggu sebelum PRK di Tg Piai, Tun M termakan dengan umpan Umno-Pas apabila seorang PM dari kerajaan PH boleh hadir satu program berunsur perkauman bernama “Maruah Melayu” anjuran puak-puak rasis. Ini jelas bertentangan dengan dasar PH yang menolak sebarang bentuk dan unsur perkauman. Tindakan Tun M ini membawa akibat besar di PRK Tg Piai.
Kegagalan Tun M menunaikan janjinya untuk menyerahkan jawatan kepada Anwar adalah faktor utama imej PH terjejas. Rakyat mahu Anwar jadi PM, bukannya Tun M. Rakyat sanggup bersabar dan beri laluan kepada Tun M seketika menanti Anwar selesai proses pengampunan dan layak untuk menjadi PM. Namun, Tun M tamak untuk terus menjadi PM membuatkan rakyat semakin meluat kepada orang tua ini. Lebih membuatkan rakyat marah apabila Tun M dengan selamba melanggar satu persatu janji di dalam manifesto. Tun M gagal memenuhi inspirasi rakyat untuk melihat reform dapat dilakukan. Rakyat sedar, reformasi hanya boleh dilaksanakan jika Anwar menjadi PM.
Isham Jalil menyatakan Bersatu akan sukar mendapatkan Kerusi jika berada di dalam PH. Faktanya, pada PRU14 yang lalu, Bersatu paling banyak mendapat Kerusi untuk ditandingi walaupun parti tersebut ibarat masih belum putus tali pusat. Penghormatan besar PH kepada Bersatu yang tidak pernah dihargai.
Itu semuanya sejarah lalu yang membuktikan bahawa Bersatu tidak pernah ditunggang oleh Dap atau PH sepertimana Umno tunggang Pas. Bersatu dapat segala-galanya dari PH bahkan hak Anwar pun dia sapu.
Sejarah pahit ini tidak boleh dilupakan. Oleh kerana itu, saya akhirnya setuju dengan Isham Jalil bahawa lebih baik Bersatu terus bersama Pengkhianat Negara (PN) kerana PH tidak boleh terima lagi pengkhianat ini kembali. PH hanya akan menerima sokongan dari ahli-ahli Bersatu yang masih ada maruah sahaja bukannya pengkhianat seperti Muhyidin, Azmin atau Zuraidah. Kita mahu saksikan sejauh mana Bersatu boleh kawal nafsu Umno lebih-lebih lagi nafsu kuda lebai.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27489

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mpt Bersatu Tidak Pernah Setuju Kerjasama Dengan Umno

Mpt Bersatu Tidak Pernah Setuju Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 268 hits
Ulya Aqamah Husamudin ULASAN Merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan BERSATU pusat YB Radzi Jiddin mengenai menghormati pendirian Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu terdapat beberapa perkara yang perlu diperjelaskan sup...
Mpt Bersatu Tak Pernah Buat Keputusan Keluar Ph

Mpt Bersatu Tak Pernah Buat Keputusan Keluar Ph

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 348 hits
MALAYSIAKINIKEMASKINI 11 34PM Penambahan kenyataan Marzuki Yahya berkenaan keputusan mesyuarat MPT Bersatu pada akhir Februari lalu serta kuasa Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi parti Seorang pemimpin Pemuda Bersatu menyangkal dakwaan ba...
Why Debate Ge Seats Now As Gov T Focuses On Health Economic Crises Bersatu Man

Why Debate Ge Seats Now As Gov T Focuses On Health Economic Crises Bersatu Man

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 371 hits
Bersatu supreme council member Dr Muhammad Faiz Na aman took aim at fellow Bersatu leader and party deputy president Mukhriz Mahathir for allegedly politicking at a time when the Perikatan Nasional government was focussed on overcoming the ...
Ph Khianati Bersatu Penipuan Besar Pemuda Ph Perak

Ph Khianati Bersatu Penipuan Besar Pemuda Ph Perak

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 225 hits
ULASAN Pemuda Pakatan Harapan Negeri Perak memandang serius tuduhan yang dilemparkan Ketua Armada Bersatu Perak dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam Kami tidak mempunyai sebarang masalah terhadap apa juga keputusan yang diambil ole...
Malaysiakini Memainkan Jarum Cuba Mengeruhkan Bersatu Umno

Malaysiakini Memainkan Jarum Cuba Mengeruhkan Bersatu Umno

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 293 hits
Sehingga hari ini tiada isu besar berkenaan dengan kerajaan PN Ramai rakyat sudah mulai menyukai cara PN menganggani isu negara terutama dalam isu Covid 19 Sidang parlimen 18 Mei ini pun dijangka tidak akan menguggat Muhyiddin atau PN itu s...
Tiga Perempat Sayap Bersatu Tolak Keputusan Bersama Pakatan

Tiga Perempat Sayap Bersatu Tolak Keputusan Bersama Pakatan

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 341 hits
Tiga perempat sayap Bersatu tolak keputusan bersama Pakatan Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 7 May 2020 3 03PM
Terima Semula Bersatu Dah Habis Fikir

Terima Semula Bersatu Dah Habis Fikir

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 289 hits
BERSATU juga diingatkan tidak lagi mengulangi pengkhianatan dahulu Kenyataan Anwar itu sebagai mengulas seruan Dato Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini yang menyeru BERSATU agar kembali kepada PAKATAN HARAPAN Kata Mukhriz BERSATU hanya ada sa...
Bersatu Telah Merancang Awal Untuk Khianat

Bersatu Telah Merancang Awal Untuk Khianat

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 235 hits
Rupa rupanya mereka telah buat keputusan dalam mesyuarat tertinggi pada 23hb Februari sehari sebelum Langkah Sheraton took place on 24 Februari Ini bermakna Parti Bunga memang berniat untuk khianat terhadap Pakatan Harapan lebih awal lagi I...
Three Quarters Of Bersatu Youth Divisions Say No To Harapan

Three Quarters Of Bersatu Youth Divisions Say No To Harapan

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 208 hits
The bulk of Bersatu Youth grassroots have distanced themselves from the wing s national leadership which resolved to cut ties with Umno and re enter Pakatan Harapan In a joint statement today the head of 143 out of 191 Bersatu Youth divisio...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya