Mou Baru Terima Draf Dah Diriuhkan Di Luar Kata Saifuddin


malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 19, 2024 9:35 AM
Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail, hari ini menceritakan kembali bagaimana gabungan itu - semasa menjadi pembangkang - berjaya memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan kerajaan yang diketuai Ismail Sabri Yaakob ketika itu

Kata Saifuddin proses tersebut berlangsung dengan tertib walaupun wujud beberapa perkara yang memerlukan perbincangan lanjut sebelum dipersetujui bersama.

Terlibat secara langsung dalam proses berkenaan, Saifuddin berkata, PH turut diwakili Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan timbalan pengerusi kebangsaan parti itu, Gobind Singh Deo.

Tidak ketinggalan ialah Allahyarham Salahuddin Ayob selaku Timbalan Presiden Amanah.

Di pihak kerajaan, tambah Saifuddin, diwakili Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang ketika itu berkhidmat sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri, selain Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin (Menteri Dalam Negeri) dan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

"Pertamanya pihak kerajaan kemuka draf. PH berbincang dalam Majlis Presiden PH, kemudian PH memberi maklumbalas.

"Pihak kerajaan meneliti maklumbalas PH dan kami duduk berunding mencapai titik temu.

Proses ini ada tertibnya. Perundingan berlangsung beberapa pusingan sehinggalah kedua-dua pihak bersetuju dengan isi MOU," katanya dalam kenyataan hari ini.

Keadaan tak sama

Ia dibuat Saifuddin ketika PN menolak draf MOU yang dikemukakan Putrajaya kepada pembangkang dalam usaha mencari persefahaman mengenai pelbagai perkara, termasuk peruntukan kepada ahli parlimen.

Ia mula menjadi perhatian ramai apabila Takiyuddin mendakwa draf berkenaan "pelik sedikit" dan tidak seperti yang diharapkan PN.

Dia yang juga Ketua Whip Ahli Parlimen PN berkata antara aspek yang ditekankan oleh pihak kerajaan kepada pembangkang ialah pengisytiharan harta.

Pendirian berkenaan didedahkan Takiyuddin kepada media pada 2 Sept lalu.

Ekoran kenyataan dibuat pembangkang, kerajaan bertindak mendedahkan kandungan draf berkanaan untuk dinilai orang ramai.
Fadillah YusofTimbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof, yang bertanggungjawab menangani MOU tersebut berkata pendedahan berkenaan akan membolehkan rakyat tahu bahawa dakwaan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin adalah tidak berasas sama sekali.

Katanya draf awal MOU berkenaan menekankan peranan ahli parlimen pembangkang dalam memastikan semak dan imbang, menawarkan alternatif dasar yang berwibawa, serta memupuk perpaduan nasional.

Untuk rekod ketika PN berada dalam kerajaan, Putrajaya menandatangani MOU dengan PH selaku pembangkang pada 13 Sept 2021 yang merangkumi enam perkara.

Detik bersejarah itu menyaksikan pentadbiran negara beroperasi secara stabil dan bebas daripada sebarang usaha menjatuhkan kerajaan seperti yang berlaku sebelumnya.

Menurut Saifuddin untuk memeterai persefahaman dengan pembangkang kali ini keadaan adalah jauh berbeza berbanding tiga tahun lalu.

Kali ini, kata Menteri Dalam Negeri itu lagi, keadaan sudah diriuhkan kepada umum sedangkan draf baru saja diterima.

"Betullah kata TPM Fadilah, kalau pilih nak bercakap dengan media tak perlulah nak berunding!" katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/mou-baru-terima-draf-dah-diriuhkan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Hadi Tandus Idea Pada Muktamar Kata Saifuddin

Pas Hadi Tandus Idea Pada Muktamar Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 59 hits
freemalaysiatoday com 17 Sep 2024Ketua setiausaha PH itu berkata muktamar part itu jadi medan kemuncak politik kebencian dan maki hamun Saifuddin Nasution Ismail berkata hanya unsur cacian kebencian dan angan angan dihidangkan pemimpin PAS ...
Tpm Dedah Draf Mou Peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang

Tpm Dedah Draf Mou Peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 198 hits
bharian com myOleh September 16 2024 5 29pmFadillah YusofKUALA LUMPUR Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mendedahkan kandungan penuh draf Memorandum Persefahaman mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang yang dito...
Pn Keberatan Terima Mou Masih Harap Dapat Tumbangkan Kerajaan

Pn Keberatan Terima Mou Masih Harap Dapat Tumbangkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 116 hits
Nora MahparPETALING JAYA Seorang penganalisis mendakwa Perikatan Nasional mungkin keberatan menandatangani memorandum persefahaman peruntukan pembangkang kerana masih menaruh harapan untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan Felo Majlis Profesor...
Pn Mahu Draf Baharu Tubuh Jawatankuasa Khusus Bincang Mou

Pn Mahu Draf Baharu Tubuh Jawatankuasa Khusus Bincang Mou

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 75 hits
freemalaysiatoday com 18 Sep 2024 04 11 PMKetua Whip PN Takiyuddin Hassan berkata tiada ruang perbincangan dengan kerajaan berhubung draf MoU itu kecuali syarat terbabit dipatuhi Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan berkata PN akan mencari jalan...
Saifuddin Tak Diketepi Atau Turun Pangkat Kata Penganalisis

Saifuddin Tak Diketepi Atau Turun Pangkat Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 45 hits
Oh Ei Sun berkata parti mungkin melihat Fuziah Salleh lebih lantang berbanding Saifuddin Nasution Ismail yang mengekalkan jawatan penting dalam parti PH dan kerajaan Penganalisis politik tidak melihat tindakan Saifuddin Nasution Ismail yang...
Ahli Parlimen Yang Waras Tak Akan Terima Mou Takiyuddin

Ahli Parlimen Yang Waras Tak Akan Terima Mou Takiyuddin

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 72 hits
bharian com myOleh September 18 2024 3 01pmTakiyuddin pada sidang media di Pejabat PAS Kawasan Kota Bharu hari ini Foto NSTP Nik Abdullah Nik OmarKOTA BHARU Perikatan Nasional menyifatkan draf memorandum persefahaman berkaitan peruntukan pe...
Ahli Parlimen Pn Sebulat Suara Tolak Draf Mou Peruntukan

Ahli Parlimen Pn Sebulat Suara Tolak Draf Mou Peruntukan

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 73 hits
freemalaysiatoday com 15 Sep 2024 09 05 AMKetua Pembangkang Hamzah Zainudin berkata antara alasan penolakan adalah mengongkong kebebasan bersuara dan didakwa jejas hak orang Melayu dan Bumiputera Hamzah Zainudin turut mengingatkan pihak ker...
Stress Dengan Kerja Yang Menimbun Apa Kata Cuba Tip Ini Untuk Menghindarinya

Stress Dengan Kerja Yang Menimbun Apa Kata Cuba Tip Ini Untuk Menghindarinya

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 83 hits
Kerja memang kadang kadang boleh bikin kepala serabut tapi jangan risau Tekanan kerja boleh diatasi dengan gaya hidup yang lebih santai dan chill Jom kita tengok beberapa tips santai untuk menghindari tekanan kerja Tarik nafas panjang Kadan...
Saman Juga Chatgpt Kata Akmal Pada Nyonya Teresa

Saman Juga Chatgpt Kata Akmal Pada Nyonya Teresa

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 55 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 17 2024 Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh mencabar Teresa Kok supaya menyaman ChatGPT selepas ahli parlimen DAP itu menyalahkan aplikasi berkenaan dan unsur sensasi oleh pihak media berhubung kenyataannya meng...
Filem Reeza Gtr

Wanita Kemboja Maut Dihempap Pokok Ketika Berniaga

Ringgit Opens Slightly Lower Against Us Rises Vs Other Major Currencies

Sains Rangkaian Dan Penggunaannya Dalam Bidang Pertanian

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur

Demam Denggi Demam Panas Yang Tiba Tiba

Kl Bird Park

Unlocking The Power Of Crypto How Fokawa Simplifies Digital Asset Trading


echo '';
Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral


Aku Yang Pernah Menjadi Badut Kelas

Ambil Insulin Selalu Hypoglycemia

Ini Pelan Damai Pas Pn Teresa Kok Rakyat

Dia Introvert Tak Reti Berparti Individu Dedah Sikap Fattah Amin Lebih Suka Duduk Rumah Layan Anak

Finding The Right Contractor Design And Build Your Dream Home

4 373 Mangsa Banjir Di 32 Pps Kedah