Pas Hadi Tandus Idea Pada Muktamar Kata Saifuddin


freemalaysiatoday.com
Bernama-17 Sep 2024

Ketua setiausaha PH itu berkata muktamar part itu jadi medan kemuncak politik kebencian dan maki hamun.
Saifuddin Nasution Ismail berkata hanya unsur cacian, kebencian, dan angan-angan dihidangkan pemimpin PAS, pada Muktamar PAS ke-70.
PUTRAJAYA: Hanya unsur cacian, kebencian, dan angan-angan dihidangkan pemimpin PAS dalam ucapan serta resolusi sepanjang lima hari berlangsungnya Muktamar PAS ke-70 yang melabuhkan tirai pada Ahad lalu, kata Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin yang juga menteri dalam negeri turut menyifatkan muktamar itu sebagai rakaman sejarah yang menjadi medan kemuncak politik kebencian serta membiakkan budaya fitnah, mencerca, dan memaki hamun di bawah pimpinan Presiden Abdul Hadi Awang.

“Umat Islam di Malaysia menghadapi pelbagai masalah seperti penagihan dadah, keganasan domestik, rasuah serta kemiskinan, namun PAS dan Abdul Hadi ketandusan idea dalam isu mendesak ini.

Sebaliknya, mereka lebih fokus berangan-angan ingin merampas kuasa kerajaan perpaduan dan mengabaikan agenda hudud yang dilaung sebagai prinsip PAS, katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, parti ditubuhkan pada 1951 itu telah menyimpang jauh daripada perjuangan asal diasaskan tokoh seperti Zulkifli Muhammad, Burhanuddin al-Helmi, Fadhil Noor, Yusuf Rawa, dan Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Saifuddin berkata, ahli PAS pasti menitiskan air mata melihat PAS mengalami kemerosotan termasuk kegagalan Hadi mempertahankan kemenangan di Terengganu pada PRU 1999, yang menyaksikan pemimpin berusia 76 tahun itu hanya menjadi menteri besar untuk tempoh sepenggal sahaja.

Abdul Hadi hanya dikenang kerana kepimpinan yang tidak kompeten dan lemah, katanya.

Beliau berkata, pemimpin PAS sering mendakwa diri sebagai ulama yang mengemudi kerajaan hidayah, namun semasa PAS dalam kerajaan Persekutuan pada 2020 hingga 2022, tiada usaha yang diambil untuk mengharamkan arak dan perjudian di negara ini.

Selama 30 bulan lebih PAS menyertai kerajaan ketika itu, ini membuktikan PAS sebenarnya lompong dan ketandusan idea dalam memimpin dan membangunkan negara. Kegagalan ini jelas apabila rakyat terpaksa memulakan Kempen Bendera Putih untuk membantu sesama sendiri (ketika pandemik Covid-19), katanya.

Saifuddin berkata, walaupun PAS sering mengkritik kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, perjuangan kerajaan tidak akan terhenti dan akan terus berusaha meningkatkan ekonomi negara demi membantu rakyat dan ia terbukti membuahkan hasil.

“Kita harus mengelakkan retorik yang memecah belah dan mengutamakan dialog konstruktif untuk menangani cabaran negara.

Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, kenyataan perlu berdasarkan fakta dan membawa perpaduan, bukan perpecahan. Kita juga harus kritis dalam menilai penggunaan agama, membezakan antara kepentingan politik dan kebaikan ummah secara tulen, katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/pas-hadi-tandus-idea-pada-muktamar-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Only Slander Hatred Wishful Thinking Served At Pas Muktamar Saifuddin Nasution

Only Slander Hatred Wishful Thinking Served At Pas Muktamar Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 144 hits
Only elements of slander hatred and wishful thinking were served by PAS leaders in their speeches and resolutions throughout the five days of the 70th PAS Muktamar which ended last Sunday said Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ism...
Pas Boleh Tukar Nama Kepada Psa Parti Semua Agama Kata Puad

Pas Boleh Tukar Nama Kepada Psa Parti Semua Agama Kata Puad

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 287 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 15 2024 5 49 PMPAS sanggup berubah menjadi parti liberal apabila membuka keahlian bersekutunya kepada semua agama kecuali Aties kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi Jelasnya keputusan itu ...
Pas Muktamar Agrees To Allow Non Muslims To Become Members

Pas Muktamar Agrees To Allow Non Muslims To Become Members

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 203 hits
The motion was tabled by PAS secretary general Takiyuddin Hassan and approved by delegates at the muktamar TEMERLOH The 70th PAS muktamar has agreed to amend the party s constitution to allow non Muslims to become members of the Islamic par...
Pas Kelantan Ugut Saman Wan Mahusin Wan Hadi Dedah Serah Tanah Hak Kekal

Pas Kelantan Ugut Saman Wan Mahusin Wan Hadi Dedah Serah Tanah Hak Kekal

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 209 hits
Live Petang Ini Akan Berkongsi Pendedahan dari wan Mahusin Pembangkang di negeri Kelantan berkaitan Gadaian Tanah Yang dibuat oleh kerajaan Kelantan Memberi tanah hak milik kekal Kepada Syarikat yang menetap di johor Setelah Kecoh Pemimpim ...
Pas Takkan Sertai Ph Dalam Apa Jua Bentuk Tegas Hadi

Pas Takkan Sertai Ph Dalam Apa Jua Bentuk Tegas Hadi

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 129 hits
freemalaysiatoday com14 Sep 2024 12 00 PMPresiden PAS itu berkata partinya tetap teguh mempertahankan PN Presiden PAS Hadi Awang berkata partinya memilih perpaduan umat Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem TEMERLOH PAS tidak berhasrat m...
Saifuddin Tak Diketepi Atau Turun Pangkat Kata Penganalisis

Saifuddin Tak Diketepi Atau Turun Pangkat Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 178 hits
Oh Ei Sun berkata parti mungkin melihat Fuziah Salleh lebih lantang berbanding Saifuddin Nasution Ismail yang mengekalkan jawatan penting dalam parti PH dan kerajaan Penganalisis politik tidak melihat tindakan Saifuddin Nasution Ismail yang...
Breakfast Di Ruang Makan Kitchen Double Tree By Hilton Hotel

Isu Hibah Takaful Rm1 Juta Dicabar Kenapa Isteri Hanya Dapat 1 8 Berapa Jumlah

Why Is A Non Muslim Dap Rep Be Allowed To Poke His Nose In The Running Of Islamic Affairs

Mb Selangor Amirudin Goyang Mungkin Mangsa Seterusnya Yang Bakal Kena Kerat

Kurma Muda

Aku Koyakkan Baju Dia Posting Bos Susu Raih Perhatian Ramai Promote Ais Krim Guna Double Meaning

Cara Simpan Daun Bawang Dan Ketumbar Sebulan Pun Segar Lagi

Awis Spin Harapan Palsu Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nohhh Pakat Sokong

Penyedia Air Minum Atau Sekadar Label Saatnya Berbenah Dan Tunjukkan Kinerja Sejati

Kotak Kopi Eksklusif Tarik Perhatian Pembeli Seawal Pandangan Pertama

Hello Me 2025

Tempah Makanan Di Pondok Mama

Kelantan 2 Pemandu Jentolak Maut Jatuh Cerun Gaung