Ahli Parlimen Yang Waras Tak Akan Terima Mou Takiyuddin


bharian.com.my
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim 
[email protected]
- September 18, 2024 @ 3:01pm
Takiyuddin pada sidang media di Pejabat PAS Kawasan Kota Bharu hari ini. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) menyifatkan draf memorandum persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan pembangkang dibuat oleh satu pihak iaitu kerajaan semata-mata tanpa ada sebarang perbincangan.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata draf MoU terbabit sepatutnya dibuat berdasarkan perbincangan di antara PN dan kerajaan, bukannya satu pihak semata-mata.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Ini kena dari segi amalan undang-undang, mana-mana pihak yang mahu membuat MoU atau perjanjian, kedua-dua pihak perlu berbincang dan menerusi perbincangan itulah terhasilnya MoU.

"Apa yang berlaku adalah sebaliknya kerana tiada perbincangan langsung dibuat antara kerajaan dan PN sedangkan Perdana Menteri sebelum ini meminta perbincangan dibuat di antara PN dan kerajaan iaitu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

"Malah saya sendiri sudah tiga kali dipertanggungjawab berjumpa dengan Datuk Seri Fadillah, namun tiada juga sebarang perbincangan dibuat sebelum draf MoU diberikan kepada PN yang diterima pada 6 Ogos lalu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat PAS Kota Bharu, di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan PN mengesahkan ketetapan sebulat suara menolak dua draf cadangan MoU daripada kerajaan berhubung peruntukan kepada Ahli Parlimen PN.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dilaporkan berkata keputusan menolak dua draf cadangan MoU yang membabitkan antara Kerajaan Malaysia dengan parti PN dan antara Kerajaan Malaysia dengan semua Ahli Parlimen PN itu dibuat atas empat sebab fundamental.

Hamzah mendakwa, cadangan MoU itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan nilai budaya, moral serta agama, selain boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa, serta mengongkong kebebasan.

Sehari selepas penolakan PN itu, Datuk Seri Fadillah Yusof mendedahkan kandungan penuh draf MoU mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang yang ditolak ketuanya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, semalam.

Menurut Fadillah, beliau bertindak mendedahkan butiran kandungan draf MoU itu memandangkan pihak pembangkang lebih gemar membuat kenyataan melalui media.

Pada masa sama, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS turut menyifatkan draf MoU yang dikemukakan itu berat sebelah dan tidak memberi kebebasan selain bercanggah dengan perlembagaan.

"Ahli Parlimen yang waras memang tidak akan menerima MoU yang dibuat itu, jika Pakatan Harapan (PH) menjadi pembangkang pun kita yakin mereka tidak akan menerima kandungan MoU ini

"Atas dasar ini kami menolak draf MoU ini," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/ahli-parlimen-yang-waras-tak-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mou Dan Ahli Parlimen Pembangkang Hanya Nak Politikan Isu Mou Bukannya Jujur Nak Dapat Dana Bantu Rakyat

Mou Dan Ahli Parlimen Pembangkang Hanya Nak Politikan Isu Mou Bukannya Jujur Nak Dapat Dana Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 419 hits
Muhyiddin Yassin Abdul Hadi Awang Hamzah Zainudin sememangnya teruk Mereka nak minta peruntukan Kerajaan Madani sedia nak bagi dan cadangkan perundingan dan MoU dibuat Bila Kerajaan dah sedia hulur tangan ajak berbincang belum apai kata put...
Ahli Parlimen Pn Sebulat Suara Tolak Draf Mou Peruntukan

Ahli Parlimen Pn Sebulat Suara Tolak Draf Mou Peruntukan

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 347 hits
freemalaysiatoday com 15 Sep 2024 09 05 AMKetua Pembangkang Hamzah Zainudin berkata antara alasan penolakan adalah mengongkong kebebasan bersuara dan didakwa jejas hak orang Melayu dan Bumiputera Hamzah Zainudin turut mengingatkan pihak ker...
Tpm Dedah Draf Mou Peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang

Tpm Dedah Draf Mou Peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 556 hits
bharian com myOleh September 16 2024 5 29pmFadillah YusofKUALA LUMPUR Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mendedahkan kandungan penuh draf Memorandum Persefahaman mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang yang dito...
Jangan Terpengaruh Isu Akmal Teresa Ahli Parlimen Kluang Beritahu Pengundi Cina

Jangan Terpengaruh Isu Akmal Teresa Ahli Parlimen Kluang Beritahu Pengundi Cina

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 303 hits
Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi bersama petugas media pada majlis ramah mesra di The Kopi Factory Kluang KLUANG Seorang pemimpin DAP merayu pengundi Cina di Mahkota tidak terpengaruh dengan isu perbalahan antara Ketua Pemuda Umno Dr Akmal ...
Muhyiddin Sedih Pasai Tak Mau Terima Mou

Muhyiddin Sedih Pasai Tak Mau Terima Mou

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 272 hits
Perikatan Nasional tidak akan mengemukakan sebarang cadangan baharu berkaitan draf Memorandum Persefahaman mengenai peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang kata pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden Bersatu itu juga sekali lagi ...
Pn Keberatan Terima Mou Masih Harap Dapat Tumbangkan Kerajaan

Pn Keberatan Terima Mou Masih Harap Dapat Tumbangkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 417 hits
Nora MahparPETALING JAYA Seorang penganalisis mendakwa Perikatan Nasional mungkin keberatan menandatangani memorandum persefahaman peruntukan pembangkang kerana masih menaruh harapan untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan Felo Majlis Profesor...
Pindaan Pas Terima Bukan Islam Ahli Bersekutu Separuh Masak

Pindaan Pas Terima Bukan Islam Ahli Bersekutu Separuh Masak

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 349 hits
Nora MahparPETALING JAYA Pindaan perlembagaan PAS yang membolehkan orang bukan Islam menjadi ahli bersekutu disifatkan tidak praktikal kerana mengehadkan peranannya kata penganalisis Menyifatkannya separuh masak dan tidak ikhlas Sayuti Omar...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Salam Takziah Buat Seluruh Ahli Keluarga

The Lodge Maribaya Bandung Lokasi Aktiviti Menarik Dan Spot Bergambar Cantik

Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B