Mot Sedia Bantu Kerajaan Pahang Realisasi Bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan


 


KUANTAN: Kementerian Pengangkutan (MOT) bersedia membantu kerajaan Pahang merealisasikan rancangan membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan (KIA), kata Menterinya, Anthony Loke.
Beliau, bagaimanapun berkata, setakat ini, pihaknya masih lagi belum menerima sebarang permohonan Lesen Pengendali Aerodrom daripada pemaju projek, iaitu aspek penting yang perlu ada sebelum meneruskan pembangunan lapangan terbang berkenaan.
Beliau berkata, sebaik permohonan lesen tersebut diterima, kementerian akan melakukan kajian dari segi trafik sama ada lokasi yang bakal dibangunkan itu bersesuaian atau sebaliknya, kerana ia merupakan sebahagian daripada Kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP).
"Projek ini ialah projek pelaburan swasta. Ini bukannya projek di bawah Kementerian Pengangkutan. Kita boleh memudah cara. Apa yang diperlukan ialah mereka mendapat kelulusan daripada Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN).
"Selepas itu, mana-mana syarikat atau pemaju projek tersebut perlu memohon lesen aerodrom daripada MOT. Itu ialah proses biasa yang terpakai kepada semua pihak. Setakat ini, saya difahamkan mereka (pemaju) masih dalam proses memohon lesen tersebut, kalau ada permohonan, tentu kementerian akan proses," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan projek pembinaan KIA selepas hadir Persidangan Antarabangsa Pelabuhan Kuantan 2024 sempena Ulang Tahun ke-50 Pelabuhan Kuantan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, di sini, semalam.
Projek itu yang sepatutnya bermula tahun lepas dan dijangka beroperasi pada 2026, masih belum lagi memulakan pembinaannya setakat ini.
Loke berkata, hasrat kerajaan Pahang untuk membina lapangan terbang tersebut difahami memandangkan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah di sini, di kawasan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sekali gus mewujudkan kekangan.
"Kerajaan Pahang sudah lama lama menyatakan hasrat ingin melihat satu (lagi) lapangan terbang penerbangan awam secara khusus. Ia banyak kekangan sebab berkongsi dengan landasan Tentera Udara.
"Jadi untuk jangka masa panjang, sekiranya dibangunkan satu lapangan terbang khusus untuk penerbangan awam, memanglah satu yang baik dan membawa kemajuan kepada Pahang kerana ia akan menjadi laluan kepada Pantai Timur," katanya.
Rancangan pembinaan lapangan terbang itu, diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Oktober 2021, yang semasa itu memaklumkan secara dasarnya ia telah dipersetujui MPFN dengan kerajaan negeri diminta membuat kajian mendalam berhubung projek itu.
Pada 6 Julai 2022, Wan Rosdy berkata, pembinaan lapangan terbang dengan kos RM2 bilion itu akan menjadi sebahagian daripada rancangan pembangunan bercampur bandar aeroangkasa di Gebeng di sini, membabitkan kawasan seluas 5,042 hektar yang disifatkan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Pahang. #astroawani
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/08/mot-sedia-bantu-kerajaan-pahang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Pahang Dan Tengku Ampuan Mencemar Duli Hadir Ke Pesta Kuantan 188 Malam Tadi

Sultan Pahang Dan Tengku Ampuan Mencemar Duli Hadir Ke Pesta Kuantan 188 Malam Tadi

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 316 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli ke Pesta Kuantan 188 di Kuantan 188 di sini malam ini Ketibaan baginda berdua ke me...
Tuan Ibrahim Kebimbangan Yang Di Zahirkan Oleh Sultan Pahang Perlu Perhatian Serius Kerajaan

Tuan Ibrahim Kebimbangan Yang Di Zahirkan Oleh Sultan Pahang Perlu Perhatian Serius Kerajaan

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 164 hits
KUANTAN Kebimbangan yang dizahirkan oleh Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenaan tanah di Pahang yang diterokai tanpa rasa takut dan ditakluk oleh pendatang asing secara terang terangan amat wajar dibe...
Kerajaan Pahang Teruskan Inisiatif Pembiayaan I Push Dengan Peruntukan Lebih Rm10 Juta

Kerajaan Pahang Teruskan Inisiatif Pembiayaan I Push Dengan Peruntukan Lebih Rm10 Juta

papar berkaitan - pada 10/8/2024 - jumlah : 212 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang meneruskan Inisiatif Pembiayaan KewanganUsahawan Mikro Negeri Pahang Fasa 3 dengan melibatkan peruntukan lebih RM10 juta kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Wan Rosdy berkata pelaksanaan inisiatif ini ...
Istana Pahang Murka Dengan Muhyiddin Yassin

Istana Pahang Murka Dengan Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 468 hits
Istana Pahang murka dengan Muhyiddin Yassin ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be 1Ofss51Pe4E src in org https www youtube com embed 1Ofss51Pe4E wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com e...
Ucapan Muhyiddin Speaker Arah Semua Adun Pahang Nyatakan Sikap

Ucapan Muhyiddin Speaker Arah Semua Adun Pahang Nyatakan Sikap

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 257 hits
Malaysiakini nbsp Tujuh belas Adun PN di dalam Dewan Undangan Negeri Pahang mungkin berdepan dengan dilema apabila tidak mempunyai pilihan kecuali menyatakan sikap masing masing terhadap ucapan kontroversi Muhyiddin Yassin baru baru ini Dip...
Tengku Mahkota Pahang Murka Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Di Kenakan Tindakan Tegas

Tengku Mahkota Pahang Murka Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Di Kenakan Tindakan Tegas

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 399 hits
KUANTAN Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al Sultan Abdullah murka dan amat terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Sehubungan itu beliau menggesa pihak Polis Dira...
Ketua Semboyan Yusuf Azmi Diseru Selepas Tengku Mahkota Pahang Murka Mahiaddin Hasut Rakyat

Ketua Semboyan Yusuf Azmi Diseru Selepas Tengku Mahkota Pahang Murka Mahiaddin Hasut Rakyat

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 564 hits
HarapandailyWarganet secara menyindir tertanya tanya ke mana ghaibnya individu bernama Yusuf Azmi yang dianggap paling menggeletar apabila isu berkaitan Raja Raja Melayu disentuh Misteri kehilangan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Semboyan ...
Pahang Palace Demands Uncompromising Action Against Muhyiddin For Extremely Dangerous 3r Remark

Pahang Palace Demands Uncompromising Action Against Muhyiddin For Extremely Dangerous 3r Remark

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 369 hits
The Pahang palace has lodged a police report against Perikatan Nasional chairman Tan Sri Muhyiddin Yassin over his comments concerning religion royalty and race made in Gua Musang Kelantan during the recent Nenggiri by election campaign Ami...
Button Badge Custom Cenderahati Murah Untuk Event Sekolah Bisnes

Percubaan Mewujudkan Ai Classroom World

Throwback Hadiah Birthday 2025

Ceramah Kerja Sebagai Satu Ibadah

Cuti Sekolah Dah Bermula

Selepas Dihina Anak Fila Amir Tak Dibenarkan Dibawa Pulang Kampung Suami Di Afrika Takut Keluarga Tu Tak Baik

Easy Beef Thick Rib Joint Recipe

Rare Tribute From Perlis Mufti We Criticise Chinese Schools But What S The Quality Of Tahfiz School Kids


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wedding Of The Year Kisah Cinta Amira Othman Amp Fattah Amin

Rekaan Menyerlah Di Nyfw Musim Bunga Panas 2026

5 Jam Berpaut Pada Tiang Elektrik

Cuti Sekolah Bertukar Tragedi Murid Tahun Enam Maut Dibaham Buaya

Tanam Tepi Rumah Mat Sabu Tunjuk Hasil Tuaian Pertama Bawang Merah

Remember When Muhyiddin Gave Umno Rm10m For Sabah Polls