Mohamad Hasan Rantau Dan Citra Baharu Malaysia Khaled



KUALA LUMPUR, 23 April – Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi calonnya, Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dilihat memberi semangat baru kepada parti
Dalam hal ini Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melihat kemenangan menerusi PRK Rantau tersebut bukan sahaja sangat manis tetapi juga sangat penting
Berikut ulasan beliau:Kemenangan di Rantau adalah kemenangan yang bukan sahaja manis, tetapi sangat penting. Penting kerana beberapa sebab;Pertama ia menghantar isyarat yang sangat jelas. Bahawa UMNO masih segar dan berdaya tahan. Dan politik gaya BN masih terus unggul dan relevan.

Ramai sekali yang telah menalkinkan UMNO semenjak ia kalah dalam PRU-14. Segala macam panggilan dan sumpahan dilemparkan. Ada tokoh tertentu yang dengan sombong mengatakan UMNO telah musnah, hancur dan tidak punya apa-apa nilai sekalipun. Ramai parti politik bersekutu keluar meninggalkan BN. Beberapa ahli parlimen UMNO juga meninggalkan perjuangan.Yang tinggal adalah mereka yang setia dan kasih pada UMNO. Tanpa segan, tanpa rasa malu, mereka inilah yang terus memperjuangkan UMNO. Dan mereka ini bukanlah tokoh besar yang mempunyai pelbagai gelaran serta kedudukan dalam parti
Mereka adalah ahli-ahli biasa dan orang-orang kecil. Tetapi, mereka sangat memahami bahawa kekalahan dalam PRU bukan alasan untuk meninggalkan UMNO. Mereka tidak bubarkan cawangan di kampung. Mereka terus menyusun segala gerak kerja parti. Mereka bersedia untuk berubah dan bangkit kembali
Saat UMNO tidak berkuasa dan tidak mempunyai apa-apa, mereka tetap berikan yang terbaik. Pada saya, inilah keikhlasan. Inilah daya tahan sebenar UMNO iaitu orang biasa-biasa yang mendukungnya. Yang tidak pernah berharap apa-apa
Mereka mendukungnya kerana UMNO pada mereka adalah gerakan yang telah lama memberikan pencerahan dan kebaikan kepada bangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Lalu dalam segala kebaikan UMNO dan segala kelemahan pemimpinnya, UMNO adalah wasilah perjuangan mereka
Kedua, kemenangan di Rantau sangat bermakna kerana ia kemenangan ‘semua untuk semua’. Bukan UMNO dan BN sahaja yang menang. PAS juga menang. Menang bukan sahaja kerana undi Melayu. Tetapi juga kerana kembalinya undi dari kaum India dan Cina
BN telah mula mendapat rentak untuk mengatasi halangan psikologi bukan Melayu. Dari sehari ke sehari, mereka mula kembali bertaut dengan BN dan politik muafakat yang dianjurkannya. Kerana itulah, kemenangan ini adalah kemenangan oleh semua untuk semua. Dan BN boleh melakukannya kali ini kerana dua faktor utama
Pertama, kewibawaan calonnya. Datuk Seri Mohamad Hasan adalah ahli politik yang tidak mempunyai masalah integriti. Dihormati kerana pesona dan karismanya yang santun, berilmu serta merendah diri. Beliau adalah calon yang sinonim dengan rakyat biasa pelbagai kaum. Beliau dilihat calon yang boleh mewakili semua lapisan masyarakat
Selagi UMNO dan BN mengemukakan calon yang mempunyai integriti dan dihormati sosoknya, pengundi pasti akan memilih yang terbaik
Kedua ialah kerana pengundi tidak lagi yakin dengan segala cerita Pakatan Harapan. Setelah hampir setahun, Tun Mahathir dan rakan-rakannya gagal mengemukakan ‘citra baru untuk tanahair’. Kerajaan pimpinannya rapuh dan pemerintahannya menuju kegagalan
Politik toksik, salah menyalah, singkir-menyingkir, sindir-menyindir telah menjadi kelaziman dan mantera baru PH. Sedangkan, idea baharu, pendekatan baharu, sistem baharu serta hala tuju baharu yang seharusnya menjadi asas Malaysia Baharu, tidak pun kelihatan
Maka di Rantau, rakyat memilih untuk menolak PH. Biarpun bakal Perdana Menteri Malaysia sendiri yang turun berkampung dan berkempen di sana. Beliau mengerahkan segenap pasukan dalam PKR untuk turun termasuklah Rafizi Ramli, sosok yang tidak pernah kering dengan formula dan cerita sensasi. Bukan sahaja Menteri Sumber Manusia yang tidak ketinggalan untuk turun berkempen. Malah Menteri Pengangkutan dan Menteri Kewangan tanpa berlengah memberi kepastian bahawa projek ECRL akan juga melintasi dan melibatkan Rantau
Jadi, biarpun ini adalah sebuah pilihan raya kecil, ia sebenarnya adalah misi dan agenda besar kepada Kerajaan. Jadi tidak pelik ada yang melihat keputusan PRK Rantau bukan sahaja satu kemenangan kepada Tok Mat dan BN, tetapi kekalahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR secara khusus
Kepimpinan TerbuktiPengajaran ketiga yang sangat penting di Rantau ialah persoalan adakah Mohamad Hasan telah melepasi ujian ketokohan untuk memimpin bukan sahaja pergerakan politik seperti UMNO, tetapi juga negara?

Umum mengetahui Mohamad Hasan menang kerana wibawa, pendirian sederhana dan pendekatan politik progresifnya. Bolehkah kemenangan di Rantau ditafsirkan sebagai mandat yang telah mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin utama UMNO
Saya tiada jawapannya tetapi yang jelas ialah beliau berjaya meyakinkan pengundi bukan Melayu untuk mula kembali memilih BN. Nyata orang Melayu dan bukan Melayu selesa dengan pesonanya dan menerima kekuatan wibawanya
Setelah kemenangan di Rantau, saya rasa telah tiba masanya UMNO mengorak langkah menonjolkan dengan jelas pemimpin masa hadapannya. Kita mesti mengangkat tokoh yang mempunyai ciri-ciri dan karakter yang diperlukan untuk memulihkan UMNO, dan memimpin UMNO dan BN ke arah kemenangan dalam pilihanraya akan datang
Terutama sekali waktu ini, kita mesti dipimpin oleh tokoh yang mampu menterjemahkan kerjasama UMNO-PAS secara konkrit dan jalan berhikmah. Biarpun pada mulanya kerjasama ini dipandang sinis dan negatif oleh banyak pihak
Masa Depan Baharu BNSecara kasarnya, kita boleh simpulkan. Bahawa orang Melayu dan bukan Melayu, telah menghantar isyarat yang jelas tentang tokoh bagaimana yang mereka mahukan untuk memimpin negara ini melalui pilihanraya Rantau
Maka, UMNO harus mengambil peduli isyarat jelas ini. Bahawa penyelesaian kepada kemelut UMNO, sebenarnya ada dikalangan pemimpinnya. Untuk berkuasa semula, UMNO dan BN mesti dipimpin oleh pemimpin baru dengan wibawa dan citra baru. UMNO harus membebaskan dirinya dari dibelenggu nostalgia kepimpinan golongan elit dan aristokrat. Masa depan UMNO menjangkaui legasi pemimpin sebelum ini yang kita iktiraf jasa dan sumbangnya
Telah tiba masanya, UMNO dipimpin oleh golongan kebanyakan yang setanding ilmu, karisma, visi dan wibawanya dengan pemimpin elit Melayu terdahulu

Sama ada Mohamad Hasan adalah tokohnya untuk UMNO, BN dan negara ini, terpulanglah kepada UMNO dan ahlinya untuk menentukan. Yang jelas, UMNO harus membuka ruang untuk pemimpin baru terus ke hadapan dan memimpin dengan dukungan tidak berbelah bahagi. – MediaUMNO

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azmykelanajaya.com/2019/04/mohamad-hasan-rantau-dan-citra-baharu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mohamad Hasan Angkat Sumpah Sebagai Adun Rantau

Mohamad Hasan Angkat Sumpah Sebagai Adun Rantau

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 334 hits
Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri selepas menang dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau pada 13 April lepas Mohamad yang juga pemangku Presiden Um...
Malaysia Baharu Sekadar Pandai Tukar Istilah

Malaysia Baharu Sekadar Pandai Tukar Istilah

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 360 hits
AIMAN NAZRANPADANG RENGAS Malaysia Baharu yang gah dilaungkan rupa rupanya sekadar menukar nama demikian bidas Pengarah Strategi Pemuda PAS Malaysia Syahir Sulaiman membahas ketidaktentuan politik pasca PRU14 Perkara tersebut dinyatakan bel...
Umno Pas Tie Up Who Made It Possible Najib Zahid Hamidi Or Mohamad Hasan Will The Malays Benefit

Umno Pas Tie Up Who Made It Possible Najib Zahid Hamidi Or Mohamad Hasan Will The Malays Benefit

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 389 hits
PAS Umno unity seed planted by me and Hadi says Najib5m agoSurprising to many every leader in UMNO claims that due to himself that UMNO PAS pact exist A couple of days ago we heard UMNO President Zahid Hamidi claiming that UMNO PAS ties was...
Tak Rasmi Mat Hasan Pertahan Rantau

Tak Rasmi Mat Hasan Pertahan Rantau

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 264 hits
Diterbitkan Hari ini 6 01 petangLANGSUNG7 05pm Berdasarkan pengiraan Malaysiakini PRK Rantau dimenangi oleh calon BN Mohamad Hasan Berdasarkan kiraan semasa yang dipaparkan di pusat penjumlahan undi undi yang diraih Mohamad ketika ini sudah...
Mat Hasan Dijangka Menang Prk Rantau Ilham Centre

Mat Hasan Dijangka Menang Prk Rantau Ilham Centre

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 471 hits
BADAN kajian Ilham Centre menjangka bekas menteri besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan akan memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Rantau dengan selesa pada 13 April PH perlu memerlukan strategi kuat untuk mengekang kemaraan Barisan Nasional keran...
Don T Vote For Liar Mat Hasan Rantau Voters Told

Don T Vote For Liar Mat Hasan Rantau Voters Told

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 324 hits
RANTAU POLLS The Gatco Settlers Action Committee has urged voters to not cast their votes for BN candidate Mohamad Hasan in this Saturday s by election Mohamad is a liar I urge Rantau voters to not choose him committee secretary John Cantiu...
Tukar Keris Umno Bersarung Ahli Tak Tikam Mohamad Hasan

Tukar Keris Umno Bersarung Ahli Tak Tikam Mohamad Hasan

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 415 hits
Logo keris Umno tidak bersarung simbolik pertikaman lidah antara ahlinya Foto The Star Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mengesyorkan lambang keris pada logo parti itu diubah dengan penambahan sarung Jadi tidak timbul lagi soal masih lag...
Perbezaan Perjanjian Lama Dan Baharu Projek Ecrl Di Malaysia

Perbezaan Perjanjian Lama Dan Baharu Projek Ecrl Di Malaysia

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 402 hits
ECRL APA BEZA SEBELUM DENGAN SELEPAS RUNDINGAN BAHARU DIBUAT Artikel diambil dari Adrian Lim Chee En Latar belakang Perjanjian baharu ECRL antara Putrajaya dengan Beijing bukanlah perjanjian terbaik kerana kerajaan sekarang terpaksa berundi...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias