Perbezaan Perjanjian Lama Dan Baharu Projek Ecrl Di Malaysia




ECRL: APA BEZA SEBELUM DENGAN SELEPAS RUNDINGAN BAHARU DIBUAT?


Artikel diambil dari : Adrian Lim Chee En (Facebook)


Latar belakang :

Perjanjian baharu ECRL antara Putrajaya dengan Beijing bukanlah perjanjian terbaik kerana kerajaan sekarang terpaksa berunding dalam sebuah rangka dan skop yang telah termeterai di era pentadbiran Najib/UMNO. Ertinya, Malaysia hanya mampu "make the best out of a shitty deal" sebab tangan kita diikat.

1. KOS AKHIR PEMBINAAN ECRL
SEBELUM: RM65.5 bil
SELEPAS: RM44 bil (pengurangan 32.8%, bersamaan dgn RM21.5 bil)

SEBELUM: RM95.5 juta / km
SELEPAS: RM68.7 juta / km (pengurangan 28%, bersamaan dgn RM26.8 sekilometer

2. JUMLAH STESEN
SEBELUM: 22 (12 stesen penumpang, 3 stesen fret, 7 stesen campuran penumpang & fret)
SELEPAS: 20 (14 stesen penumpang, 1 stesen fret, 5 stesen campuran penumpang & fret)

3. CIRI-CIRI LANDASAN
SEBELUM: 688km, standard gauge, double track
SELEPAS: 640km, standard gauge, double track DIKEKALKAN.

Maksudnya bahagian yang asalnya ada double track semua DIKEKALKAN. Ciri-ciri landasan adalah sama, tidak kurang. Ini secara langsung menyangkal fitnah pembangang kononnya PH tukar double track kepada single track.

4. LALUAN
SEBELUM: 4 negeri (Selangor-Pahang-Terengganu-Kelantan)
SELEPAS: 5 negeri + 1 Wilayah Persekutuan (Selangor-WP Putrajaya-Negeri Sembilan-Pahang-Terengganu-Kelantan)

Maksudnya lebih ramai penduduk terima manfaat ECRL, lebih banyak kawasan terima terima impak positif limpahan pertumbuhan ekonomi.

5. KONTRAKTOR TEMPATAN MALAYSIA
SEBELUM: ECRL dibina oleh China, dengan penyertaan 20% - 30% kontraktor Malaysia.
SELEPAS: ECRL dibina oleh China, dengan penyertaan sekurang-kurangnya 40% kontraktor Malaysia.

Maksudnya lebih ramai kontraktor Bumiputera, syarikat tempatan bakal mengambil bahagian.

6. MENERAP RANGKAIAN LANDASAN SEDIA ADA
SEBELUM: Landasan bermula dari Pengkalan Kubor, berakhir di Gombak. Kemudian dibina sebiji stesen & landasan baharu dengan kos RM9 bil.
SELEPAS: Landasan bermula dari Kota Bharu sehingga stesen pertukaran Putrajaya. Di Putrajaya, rangkaian landasan ERL KLIA sedia ada, rangkaian landasan MRT2 yang sedang dibina, landasan HSR yang bakal dibina selepas 2020, semuanya diserap untuk menjadi Putrajaya Sentral. Dari Putrajaya nak pergi Pelabuhan Klang, nak pergi Lembah Klang, nak pergi KLIA, nak balik pantai Timur, semuanya boleh.

7. PEMBAYARAN PENDAHULUAN
SEBELUM: Bayar pendahuluan RM3.1 bil meskipun kerja-kerja Fasa 2 ECRL (landasan Gombak-Pelabuhan Klang & landasan Kota Bharu-Pengkalan Kubor) belum disiapkan.
SELEPAS: RM1 bil dari RM3.1 bil yang telah dibayar oleh Najib/UMNO akan dipulangkn kepada Msia. RM500 juta sebelum 12 Mei + RM500 juta sebelum 12 Julai.

8. PASCA-PEMBINAAN: KOS OPERASI, PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN
SEBELUM: 100% ditanggung oleh rakyat Malaysia melalui Malaysia Rail Link Sdn Bhd
SELEPAS: 50% ditanggung oleh Malaysia (MRLSB), manakala baki 50% ditanggung China (CCCC). Ini hasil penubuhan syarikat JV (usahama) antara MRLSB & CCCC.

9. PASCA-PEMBINAAN: PERKONGSIAN TEKNOLOGI & KEPAKARAN
SEBELUM: Malaysia (MRLSB) pengurus tunggal ECRL. Maka tiada perkongsian teknologi/kepakaran dari China yang mampu dinikmati.
SELEPAS: Malaysia (MRLSB)-China (CCCC) menjadi pengurus-bersama ECRL. Suka atau tidak suka, China perlu berkongsi pengalaman/teknologi/kepakaran.

10. PASCA-PEMBINAAN: KESAN ALAM SEKITAR
SEBELUM: Banjaran Titiwangsa dimusnah untuk membina terowong bernilai RM10 bil; Permatang Kuarza Gombak (terpanjang di dunia) dihancurkan, sekaligus melenyapkan peluang permohonan kerajaan negeri diiktiraf oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia.
SELEPAS: Banjaran Titiwangsa dielak; Permatang Kuarza Gombak dipelihara dan permohonan kerajaan negeri ke UNESCO kekal mempunyai peluang tinggi diiktiraf.

11. PASCA PEMBINAAN: PERANGKAP HUTANG
SEBELUM: Pinjam RM56.7 bil dr Exim Bank China. Pinjaman Fasa 1 (RM39.1 bil) telah ditandatangani, manakala baki pinjaman RM17.6bil untuk Fasa 2 belum ditandatangani.
SELEPAS: Pinjaman Fasa 2 bernilai RM17.6 bil yang mujur lah belum ditandatangani boleh dikurangkan kerana kos ECRL telah turun kepada RM44 bil. Kita elak mengumpul hutang yang tidak munasabah, secara langsung mengelak Malaysia senasib dengan Sri Lanka, Kenya, Djibouti yang kini terperangkap dengan hutang dan terpaksa menggadai pelabuhan dan aset-aset strategik kepada China.

12. PASCA PEMBINAAN: GUNA PELUANG SELESAI ISU SAMPINGAN
SEBELUM: ECRL jalan. Tapi Najib/UMNO ambil peluang wujudkan rangkaian transaksi wang berbilion-belion yang rumit untuk diseleweng bagi membayar hutang 1MDB.
SELEPAS: ECRL jalan. Tapi Mahathir/PH ambil peluang suruh China beli kelapa sawit.

Nampak beza UMNO dengan PH?

Hasil rundingan sebegini sememangnya payah dibidas, payah dibalas pembangkang. Sebab itu kalau korang baca kritikan pembangkang, semuanya tidak berani menyentuh ciri-ciri spesifik ECRL sepertimana saya lakukan.

Mereka hanya mampu tabur fitnah kononnya tukar double track ke single track dan buat 'troll' sindir benda-benda yang bukan-bukan untuk mengelirukan orang ramai.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ahmadzaki82.blogspot.com/2019/04/perbezaan-perjanjian-lama-dan-baharu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terdedah Perjanjian Rahsia Projek Ecrl Melibatkan Ribuan Hektar Tanah Diberi Ke China

Terdedah Perjanjian Rahsia Projek Ecrl Melibatkan Ribuan Hektar Tanah Diberi Ke China

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 362 hits
Rakyat Malaysia sekali lagi diperbodohkan Kononnya Najib membayar kos projek ECRL dengan harga lebih tinggi dan Daim pula berjaya mengurangkan kosnya sebanyak RM21 5 bilion kepada RM44 bilion Maknanya Najib samada dia ni bodoh atau pun peny...
Penyambungan Semula Projek Ecrl Tingkatkan Keyakinan Pelabur

Penyambungan Semula Projek Ecrl Tingkatkan Keyakinan Pelabur

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 354 hits
KUALA LUMPUR Projek Laluan Rel Pantai Timur yang akan disambung semula bakal meningkatkan keyakinan dan kepercayaan pelabur terhadap pasaran Malaysia Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian berkata projek itu yang dijadual disambung semula pa...
Sejak 2010 Siapa Lelaki Singapura Sering Masuk Malaysia Hanya Untuk Pergi Ke Makam Makam Lama

Sejak 2010 Siapa Lelaki Singapura Sering Masuk Malaysia Hanya Untuk Pergi Ke Makam Makam Lama

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 718 hits
Sejak 2010 Siapa lelaki Singapura sering masuk Malaysia hanya untuk pergi ke makam makam lama
Malaysia Kerajaan Lama Punca Hibah Tabung Haji Rendah Mujahid

Malaysia Kerajaan Lama Punca Hibah Tabung Haji Rendah Mujahid

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 353 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa Foto ihsan The Malay MailKadar agihan hibah Tabung Haji sebanyak 1 25 peratus paling rendah dalam sejarah adalah disebabkan masalah dihadapi badan itu yang ditinggalkan pentadbiran keraj...
Wee Is Malaysia Negotiating With China Or Taiwan On Ecrl

Wee Is Malaysia Negotiating With China Or Taiwan On Ecrl

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 314 hits
PETALING JAYA Is Malaysia negotiating with China or Taiwan on the East Coast Rail Link asks MCA president Datuk Seri Dr Wee Ka Siong This was in response to an initial press release issued by the Prime Minister s Office on Friday to announc...
Mohamad Hasan Rantau Dan Citra Baharu Malaysia Khaled

Mohamad Hasan Rantau Dan Citra Baharu Malaysia Khaled

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 372 hits
KUALA LUMPUR 23 April Kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri menerusi calonnya Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas tugas Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dilihat memberi semangat baru kepada pa...
Kayu Kayan Malaysia Boleh Buat Landasan Ecrl Kata Teresa Viralhancing

Kayu Kayan Malaysia Boleh Buat Landasan Ecrl Kata Teresa Viralhancing

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 381 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Industri Utama berharap Projek Laluan Rel Pantai Timur yang diumumkan disambung semula akan mengutamakan penggunaan bahan mentah tempatan dalam pelbagai aspek pembangunannya Menterinya Teresa Kok Suh Sim dalam satu ...
Kerajaan Pahang Gembira Projek Ecrl Akhirnya Di Teruskan

Kerajaan Pahang Gembira Projek Ecrl Akhirnya Di Teruskan

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 371 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang gembira dengan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan projek Laluan Rel Pantai Timur kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Beliau berkata ini kerana di Pahang kemajuan kerja projek terseb...
Projek Ecrl Disambung Semula Bukanlah Sebagai Pertukaran Jho Low Tun M

Projek Ecrl Disambung Semula Bukanlah Sebagai Pertukaran Jho Low Tun M

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 328 hits
Foto sumber internetPUTRAJAYA 15 April Penyambungan semula Projek Laluan Rel Pantai Timur susulan pemeterian perjanjian tambahan dengan China bukanlah sebagai pertukaran bagi ahli perniagaan Malaysia yang kini hidup sebagai orang pelarian L...
Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Kuih Lopes

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat Dan Sebab Sebab Perlu Sujud Sahwi

April 18 2024 Pesan Orang Alim

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven