Tak Rasmi Mat Hasan Pertahan Rantau


Pasukan Malaysiakini Diterbitkan Hari ini 6:01 petang

LANGSUNG

7.05pm: Berdasarkan pengiraan Malaysiakini, PRK Rantau dimenangi oleh calon BN Mohamad Hasan.

Berdasarkan kiraan semasa yang dipaparkan di pusat penjumlahan undi, undi yang diraih Mohamad ketika ini sudah melebihi jumlah yang diperlukan untuk menang.

Malaysiakini menganggarkan jumlah keluar mengundi sebanyak 79 peratus daripada 20,926 pengundi yang layak.

Ini bermakna 8,266 undi diperlukan untuk menang.

Mohamad ketika ini sudah mendapat 8,442 undi berbanding pencabar terdekat iaitu calon PH yang memperoleh 4,642 undi.

Sementara itu, calon bebas R Malar dan Mohd Nor Yassin masing-masing mendapat 66 dan 67 undi.

BN rampas PDM majoriti India

7.03pm: BN merampas pusat daerah mengundi (PDM) Pekan Sagga daripada PH.

Pekan Sagga memiliki paling ramai pengundi India untuk DUN Rantau, kira-kira 63.7 peratus. Pengundi Melayu sebanyak 19.5 peratus dan pengundi Cina 16.8 peratus.

BN mendapat 56.57 undi di Pekan Sagga manakala PH 42.7 peratus.

Pada PRU lalu untuk Parlimen Rembau, PH menang 51.98 peratus undi manakala BN hanya mendapat 44.23 peratus undi. PAS pula 3.78 peratus.

BN mendahului lebih 2,000 undi

6.50pm: BN kini semakin melebarkan jurang dengan PH dengan perbezaan lebih 2,000 undi.

Dengan kira-kira satu pertiga undi sudah dikira, BN kini mengumpul 4,500 undi manakala PH 2,183 undi.

Sementara itu, calon bebas R Malar mendapat 22 undi dan Mohd Nor Yasin 27 undi.

BN menang besar di Kampung Sega

6.35pm: BN mengekalkan penguasaan di kubu kuatnya, Kampung Sega, dengan majoriti besar - 87.41 peratus undi.

PH pula hanya menerima 11.66 peratus undi.

Pada PRU lalu, BN memang di pusat daerah mengundi (PDM) itu dengan 68.98 peratus untuk Parlimen Rembau. PH pula 24.06 peratus.

Ini bermakna BN mencatatkan peningkatan di PDM itu hampir 20 peratus.

Terdapat 14 PDM di DUN Rantau.

Mat Hasan jarakkan kedudukan

6.30pm: Undi terhadap Mohamad telah mencecah empat angka, dengan mendapat 1,581 undi.

Sementara itu, Streram kini meraih 430 undi.

Calon bebas R Malar mendapat empat undi manakala Mohd Nor Yassin dengan lapan undi.

BN dahului undi awal

6pm: BN kini mendahului melalui undi pos dan undi awal, yang kebanyakannya daripada anggota polis dan kakitangan awam.

Menurut kiraan tidak rasmi, calon BN Mohamad Hasan mendapat 113 undi manakala calon PH Dr S Streram hanya mendapat 10 undi.

Peratusan tertinggi
5.45pm: PRK Rantau akan mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi bagi pilihan raya kecil yang diadakan selepas PRU ke-14.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kadar pada pukul 4 petang telah mencecah 74 peratus. Ia melepasi peratusan keluar mengundi PRK Semenyih.

Berikut peratusan keluar mengundi untuk enam PRK yang diadakan selepas PRU ke-14:

Sungai Kandis - 49.4 peratus

Balakong - 43 peratus

Seri Setia - 44 peratus

Port Dickson - 58.3 peratus

Cameron Highlands - 68.79 peratus

Semenyih 73.34 peratus

SPR sebelum ini mengambil langkah untuk meningkatkan peratusan keluar mengundi, antaranya dengan menghantar maklumat pengundian terhadap 29,926 pengundi DUN Rantau.

Tempoh mengundi tamat

5.30pm: Pusat mengundi di Rantau telah ditutup.

Proses kiraan kini sedang berjalan untuk menentukan pemenang pertembungan empat penjuru itu.

Calon yang bertanding ialah Mohamad Hasan (BN), Dr S Streram (Pakatan Harapan) dan dua calon bebas R Malar dan Mohd Nor Yassin.

DUN Rantau mempunyai 20,926 pengundi berdaftar.

PRK ini diadakan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengisytiharkan kemenangan tanpa bertanding Mohamad pada PRU lalu tidak sah dan terbatal.

Ia selepas Streram - juga dicalonkan PH untuk PRU ke-14 - dihalang daripada menghantar borang pencalonan ketika hari penamaan calon pada 28 April 2018


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/04/tak-rasmi-mat-hasan-pertahan-rantau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Rantau Tak Kisah Sendayan Membangun Kerana Najib 1mdb Kata Mat Hasan

Orang Rantau Tak Kisah Sendayan Membangun Kerana Najib 1mdb Kata Mat Hasan

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 314 hits
Calon Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak akan turun ke Rantau bagi membantu berkempen pada Pilihan Raya Kecil DUN Rantau minggu ini Pada masa sama jelasnya kehadiran Bekas Penger...
Mat Hasan Dijangka Menang Prk Rantau Ilham Centre

Mat Hasan Dijangka Menang Prk Rantau Ilham Centre

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 486 hits
BADAN kajian Ilham Centre menjangka bekas menteri besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan akan memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Rantau dengan selesa pada 13 April PH perlu memerlukan strategi kuat untuk mengekang kemaraan Barisan Nasional keran...
Don T Vote For Liar Mat Hasan Rantau Voters Told

Don T Vote For Liar Mat Hasan Rantau Voters Told

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 339 hits
RANTAU POLLS The Gatco Settlers Action Committee has urged voters to not cast their votes for BN candidate Mohamad Hasan in this Saturday s by election Mohamad is a liar I urge Rantau voters to not choose him committee secretary John Cantiu...
Mat Hasan To Continue Leading Umno Even If He Loses Rantau

Mat Hasan To Continue Leading Umno Even If He Loses Rantau

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 324 hits
RANTAU POLLS Umno acting president Mohamad Hasan said a loss in Rantau will not end his political career If I don t suceed in this by election it won t impact me to the point that it will kill my career in Umno My career as the acting presi...
Rasmi Tok Mat Menang Di Rantau

Rasmi Tok Mat Menang Di Rantau

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 353 hits
Rasmi Tok Mat menang di Rantau Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 13 Apr 2019 8 39PM
Rantau Campaign Sendayan Developed Thanks To Najib And 1mdb Says Mat Hasan

Rantau Campaign Sendayan Developed Thanks To Najib And 1mdb Says Mat Hasan

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 370 hits
RANTAU POLLS Former prime minister Najib Abdul Razak has been invited to visit the Sendayan township as part of Umno acting president Mohamad Hasan s campaign for the by election Mohamad said it was thanks to Najib that Sendayan was develop...
Streram Mat Hasan Is Wrong Rantau College Will Boost Local Economy

Streram Mat Hasan Is Wrong Rantau College Will Boost Local Economy

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 292 hits
RANTAU POLLS Pakatan Harapan s candidate in the Rantau by election Dr S Streram said his BN rival Mohamad Hasan s suggestion that having a college in the constituency may not be viable due to a lack of students is wrong Streram pointed out ...
Prk Rantau Pas Ucap Tahniah Pada Tok Mat

Prk Rantau Pas Ucap Tahniah Pada Tok Mat

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 345 hits
1 Syukur kepada Allah dengan hidayah Nya yang memberi petunjuk kepada pengundi untuk memilih YB Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Hj Hasan bagi mewakili rakyat bermasyarakat majmuk di DUN Rantau 2 Kemenangan ni menunjukkan perkembangan posit...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti