Mog Eyewear 6 In 1 Vision Experience Kaedah Pemeriksaan Mata Canggih
MOG EYEWEAR 6-in-1 Vision Experience Kaedah Pemeriksaan Mata Canggih - Alhamdulillah, selesai buat pemeriksaan mata 6-in-1 Vision Experience dengan teknologi canggih di MOG EYEWEAR Pavillion Bukit Jalil. Keputusan dari 6-in-1 Vision Experience mata mummy sihat, tiada selaput, kornea pun cantik. Anak-anak pun, selesai untuk pemeriksaan lanjut secara lengkap juga di MOG EYEWEAR 6-in-1 Vision Experience Kaedah Pemeriksaan Mata Canggih
MOG EYEWEAR 6-in-1 Vision Experience Kaedah Pemeriksaan Mata Canggih
Kenapa mummy katakan MOG EYEWEAR 6-in-1 Vision Experience ini adalah Kaedah Pemeriksaan Mata Canggih ? Biasanya, jika kita rasa penglihatan kurang jelas atau kurang nampak. Kita akan terus ke kedai cermin mata. Pihak kedai cermin mata pula, akan terus semak power mata kita dengan menggunakan komputer dan seterusnya akan semak kali kedua power mata di dalam bilik menggunkan kanta secara manual.
Tetapi tidak di MOG Eyewear. Berbeza cara MOG Eyewear untuk memeriksa mata pelanggan.
MOG Eyewear mempunyai pelbagai mesin canggih untuk memeriksa mata, selaput mata dan juga kornea mata. Dari kaedah 6-in-1 Vision Experience , pihak MOG dapat ketahui masalah dari mata seseorang.
Adakah rabun di sebabkan oleh genetik? Rabun sebab skrin? Rabun akibat selaput mata? Ataupun masalah kornea?
Penglihatan mata mummy juga adakalanya rasa macam kurang jelas dengan umur 4 series ini, agak risau juga,kan ! Mummy ambil inisiatif untuk buat pemeriksaan di MOG EYEWEAR 6-in-1 Vision Experience.
Tidak terkecuali juga untuk anak-anak. Sebelum ini, memang kami dah tahu power mata rabun silau anak-anak kami sangat tinggi.
Tapi, kedai cermin mata yang kami pergi sebelum ini. Tak boleh nak pastikan masalah sebenar mata anak-anak kami.
Kerana rabun silau mereka sangat tinggi dan mereka minta kami buat pemeriksaan mata lengkap di luar sana.
Mujur MOG ada buat pemeriksaan mata 6 dalam 1 di Pavillion Bukit Jalil. Kami dapat buat pemeriksaan penuh untuk mata anak-anak kami.
6 Langkah MOG EYEWEAR 6-in-1 Vision Experience
6 Langkah MOG EYEWEAR 6-in-1 Vision Experience :-
Langkah 1 : Konsultansi Peribadi
Langkah satu, Optometrist akan mengambil data peribadi serta bertanyakan masalah mummy dan anak-anak.
Langkah 2 : Penilaian Kesihatan Mata
Langkah kedua, pihak MOG Eyewear akan semak tahap kesihatan mata mummy dan anak-anak menggunakan mesin canggih dari i.Profiler. Hanya 50 unit sahaja yang ada di Malaysia.
Seterusnya, pemeriksaan untuk kornea dan selaput mata.
Langkah 3 : Pembetulan Penglihatan Tepat
Langkah ketiga ini, untuk semak power mata (tahap rabun) serta penilaian untuk sensitivity mata.
Langkah 4 : Preskripsi Kanta Peribadi
Langkah keempat, pemeriksaan mata untuk prekripsi peribadi. Untuk memastikan ketepatan power mata yang di perlukan.
Langkah 5 : Pengukuran Digital Cermin Mata
Setelah selesai pemlilihan bingkai cermin mata, MOG Eyewear akan melakukan pengukuran digital cermin mata. Untuk memastikan pemakai akan lebih selesa dengan cermin mata pilihan.
Langkah 6 : Perlindungan Penjagaan Lanjut
Langkah keenam, penerangan secara details dari hasil ujian langkah 1 hingga 5 .
Untuk mata mummy, alhamdulillah sihat. Begitu juga dengan anak-anak kami.
Walau anak-anak kami mempunyai rabun silau yang agak tinggi. Tetapi, mata mereka sihat dan rabun mereka juga bukan di sebabkan oleh skrin.
Tiada selaput mata dan juga kornea mata yang cantik. Berdasarkan ujian, rabun silau mereka yang tinggi itu mungkin di sebabkan genetik.
Terima kasih MOG Eyewear Pavillion Bukit Jalil untuk MOG's 6-in-1 Vision Experience dan layanan 5 kepada kami
Korang jangan lupa singgah ke MOG Boutique di Pavilion Bukit Jalil. Untuk merasai sendiri pengalaman 6-in-1 Vision Experience
6-in-1 Vision Experience berlangsung dari 6 Ogos 2022 hingga 14 Ogos 2022 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Sebagai alternatif, pelanggan juga digalakkan untuk menempah slot mereka untuk mendapatkan pengalaman tersendiri secara percuma melalui penjagaan mata profesional norma baharu melalui https://www.mog.com.my/6-in-1-vision-experience/, yang kini boleh didapati di semua cawangan MOG Eyewear di seluruh Semenanjung Malaysia.
Untuk maklumat lanjut atau info terkini tentang jenama dan produk, boleh terus lawati laman web rasmi MOG, halaman Facebook atau halaman Instagram.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azlindaalin.com/2022/08/mog-eyewear-6-in-1-vision-experience.html