Sebab Perlu Buat Pemeriksaan Mata Di Optom Eyecare


 hai assalammualaikum
Sebab perlu Buat Pemeriksaan Mata Di Optom Eyecare - Baru-baru ni nad join sesi live di Facebook page BIZNETWORK dengan tajuk ' Dari Mata Turun Ke Hati' dengan objektif dialog berkongsi servis menerusi pengalaman mengurus masalah mata dan insentif oleh Dr Hafidz Ithnin Pensyarah Kanan Optometry UIA dan Puan Ameera Faiz, Pengurus & Optometris Optom Eyecare Bandar Baru Bangi. 
Nad tak lepaskan peluang mendengar perkongsian daripada mereka yang pakar tentang mata sebab sangat penting untuk menjaga dan membuat pemeriksaan mata supaya tidak menjadi lebih teruk. Pada masa live itu juga ada diberitahu tentang kolaborasi antara pihak Klinik dan Farmasi dengan Optom Eyecare dan kelebihan yang mereka dapat dengan kerjasama ini



Sebab Perlu Buat Pemeriksaan Mata di Optom Eyecare
Kalau korang nak tau, Optom Eyecare ni bukan seperti klinik cermin mata yang lain. Optom Eyecare adalah Pusat Optometrik yang terletak di Bandar Baru Bangi dan servis yang dilakukan adalah pemeriksaan mata secara mendalam oleh optometry profesional yang pakar dalam pemeriksaan dan penjagaan mata. 
 
 Ni video semasa sesi live haritu, korang boleh tengok di sini

Sebab perlu buat pemeriksaan mata di Optom Eyecare:
1) Pemeriksaan mata secara mendalam dan menyeluruhPuan Ameera, yang mempunyai banyak pengalaman tentang masalah mata berkongsi servis yang dibuat di Optom Eyecare adalah secara klinikal, bukan setakat kedai cermin mata yang hanya menjual cermin mata dan hanya buat pemerikaan biasa tapi di Optom akan membuat pemeriksaan mata secara terperinci di bahagian kekuatan otot mata, saraf bahagian hadapan mata dan pada masa itu juga pesakit dapat maklumat tambahan tentang mata

Contohnya, pesakit datang ke Optom Eyecare Bangi untuk membuat cermin mata, kemudian pihak Optom akan membuat pemeriksaan yang mendalam pada mata pesakit, dan baru tahu bahawa pesakit ini mempunyai masalah komputer vision syndrom. Syndrom ni bagi mereka yang banyak melihat komputer dan menyebabkan sakit kepala. Dari pemeriksaan ini, pakar mata akan buat pemeriksaan lebih lanjut untuk selesaikan masalah mata pesakit ini

2) Boleh tau punca masalah mataYa, masalah mata ni boleh menyebabkan penyakit juga tau, sebab tu pentingnya pergi buat pemeriksaan mata di Optom. Mungkin korang fikir, sakit kepala sebab masalah lain, makan ubat pun tak berkesan, sedangkan sakit kepala tu berpunca disebabkan masalah mata korang. 
Bagus Optom Eyecare ni, sebab buat pemeriksaan secara mendalam sehingga saraf otot mata. Bila dah tau punca masalah mata, pihak Optom akan mencadangkan cermin mata atau rawatan yang bersesuaian dengan masalah mata pesakit



Pengalaman Dr Hafidz pula menemui seorang pesakit yang sering mengadap telefon untuk membuat kerjanya dari pagi sampai malam dan apabila membuat pemeriksaan, pesakit ini mempunyai penyakit mata juling

Memang tak dinafikan, sekarang kita bekerja dengan telefon, depan screen laptop, terutama semasa PKP, 24 jam depan handphone. Menurut kajian yang dibuat, Dr Hafidz berkata, masyarakat mengadap handphone lebih 9 jam sehari menyebabkan alignment mata boleh lari apabila mata tidak rehat dan penglihatan mata tak berapa jelas serta menganggu kerja harian kita

Semasa live, Encik Danial, Host BizNetwork ada berkata tentang apakah simtom yang akan dialami oleh seseorang apabila mata itu sakit. 


Dr Hafidz memberitahu, pertama sekali, bila mata dah penat, seseorang itu akan mengalami pening kepala di bahagian dahi kemudian akan tarik ke belakang kepala dan mata akan berasa senak. Hah, jangan fikir perut je ada senaknya, tapi mata pun ada

Selain itu, sinar blue light juga boleh menyebabkan mata kita kering. Mata kering disebabkan kita kurang berkelip. Pentingnya kerlipan mata secara semulajadi adalah untuk menghasilkan air mata, bukan air mata yang menangis tu, tapi air bagi memastikan depan mata kita sentiasa segar

3) Mengetahui tahap kerabunan dan power mata

Kebanyakan masyarakat mengalami rabun silau yang tinggi, sama macam nad, nad alami sakit silau yang tinggi disebabkan terlalu lama mengadap screen. Dua sebab punca rabun dan silau yang tinggi ialah Kornea dan Kanta semulajadi. Ilmu yang nad baru tau dari sesi live tadi, silau yang tinggi disebabkan mata kornea kita berbentuk seperti bola ragbi. Nampak tak, kita tak tau pun mata kita ni macam mana melainkan buat pemeriksaan mata


Masalah mata juga ada dikalangan kanak-kanak, sebab tu pentingnya buat pemeriksaan mata untuk anak-anak kita. Kanak-kanak ni kadang dia tak tau nak bagitau dia tak nampak, dia rabun, bila dah terlambat buat pemeriksaan, tengok-tengok dah ada masalah juling mata. 
4) Memilih kanta yang sesuai
Melalui perkongsian Puan Ameera Faiz menemui pesakit kanak-kanak tentang masalah mata yang dialami. Anak berusia 5 tahun ini telah dipakaikan cermin mata anti blue light yang dibeli oleh ibunya secara online supaya mata anak terjaga apabila mengadap telefon. Tapi lain jadinya, apabila kanak-kanak ini telah masuk ke kelas, cikgu beritahu anak ini tidak nampak semasa belajar di dalam kelas. Ibu pun bawa anak ini ke Optom Eyecare untuk buat pemeriksaan mata, dan apabila buat pemeriksaan dapat tau, anak ini mempunyai rabun yang tinggi iaitu 300 di kedua belah mata dan sedikit juling. 
Kalau korang nak tau, sebelum pakaikan anak cermin mata blue control ni, perlulah buat pemeriksaan mata anak dahulu untuk tahu tahap kerabunan mata anak. Bukan beli sahaja tanpa buat pemeriksaan mata. Cek power mata anak untuk bantu anak melihat dengan jelas dengan kanta cermin mata yang sesuai, bukan bagi cermin mata blue control dan andaikan mata anak ni ok

Setiap kanta berbeza dan mengikut masalah mata seseorang. Penggunaan kanta yang sesuai bantu penglihatan kita melihat dengan baik. Jadi sebelum beli apa-apa jenis kanta, perlu buat pemeriksaan mata dahulu. 
5) Elakkan dari mendapat penyakit mata yang terukMata ni ada macam-macam jenis penyakit, selain juling, rabun, ada juga penyakit mata seperti 'Lazy eyes' atau mata malas dimana penglihatan tidak seperti orang normal dan juga sapration di mana sebelah mata memang sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.  Jadi sebelum mata ni menjadi teruk, elokla buat pemeriksaan amta secara berkala di Optom Eyecare

Program Rakan Niaga Optom
Peluang Kolaborasi Pengusaha Klinik dan Farmasi sekitar Lembah Klang Bersama Optom Eyecare dan Insentif Diberikan!!
Program Rakan Niaga Optom memberi peluang kepada Pegusaha Klinik dan Farmasi Sekitar Lembah Klang untuk bekerjasama dengan Optom Eyecare. 
Melalui kerjasama ini, Pengusaha Klinik dan Farmasi yang menerima pesakit mata dan mencadangkan pesakit tersebut untuk pergi ke Optom Eyecare bagi mendapatkan pemeriksaan mata dengan lebih lanjut

Intensif akan diberikan kepada Pengusaha Klinik dan Farmasi yang bekerjasama dengan Optom Eyecare

Cara untuk menghantar pesakit  ke Optom Eyecare, pengusaha klinik dan farmasi boleh mengisi borang yang disediakan dengan link yang diberi ini ( https://forms.gle/EoEf5NnwFZN83o2k8 ) , kemudian pihak Optom akan follow up pesakit itu atau boleh bertanya lanjut di facebook page Optom Eyecare Bangi

Kerjasama ini juga memberi kelebihan kepada Pihak Klinik dan Farmasi yang ingin bertanya lebih lanjut tentang masalah mata, seperti pesakit mempunyai penyakit kencing manis dan power mata kejap naik kejap turun, pihak Klinik atau Farmasi boleh dapatkan maklumat atau konsultasi bersama Optom Eyecare. Optom Eyecare juga akan memberikan maklumat pemeriksaan mata yang diperlukan kepada mereka sebagai rujukan

Kepada pihak Klinik dan Farmasi, ambil la peluang ni untuk sama-sama memberi kesedaran tentang mata kepada masyarakat

Kita kalau boleh mata ni bukan sahaja melihat dengan jelas, tapi dalam keadaan baik. Jangan rasa mata kita ni elok, kita biarkan sahaja. Penting untuk buat pemeriksaan mata bukan sahaja kita orang dewasa malah anak-anak daripada mata terus menjadi rosak

Boleh baca juga :- OPTOM BANGI, PUSAT PEMERIKSAAN MATA DAN KHIDMAT PENJAGAAN MATA SECARA PROFESIONAL- TIPS MENJAGA MATA ANAK TANPA TINGGALKAN PENGGUNAAN GAJET


OPTOM EYECARE BANGI
No 37, Jalan 8/1, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor011-1147 9093 Waktu operasi: 10.00 pagi - 8.00 malam
Untuk tau lebih lanjut bekenaan perkhidmatan penjagaan mata di Optom Eyecare Bangi, boleh layari:Website: https://optom.com.my/Facebook: https://www.facebook.com/optombangiInstagram :  www.instagram.com/optombangi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2022/08/sebab-perlu-buat-pemeriksaan-mata-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mog Eyewear 6 In 1 Vision Experience Kaedah Pemeriksaan Mata Canggih

Mog Eyewear 6 In 1 Vision Experience Kaedah Pemeriksaan Mata Canggih

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 216 hits
MOG EYEWEAR 6 in 1 Vision Experience Kaedah Pemeriksaan Mata Canggih Alhamdulillah selesai buat pemeriksaan mata 6 in 1 Vision Experience dengan teknologi canggih di Pavillion Bukit Jalil Keputusan dari 6 in 1 Vision Experience mata mummy s...
Eur Usd Peningkatan Jualan Bagaimana Untuk Berdagang Mata Wang Euro Minggu Ini

Eur Usd Peningkatan Jualan Bagaimana Untuk Berdagang Mata Wang Euro Minggu Ini

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 207 hits
Euro telah jatuh lebih daripada 10 berbanding dolar AS tahun ini Prospek selanjutnya kekal pesimis ramai penganalisis menjangkakan kemerosotan dalam euro yang kini mampu meningkat di atas pariti disebabkan oleh penurunan dolar AS Minggu ini...
Hiburan Bilal Darkweb Kongsi Gaya Tidur Mata Ditutup Bantal Ramai Sindir Neelofa

Hiburan Bilal Darkweb Kongsi Gaya Tidur Mata Ditutup Bantal Ramai Sindir Neelofa

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 261 hits
Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram oleh selebriti terkenal memaparkan anak sulungnya Bilal Menerusi hantaran tersebut Neelofa telah berkongsi sipi sipi wajah anaknya yang sedang ti...
Viral Video Mayat Mumai Kanak Kanak Berusia 300 Tahun Buka Mata

Viral Video Mayat Mumai Kanak Kanak Berusia 300 Tahun Buka Mata

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 246 hits
Percaya atau tidak kanak kanak yang telah meninggal dunia sejak 300 tahun lalu dilapor membuka matanya baru baru ini Menurut portal online thesun co uk kejadian tersebut berlaku apabila seorang pengunjung merakam kejadian itu ketika mengunj...
Ahli Silap Mata Vs Bomoh

Ahli Silap Mata Vs Bomoh

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 242 hits
EZRY FAHMIAhli Silap Mata Vs Bomoh Negara saudara serumpun kita di seberang sekarang sedang heboh pertembungan antara Pesulap Merah bernama Marcel Radhival dengan seorang Dukun bernama Gus Samsudin Pesulap itu bahasa lain bagi ahli silap ma...
Cedera Di Mata Ketika Penggambaran Gyeongseong Creature Han Sohee Terima Rawatan Kecemasan Kini

Cedera Di Mata Ketika Penggambaran Gyeongseong Creature Han Sohee Terima Rawatan Kecemasan Kini

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 203 hits
Ada berita sedih buat peminat Han So hee ARTIKEL BERKAITAN Pada 3 Ogos Han So hee dilaporkan mengalami kecederaan di muka berhampiran matanya ketika melakukan penggambaran Gyeongseong Creature melaporkan bahawa Han So he sedang merakam adeg...
Isterinya Baru Pergi Bapa Tunggal Ini Terpaksa Dukung Anak Kecil Sambil Kerja Berderai Air Mata Tengok

Isterinya Baru Pergi Bapa Tunggal Ini Terpaksa Dukung Anak Kecil Sambil Kerja Berderai Air Mata Tengok

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 348 hits
Anak adalah harta paling berharga buat insan yang bergelar ibu bapa Apabila perkara melibatkan anak selalunya ibubapa sanggup berkorban apa sahaja tanpa mengira penat lelah Tiada ibu bapa yang inginkan anak anaknya hid p dalam s rba kekur n...
Best Dapat Rasa Momen Macam Ni Pelvk Civm Ibu Ayah Saat Tiba Di Tanah Air Perkongsian Alif Satar Buat Air Mata Tumpah

Best Dapat Rasa Momen Macam Ni Pelvk Civm Ibu Ayah Saat Tiba Di Tanah Air Perkongsian Alif Satar Buat Air Mata Tumpah

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 320 hits
Selebriti versatil Alif Satar menzahirkan rasa syukur apabila kedua ibu bapanya selamat pulang ke tanah air selepas selesai menunai ibadah haji di tanah suci Mekah Kepulangan kedua ibu bapanya itu disambut oleh Alif di Lapangan Terbang Anta...
Mata Ada Kan Jangan Main Redah Je Tak Nampak Ke Anak I Wanita Dakwa Sekumpulan Wanita Ini Tiada Adab Tetapi

Mata Ada Kan Jangan Main Redah Je Tak Nampak Ke Anak I Wanita Dakwa Sekumpulan Wanita Ini Tiada Adab Tetapi

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 483 hits
Mata ada kan jangan main redah je Tak nampak ke anak I Wanita dakwa sekumpulan wanita ini tiada adab tetapi Percutian sekumpulan wanita di Kuala Lumpur sedikit terjejas apabila mereka dibebel oleh seorang wanita yang tidak berpuas hati deng...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri

Pernah Makan Ikan Puyu

Ke Pantai Telok Kemang

My K Drama Pilgrimage

Hiburan Kisah Jawab Exam Online Atas Pokok Pernah Tular Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan