Misteri Laluan Rahsia Shell Grotto Di London Yang Sehingga Kini Tiada Siapa Tahu Asal Usul Kewujudannya


Misteri laluan rahsia Shell Grotto di London yang sehingga kini tiada siapa tahu asal-usul kewujudannya
 
Pada tahun 1835, James Newlove telah meminta anak lelakinya, Joshua untuk menggali lubang pada tanah untuk membina sebuah kolam itik. James merupakan pengetua sebuah sekolah lelaki yang terletak di Margate, Kent di United Kingdom.
Bagaimanapun, kehidupan dan karier James berubah dengan serta-merta apabila Joshua mendakwa telah menemui satu laluan rahsia yang dipenuhi dengan butiran mozek daripada cengkerang laut!

Barney Moss/Flickr
Dua beranak ini nampaknya berjaya menemui khazanah misteri yang dinamakan Shell Grotto. Akan tetapi, tiada siapa dapat merungkaikan misteri kewujudannya sehingga ke hari ini. Tiada siapa mengetahui siapa yang membina laluan bawah tanah itu, bila ia dibina mahupun tujuan pembinaannya.
Dalam terowong rahsia ini dipenuhi dengan 4.6 juta cengkerang yang menghiasi dinding dan juga siling. Ianya sungguh unik dan bercirikan simbol-simbol tertentu…

Emőke Dénes/Wikimedia Commons
Adakah terowong ini pernah dijadikan sebagai tempat untuk masyarakat purba bersemayam dan melakukan upacara tertentu? Atau mungkin ianya dijadikan sebagai bilik mesyuarat bagi kumpulan rahsia? Tiada siapa dapat membongkarkan misteri itu.
Sejak James membuka Shell Grotto kepada orang ramai pada tahun 1838, pelbagai teori mula dikemukakan namun tiada satu pun mempunyai bukti mahupun penjelasan kukuh mengenai kewujudannya.

Google Maps
Terletak kira-kira 90 minit dari kota London jika menggunakan pengangkutan keretapi, Shell Grotto terus menjadi tarikan pelancong yang terkenal. Dahulunya ia merupakan sebuah ladang, kini telah berkembang menjadi kawasan jalanraya di bandar.
Shell Grotto kini dimiliki oleh Sarah Vickery yang jatuh cinta dengan keindahan binaan ini ketika mengunjunginya ketika kecil. Justeru, apabila Shell Grotto mahu dijual pada tahun 2001, Sarah terus mengambil keputusan nekad untuk membelinya.

Martin Hearn/Flickr
Jika anda berkunjung ke tempat bersejarah ini, anda akan berpeluang untuk menyaksikan hiasan cengkerang daripada kepah, siput laut, tiram, kerang, siput sedut dan juga siput buluh.
Sejak sekian lama, para pengkaji telah mengemukakan beberapa teori mengenai tujuan pembinaan terowong purba itu. Antaranya seperti tempat upacara pemujaan, gua penyeludup atau mungkin dibina oleh aristokrat pada abad ke-18 sekadar untuk perhiasan.

Ben Sutherland/Flickr
Dalam satu penjelasan terkini oleh Mick Twyman daripada Persatuan Sejarah Margate, beliau merangkumkan bahawa Shell Grotto telah dibina oleh Knights Templar pada abad ke-12 dan ia merupakan sebuah kuil untuk menjalankan upacara Masonic.

Martin Hearn/Flickr
Dalam kajiannya pada tahun 2006 itu turut menyatakan bahawa kubah terbuka itu juga mungkin dibina untuk berfungsi sebagai kalendar solar.
Satu lagi teori dikemukakan oleh Persatuan Arkeologi Kent yang mendakwa Shell Grotto sebagai lombong kapur pada zaman pertengahan. Bagaimanapun menjelang abad ke-17 atau ke-18, lombong ini telah diperluaskan dan dihiasi dengan cengkerang bagi tujuan yang tidak dapat dikenalpasti.
Saksikan video di bawah yang menunjukkan misteri Shell Grotto ini.
Shell Grotto/Youtube
Sumber: Mother Nature Network, Shell Grotto/Youtube
Sumber


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2019/03/misteri-laluan-rahsia-shell-grotto-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 704 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan seklian Yes kalau ada siapa yang dah baca post Maha yang berkaitan dengan korang boleh sambung baca post yang kedua ni pula Sambungan perjalanan Maha di KEP...
Kahwin Apa Itu Raja Sehari Dan Asal Usul Dan Peranan Pengapit Bridesmaids

Kahwin Apa Itu Raja Sehari Dan Asal Usul Dan Peranan Pengapit Bridesmaids

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 446 hits
Pengapit atau Bridesmaid atau Groomsmen dalam sesebuah perkahwinan dianggap wajib ada lebih lebih lagi ia sudah menjadi trend zaman sekarang yang semakin hipster Pengapit atau Bridesmaid ini telah wujud berkurun kurun lamanya dan peranannya...
Syukur The Kampung Boy Kini Bergelar Pelakon

Syukur The Kampung Boy Kini Bergelar Pelakon

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 672 hits
PEMINAT The Kampung Boy Mohd Syukur Khamis 14 berpeluang menonton telefilem raya sulung lakonan remaja itu pada Aidilfitri tidak lama lagi Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin yang juga terkenal dengan julukan Mowgli Malaysia it...
Ibadah Umrah Kini Menjadi Satu Bentuk Trend Melancong

Ibadah Umrah Kini Menjadi Satu Bentuk Trend Melancong

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 380 hits
Hari ini ibadah umrah sudah jadi satu bentuk trend melancong Kerana ramai yang sudah berkemampuan dan pakej umrah yang ditawarkan pula dah semakin murah ia menjadi satu budaya melancong bentuk baru atas nama ibadah umrah Ramai yang mengangg...
Dulu Beliau Dua Kali Koma Dan Bertongkat Kini Pian Cecupak Kembali Ceria Dengan Dlynd Gold Sacha Inchi Seed Oil Softgel

Dulu Beliau Dua Kali Koma Dan Bertongkat Kini Pian Cecupak Kembali Ceria Dengan Dlynd Gold Sacha Inchi Seed Oil Softgel

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 1298 hits
Pasti ramai yang terkejut melihat kelibat pelawak dan pelakon tanahair Pian Cecupak yang kembali ceria tatkala berinteraksi menerusi FB Live dengan peminatnya Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Rahman 49 sebelum ini telah beberapa k...
Pengalaman Buat Teater Waktu Belajar Dan Anak Baru Kini

Pengalaman Buat Teater Waktu Belajar Dan Anak Baru Kini

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 353 hits
Teater Culik yang pernah kami pentaskan di luar kampus sewaktu belajar Ringkasan Shakespeare ialah pementasan kami yang sering mendapat sambutan hangat Dipentaskan sebanyak lima siri pementasan Waktu aku belajar dahulu membuat persembahan t...
6 Wajah Terbaru Pelakon Kanak Kanak Popular Yang Kini Sudah Dewasa No 1 Memang Berubah Sakan

6 Wajah Terbaru Pelakon Kanak Kanak Popular Yang Kini Sudah Dewasa No 1 Memang Berubah Sakan

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 384 hits
Rasanya tak lengkap industri seni di negara kita ini tanpa bakat cilik daripada pelakon atau penyanyi kanak kanak Senarai enam pelakon kanak kanak popular yang kini sudah meningkat dewasa 1 Fara Nadiah Mungkin nama Fara Nadiah ini tidak beg...
Prk Semenyih Konspirasi Suratan Atau Kebetulan Karier Politik Pakatan Harapan Kini Di Bucu Meja Utama

Prk Semenyih Konspirasi Suratan Atau Kebetulan Karier Politik Pakatan Harapan Kini Di Bucu Meja Utama

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 456 hits
Ribut melanda ikatan dalam Pakatan Harapan sudah bocor dihidu ramai namun sebagaimana lazim perkara tersebut tetap dinafikan pemimpin PH Tuding menuding atas kesilapan keputusan Siapa Meluluskan sudah bermain di permukaan sejak penamaan cal...
Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Patut Tak Boleh Daftar

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Welcome 2024

Akhirnya Berjaya Cara Betulkan Kalendar Hijrah Ramadan Di Iphone Untuk Tahun 2024

Pengalaman Masuk Hospital Kpj

Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo