Menjejak Warisan Asal Usul Melayu Di Pulau Lingga Kepulauan Riau


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan seklian. Yes kalau ada siapa yang dah baca post Maha yang berkaitan dengan Desa Batu Berlubang Kepulauan Riau korang boleh sambung baca post yang kedua ni pula. Sambungan perjalanan Maha di KEPRI ini untuk menjejaki pula asal usul Bahasa Melayu dan Kesultanan Melayu. Orang Melayu kalau nak tahu sejarah dan juga bagaimana perkembangan Melayu di nusantara ini kena datang ker Pulau Lingga ini



Cuma nak bagi tahu sikit kalau sapa nak pergi ke Pulau Lingga ini korang boleh naik feri daripada Jeti Batam Centre. Satu hari tak silap Maha ada hanya ada satu perjalanan feri sahaja yang pergi ke pulau ini dan harga hanya RM80 atau Rp255,000 sehala. Perjalanan feri ni lebih kurang 5 hingga 6 jam tengok pada keadaan cuaca dan laut. Walaupun jauh tapi ia akan memberi korang satu pengalaman yang sangat menyeronokan

Air Terjun Resun
Tapi Maha hari tu bukan dari Batam tapi kami dari Desa Batu Berlubang jadi tak jauh perjelanan nak ker Pulau Lingga ni. Kat sini pengembaraan kami lagi sangat mengujakan kerana kami akan melalui laluan menaiki boat dan juga laluan darat bertanah merah dan dikelilingi hutan. Sesampai sahaja kat Pelabuhan Domestik Sungai Tenam Lingga dan kami menaiki bas yang disediakan untuk meneruskan perjalanan ke Air Terjun Resun yang paling sejuk





Lebih kurang sejam perjalanan bas kami akhirnya kami sampai ke air terjun. Memang sangat teruja ada kat sini kerana air terjun ini masih cantik dan terpelihara. Air terjun ini sangat sejuk kalau korang mandi. Maha mandi kat sini kerana nak merasai kesejukan dan melihat kejernihan air terjun ini. Air terjun ini mempunyai cerun 45 darjah sehingga air tidak melompat terus ke bawah tetapi mengalir di dinding landasan. 


Puas mandi walaupun sekejap tapi masa kami datang ni musim kemarau jadi air tak berapa banyak tapi masih boleh mandi dengan tenang dan nyaman. Orang kata air terjun ini boleh terus minum begitu sahaja kerana ia masih terpelihara dan terjaga kesegarannya. Lepas hampir sejam mandi kami terus begerak ke hotel untuk penginapan kami malam ini. 
Pekan Pancur
Malam itu kami akan menginap di sebuah pekan kecil yang begitu unik kerana pekan ini kalau di lihat sepertu berada di atas air. Ini kerana ia adalah pekan di muara laut sangat menarik dan sesuai untuk melihat matahari terbenam. Kat sini penduduk mereka terdiri daripada campuran masyarakat Melayu dan Cina. Pekan ini hanya boleh dimasuki dengan kenderaan motor sahaja kalau kereta pun sampai kat kawasan tepi jalan. 






Kemudian kena jalan kaki untuk masuk ke kawasan hotel yang kami menginap ini. Kawasan ini walaupun ia adalah pekan kecil tapi penduduk meriah sehingga waktu malam. Ini kerana kami sampai kat pekan tu penduduk tengah membuat sambutan Tahun Baru Imlek atau kita panggil Tahun Baru Cina. Kami merehatkan diri semalam di sini kerana esok masih jauh perjalanan kami untuk terus mencari sejarah kemelayuan di Pulau Lingga ini

Gunung Daik Bercabang Tiga
Pagi tu kami bangun awal sarapan dan berkemas semua barang untuk begerak menaiki boat laju menyulusuri sungai yang ada banyak buaya kata mereka. Dalam hati ada rasa seram sebab sekali sekala nampak kelibat sang bedal tu tapi mereka tidak ganggu kami. Perjalanan tak lama hanya 30minit sahaja dan kami sampai ke Tambatan Perahu Desa Resun. Dari situ kami naik lagi bas untuk ke sebuah muzium yang popular di sini


Lebih kurang 40 minit perjalanan bas kami sampai ke Muzium Lingga Linggam Cahaya. Nama Linggam Cahaya diambil dari kata Linggam yang membawa maksud batu berwarna merah dan cahaya bererti sinar. Di dalam muzium inilah kita boleh tengok dan juga mengetahui lebih banyak tinggalan sejarah asal usul kesultanan Melayu Lingga. Banyak artifak dengan berbagai bentuk, ukuran, motif, dan relief dipamerkan di sini. 


Kat sini juga kita boleh melihat bagaimana kronologi dan urutan sejarah Kesultanan Melayu Lingga. Kita ketahui sejarah pentadbiran Riau-Lingga-Johor-Pahang kerana ia adalah dibawah jajahan mereka dan kat situ dapat lihat banyak tinggalan dan koleksi foto yang masih kekal ada. Semua memberi tahu kita bahawa asal orang Melayu dan juga Bahasa Melayu bekembang pesat dan maju bermula di sini. 





Juga terdapat koleksi rangka binatang yang unik dan menarik tidak pernah kita lihat kat tempat lain juga di pamerkan di sini. Maha dapat belajar banyak juga tentang Melayu serta sejahrah yang kita tidak pernah ketahui di sini. Lama juga kami berada di sini untuk sesi bergambar dan mengenali sejarah Melayu. 

Kat Muzium ini juga kita boleh lihat dengan jelas Gunung Daik yang kita ketahui melalui pantun Melayu Lama. Ada juga mitos tentang gunung ini kalau kita baca pada pantu itu menyatakan bahawa Gunung Daik Bercabang Tiga. Tapi bila Maha lihat gunung ni hanya bercabang dua sahaja. Banyak cerita motis tentang cabang yang ketiga dikaitkan dengan kisah sedih seorang puteri raja dan juga kejadian pelanggaran kapal terbang pada cabang ketiga tersebut. 
Situs Istana Damnah
Satu lagi tinggalan sejarah yang menceritakan tentang kehebatan Kesultanan Melayu Lingga. Kali ini tak jauh daripada muzium tu kami pergi ke tapak tinggal istana lama kesultanan Melayu Lingga yang dikenali sebagai Istana Damnah. Dalam catatan ada menyebutkan Istana Damnah dibangunkan pada tahun 1860 di zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alamsyah II (1857-1883). Bentuk bangunan istana ini seperti panggung dengan dua buah pintu masuk dan empat buah tiang penyangga yang terbuat dari beton. 




Depan istana ini terletaknya Balairung Seri yang mana ia adalah tempat untuk kunjungan dan juga mesyuarat atau pertemuan-petemuan penting raja-raja dahulu kala. Besar juga istana ini kalau dilihat daripada tinggal yang ada. Bagi menampakkan sendiri bagaimana rupa bentuk istana ini. Kerajaan Indonesia telah membangunan replika Istana Damnah di sebelah tapak tinggalan istana ini. 


Cuma mungkin warna dan juga ukiran yang ada agak sedikit berbeza daripada istana asal cuma bentuk dan saiz adalah sama. Replika muzium ini bukan sahaja untuk gambaran tetapi juga ia dijadikan lokasi untuk sebarang aktiviti keraian masyarakat setempat. Jadi memang ia digunakan menjadi sangat berfungsi. 



Tak jauh juga daripada tapak replika istana ini terdapat satu kawasan air sungai yang menjadi lokasi dimana raja-raja dulu memandikan kuda-kudan mereka. Kawasan ini dikenali sebagai Lubuk Papan yang airnya masih jenih dan sejuk. Air sungai ini masih mengalir dan ia dikatakan daripada air puncak gunung Daik. Menurut orang tempatan air sungai ini boleh diminum begitu sahaja kerana masih terpelihara dan tidak tercemar. 



Maka berakhir satu hari perjalanan kami kat Pulau Lingga ini memang menarik dan banyak tinggalan sejarah yang ada kat sini. Kata orang sini kalau orang Melayu yang datang melawat pulau ini seperti orang Melayu pulang ke kampung asal mereka. Ohh lupa nak cite hari tu kami makan tengahari kat sebuah restoran menarik iaitu Warung Fiska. Kat sini menyajikan kami makanan tradisi kat sini dan semua makanan enak-enak belaka




Lepas tu kami ke hotel baru penginapan kami iaitu di Pekan Daik. Kat Lingga Pesona Hotel ni baru kami dapat merasai ada sambungan internet untuk berhubung dengan orang luar. Memang seram juga beberapa hari tak ada hubungan luar tak dapat nak kongsi dengan korang tentang gambar menarik. tapi korang boleh tengok sendiri gambar Maha up kat post ini




Keesokkan harinya pula kami berangkat seawal pagi nak pergi pelabuhan jeti nak belepas ke Batam dan pulang ke Malaysia. Tetap rasa rindu kepada Lingga Kepulauan Riau ini kerana banyak tempat menarik dan cantik. Selain itu juga, ada banyak tinggalan sejarah yang boleh kita kaji dan ketahui semua tentang sejarah Melayu. Kalau korang nak datang sini boleh berhubung Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga, Bapak Raja Fahrurazi dengan whatsap +62 0811 7011 961. Beliau akan membantu bagaimana nak datang dan mendapatkan kemudahan yang ada di sini. Selamat bercuti semua. 
Jutaan terima kasih kepada :Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga, Bapak Raja FahruraziDinas Pariwisata, Kepemudaan Dan Olahraga Kabupaten Lingga
    





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2019/02/menjejak-warisan-asal-usul-melayu-di-pulau-lingga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lingga Trip Menjejak Milky Way Di Pulau Batu Belubang

Lingga Trip Menjejak Milky Way Di Pulau Batu Belubang

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 788 hits
Our Lingga trip bermula di Batam Kami sampai awal sehari mengikut jadual awal yang diberi Nak tukar dah tak boleh kerana waktu tu high season cuti raya Cina Jadi sempatlah kami berjalan jalan sekejap Masa setengah hari yang ada tu kami jala...
Menyaksikan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga Di Desa Batu Berlubang Kepulauan Riau

Menyaksikan Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga Di Desa Batu Berlubang Kepulauan Riau

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 580 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan seklian Dah lama kot Maha tak pergi mengembara keluar negara sejak dua menjak ni Sibuk dengan kerja dan juga aktiviti berblog Tapi Alhamdulillah awal tahun ...
Melayu Di Lingga Menutup Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019 Penuh Tradisi

Melayu Di Lingga Menutup Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019 Penuh Tradisi

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 727 hits
Nongsa Neptune Regatta 2019 kali keempat telah berlansung selama lapan hari bermula 1 hingga 8 Februari lalu Bermula dan berakhir di Nongsa Point Marina yang hanya 11km dari Singapura acara lumba layar ini berlansung sepenuhnya di perairan ...
Asal Usul Dan Perjalanan Melanau

Asal Usul Dan Perjalanan Melanau

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 759 hits
Melanau mendiami Gua Niah dan seterusnya bergerak dan membuat penempatan ke pesisir Sarawak Mereka kemudian ada yang bergerak ke kawasan yang lebih hulu sehingga ke Kapit Kebanyakannya bergerak sehingga Santubong Melanau yang tinggal di San...
Penerokaan Bumi Bersejarah Melayu Lingga

Penerokaan Bumi Bersejarah Melayu Lingga

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 535 hits
Memandngkan ramai yang tak sabar nak tahu kisah selanjutnya perjalanan kami di Kepulauan Riau ni jom saya sambung penulisan saya Selepas sahaja selesai acara di Desa Batu Berlobang kami telah meneruskan perjalanan kami ke Lingga Tujuan pene...
Kahwin Apa Itu Raja Sehari Dan Asal Usul Dan Peranan Pengapit Bridesmaids

Kahwin Apa Itu Raja Sehari Dan Asal Usul Dan Peranan Pengapit Bridesmaids

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 511 hits
Pengapit atau Bridesmaid atau Groomsmen dalam sesebuah perkahwinan dianggap wajib ada lebih lebih lagi ia sudah menjadi trend zaman sekarang yang semakin hipster Pengapit atau Bridesmaid ini telah wujud berkurun kurun lamanya dan peranannya...
Dibungkus Teh Aksara China Sabu 8 Kg Asal Malaysia Gagal Beredar Di Riau

Dibungkus Teh Aksara China Sabu 8 Kg Asal Malaysia Gagal Beredar Di Riau

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 334 hits
Modusnya sabu itu dibungkus dalam bungkus teh aksara China Masing masing seberat satu kilogram Para kurir diupah untuk membawa sabu itu pemesan Namun aksi mereka terlebih dahulu digagalkan polisi
Kecoh Apabila Netizen Kongsikan Penduduk Melayu Pulau Pinang Di Halau Keluar Dari Tanah Wakaf

Kecoh Apabila Netizen Kongsikan Penduduk Melayu Pulau Pinang Di Halau Keluar Dari Tanah Wakaf

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 420 hits
Tak sampai setahun memerintah akhirnya Kerajaan PH telah menunjukkan taring sebenar Kecoh Apabila Netizen Kongsikan Penduduk Melayu Pulau Pinang Di Halau Keluar Dari Tanah Wakaf
Pengalaman Di Desa Batu Berlobang Riau Untuk Acara Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga

Pengalaman Di Desa Batu Berlobang Riau Untuk Acara Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 545 hits
Saya pernah berkongsi dengan kalian pengalaman saya pertama kali ke bumi Batam Indonesia di blog berkenaan dengan acara besar Kali ini saya kembali lagi ke Batam buat kali ke dua untuk satu lagi acara hebat bertaraf dunia Apapon Batam bukan...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids