Syukur The Kampung Boy Kini Bergelar Pelakon


PEMINAT ‘The Kampung Boy’, Mohd Syukur Khamis, 14, berpeluang menonton telefilem raya sulung lakonan remaja itu pada Aidilfitri tidak lama lagi.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin yang juga terkenal dengan julukan ‘Mowgli Malaysia’ itu memegang watak utama dalam telefilem bertajuk Raya Di Hujung Tanduk sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Dia digandingkan dengan beberapa pelakon lain, termasuk Delimawati Ismail, yang terkenal dengan watak Hantu Kak Limah menerusi Filem Hantu Kak Limah dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Mohd Syukur berkata, dia sangat seronok menjalani penggambaran telefilem itu yang memberi pengalaman baharu kepadanya.
“Walaupun hanya dua hari penggambaran dijalankan, namun ia sangat meletihkan kerana saya tidak biasa dengan proses itu.
“Paling mencabar ketika proses menghafal dialog, selain perlu menghayati watak yang sentiasa bermain dengan emosi.
“Telefilem raya itu berkisarkan kasih sayang saya terhadap kerbau yang dipelihara dan mempunyai banyak adegan yang membabitkan perasaan dan emosi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Mohd Syukur berkata, pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang proses penggambaran itu adalah ketika diminta melakonkan adegan marah.
“Saya mengeluarkan dialog marah, tetapi mimik muka saya seolah-olah sedang bergembira sehingga membuatkan semua kru produksi ketawa.
“Banyak kali juga adegan itu terpaksa diulang, namun akhirnya saya berjaya memenuhi kehendak pengarah.
“Sepanjang penggambaran, saya tidak tertekan kerana semua kru produksi termasuk pelakon berpengalaman, terutama Delimawati sentiasa memberi dorongan,” katanya.
Menurutnya, dia tidak sabar untuk menyaksikan hasil lakonannya itu dan menantikan reaksi penonton.
“Difahamkan telefilem itu akan disiarkan pada Aidilfitri ini, tetapi tidak pasti pada hari raya yang ke berapa.
“Saya harap semua penonton terhibur dan memberi respons yang positif,” katanya.
Sementara itu, abangnya, Muhamad Alias, 29, Kampung Banggol Katong berkata, penggambaran telefilem raya itu dijalankan pada Jumaat dan Sabtu baru-baru ini.

“Produksi telefilem itu sengaja menjalankan penggambaran itu pada hari cuti kerana tidak ingin mengganggu sesi persekolahan Mohd Syukur.
“Saya dan keluarga berasa bertuah kerana berpeluang melihat sesi penggambaran telefilem itu selain dapat menumpang gembira untuk Mohd Syukur.
“Sepanjang penggambaran itu, Mohd Syukur berusaha memberi yang terbaik dan cepat belajar menyebabkan penggambaran berjalan lancar,” katanya.
Muhamad Alias berkata, Mohd Syukur turut menerima tawaran drama berepisod, tetapi masih dalam proses perbincangan selain menjalani penggambaran bersama Majalah 3.
Katanya, Mohd Syukur turut dijadualkan menemui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Kuala Ibai jam 4 petang esok sempena lawatan pemimpin itu ke negeri ini.


Sumber: cempedakcheese.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/02/syukur-kampung-boy-kini-bergelar-pelakon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Wajah Terbaru Pelakon Kanak Kanak Popular Yang Kini Sudah Dewasa No 1 Memang Berubah Sakan

6 Wajah Terbaru Pelakon Kanak Kanak Popular Yang Kini Sudah Dewasa No 1 Memang Berubah Sakan

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 513 hits
Rasanya tak lengkap industri seni di negara kita ini tanpa bakat cilik daripada pelakon atau penyanyi kanak kanak Senarai enam pelakon kanak kanak popular yang kini sudah meningkat dewasa 1 Fara Nadiah Mungkin nama Fara Nadiah ini tidak beg...
Ijazah Ini Hadiah Buat Ayah Saya Anak Gadis Allahyarham Mr Os Kini Bergelar Doktor

Ijazah Ini Hadiah Buat Ayah Saya Anak Gadis Allahyarham Mr Os Kini Bergelar Doktor

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 2261 hits
Anak kepada pelawak terkenal Allahyarham Mr Os atau Mohd Yusof Abdul Hamid iaitu Syafiqa Hayra 26 berjaya menamatkan pengajiannya pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan Berkata kepada Harian Metro baru baru ini Syafiqa memberitahu bah...
Anak Gadis Arwah Mr Os Cipta Kejayaan Membanggakan Di Mesir Kini Bergelar Seorang Doktor

Anak Gadis Arwah Mr Os Cipta Kejayaan Membanggakan Di Mesir Kini Bergelar Seorang Doktor

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 710 hits
Siapa sahaja yang tidak mengenali pelawak terkenal tanah air iaitu Mr Os yang pernah menggegarkan industri hiburan negara dengan lawak jenaka menghiburkan Bagaimanapun allahyarham Mr Os telah pergi menemui pencipta Nya pada bulan April tahu...
Mantooppss Anak Kampung Jimmy Palikat Versi K A M I

Mantooppss Anak Kampung Jimmy Palikat Versi K A M I

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 625 hits
Annyeong Haseyo Gwiyomi Korang ape kabar dah tengok citer Heartstring tak Awal bulan April ada la jugak Jess layan korean drama ni Best sangat2 Siap menangis lagi sobsobsob T T Okay Sebenarnya Jess nak update pasal kelas Jess yang bertungku...
Gara Gara Fed Up Jalan Berlubang Penduduk Kampung Ini Protes Dengan Cara Kreatif

Gara Gara Fed Up Jalan Berlubang Penduduk Kampung Ini Protes Dengan Cara Kreatif

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 351 hits
Gara Gara Fed Up Jalan Berlubang Penduduk Kampung Ini Protes Dengan Cara Kreatif Februari tahun lepas Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah mempunyai cara kreatif dengan berdoa di depan jalan berlubang...
Masih Ingat Tragedi Kampung Tanduo Selepas Hampir 6 Tahun Komando Ini Dedah Kejadian Sebenar

Masih Ingat Tragedi Kampung Tanduo Selepas Hampir 6 Tahun Komando Ini Dedah Kejadian Sebenar

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 593 hits
Melihat seorang daripada anggota yang berdiri di sebelah kiri terpelanting ke belakang akibat terkena tembakan peluru di bahu kiri nyawa bekas Ketua Sektor Delta dalam trag3di berdarah Kampung Tanduo Lahad Datu Sabah bagaikan di hujung tand...
Atasi Persoalan Kesehatan Warga Jakarta Politisi Pdip Ini Kampanyekan Kampung Sehat

Atasi Persoalan Kesehatan Warga Jakarta Politisi Pdip Ini Kampanyekan Kampung Sehat

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 389 hits
Persoalan kesehatan dinilai masih banyak dihadapi oleh warga DKI Jakarta Politikus Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan Achmad Rusli Arsyad berencana untuk membuat kampung sehat untuk mengatasi persoalan warga Ibu Kota tersebut
Bila Kawan Ko Datang Bercuti Di Kelantan Tapi Ko Balik Kampung

Bila Kawan Ko Datang Bercuti Di Kelantan Tapi Ko Balik Kampung

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 738 hits
Assalamaualaikum Panjangkan tajuk entry Cik Nor kali ni haha Kasi orang bosan baca tajuk pulak kali Biasa tajuk pendek jer korang jeling dengan ekor mata pun dah habis baca Eh ye ke Pandai pandai jer Cik Nor meneka hati hati korang kan Kisa...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun