Misi Makeover Bilik Sewa


Salam to all readers,

Selamat Hari Raya guys! Harini aku baru nak start puasa 6, mana-mana dah habis tu, selamat hari raya. Hopefully boleh bertahan sampai Jumaat ini. Aku pun dah start masuk office semula since PM benarkan pergi kerja. Aku just nak share dengan hampa semua aku dah ubah suai sikit keadaan bilik yang aku menyewa ini. Bilik aku sewa share 3 orang sebenarnya, masing-masing memang sekepala so senang sikit nak ubah sikit. Memandangkan, sorang roomate aku nak pindah keluar duduk dengan suami, aku dan sorang lagi decide duduk berdua sahaja. Tapi bayar harga bilik sama, tuan rumah pun dah maklum dia kata okay je

Kami dua apa lagi, susun baik punya rencana, memandangkan yang lain belum balik KL, kami order katil dekat Shopee, aku memang dah ada tilam, just beli katil sahaja jadi selesa sikitlah. So, semalam Sabtu pagi kami berdua ke MyTown Cheras, misinya untuk ke terjah Kaison untuk cari carpet dan juga cermin. Jom tengok apa kiteorang borong. Oops, kami dua ambil LRT sahaja pergi Mytown memandangkan dua-dua tak ada kenderaan sendiri. Jangan lupa jaga jarak anda. Mostly, retail dalam mall dah buka seperti biasa, orang ramai juga datang cuma yang membezakannya orang sekarang datang dengan penutup mulut, jarak naik escalator pun  dua tangga dari orang seterusnya. Its okay for new norm. Boleh pupuk amalam jaga kebersihan diri

Kalau ke Mytown kena turun LRT Pasar Seni, tukar naik MRT turun Cochrane. Semalam ke MyTown memang misi ke Kaison and then balik, tak masuk pun IKEA sebab aku pasti sana memang penuh orang, semalam outlet Adidas, Body Bath orang beratur panjang kejar sales. Nasib, Kaison tak berapa ramai orang. Seperti biasa, setiap kali nak masuk mana-mana kedai, kena ambil suhu / scan bar code, ataupun isi nama, no phone dalam buku disediakan. Make sure bawa pen sendiri, pen yang disediakan dah banyak orang pegang-pegang jadi was-was nak guna. I so takuttt.

Ini entrance nak masuk ke MyTown, sila beratur mengikut line disediakan okay! Naik public transport lagilah kena berhati-hati, balik jangan lupa terus mandi

Here we go! Tak tunggu lama mana pun, kami gerak dari rumah around 10.30am macam tu, 11.00am dah sampai pergi makan jap dekat foodcourt baru borong barang dekat Kaison. Follow the flow if korang nak jalan-jalan dalam mall okay. Sebabkan kami pergi balik naik LRT, lepas beli terus balik nak masuk kedai lain macam tak terlarat nak angkut barang dah penuh dekat tangan. Kami shopping bukan beli in bulk, belilah sikit-sikit. Boleh dikatakan rumah aku sewa ini memang kosong habis, tuan rumah just provide peti ais, kira sehelai sepinggang. So bila dah kerja, nak duduk selesa sikit kenalah invest sikit-sikit. Duduk pakat-pakat dengan yang lain kongsi duit, beli barang. Nama pun duduk menyewa sama-samalah menolong each others. Walaupun ada sorang memang tak boleh control perangainya. Persetankan, make sure tuan rumah tahu kita buat apa. 


Aku rasa bersyukur gila, since aku belajar dekat UniKL, intern dekat Kuala Lumpur sampailah kerja dekat Kuala Lumpur aku didampingi dengan orang-orang yang baik, terutama roomate/housemate yang okay. Ada gak yang tak okay tapi tu aku tolak tepi malas nak cakap. Yang penting roomate aku memang okay. Aku hargai sangat-sangat jasa korang. Siapa yang pernah duduk serumah, sebantal dengan aku memang dah imun dengan rutin aku. Pernah bercadang nak cari bilik sewa single, tapi takut tidur sorang-sorang. hahha...Nak taknak kena ada orang dekat sebelah

Ada juga yang perlekehkan orang duduk menyewa, kenapa nak hias cantik-cantik, bukan rumah sendiri pun. Buat perhabis duit je, pergi kerja balik kerja (balik rumah tidur je). Takyahlah nak membazir duit, boleh saving tempat lain

Pada aku, tak kisahlah rumah sewa mahupun rumah sendiri, kenalah hias cantik-cantik (tak cantik at least bersih pun dah memadai). Why? Kita dah cukup penat pergi kerja, hujung minggu dah letih pasti duduk rumah, stress kerja lagi, at least bilik rumah keadaan rumah tu biarlah molek. Otak tak serabut, sedikit sebanyak masalah boleh jadi hilang bila balik rumah. Cuba kau pergi kerja, kena marah dengan boss dah stress, balik rumah, bilik bersepah, tak teratur. Makin serabut otak kau. Jadi, biar kita happy kan diri sendiri. Aku bab mengemas no. 1. 
Misi masuk Kaison just nak cari karpet dan juga cermin. Tak banyak pilihan pun karpet dekat Kaison My Town, stock tak sampai lagi maybe. Just grab mana yang ada. Kiteorang decide beli dua 1 (kecik), 1 (besar). Dulu letak tikar getak (corak budak-budak tu tapi aku tak suka nahh...Cadangnya lepas beli barang dekat Kaison ingat nak pergi groceries, alih-alih masing-masing tak larat nak mengangkut ke hulu ke hilir, balik terus. Orang perati je kami dua mengangkut barang. Nasib baik mulut tutup taklah segan mana

Muka dah letih mengangkut barang naik MRT. Ingat nak naik grab macam malas. Dia tak berat mana pun cuma barang tu nampak besar je. Balik tu, masing-masing bertukang kemas bilik, sapu sampah, mop lantai dah kering baru pasang karpet. Katil kami dah buka siap-siap sebelum keluar rumah pagi tu

See, inilah rupa bilik kami, tidur berlapikkan toto. Aku dah terbiasa since mengaji dekat UniKL. last year aku beli tilam tebal sikit bila dah start sakit belakang. Then, bila decide nak duduk berdua pula, baru decide beli katil. Malam tadi rasmi tidur atas katil maigadd nikmatnya tak boleh nak cakap. Rasa duduk atas katil rumah Klang

Kiteorang duduk bilik master (tapi berapa master pun, sebab kecik nasib baik ada bilik air dalam bilik). Masing-masing ada sifat common sense, gilir-gilir cuci bilik air. kemas bilik. Bila aku cuci kipas, yang lain cuci bilik air, mop lantai. Yang tiada common sense ini yang sakit. Nak cari rumah lain dah malas dah, cantikkan jerlah kediaman sekarang. Aku text roomate sorang lagi, minta kebenaran untuk keluarkan almari baju dia. sebab aku nak letak baju aku. Rasa jahat gila pula, cadangnya dia nak balik kemas Jumaat, tak jadi tunggu esok pula katanya. Sebab weekend je aku free, weekdays aku dah masuk kerja. Alih-alih tengah kemas, baik kemas teruskan

Rumah atau bilik sewa dekat KL ini memang berlambak, okay dengan tidak je. Aku tak puas hati tengok iklan rumah sewa lelaki cantik-cantik dan harganya jauh lebih murah dari rumah sewa perempuan. Why? Kalau nak cari bilik sewa, better pergi tengok rumah tu dulu jangan main bayar deposit. Sebelum aku decide menyewa dekat rumah ini. Aku ada pergi beberapa rumah sewa lain tengok keadaan persekitaran, maigadd nak nangis weyh. Sebaik aku pergi tengok, sorang memang kerja dari rumah (tapi keadaan dalam rumah masyaallah rasa tak boleh bernafas, baru tengok tengok ruang tamu, bilik air dia tak boleh nak cakap). Sebaik tak masuk, kalau tak boleh demam seminggu aku dibuatnya. Diam tak diam nak masuk 3 tahun aku stay dekat rumah ini. Roomate aku pun dah bertukar-tukar, masing-masing keluar sebab nak jadi bini orang. Aku kalau keluar maybe tittle single lagi. Shittt..


Tips susun atur keadaan bilik (untuk 2 orang);

1) Cari sudut mana nak kemas dulu, alihkan barang besar-besar ke sudut yang tak kemas lagi.
2) Sapu sampah, mop lantai (dah kering, kemudian pasang katil bentuk L, kami decide buat kaki bertemu kaki). Kalau kepala bertemu kepala, sorang lagi kata nanti nampak dia text dengan kawan dia. hahaha..
3) Alihkan rak baju masing-masing ke sudut yang lebih sistematik
4) Biarkan ruangan tingkap tu kosong tanpa sebarang perabot.
5) Cermin kami letak dekat tepi bilik air (meja pink tu memang aku punya so gunanya barang yang ada)
6) Tinggal nak beli penyangkut letak kain sebahnyang sahaja
7) Karpet merah kami bentang dekat depan katil, mana tahu if ada member atau mak nak datang tumpang tidur bolehlah duduk atas karpet selesa sikit. Tempat sembahyang dekat karpet cerah sana tu.

Settle!

Bilik rasa lebih luas lagi, bila atur macam ini. Dah penat berkemas, mandi siap-siap balik pergi Aeon Mid Valley cari barang dapur. Barang nak masak dah habis. Settle masalah bilik, tinggal nak buat kunci bilik sahaja lepas ini

Takpelah, invest sikit untuk keselesaan diri sendiri juga. Hopefully, lepas ini rezeki lebih bertambah berlipat kali ganda hendaknya. Amin. Ruang tamu, dah ada meja makan kami beli haritu. Member sorang lagi kata dah beli pembalut meja dan juga rak nak letak barang masing-masing.Slow-slow, kalau ada rezeki boleh beli tv pula letak dekat depan. Hujung minggu boleh lepak dekat ruang tamu. Angan-angan dulu mana tahu jadi kenyataan. Tak semuanya indah macam sinetron akasia dekat tv3, bujang duduk rumah condo. 
Tak adalah ubah drastik sangat, susun atur barang semula bagi nampak kemas dan luas sahaja. Lepas ini balik rumah sewa taklah rasa kecewa sangat.. Ya dak

Tips duduk menyewa bilik/rumah:
1) Jaga harta benda sendiri (barang berharga simpan elok-elok)2) Belajar beradap, tolong menolong antara satu sama lain. Memang benar kita menyewa bilik sahaja, tapi ruangan dapur toilet, ruang tamu, peti sejuk guna bersama. If dah masak, rajin-rajinlah lap minyak dah tumpah, lap dapur, toilet gilir-gilirlah cuci, dah nampak orang tu cuci minggu ini, ambillah inisiatif untuk cuci for next day nya. Peti sejuk, janganlah monopoli macam peti BAPAK kau punya peti. Kalau memang overcook, rajin-rajin tengok barang korang beli tu dalam peti tu, elok ke tak, kalau tak elok pergi buang, bukan perap sampai dah berkulat tak reti nak buang. 3) Bahagian mesin basuh pasti penuh dengan rambut, dah guna silalah kutip rambut masing-masing buang dalam tong sampah4) Sampah, make sure buanglah (if dah ada jadual gilir-gilirlah buang). Janganlah sampai keluar ulat baru nak buang. Geli kot
5) Jangan berkira!!  Aku tak boleh tolerate dengan orang berkira, tak kisahlah kau tua ke muda. Duduk sama-sama, kalau orang minta modal sikit nak beli barang hulurlah sikit. Boleh pakai bersama. If rasa semua tak kena di mata, pintu tu terbuka luas, tak payah duduk menyewa dengan orang. Pergi duduk sensorang
6) Buat baik dan kenal housemate korang, sebab kita jauh dengan family, sakit pening apa semua yang tahu orang dalam rumah kita. Jadi, sama-sama tolong each other. 

Panjang pula entry kali ini, apa-apa pun enjoy your weekend okay! Selamat berpuasa siapa yang sedang berpuasa 6

Thank you for reading



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://miss-azwarsyuhada.blogspot.com/2020/05/misi-makeover-bilik-sewa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Misi Mencari Rumah Sewa Di Pulau Pinang

Misi Mencari Rumah Sewa Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 485 hits
Sambungan kisah dari catatan saya sebelum ini Disebabkan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan tak dapatlah kami mencari rumah secara kebiasaannya Apa yang boleh kami buat dari kejauhan hanyalah mencari di internet Kami tetapkan ciri ciri se...
Raya Kedua Misi Cat Bilik Ala Ala Minimalist

Raya Kedua Misi Cat Bilik Ala Ala Minimalist

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 389 hits
Raya Kedua Misi Cat Bilik Ala Ala Minimalist Hai korang selamat hari aidilfitri semua Mana yang tak dapat pulang ke kampung jangan bersedih okay boleh facetime dengan keluarga via whatsapp or video call Tahun ini punya raya betul betul lain...
Bangsar Sewa Banglo Anjur Parti Dadah

Bangsar Sewa Banglo Anjur Parti Dadah

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 415 hits
Seramai 39 individu termasuk 9 wanita warga Vietnam ditahan dalam serbuan parti liar dadah di Bangsar Kuala Lumpur pagi tadi Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin Hilmi berkata serbuan dibuat pada 1 15...
Idea Hias Dapur Bajet Rumah Sewa Tanpa Kabinet Bagi Peminat Pink

Idea Hias Dapur Bajet Rumah Sewa Tanpa Kabinet Bagi Peminat Pink

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 2081 hits
Assalamualaikum Hi Semua Sumber gambar Ikea Lama tak update blog Sememangnya memang malas Hahaha Kebelakangan ni kalau berblogging pun banyak lah menulis benda yang Nadhie minat atau yang penting penting sahaja Itu sahajalah motivations unt...
30 Idea Dekorasi Cantik Katil Bertingkat Untuk Bilik Tidur Anak Bagi Ruang Bilik Kecil

30 Idea Dekorasi Cantik Katil Bertingkat Untuk Bilik Tidur Anak Bagi Ruang Bilik Kecil

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 3642 hits
hi there menariknya idea bilik tidur menggunakan katil bertingkat bagi ruang bilik yang kecil Ianya bukan sahaja jimat ruang tetapi boleh memuatkan beberapa orang anak di dalam satu bilik yang kecil Kerana rumah kami hanya ada dua bilik sah...
Comment On Harga Sewa Bus Semarang Ranggawarsita Tour Tahun 2020 By Syafiq Salman

Comment On Harga Sewa Bus Semarang Ranggawarsita Tour Tahun 2020 By Syafiq Salman

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 381 hits
Wow area kerjanya luas juga yah sampai kampungku juga di Brebes Btw termasuk murah tuh kalau sewa Avanza Rp250K hari di tempat saya dulu sudah 300K Mantap bisa jadi alternatif nih kalau nanti bisa pulkam lagi
Langsir Rumah Sewa

Langsir Rumah Sewa

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 770 hits
Pasang Langsir Rumah Sewa Sekarang ni kan katanya kita dah boleh keluar beriadah luar rumah kan Kiranya bolehlah kan nak bersenam kat taman Ke yang boleh sebenarnya beriadah luar pagar rumah sendiri je taman awam tak boleh Sebab pagi Sabtu ...
8 Jenis Pokok Agen Relaxing Untuk Bilik Supaya Tidur Lena Nak Buat Hiasan Raya Pun Boleh

8 Jenis Pokok Agen Relaxing Untuk Bilik Supaya Tidur Lena Nak Buat Hiasan Raya Pun Boleh

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 527 hits
Menanam pokok ternyata boleh menjadikan mood seseorang itu menjadi lebih positif Hal ini kerana interaksi antara manusia dan tumbuh tumbuhan dapat mengalirkan aura positif dan badan kita akan jadi lebih sihat Tetapi pokok bukan sahaja boleh...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti