Misi Mencari Rumah Sewa Di Pulau Pinang


Sambungan kisah dari catatan saya sebelum ini - DI SINI.
Disebabkan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tak dapatlah kami mencari rumah secara kebiasaannya (cari, lawat, basuh rumah dan pindah masuk). Apa yang boleh kami buat dari kejauhan hanyalah mencari di internet (Facebook, mudah.my dan lain-lain)

Kami tetapkan ciri-ciri seperti kadar sewa maksima, jenis-jenis rumah pilihan, ada perabot asas, rumah dalam komuniti Muslim, berhampiran kedai runcit/kedai makan, rumah sedia diduduki segera dan paling utama mesti hampir dengan lokasi tempat kerja suami. Berdasarkan ciri-ciri tersebut kami buat carian, kemudian hubungi pemilik rumah/ejen untuk info lanjut dan seterusnya buat temujanji untuk melawat rumah pada hari kami tiba di Pulau Pinang (hari Sabtu) atau hari seterusnya (hari Ahad)

Daripada senarai yang ada, hanya ada dua sahaja yang sedia untuk kami lawati pada hari Sabtu dan yang lainnya masih tak dapat buat temujanji. Kedua-duanya diuruskan oleh ejen. Maka pada petang Sabtu sebaik tiba di Pulau Pinang, kami terus melawat kedua-dua buah rumah tersebut

Alhamdulillah rumah kedua menepati citarasa dan ciri-ciri yang kami tetapkan. Rumah pun dalam keadaan bersih, tak perlu penat membasuh lantai. Walaupun komisen ejen yang dikenakan adalah paling tinggi berbanding calon-calon rumah sewa lain, iaitu sama dengan kadar sebulan sewa. Tapi lepas tu dapatlah kurang RM100...jadiklah, huhu

Petang Sabtu melawat rumah, malamnya terus buat keputusan dan bayar sewa satu bulan. Hari Ahad pukul 3 petang terus tandatangan surat perjanjian dan selesaikan baki bayaran (deposit sewa dua bulan, deposit bil utiliti, deposit kad akses, bayaran surat perjanjian dan komisen ejen). Kemudian dapat kunci dan terus masuk rumah

Saya mop lantai dua kali, suami pulak buat kerja memasang langsir (tuan rumah dah sediakan tapi belum siap pasang). Siap dua kerja tu, terus angkut barang-barang dari kereta. Penat sangat, tapi gagahkan diri untuk siapkan semua urusan

Proses cari rumah dan pindah masuk paling pantas yang pernah kami lalui! Haha...yelah kan, dah terdesak perlu masuk cepat dan jumlah perlu bayar pun tinggi. Pejam mata jap bab aliran duit


Alhamdulillah...duduk sini hari-hari dapat tengok senja nan indah! Tercapai jugak keinginan saya nak merasa duduk rumah tinggi yang nampak pemandangan luas. Yang ni tak termasuk dalam ciri-ciri yang kami tetapkan, hanya tahu masa datang melawat rumah. Bonus

Kedudukan rumah dekat je dengan Klinik Kesihatan, kedai makan, pasaraya C Mart dan boleh dengar azan setiap kali masuk waktu solat. Tempat yang tak sunyi dan tak terlalu sibuk (setakat pemerhatian beberapa hari ni)

Saya bersyukur kepada Allah yang memudahkan segala urusan perpindahan kami, juga berkat doa semua - keluarga, kawan dan jiran. Terima kasih semua yang mendoakan, sesuatu yang sangat saya hargai. Semoga saya terus selesa tinggal di sini untuk tempoh dua tahun dan dapat segera kembali ke rumah sendiri yang sentiasa di hati



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2020/06/misi-mencari-rumah-sewa-di-pulau-pinang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulau Pinang Rangka Sop Hotel Motel Dan Inap Desa

Pulau Pinang Rangka Sop Hotel Motel Dan Inap Desa

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 339 hits
Kerajaan Pulau Pinang sedang merangka prosedur operasi standard yang bakal diguna pakai di semua pusat penginapan seperti hotel motel dan inap desa di negeri itu dalam usaha membendung penularan wabak koronavirus Exco Pelancongan Kesenian K...
Ikan Mati Hanyut Dari Sangkar Tular Terapung Di Perairan Pulau Pinang

Ikan Mati Hanyut Dari Sangkar Tular Terapung Di Perairan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 466 hits
Baru baru ini tular di media sosial mengenai ikan laut liar yang mati serta terapung di perairan Pulau Pinang pada 26 Mei 2020 lalu adalah merupakan ikan mati dan telah hanyut dari sangkar sehingga mencemar beberapa kawasan di perairan Pula...
Pulau Pinang Belum Buat Keputusan Isu Lesen Jual Arak

Pulau Pinang Belum Buat Keputusan Isu Lesen Jual Arak

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 397 hits
Kerajaan Pulau Pinang masih belum membuat sebarang keputusan mengenai isu lesen penjualan arak di negeri itu kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow Sebelum ini Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata pengeluaran lesen b...
Taman Rekreasi Di Pulau Pinang Dibuka Semula Sabtu Ini

Taman Rekreasi Di Pulau Pinang Dibuka Semula Sabtu Ini

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 341 hits
Setelah hampir empat minggu Pulau Pinang berada dalam zon hijau kerajaan negeri memutuskan untuk membuka semula taman taman rekreasi di negeri ini bermula Sabtu ini Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata perkara itu dipersetujui pada mesyuarat...
Persatuan Pengguna Pulau Pinang Menggesa Kerajaan Perjelas Semula Sop Nyahcemar

Persatuan Pengguna Pulau Pinang Menggesa Kerajaan Perjelas Semula Sop Nyahcemar

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 380 hits
Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa kerajaan menyatakan dengan jelas prosedur operasi standard bahawa semburan cecair pembasmi kuman ke atas tubuh tidak dibenarkan terutama kepada kanak kanak Ia berikutan penggunaan seperti itu tidak d...
Marzuki Yahya Dihenti Tugas Sebagai Ketua Ppbm Pulau Pinang

Marzuki Yahya Dihenti Tugas Sebagai Ketua Ppbm Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 286 hits
Marzuki Yahya yang sebelum ini dilucutkan jawatan sebagai setiausaha agung PPBM kini turut diberhentikan tugas sebagai ketua parti itu di Pulau Pinang Presiden PPBM Muhyiddin Yassin dalam sepucuk surat kepada Marzuki bertarikh 2 Jun berkata...
Sprm Pulau Pinang Terima Laporan Terhadap Lim Guan Eng Tommy Thomas

Sprm Pulau Pinang Terima Laporan Terhadap Lim Guan Eng Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 497 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang hari ini menerima satu laporan yang dibuat terhadap seorang bekas menteri dan bekas peguam negara kerana didakwa melakukan salah guna kuasa ketika dalam kerajaan Laporan itu dibuat aktivis...
Persatuan Pengguna Pulau Pinang Gesa Kpkt Beku Pengeluaran Lesen Baharu Minuman Keras

Persatuan Pengguna Pulau Pinang Gesa Kpkt Beku Pengeluaran Lesen Baharu Minuman Keras

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 326 hits
Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya membekukan pengeluaran lesen baharu penjualan minuman keras di negara ini Pegawai Pendidikan CAP N V Subbarow berkata gesaan itu berikutan peningkat...
Jheai Pulau Pinang Perkenal Temuduga Khas Ganti Kursus Pra Perkahwinan

Jheai Pulau Pinang Perkenal Temuduga Khas Ganti Kursus Pra Perkahwinan

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 319 hits
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang akan mengadakan temuduga khas bagi menggantikan kursus pra perkahwinan Islam sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan enam bulan pasca PKPB Pengarahnya Zulkifli Long b...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos