Minum Air Durian Belanda Yang Banyak Khasiat Ni
K.fiezz saja beli air durian belanda ni sebab ramai cakap bagus. Kebetulan kawan pejabat k.fiezz yang rekomen. Dia beli dengan salah seorang staff kat pejabat kitaorang tu. K.fiezz pernah lah juga baca khasiat air durian belanda ni. Banyak khasiatnya. Tapi nak cari yang original payah benor. Yang ni, k.fiezz terpikat nak beli sebab kawan pejabat k.fiezz beritahu, dia rasa original buah. tak ada sebarang campuran gula.
Jadi jom lah cuba air durian belanda ni. Yang ni memang betul macam yang kawan k.fiezz rekomen tu, rasa original buah. ada terselit buah dia sekali dalam satu botol ni. Rasa masam-masam manis. tak ada perasa tambahan lain macam gula. Bersaiz 500ml satu botol, tahan untuk beberapa hari. Tengok pada kekerapan minum. Kalau banyak kali duk ulang minum, sekejapan je lah habisnya.hehe
Sedap.
Teringat dulu k.fiezz pernah cerita dengan mak pasal buah durian belanda ni. tak ingat berkaitan apa. Tu mak k.fiezz beritahu, dulu masa zaman mak k.fiezz remaja, pokok durian belanda ni memang ada je tanam sekitar kawasan rumah opah k.fiezz. Bersepah je buah durian belanda ni. tak ada siapa nak ambil. Yelah dulu orang tak berapa tahu sangat kot khasiat dia. Sekarang ni, orang dah tahu khasiat dan kelebihan dia jadi permintaan air durian belanda pun makin meningkat.
Macam-macam jenama ada sekarang ni. Ikut lah pada pilihan & yang mana senang untuk dapatkan stok. Untuk k.fiezz, kebetulan ada staff di Kementerian yang jual so k.fiezz lagi suka beli dengan dia terus. tak perlu nak pos-pos. k.fiezz kan bukan jenis penyabar. hehe
Eh duk cerita pasal air durian belanda, jom tengok khasiat durian belanda ni.
K.fiezz ada terbaca di page Kelab Ikhtiar Hamil, air durian belanda ni boleh menyuburkan pasangan yang dalam proses untuk dapatkan zuriat. Wallahualam. Kita usaha je, yang menentukan Allah. kalau boleh membantu, alhamdulillah..k.fiezz cuba ni pun sebab fungsi dia yang pelbagai seperti anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Ada juga terbaca antara khasiat jus durian belanda ni mampu merawat pelbagai jenis kanser. Yang ni k.fiezz tak berani nak komen lebih-lebih. Korang google lah info lebih lanjut. Dr Amalina pun marah sebab katanya rakyat Malaysia ni suka percaya bulat-bulat tanpa ada kajian saintifik kesahihan betul ke tidak. Jadi k.fiezz yang bukan Dr ni lagiiii lah tak berani nak cakap lebih-lebih. Kalau ada yang nak kongsi pendapat ke, boleh lah komen di bawah ni.
Untuk k.fiezz,yang penting air durian belanda ni rasa dia sedap. haha. tu yang k.fiezz rajin buka tutup peti ais banyak kali. haha. asyik nak mengulang minum air durian belanda ni je. Sejuk je lalu kat tekak ni. Tadi pun dah order lagi sebab yang beli 2 botol (dalam gambar) ni dah habis. nampak tak, sedap ke tidak?kalau tak sedap, tak ada nya lah k.fiezz nak repeat.
dah lah sedap. berkhasiat pula. berfungsi untuk suburkan lagi. eh..pakej la. lepas tu harga murah. memang cun sangat.
Eh, yang k.fiezz perasan, tak tahu la sebab minum air durian belanda ni ke atau air sarang burung ?baca sini <<Minuman Bird Nest Nak Cantik Kan << k.fiezz tak di serang senggugut datang bulan kali ni. selalu k.fiezz ni ada mild period pain masa hari pertama. Ni macam okey & lancar je. wahhh..suka suka suka. tapi k.fiezz tak tahu antara dua ni, yang mana membantu. tapi apapun alhamdulillah...
Kalau korang yang berdekatan dengan pejabat k.fiezz, area Bank Negara atau kawasan sekitar yang mencari atau nak cuba Air Durian Belanda ni, cuba lah roger nombor telefon yang tertera di botol tu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2019/11/Minum-Air-Durian-Belanda-Yang-Banyak-Khasiat-Ni.html