Jangan Terlebih Minum Air Putih Bahaya


Bahaya Minum Air Putih Berlebihan

Air putih amat digalakkan untuk kita mengambilnya dalam seharian. Tidak dinafikan, ia banyak memberi kebaikan pada tubuh. Tapi jangan terlebih minum air putih, bahaya kepada tubuh badan.




Bagi Mai, air putih adalah air yang paling sedap di dunia walaupun tiada sebarang rasa. Kenapa pula? Kerana ia mampu menghilangkan dahaga dengan segera dan cepat rasa puas minum. Kalau minum minuman berperisa, rasa seperti tidak puas minum. Lagi-lagi minuman yang manis, selepas meminumnya pasti akan rasa lapar, nak makan pula.

Bagi sesiapa yang mahu memulakan diet seimbang dan mengurangkan berat badan secara sihat, cuba gantikan minuman manis dengan air putih. Minum dengan kuantiti secukupnya dalam masa sehari. Anda pasti akan nampak kesannya, dapat mengawal rasa lapar. Dalam masa yang sama, kulit muka dan badan juga terkesan dengan pengambilan air putih yang cukup. Masalah kulit semakin berkurangan, rasa sihat dan segar.

Tetapi ada individu yang terlalu taksub dengan diet harian mereka, nak cepat kurus.. maka mereka mengambil air putih melebihi kuantiti yang sepatutnya. Ada juga yang claim diri mereka sebagai 'coach kurus', yang memberi saranan seperti .. lagi banyak minum air putih, lebih daripada 3 liter, lagi bagus katanya. Aduh.. tepuk dahi je bila Mai membaca perkongsiannya di Instagram. Ingat badan manusia ni tangki simpanan air ke? Minum air putih banyak tidak akan mengurangkan berat badan tapi dengan seimbang semua segi, baru boleh kurus secara sihat.


Lagi satu, bagi mereka yang mengambil apa-apa produk untuk tubuh yang dibeli contohnya produk memutihkan kulit, produk cepat kurus... mereka dinasihatkan supaya minum air putih dengan kerap dan banyak oleh pengasas produk tersebut. Itu tidak benar. Nak cuci apa pun tak tahulah. Daripada ambil produk merepek, lebih baik minum je air putih secukupnya dengan diet yang betul.

Hmm.. mungkin pengaruh luar terlalu banyak agaknya sampai semua perkara nak 'menjadi' cepat saja. Sebelum memulakan apa-apa perkara, biarlah ada ilmu tentangnya. Kalau nak diet dan kurus dengan sihat, ikut ilmu dan saluran yang betul. Jangan melampau minum sampai 7 liter sehari. Lebih kerap ke tandas dibuatnya. Kasihan buah pinggang. Malah boleh kena sawan tahu tak?

Punca Sawan Kerana Minum Air Putih Berlebihan
Ya, terlebih minum air putih boleh menyebabkan sawan.

Baru-baru ini seorang lelaki berkongsi tentang cara dia meminum air putih sebanyak 7 liter sehari di akaun Twitter miliknya.



Maka, Doktor Rafidah Abdullah, pakar buah pinggang, tampil menjelaskan perkara yang benar di akaun Twitter miliknya tentang kesan buruk minum air putih berlebihan dan panduan minum air putih dengan betul. Antaraya seperti..

Minum air terlampau banyak BUKAN penyebab kurus. Ia mungkin menyebabkan SAWAN. Cara nak kurangkan berat badan adalah dengan bersenam dan mengurangkan pengambilan kalori. Jangan sebarkan info mengarut. Minum macam biasa 8 gelas sehari dan/atau bila haus.

Minum banyak air TIDAK BOLEH kuruskan badan. Nak kurus, kena kira kalori keluar masuk betul-betul. Minum terlebih sangat air boleh memudharatkan. Bila badan terlebih sangat air, air akan menyebabkan sel badan membengkak.



Ia juga berlaku di dalam otak kita; jadi menyebabkan risiko seperti keliru, koma dan sawan. Keadaan ini dipanggil Hypervolaemic Hyponatraemia (dilutional), biasanya bila bacaan darah sodium terlampau rendah (normal antara 135-145 bergantung kepada makmal).

Keadaan ini juga boleh berlaku bila ada kegagalan buah pinggang, hati dan lemah jantung. Sebab itu Doktor mohon kurangkan pengambilan kuantiti air. 
Tak perlu tanya berapa banyak air anda perlu kerana lain orang lain. Yang tentunya, tak payah sampai 10 liter. Bersederhanalah.

Apa yang kita perlu sehari adalah mengikut aktiviti kita ya. Sebagai contoh, jika kita berdiri tengah panas, aktiviti bersukan, demam; nescaya keperluan air akan jadi lebih lagi. Jangan lupa, makanan kita pun ada kandungan air ya; terutamanya buah-buahan.

Doktor Rafidah Abdullah juga memberi panduan minum air dengan betul dan mudah:

Minum air, minum lah. Bersederhanalah.

Tak payah terlebih dan harapnya jangan kurang. Saya sendiri tidak menyukat pengambilan air. Janji tidak haus dan air kencing kita tidak terlampau pekat. Cukup.


Begitulah antara apa yang disampaikan oleh Doktor Rafidah Abdullah tentang keburukan minum air putih melebihi had.

Bersederhana dalam setiap perkara, itu lebih baik. Jangan kerana mahu cepatkan dapatkan sesuatu, contohnya mahu cepat kurus, lalu minum air bergelen. Buatlah sesuatu perkara dengan mengikut ilmu dan saluran yang benar.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisarahsidi.com/2019/11/jangan-terlebih-minum-air-putih-bahaya.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Maisarahsidicom+(MaisarahSidi.com)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minum Quot Bergelen Quot Air Putih Kononnya Boleh Slim Rupanya Boleh Jadi Punca Sawan

Minum Quot Bergelen Quot Air Putih Kononnya Boleh Slim Rupanya Boleh Jadi Punca Sawan

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 423 hits
Dalam pelbagai tips penjagaan kesihatan khususnya melibatkan berat badan serta kulit wajah kaedah minum banyak air sering digalakkan kepada semua orang Memang tidak dapat dinafikan pengambilan air kosong amat bagus untuk kesihatan nbsp Namu...
Amalkan Diet Air Putih Dengan 11 Cara Ini Kalau Nak Berat Badan Mudah Turun

Amalkan Diet Air Putih Dengan 11 Cara Ini Kalau Nak Berat Badan Mudah Turun

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 570 hits
Jangan pandang sebelah mata dengan kelebihan diet air putih Sebenarnya diet air putih ini adalah kaedah selamat yang paling mudah dan murah untuk turunkan berat badan dan cairkan lemak Malah minum air putih sebanyak 3 liter sehari juga dapa...
Berapa Banyak Air Yang Sepatutnya Kita Minum Setiap Hari

Berapa Banyak Air Yang Sepatutnya Kita Minum Setiap Hari

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 931 hits
Baru baru ni saya terbaca tentang perdebatan beberapa pengguna twitter tentang jumlah air yang sepatutnya kita minum Ini berikutan penjelasan seorang pengguna twitter yang menyarankan untuk kita minum air sebanyak mungkin Menurut beliau min...
Jangan Beri Kucing Minum Susu Lembu

Jangan Beri Kucing Minum Susu Lembu

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 900 hits
Kiriman berkaitanManusia sibuk bertanya adakah kucing boleh minum susu lembu Nampaknya selepas kaum manusia ni sibuk nak beri kucing minum madu kini mereka nak beralih kepada susu lembu pula Jawapannya ialah kucing tak boleh minum susu lemb...
Didapati Ada Cyst Jangan Terus Beli Produk Pelik Kononnya Boleh Rawat Bahaya

Didapati Ada Cyst Jangan Terus Beli Produk Pelik Kononnya Boleh Rawat Bahaya

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 354 hits
Kejadian cyst dalam kalangan wanita bukanlah sesuatu yang asing Ia sering terjadi dan kadang kadang penghidapnya juga tidak tahu bahawa dia mempunyai cyst pada ovarinya Terdapat beberapa jenis kejadian cyst dan setiap daripada berbeza antar...
Doktor Terkejut Jumpa Lebah Dalam Mata Pesakit Dipercayai Hanya Minum Air Mata Untuk Hidup

Doktor Terkejut Jumpa Lebah Dalam Mata Pesakit Dipercayai Hanya Minum Air Mata Untuk Hidup

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 394 hits
Sengatan serangga berbisa ini boleh membawa maut Tidak ramai yang berani dengan serangga ini Bagaimanapun tiada siapa sangka yang serangga itu boleh hidup dengan hanya minum air mata seorang gadis He 29 dari Taiwan telah mengadu sakit di ba...
Minum Air Durian Belanda Yang Banyak Khasiat Ni

Minum Air Durian Belanda Yang Banyak Khasiat Ni

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 627 hits
K fiezz saja beli air durian belanda ni sebab ramai cakap bagus Kebetulan kawan pejabat k fiezz yang rekomen Dia beli dengan salah seorang staff kat pejabat kitaorang tu K fiezz pernah lah juga baca khasiat air durian belanda ni Banyak khas...
Minum Air Masak Sampai Kencing Jernih Boleh Bahayakan Buah Pinggang

Minum Air Masak Sampai Kencing Jernih Boleh Bahayakan Buah Pinggang

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 436 hits
Minum air masak memang digalakkan Ia tidak mengandungi kalori jadi sangat elok untuk diamalkan Tetapi tidaklah diminum terlalu banyak Sebaiknya diminum 2 3 liter sehari sahaja Di dalam perkongsiannya Dr Erna Nadia menjelaskan kesan sekirany...
Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Chatuchak Market Thailand

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Benefits Of Dates Juice From Improving Bone Health To Promoting Beautiful Skin

Hs Farmstay Water Park And Mini Zoo Muar

Pelarasan Kadar Tarif Elektrik Tnb 2025

Resepi Phad Pet Ayam Thai Pedas Sedap Dan Mudah


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


Um Pitstop

Lirik Lagu Kerana Ego Khai Bahar

Gula Itu Racun

Dua Lelaki Dicekup Ragut Pelancong Rusia Untuk Bayar Hutang

Kelantan Seorang Okt Meninggal Di Lokap Balai Polis Pengkalan Chepa Ianya Disahkan Kp Kelantan

Pengumuman Penting Menanti Ekor Harimau Malaya