Malaysia Daftar Pakar Pertama Patologi Genetik Di Bawah Pembaharuan Sektor Penjagaan Kesihatan


Malaysia Daftar Pakar Pertama Patologi Genetik Di Bawah Pembaharuan Sektor Penjagaan Kesihatan
PUTRAJAYA, 1 Dis (Bernama) — Malaysia mendaftarkan pakar pertama dalam bidang patologi genetik sekali gus menandakan satu lagi detik penting dalam pelaksanaan pembaharuan di bawah Akta Perubatan 1971 yang telah dipinda.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pakar berkenaan didaftarkan pada November susulan pengiktirafan serta kemasukan program Sarjana Patologi (Genetik Perubatan) Universiti Sains Malaysia ke dalam Jadual Keempat akta itu.
Beliau berkata perkembangan itu menamatkan ketidakpastian perundangan yang berlarutan sejak sekian lama dan memberikan kelegaan kepada para lepasan dan pihak universiti serta sistem penjagaan kesihatan.
Sejak menyandang jawatan pada akhir 2023, Dzulkefly berkata usaha menyelesaikan ketaksekataan dalam pengiktirafan pakar serta memperkukuh tadbir urus program latihan kepakaran menjadi keutamaan beliau.
“Pindaan akta perubatan diluluskan Parlimen pada Julai 2024 dan dikuatkuasakan melalui Peraturan-Peraturan Perubatan yang ditandatangani pada Julai 2025, pembaharuan perundangan paling pantas pernah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
“Pembaharuan itu mewujudkan asas perundangan yang kukuh bagi memastikan setiap pakar, sama ada dilatih melalui program Parallel Pathway kementerian atau melalui program sarjana di universiti tempatan dapat diiktiraf secara adil dan telus,” katanya.
Beliau berkata pencapaian terbaharu itu membuktikan pindaan berkenaan bukan sahaja memberikan manfaat kepada peserta latihan Parallel Pathway, malah turut memperkukuh pengiktirafan terhadap graduan program sarjana tempatan.
Menteri itu turut menyambut baik pengiktirafan rasmi Kementerian Kesihatan sebagai penyedia latihan di bawah Akta A1729, dan penyeragaman dari segi perundangan itu memastikan pengaturan sepenuhnya untuk Parallel Pathway Specialist Training Programmes, dan program sarjana yang dijalankan di hospital KKM.
Antara pencapaian terdahulu termasuk pendaftaran pakar bedah kardiotorasik di bawah Parallel Pathway yang mempunyai Fellowship of the Royal College of Surgeons of Edinburgh pada Ogos.
Selain itu, pengenalan elaun Bayaran Insentif Pakar Pra-Wartan hingga RM2,800 sebulan kepada pegawai perubatan yang sedang menjalani tempoh pengalaman kerja diselia.
Kementerian juga telah memformalkan mekanisme penilaian kesetaraan untuk doktor Malaysia yang menjalani latihan di luar negara dengan kelayakan yang tidak tersenarai dalam Jadual Keempat, bagi membolehkan mereka dinilai dan didaftarkan oleh Majlis Perubatan Malaysia.
“Secara keseluruhan pembaharuan itu selaras dengan Kertas Putih Kesihatan (HWP). Menerusi penyeragaman pendaftaran pakar dan mempertingkat proses berkaitan pengiktirafan serta latihan kepakaran, kita merealisasikan visi HWP ke arah sistem kesihatan yang telus, bertanggungjawab dan bersedia untuk masa hadapan,” katanya.
Beliau mengucapkan tahniah kepada pakar patologi genetik yang baharu didaftarkan itu, serta mengulangi komitmen kementerian untuk terus memacu pembaharuan untuk memperkukuh tadbir urus, memperkasakan tenaga kerja kesihatan dan melindungi aspek penjagaan pesakit.
BACA: “Saya Redha…” Wanita Kongsi Keadaan Rumah Dinaiki Banjir Sehari Selepas Dapat Kunci BACA: “Boleh Rosakkan…” Mat Saleh Kongsi Pengalaman, Dedah Sebab Tak Perlu Lawat Malaysia Sumber: Bernama
The post Malaysia Daftar Pakar Pertama Patologi Genetik Di Bawah Pembaharuan Sektor Penjagaan Kesihatan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/01/malaysia-daftar-pakar-pertama-patologi-genetik-di-bawah-pembaharuan-sektor-penjagaan-kesihatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuhu Malaysia Cara Daftar Tempah Servis Semak Harga

Tuhu Malaysia Cara Daftar Tempah Servis Semak Harga

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 277 hits
TUHU Malaysia kini menjadi pilihan ramai pemilik kereta selepas memasuki pasaran tempatan dengan konsep servis automotif yang moden cepat dan serba digital Melalui aplikasinya pengguna boleh daftar akaun tempah servis jejak status kereta da...
Opensys Perkenal Palmwav Revolusi Pembayaran Imbas Tapak Tangan Pertama Di Malaysia

Opensys Perkenal Palmwav Revolusi Pembayaran Imbas Tapak Tangan Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 259 hits
OpenSys Perkenal PalmWav Revolusi Pembayaran Imbas Tapak Tangan Pertama Di Malaysia OpenSys Technologies Sdn Bhd anak syarikat kepada OpenSys Bhd telah memperkenalkan PalmWav sebuah prototaip inovatif yang menggunakan teknologi pengecaman t...
Yikon Genomics Buka Makmal Genetik Canggih Pertama Di Kuala Lumpur

Yikon Genomics Buka Makmal Genetik Canggih Pertama Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 204 hits
Bidang kesihatan reproduktif dan pencegahan di Asia Pasifik melangkah setapak ke hadapan apabila Yikon Genomics peneraju global dalam teknologi genetik berketepatan tinggi membuka makmal pertamanya di Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur ...
Aurzen Zip Projektor Poket Tri Lipat Pertama Dunia Dilancarkan Di Malaysia

Aurzen Zip Projektor Poket Tri Lipat Pertama Dunia Dilancarkan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 163 hits
Aurzen ZIP Projektor Poket Tri Lipat Pertama Dunia Dilancarkan Di Malaysia KUALA LUMPUR MALAYSIA 27 November 2025 Aurzen peneraju global dalam hiburan ultra mudahalih hari ini mengumumkan pelancaran rasmi serta ketersediaan segera projektor...
Malaysia Lancar Pasport Bateri Ev Pertama Di Asean

Malaysia Lancar Pasport Bateri Ev Pertama Di Asean

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 172 hits
Malaysia terus memperkukuh ekosistem kenderaan elektrik dengan memperkenalkan Malaysian Standard 2818 Pasport bateri untuk kenderaan elektrik Keperluan am sekali gus menjadi standard pasport bateri EV pertama di ASEAN Standard ini berfungsi
1 Utama Lancar Gedung Seventeen Pop Up Pertama Di Malaysia

1 Utama Lancar Gedung Seventeen Pop Up Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 184 hits
1 Utama Lancar Gedung Seventeen Pop Up Pertama Di Malaysia Petaling Jaya Pusat membeli belah terkemuka 1 Utama melancarkan pembukaan gedung pertama kumpulan K Pop Seventeen menampilkan pelbagai koleksi barangan dan koleksi ikonik kumpulan m...
Malaysia As Kukuh Kerjasama Ekonomi Berteraskan Keterbukaan Saling Menghormati

Malaysia As Kukuh Kerjasama Ekonomi Berteraskan Keterbukaan Saling Menghormati

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 203 hits
GYEONGJU 31 Okt Malaysia menegaskan bahawa hubungan strategik dengan Amerika Syarikat terus dibina atas asas keterbukaan keadilan dan saling menghormati kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri menyatakan perkara itu ke...
Malaysia Tidak Mengalah Dengan As Diplomasi Seimbang Beri Manfaat Nyata

Malaysia Tidak Mengalah Dengan As Diplomasi Seimbang Beri Manfaat Nyata

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 144 hits
KUALA LUMPUR 28 Okt Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan bahawa Malaysia mengalah kepada Amerika Syarikat susulan pemeteraian perjanjian perdagangan baharu kedua dua negara Beliau berkata meskipun perjanjian itu dilihat ...
Tiong Malaysia On Track To Welcome 47mil Tourists For 2026

Tiong Malaysia On Track To Welcome 47mil Tourists For 2026

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 186 hits
Tourism Arts and Culture Minister Datuk Seri Tiong King Sing said Malaysia recorded 24 5 million visitors between January and July this year a 16 8 per cent increase compared with 21 million in the same period last year BERNAMAKUALA LUMPUR ...
Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole

Pendapatan Usdt Automatik Solusi Realistik Untuk Kewangan Masa Kini

Pengalaman Melancong Ke Turki Dengan Arba Travel

Jamuan Akhir Tahun 2025 Kat Tempat Kerja

Cabaran Pekerjaan Menjelang Tahun 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Ziell Ferdian Egomu Egoku Chord

Penutup Bahagian 21

Makan Kenduri Putu Mayam Station Bubur Nasi No 1

G Dragon Sapu 7 Anugerah Di Mma 2025 Aura Raja K Pop Undang Perhatian

Hiburan Isu Gender Reveal Depan Kaabah Suami Neera Azizi Digantung Tugas Sebagai Mutawif

Salam Rejab Buat Semua