Metaverse Perlu Kuasa Perkomputeran Tinggi Kata Bekas Ketua Nvidia Cloud
Metaverse. kredit:LeewayHertz
Metaverse Akan Ambil Kuasa Perkomputeran Tinggi Kata Bekas Ketua Nvidia Enterprise Cloud - Metaverse, dunia alam maya (virtual reality world) yang di ilhamkan oleh pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, akan memperlukan kuasa perkomputeran tahap tinggi untuk dibina dan direalisasikan di dunia sebenar sebelum benar-benar stabil digunakan.
Umum melihat sebagai Metaverse sebagai dunia digital untuk kita berinteraksi, berkolaborasi, berkomunikasi, bekerja bahkan berhibur secara virtual juga secara digital sepenuhnya di 'alam sebelah sana'. Apa yang kami maksudkan dengan 'alam sebelah sana' tu adalah alam siber ataupun alam online - sepertimana bermain games online.
Sepanjang tahun 2012 hingga 2021 kami di iAwani melihat dunia perkomputeran semakin beralih kepada cloud computing.
Fail digital, dokumen penting, pemasaran perniagaan, interaksi, komunikasi juga transaksi perbankkan semakin banyak di onlinekan juga semakin banyak di digitalkan kemudian boleh di akses dari manapun juga menggunakan internet.
Akan tetapi kita perlu ingat cloud computing juga memerlukan prasarana fizikal untuk ia berfungsi iaitu rangkaian komputer, rangkaitan internet juga rangkaian server. Begitulah juga dengan Metaverse - ia akan memperlukan prasarana fizikal yang berprestasi tinggi serta berkuasa tinggi untuk memastikannya benar-benar dapat berfungsi.
Kewujudan Metaverse di dunia sebenar satu hari nanti bakal sama seolah-olah macam apa yang kita lihat dalam filem sains fiksyen seperti The Matrix, Tron juga Ready Player One.
Capaian internet juga perlulah laju untuk memastikan user dan avatar miliknya di dunia alam maya dapat bersambung sepanjang masa - yang mana juga memerlukan prasarana perkomputeran berkuasa tinggi. Hal itulah yang dikatakan oleh Jerry Heinz, bekas ketua Nvidia Enterprise Cloud dalam satu temuramah bersama Protocol.com.
Seperti kita semua tahu Nvidia merupakan sebuah jenama besar dalam cip grafik, permainan komputer dan kini GPU Cloud Computing. Untuk merealisasikan Metaverse, cip berkuasa tinggi perlu ada, data center dan rangkaian komputer berkuasa tinggi juga perlu ada terlebih dahulu, katanya lagi.
So kami berpendapat kalau bekas kakitangan mereka cakap macam tu sudah tentu ideanya boleh diterima baik kerana bercakap berdasarkan pengalaman beliau.
Sekarang inipun kalau kita bermain games online seperti Roblox juga Free Fire kita seolah-olah sudah berada di dalam siber dengan mewujudkan avatar atau karekter yang mewakili diri kita sendiri lalu menumpuhkan segala fokus kepada suasana permainan di dalamnya seolah-olah kita 'hidup' di alam siber dalam permainan tersebut.
Entah sempat kah tidak kita nak merasa Metaverse ni nanti dalam tahun-tahun akan datang. Kalau sempat merasa nak guna Metaverse mungkin kita semua sudah berumur.
Untuk lihat artikel terbaru jom ke laman utama iAwani blog teknologi.
Google Perkenalkan Chrome OS FlexBagaimana Buka Akaun Email Gmail Baru Untuk Anda LoginBlackBerry Bakal Dihentikan Dalam Tahun 20224 Blog Teknologi Bahasa Melayu Di Malaysia Dalam 2022
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://iawani.blogspot.com/2022/02/metaverse-nvidia-kuasa-perkomputeran-tinggi.html